Friday, 6 May 2011

... and then it goes KA-BOOM!!

Assalamualaikum wbt

credit


Now this is the second part for the previous post , oh sure that thing seems harmless. Post tersebut menceritakan pasal dua tiga jenis Rare Earth Elemant (REE) yang boleh dikomersialkan di Malaysia. Namun demikian (terpakai ayat skema), hasil pemprosesan bijih bijih tersebut menghasilkan sejenis unsur beradiasi bernama Thorium. Sebelum aku menyelak dan membongkarkan segala-galanya, let me enlighten you a bit.

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi...2:29


Yup! Dari pokok semalu sehingga ke pokok cactus, dari seringkas-ringkas virus sehingga ke  sekompleks-kompleks gajah, semuanya Allah ciptakan empunya fungsi dan bermanfaat untuk kita.

Kajian, pengorekan, penggalian dan pengcangkulan dilakukan, dan saya find out yang Thorium ini sebenarnya ada manfaat dan kemungkinan akan menjadi pengganti konvensional nuklear plant. Ye, saya tau, walaupun nuclear plant tuh pakai thorium (dan terpaksa memakai nama Nuclear Plant), tapi ia tidak memerlukan reaktor neutron yg digunakan untuk buat chain reaction  (err.. korg paham ke nih?). Heh, even China sudah mula mahu menceborkan diri dengan kajian ini. (source)

Most likely China sedang berusaha mengkaji dan meng -gred-atas (upgrade) Liquide Flouride Thorium reaktor dengan gigih dan tak tidur malam. Ye la kan, China kan Next Super Power. Perlu lah dia menyayingi US yang dikala sedang merudum akibat menjadi polis dunia.

So muncul soalan pertama.. jeng jeng jeng..

Adakah kita sedang menuju ke arah Zaman Nuklear?

Satu soalan yang saya kira kurang popular, tapi boleh jadi satu persoalan hebat dikala benar. Peribadinya saya rasa... Awesome! hoho.. kenapa? well.. nak menampung permintaan elektrik yang kian meningkat. Ye la kan, sekarang dah banyak kedai 24 hours.. mamak.. fast food... tak cukup dengan tuh siap ada flat skrin tv dan sebagainya Tuh belum masuk pendingin-hawa yang bukak 24 jam. Kita kan terkenal dengan sikap tak tutup lampu bilik air / kipas bilik bila keluar. Itu belum masuk dengan cadangan nak go for total electric cars. Keretapi aliran ringan pun pakai karen letrik. Lampu liplap dan spotlight time concert artis / dalam kelab malam pun perlu diambil kira kan? So macam nak tak nak, perlu ada SOLUTION utk menampung permintaan-permintaan ini kan? (cam ada konspirasi je..)

credit


Heh, kalu tak cukup plutonium, thorium kan ada? beli tech dari China then Voila! we got ourself a Nuclear Power Plant.

Teringat masa kat France, ada sekali tuh lalu sebelah Nuclear power plant kat highway. Ada kawan kata la (tak tau sejauh mana kesahihannya), Power plant nih antara yang terbesar. Ada nusery kat dalam untuk pekerja. Air panas yang terhasil utk generate eletrik tuh, diorg guna untuk ternak buaya. So ada tourist attraction and recreation value. 

Kitakan suka buat benda pelik-pelik..  Yeeaa!!! Best! Day! Ever! Let's build a nuc power plant! Bring on the yellow cake!

Tapi... Tunggu! (bayangkan babak jebat di tangga istana)

Malaysia nih kecik.. mana nak pacak?

Ok.. I give you, the map of France!

credit





Ok.. Nih kedudukan power plant kat france. Rasanya tak termasuk yang digunakan untuk research. Apa yang anda perasan? Ok clue. Fukushima Daichi dipacakkan berdekatan...? Hah? Laut? Tapi naper kat France dibina banyak dekat sungai-sungai utama

Jeng jeng jeng.. ^^  nih utk precaution awal. Kalau apa-apa berlaku, diorg ada sumber air utk sejukkan reaktor tuh.

So kat Malaysia nih most likely bina kat Sungai pahang.. tak pun Sungai Perak. Kat Sungai Rajang cam tak logik palk sebab ada bakun? Sg kinabatangan plak cam hujung dunia.. OK Fine! bukan sungai, kita bina tepi laut... tapi selat melaka busy dengan kapal..kalau berlaku apa², tergendala trade route.. So tak apeerr la, kita bina kat pantai timur, bukannyer orang tau.. (serius saya tak tau apa yang saya merepek nih)

Wuuhuu!!! Bring on the cake! gimme a knife to cut!

TUNGGU! (laa.. baru nak hepi-hepi)


Errr... mana nak buang sampah..eh? sisa radiasi nih ek? i mean.. Malaysia nih kecik.. tak cukup tanah.. pusing tang mana pun, mesti ada orang..

Now this hit the right question.   Where to dump the nuclear waste?


Dari map france tuh, yang saiz dier berkali ganda besar dari Malaysia,  hanya ada 2 je tempat nak buang! Sebab apa? sebab tanah lain tak sesuai. 2 tempat nih pun, still in research selama mana dia boleh contain radiasi jika berlaku kebocoran. (Saya tau la sebab saya dah dengar pembentangan paper kajian kat Uni plus ada kaitan dengan fina year assignment saya..)


er.. er... can we go back to Thorium again? ( tak point lagi la tuh?)

So mari kita menggaruk kepala. Saya tak kisah kalau ada Nuc Power plant, asalkan segenap sudut, liku dan darjah dari segi manusia, sosial, alam, kemalangan di alam kira. Jangan duk pikir untung dengan popularity aje.

wallahualam

p/s : untuk pengcangkulan semalam mengenai yttrium, jumpa Syeikh google, type xenotime malaysia. bukak link pdf. skim through the slide n u'll know antara industry REE nih menyumbang kepada apa.

No comments: