Wednesday, 4 May 2011

oh sure, that thing seems harmless..

Assalamualaikum wbt

Setelah saya menyelak akhbar-akhbar di lawan web hari ini, diri saya seperti dipanggil-panggil oleh satu semangat yang lain macam untuk menulis mengenai serba sedikit mengenai batu terutamanya yang mempunyai elemen-bumi-kadang2 (Baca : Rare earth elements).

Sapa ingat Jadual berkala (periodic table) sila berdiri dari tempat duduk anda.

Pehal ada soalan Kimia plak nih????!! (credit)



Anda sure anda ingat..? Ye saya tau, kalau saya tanya elemen dalam Kala 1, Kala 2, Kala 7 dan Kala 8 anda pasti ingat. Dah belajar time SPM kan?

Ohoho.. unsur peralihan juga kamu ingat juga kan? baik.. sila duduk kembali.

Bagaimana pula dengan Rare Earth Elements (REE)? - sapa ambil chemistry ingat kot.. hehehe.. tak sapa ingat.. saya berani jamin

Soalan Kedua wahai murid-muridku,

Tahukah anda yang Malaysia pernah menjadi tempat memproses REE dibawah projek ARE? (Asian Rare Earth)

dlm bulatan adalah REE (credit)


Kalau anda selak akhbar, mungkin anda dah tau yang ia pernah beroperasi suatu ketika dahulu di Bukit Merah, Perak. (Lihat sini untuk kronology projek ini). Alih-alih dengar cerita ada syarikat dari Hong Kong nak teroka semula bumi Malaysia nih untuk cari bijih dan mineral berpotensi komersial.

Tak cukup dengan itu, anda juga tahu pasal sebuah syarikat dari Australia nak bukak Lynas Rare Earth Plant di Gebeng, tak berapa jauh dari Kuantan kan?

So cerita ini sudah letup sana, letup sini tapi tak se'hot-stuff' dan se'radiasi' mana la kan berbanding cerita Inche Laden kita. Namun, apa yang saya amati.. diorg duk sebut 'emits radiation' (keluarkan radasi) hasil daripada pemprosesan unsur nadir (yes! jumpa jugak kosa kata nih).. tempat buangan tak betul... radiasi.. orang cacat... Jap! Apa yang keluarkan radiasi sebenarnya nih? Suatu element nama Thorium, dinamakan sempena nama Thor cam yang korg tengok kat wayang tuh.

Apekebende Thorium nih?

Hoho, saya malas nak cerita pasal benda nih sebab ia sekadar menambah ilmu pengetahuan je. Ye la kan, warga malaysia kan exam-minded dan gaji-minded. (sinis disitu) Tanya Syeikh Google ek? Apa yang saya nak kemukakan adalah.. bijih mentah apa yang bila diproses, dibakar, dicanai dan di taruk kuah kari, bakinya menghasil Thorium? Korek punya korek, gali dan cangkul, saya jumpa ini.

The most common source of thorium is the rare earth phosphate mineral, monazite, which contains up to about 12% thorium phosphate, but 6-7% on average. Monazite is found in igneous and other rocks but the richest concentrations are in placer deposits, concentrated by wave and current action with other heavy minerals. World monazite resources are estimated to be about 12 million tonnes, two-thirds of which are in heavy mineral sands deposits on the south and east coasts of India. (source)

Uiiihhh...! Monazite nih apa benda plak?? Tu la.. dalam kelas.. tidur. Prof tak best, skip. (eh! sori, teranggap korg nih student geologist cam saya jugak!)

Saya sengaja amik yg unik, subhanallah cantek kan? (credit)


Ok ok, Monazite (gambar atas) adalah mineral fosfate perang kemerahan yang mengandungi Rare Earth Metals dan merupakan sumber penting Thorium, Lanthanum, dan cerium (Source dan wiki)

Hasil pengcangkulan membawa kepada satu benda yakni, Bukit Merah dan somewhere-dekat-pahang mempunyai banyak bijih Monzonite nih. Monzonite ini akan diproses untuk mendapat elemen-elemen berharga yang dikenal pasti.

Gebeng : nak dapatkan satu element dalam siri Lathanide (most like Lanthanium) source : The Star dan wiki
Bukit Merah : nak dapatkan something called Yttrium dari monazite : source dan source

Hasil analisa dari pembacaan dari Wiki, saya rasa yang dekat Gebeng tuh nak extrak Yttrium.. mungkinla.. Tapi diperkuat oleh

Yttrium never occurs in nature as a free element. It is found in almost all rare earth minerals and in uranium ores. The yellow-brown ore xenotime can contain as much as 50% yttrium phophate (YPO4) and is mined in Malaysia. Yttrium is found in the rare-earth mineral monazite, of which it makes 2.5%, and in smaller quantities in other minerals such as barnasite, fergusonite and smarskite.

 dari source ini..
(Di kala ini, saya berhenti dan mencangkul jejak baru.. Saya benar-benar terkejut dengan apa nilai komersial REE.. nnti saya bagi kejutan la ye?)

yttrium yg diekstrak (credits)


Yttrium (simbol, Y), yang pada mulanya dijumpai di sweden, merupakan elemen yang tidak boleh wujud dengan sendirinya secara semula jadi. Maksudnyer, ia dijumpai bersama-sama element lain dalam batu. Aww.. mementingkan hidup berjemaah gituh. Bukan takat dipermukaan bumi, tapi batu-batan di Bulan juga mengandungi Cik Y nih. oh ye, Y juga boleh dijumpai secara bukan-batu seperti di dalam kobis, susu badan manusia, biji benih pokok berkayu dan sebagainya. (Wiki)

Apa guna Y nih? uihhh... begituh banyak saudara dan saudari sekalian. high performance spark plug, pemangkin, garnet sintetik (untuk benda² magnetic, microwave filter), material enhancer, ubat untuk lawan cancer, buat alat precise surgery dan juga konduktor-super ( baca : superconductor) (source : wiki)


Uiiihh...! Banyak noh kelebihan Yttrium nih! Padanlah Malaysia menyumbangkan <1% industry REE dunia nih! Banyak industry lain boleh beli rupernyer. Boleh la kita gadaikan tanah, biar botak digondol dan kita nikmati hampasnya kan? Tak apeerrr... yang penting perut kita kenyang dan kita hidup aman..

But still. Walaupun lebih rendah dari satu percent, (kalau betul lah, diorg nak extrak yttrium), seditkit sebanyak demanding gak benda nih. Tak patut bagi orang luar..nnti jadi bijih timah abih dah kene sapu orang..

Eh? Saya cerita apa nih? hehe.. nih dah lari dari topic dah nih. Actually nak cerita, 2 tempat ini kalau benar-benar beroperasi bakal menghasilkan bahan buangan yang beradiasi yakni Thorium.

Seperti namanya, Thor-ium memang menyusahkan orang


Yang ditakuti oleh kita, bukanlah Thorium itu (takut juga sebenarnya) tapi pengurusan pembuangan Thorium tersebut. Ye la kan, kita dah ada rekod mahkamah dan parlimen bocor.. stadium runtuh.. ini kan pula tempat menyimpan benda beradiasi. Suara-suara yang mengambil berat tentang negara ini macam nak menghalang, (mmg pun) atas kekhuatiran benda nih. Plus, 2 project ini berlaku secara senyap-senyap tanpa hebahan orang ramai. Lagi la org cuak. mana tau simen tak cukup ke, dinding retak berlubang, orang tak tau ada benda radiasi dalam tuh. Memang semula jadi lah kita melatah.

Hasil pengorekan juga, ada saya jumpa Thorium ini boleh diindustrykan, tapi ia lebih menimbulkan kontroversi panas! Post kali ini hanya mukadimah sahaja.. hehehe.. tunggu ye


wallahualam

http://www.facts-about.org.uk/science-element-yttrium.htm
http://www.world-nuclear.org/info/inf62.html
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/389010/monazite
http://en.wikipedia.org/wiki/Yttrium
http://www.chemistryexplained.com/elements/T-Z/Yttrium.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Monazite
http://www.lenntech.com/periodic/elements/y.htm


p/s : teringat zaman² belajar REE masa time geochemistry... pening tahap gaban

No comments: