Thursday, 26 May 2011

Jom pecah otak!

Assalamualaikum wbt

Tau tak dalam lab sekarang nih, warga-warga lab sekarang nih tengah lawan teka-teki. adeyh...


Ok la.. saya kongsi satu, satu teka teki yang dikira tahap pecah otak bersepai-cantum balik.

(credit)



Begini teka-tekinya.

Ada seorang sami nih, dia mengembara dengan solonya di dalam hutan. Lalu dia sampai di sebuah kolam (saiz tak dinyatakan)

Dia rasa, kolam tuh sangat kosong, lalu dia pun menyemai sebuah pokok teratai dan berazam untuk memenuhi kolam itu dengan pokok teratai sebelum menyambung pengembaraannya. [hari pertama : satu pokok teratai]

Dia kembali ke kolam itu pada hari kedua, dan dia lihat ada 2 pokok teratai [hari kedua : dua pokok teratai]

Dan pada hari ketiga, dia lihat ada 4 pokok teratai [Hari ketiga : 4 pokok teratai]
Masuk hari kelima, dia lihat ada 16 pokok teratai [Hari kelima : 16 pokok teratai]

Maka sami ini membuat konklusi, pembiakan pokok teratai kat kolam ini ikut janjang geomatrik, yakni, jumlah teratai hari ini adalah jumlah teratai semalam darab 2. (ok, saya dah lihat anda berkerut)

Hari ke-30 barulah penuh satu kolam tuh.. maka sami tuh pun meneruskan pengembaraannya...

Soalan : Pada hari keberapakah yang jumlah teratai itu memenuhi separuh dari kolam tersebut?


Hantarkan jawapan anda dan logik jawapan anda di dalam ruang komen! ^^

Ada jawapan! tak tipu, dan jumlah info yang saya bagi ini membolehkan anda mendapat jawapan!

Kalau betul, anda berpeluang untuk dibelanja saya personally di PWTC pada 7-9 jun untuk makan tengahri.
(kalau anda perempuan, bersedia untuk menerima pasukan merisik dari saya, muhahahaha~) =p

wallahualam


Simon 'Adam' Malik

12 comments:

safiyyah said...

Hari ke-29

safiyyah said...

separuh jumlah hari 30 = jumlah hari 29 (sebab x2)

Puding Karamel said...

setuju dengan cik safiyyah
sebabnye pon, setuju dengan cik safiyyah.
blom smpat pikir dah ternampak jawapan.aiseh
sekali pandang teringat piramid MLM
dua kali pandang teringat piramid jenama IM
peace

Simon 'Adam' Malik said...

@safiyyah : adakah teka teki saya begituh teratur sekali sehingga anda mudah dapat jawapan? biasanya kalau by mouth org tak dapat.. so alamat rumah apa? nak hantar rombongan, ahahaha ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@Puding karamel : saya tak perasan plak bab piramid tuh.. hee

safiyyah said...

rasa kena by mouth baru challenging kot. tulis senang je nak teka. lagi-lagi untuk orang minat math macam saya. :D

btw, saya nak selamatkan anda dr kena merisik betol2. saya kat NZ jauh. jadi anda selamat. tahniah.

Simon 'Adam' Malik said...

@safiyyah : Padan lah.. Nnti tunggu bulan depan, saya ada lagi teka teki logik sedang siap siap utk keluar.

Betul juga kata anda tuh, (pura-pura lap peluh). Nway, tahniah kerana berjaya jawab.

Adi said...

Teka-teki nih amat sama bentuknya dalam satu puzzle di dalam series Lone Wolf karangan Joe Dever.

Book 8 The Jungle of Horrors di mana Lone Wolf akan diberikan teka teki ini didalam satu acara 'mari menjawab teka teki di dalam bar tongkang'. Dan ya, jawapan adalah sehari sebelum hari terakhir, hari ke -29

Adi said...

Adam!
Ingat lagi tak?

'If one-and-a-half geese lay one-and-a-half eggs in one-and-a-half days, how many eggs will three geese lay in eight days?'

Adi said...

Dan tribute to the lake puzzle:



'In winter,' he begins, 'the ice-lilies of Lake Adon double in area every twenty-four hours. It takes sixty days from the time the first ice-lily appears until the lake is completely covered with them. On what day is the lake half covered with lilies?'

Adi said...

And for the last puzzle:

"'When I was last in the market of Garthen,' the Count begins, 'I asked an egg trader how many eggs he had sold that day. He replied: "My first customer said that he would buy half my eggs and half an egg more. My second and third customers said exactly the same thing. When I had filled all three orders I was completely sold out of eggs and yet I hadn't broken a single egg all day." How many eggs had the egg trader sold in all?'......"

Simon 'Adam' Malik said...

@Adi : Habis lah.. 'Main House Puzzle Master' dah mula bersuara kembali dalam blog nih... hehehe..

Yang pasal gesse tuh, tak ingat la pulak. Takper, nnti gua repost untuk next puzzle nnti. hehehe..

Intisarinya di ambil dari tempat yang sama. ngehehe..^^