Tuesday, 31 May 2011

Photo : Morning after a storm


There was a storm the day before. These early birds just came back from menjala (netting). The sea seems calm and the sun is shining!


Day 2

Location : Kuantan , Pahang

End of May 2011

Photo : Only in Ganu


It was 3 pm. A close friend of mind asked whether i would like to munch a bit.
It looks like their munch is something else.

Fried seafood are sell like Pisang Goreng

Day 3

Location : Kuala Terengganu, Terengganu

End of May 2011

Photo : Field of Glories


A morning stroll at Kuala Terengganu beach.
Stumble upon a field of Morning Glories.
I wonder why they are a lot here..

Day 3

Location : Kuala Terengganu , Terengganu

End of May 2011

Cerpen : Surat

Assalamualaikum wbt

*****

‘Biar betul tak boleh hantar nih ?’

‘Betul Encik, kami tak boleh hantar surat nih’

Hanif agak kecewa dengan jawapan kakak yang duduk di balik cermin kaca itu. Kakak itu juga memandang Hanif dengan mata yang agak kecewa kerana tidak dapat membantu.

Hanif mengukir senyuman tawar yang berlalu sambil mengambil kembali surat yang dihantarnya.  Sambil menghela hafas dengan kembali duduk di ruang menunggu pejabat yang  dipenuhi hanya beberapa orang.

Hanif merenung kembali sampul surat yang berwarna putih itu. Kedengaran nombor giliran seterusnya dipanggil. Harapannya berkecai. Surat ini merupakan harapan terakhirnya untuk berhubung dengan penerima surat. Sudah sekian lama dia ingin berhubung. Dia tidak ingat kali terakhir dia bercakap-cakap dengannya mahupun mengingatinya walaupun sedetik. Ternyata melanggar sumpah setianya bersama untuk sentiasa mengingatinya kerana sibuk dengan kerja seharian.

Hanif mengeluh lagi dan membetulkan kedudukannya lalu bersandar dan melunjurkan kaki meregangkan otot kakinya. Pejabat yang boleh memuatkan lebih kurang 40 orang pelanggan dalam satu-satu masa agak dingin sekali berbanding dengan cuaca hangat diluar.

Pemikirannya kembali teringat akan janji-janjinya dahulu. Memang benar, Hanif yang bekerja sebagai seorang jurutera tidak punya masa kosong. Kerja perlu diselesaikan dengan penuh komitmen dan tidak kira apa. Hasil titik peluh pula digunakan untuk berjoli sakan kononnya menenangkan jiwa yang tertekan.

Hanif tersentak sedikit mendengar nombor giliran pelanggan dipanggil. Matanya mengikut pelanggan itu  sehinggalah dia sampai di hadapan kaunter. Pelanggan itu memberikan salam kemudian memberikan senyuman ikhlas kepada pegawai di belakang kaunter. Di tangannya juga terdapat surat.

Mata Hanif terus memerhati urusan pelanggan itu. Tidak sampai lima minit, pelanggan itu selesai urusan lalu beredar keluar dengan perasaan gembira. Hanif mula berasa cemburu dan tidak puas hati mengapa suratnya tidak boleh dihantar. Hanif mengambil langkah drastic. Surat ini mesti sampai ke destinasinya. Dia bangkit lalu terus ke arah kaunter yang dia pergi mula-mula tadi tanpa kisah akan giliran pelanggan lain.

‘Cik, awak baik cakap betul-betul. Surat ini memang tak boleh hantar ke?’ nada Hanif mula berbunyi marah.

Kakak yang bertudung merah jambu yang agak labuh berserta broche yang agak besar terkejut munculnya Hanif.

‘Minta maaf Encik. Permintaan encik memang kami tidak boleh tunaikan. Memang betul tugas kami adalah untuk menghantar segala surat tak kira destinasinya. Tapi..’

‘Tapi apa ?!’ bentak Hanif yang sudah meluap marah tanpa memberi peluang langsung kakak itu menghabiskan ayat.

‘Tapi, penerima surat tu. Encik boleh hubungi dia akan tingkat 2, bilik paling hujung sebelah tandas. Tak perlu tunggu giliran pun kalau ada orang lain dalam bilik tu’

‘Laaa… kenapa tak cakap awal² ?’ suara Hanif mula rendah.

Kakak itu mula mengukirkan senyuman lalu menambah,

‘Nanti bila berhubung dengan dia, luahkanlah apa yang terbuku dihati ek? Sebab bab² macam ni, encik tak perlu guna perkhidmatan orang ketiga macam kami. Terus je hubungi dia’

‘Baiklah.. kalau macam itu saya pergi sekarang..’ kata Hanif lalu beredar kearah tangga pejabat menuruti apa yang diberitahu kakak itu.

Salah seorang pegawai yang bertugas dengan meja kakak itu bangkit mendekati lalu bertanya,

‘Apa halnya ?’

‘Seorang hamba Allah yang ingin mengadu hati..’ jawabnya sambil memandang sampul putih bersetemkan RM1 yang di atas kirinya tertulis ‘Permohonan Maaf’ dan beralamatkan ‘Allah’.

tamat

Simon 'Adam' Malik

Monday, 30 May 2011

Photo : Trying out the sea


Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Kalau hidup tak pakai akal, nafsu dan iman sentiasa berlaga

A kid trying out the sea during a windy evening.

Day 1

Location : Kuantan, Pahang

End of May 2011


P/s : JUMP! is a travelling around hopping from city to city

Saturday, 28 May 2011

prelude to JUMP~!

Assalamualaikum wbt


Ianya tiba lagi! hehehe..


Takde la, ini first time buat since balik Malaysia. Di France, untuk beberapa minggu dalam setahun, saya biasanya akan keluar mengembara / melawat rakan-rakan di France. Dan the best part tuh saya lakukan secara melompat-lompat yakni multiple destination. Bukan saya duk terlompat-lompat macam monyet kat Stesen keretapi ye? Sila ubah persepsi anda. Pengembaraan secara solo gituh. ^^

Mengapa solo? Entah, sejak azali lagi kot dah bersifat macam tuh. Kalau beli surat khabar hari ahad pukul 8 pagi naik basikal, pukul 9 belum tentu balik rumah sebab round-round taman exploring new routes and areas. Ada je kawan saya yang pergi madrid solo. Dia ajak saya gak masa tuh, tapi saya tak ingat kenapa saya menolak walhal saya memang beria-ria nak jalan Spain.

Orang selalunya tanya, negara apa yang dah saya pergi.. saya biasanya akan jawab, tak banyak sebab france sendiri saya tak habis cover.. (aisyeh, bila nak balik france balik nih?). Walaupun solo, biasanya di tempat yg saya berhenti, saya akan berjumpa dengan rakan tempatan saya, tak kisah la dari bulatan gembira ke, konferens riang ke, kenalan sekolah / tempat belajar ke, sedara mara ke... Kira solo part tuh, time dalam kenderaan je la kot. ahahaha~

So start esok insyaAllah, saya memulakan pengembaraan selama (max) 8 hari (terpulang pada tenaga. kalau trase nak balik saya balik awal, hehehe). Destinasi? Erm.. Saya bagi clue pendek.. bermula di Kuantan bersama Inche Gabbana dan berakhir di ipoh bersama bapa saya. So apa yang berlaku ditengah-tengah? Suprise le wei! ^^

InsyaAllah, doakan keselamatan saya di kala mengembara dan pulang. Dan saya juga nak minta maaf atas tersalah kata terguris hati hasil entry saya seblom² nih. T_T

Untuk mengelakkan anda meroyan tak tentu hala, kerana tidak dapat membaca entry wotpog selama saya mengembara... (ahaha, cam power la sangat entry saya), maka saya schedule'kan satu cerita. Cerita itu saya ambil dari himpunan cerita pendek saya. So kalau dah terbaca tuh.. minta maap bebanyak je la ek?



Maka, dengan lafaz bismilllah, JUMP pun bermula!!!



wallahualam

 p/s : JUMP = Jaulah Untuk Mengeratkan Perhubungan

Simon 'Adam' Malik

Thursday, 26 May 2011

Jom pecah otak!

Assalamualaikum wbt

Tau tak dalam lab sekarang nih, warga-warga lab sekarang nih tengah lawan teka-teki. adeyh...


Ok la.. saya kongsi satu, satu teka teki yang dikira tahap pecah otak bersepai-cantum balik.

(credit)



Begini teka-tekinya.

Ada seorang sami nih, dia mengembara dengan solonya di dalam hutan. Lalu dia sampai di sebuah kolam (saiz tak dinyatakan)

Dia rasa, kolam tuh sangat kosong, lalu dia pun menyemai sebuah pokok teratai dan berazam untuk memenuhi kolam itu dengan pokok teratai sebelum menyambung pengembaraannya. [hari pertama : satu pokok teratai]

Dia kembali ke kolam itu pada hari kedua, dan dia lihat ada 2 pokok teratai [hari kedua : dua pokok teratai]

Dan pada hari ketiga, dia lihat ada 4 pokok teratai [Hari ketiga : 4 pokok teratai]
Masuk hari kelima, dia lihat ada 16 pokok teratai [Hari kelima : 16 pokok teratai]

Maka sami ini membuat konklusi, pembiakan pokok teratai kat kolam ini ikut janjang geomatrik, yakni, jumlah teratai hari ini adalah jumlah teratai semalam darab 2. (ok, saya dah lihat anda berkerut)

Hari ke-30 barulah penuh satu kolam tuh.. maka sami tuh pun meneruskan pengembaraannya...

Soalan : Pada hari keberapakah yang jumlah teratai itu memenuhi separuh dari kolam tersebut?


Hantarkan jawapan anda dan logik jawapan anda di dalam ruang komen! ^^

Ada jawapan! tak tipu, dan jumlah info yang saya bagi ini membolehkan anda mendapat jawapan!

Kalau betul, anda berpeluang untuk dibelanja saya personally di PWTC pada 7-9 jun untuk makan tengahri.
(kalau anda perempuan, bersedia untuk menerima pasukan merisik dari saya, muhahahaha~) =p

wallahualam


Simon 'Adam' Malik

Monday, 23 May 2011

Kenangan itu.. ingat tak?


Assalamualaikum wbt



hari ini di kala saya berborak-borak dengan rakan lab, salah satu topic perbualan telah men'trigger sesuatu. Lalu folder mes images dikorek. Hampa mmg tak banyak kenangan dengan sahabat-sahabat di sana, sebab semuanya terkubur di dalam external. Cubaan utk me'recover' di Plaza Low Yat juga sudah di lakukan. Yang tinggal hanya option untuk membayar dekat rm2000 untuk memperoleh semula gambar-gambar dan kenangan di France selama 4 tahun... dengan tiada jaminan pasti dapat. Bila saya dah kaya, duit berkepok, boleh la kot bayar.

Yang ada cuma, cebisan-cebisan kecil.. di Facebook.. di blog ini sendiri.. Sayang sekali.. begitu banyak kenangan dan pemandangan ciptaan tuhan yang terakam melalui lensa kamera digital.

Kenangan di Jura
Korek punya korek.. Kenangan di Jura antara yang terselamat. Actually, nih kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Kami masa tuh sedang handle program adik-adik. Then masa tuh, diorg ada aktiviti redah hutan. maka kami sub-kan tenaga kerja kepada adik-adik yang lebih senior.. hehehe.. Kami pemantau je masa program nih, maka tak salah kan? =p







Kami lima orang tak duduk satu bandar, tak sama course, mahupun tak sama umur. (kecuali tukang ambil gambar dan salah sorang dalam gambar, diorg dua nih semua sama kecuali saiz seluar dan baju.)

Inilah kali pertama dan terakhir kami dapat bersama-sama spend masa kat france. Mana taknya, setiap sorg antara kami (kecuali kes dua org tuh) jarak bandar lebih 150km antara satu sama lain! Masa time program, masing-masing ada 'jawab yang perlu ditanggung', tak dapat nak bersama. Plus, kena juga bersama-sama adik-adik sebab diorg jarak ngan kitrg pun beratus-ratus km.

Franche-Comte region yang terkenal dengan kehijauan alam semula jadi. Dengan kesejukan hujung musim sejuk,  kami pun mengambil kesempatan untuk ke Jura, yakni perbukitan hasil pembentukan Banjaran Alps. Kat sini kami ke Air Terjun L'éventail dan juga satu lagi air terjun yang saya pun dah luper nama.. Tua dah saya nih.. nak buat camne.. hehe.. 

Nak ke sini, sememangnya perlukan kereta dan GPS. (hah! yang mana tau yang saya tak suka pakai, sila jgn jadikan point pangkah. sebab bukan saya yg drive =p ). Itu la, bonda bek noh (baca : sgt² teruja) nak ke France balik sebab tak puas pusing france. Kalau tanya saya, mmg saya kaalu boleh nak kembali menjadi Les Montagniard, yakni Mountain people, gelaran yang diorg dapat sebab mempunyai stamina dan bakat naik turun bukit.




terjumpa binatang kecil mengenyot dalam air.. obviously bukan udang


terus mendaki




 







Sampai atas dah. Jom balik.. ^^

Drive dalam sejam dari Bandar Besançon. tapi saya pasti, jika anda seorang yang suka akan kehijaun, alam hutan, panjat bukit serta bahasa perancis, insyaAllah anda akan rasa tak nak balik Malaysia ^^

Serius rindu dengan sahabat-sahabat di France. Jika ada kesempatan dan umur yang panjang, kita jumpa summer nih ek?
Salam rindu serindu-rindunya.. (yg mana tak tahan geli, anda dipersila untuk muntah)

wallahualam

Friday, 20 May 2011

fuuyo!! nasi lemak 2 hengget!!!

Assalamualaikum wbt

saya dah lama nak tulis post nih tapi sampai la nih baru la sempat nak tulis. No worries,video dah siap alter, barang dah siap order, thesis dah siap semak bibliography etc etc. Weekend ni ada exhibition kat KLCC convention centre, so banyak juga la benda nak kena prepare. Di kala menunggu tengahari untuk mengupas nenas, dapat juga saya  menulis di dalam makmal nih menjauhi bau roti yang sedang dibakar. Lapar nih.. So...


Siapa suka nasi lemak sila angkat tangan???


Cuba korg bayangkan ek?

Nasi lemak yang dibungkus padat.. Aromanya menusuk kalbu.. di fikiran terbayang apa yang terkandung di dalam.. melayang-melayang menikmati intipati bungkusan itu.. Kadang kala balutan yang kurang sempurna, mendedahkan sedikit apa di sebalik, menaikkan lagi keinginan manusia-manusia gersang untuk mengecapi rasa..


ops! sampai sini sahaja saya bersastera. eheh..

(credit)



Nasi lemak, sebuah makanan yang dikira common di kalangan rakyat malaysia, yang terdiri dari nasi yang dimasak dengan santan kelapa, dihidangkan dengan hirisan timun, kacang dan bilis goreng, telur rebus dan sedikit sambal. Well, itu yang basic la. Kalau yang upgrade, ia dihidangkan dengan ayam goreng berempah ataupun sambal sotong kurita tak pun sambal udang... Pergh.. terasa mengalir asid perut di kala melihat. Tambahan pula dengan aroma lemak, daun pandan dan daun pisang. Mana tak mencurah air liur beb!!


Saya rasa nasi lemak kalau di bawa secara antara bangsa, ia satu²nya hidangan yang perlu kita insist dengan nama 'nasi lemak'.. Macam ramen..soba.. baguette.. tak payah nak terjemah nama hidangan yang secara globalnya memang orang putih suka (bab sambal itu taruk tepi dulu)

Kalau bergedil.. eh, berdegil nak translate gak... erm.. Fat Rice? Giler tak selera dengar.. Sure orang bayang.. nasi yang di masak dengan lemak... eeeewwwWWW..!

Coconut Milk Rice? panjang sangat dan macam takde pendirian.. Coconut Rice? Lagi la orang bayang nasi yang dihidangkan dalam kelapa.

So nak tak nak kita kena paksa orang luar sebut Nasi Lemak. Lemak tuh melambangkan rasa lemak santan. Kalau org putih kata.. creamy gituh kan? Sebut Cream Rice? Subhanallah, adakah kita begitu desperate nak jadi omputih??

Kenapa perlu kita jadi seperti orang lain padahal kita sudah elok dengan fitrah kita? (credit)


Actually, selera orang putih bermula dengan impressi bau masakan. Nasi lemak yang di masak dengan daun pandan dan dihidangkan di atas daun pisang, ada bau yang tersendiri. Kalau tak caya, yang mana duduk oversea boleh cuba test. Buat nasi lemak (jangan lupa bubuh halia masa masak), hidangkan bersama timun, telur rebus, bilis goreng dan kacang goreng. Sambal jangan letak (sbb diorg tak tahan pedas..) Hidang atas daun pisang, dan pastikan nasi tidak terlalu kering dan just nice dengan kekeringan bilis dan kacang goreng. Selepas hari tersebut, anda pasti akan mendapat tetamu org putih yang muka tak malu datang rumah minta nasi lemak hari-hari.. hahaha!!!

So we should proud of our nasi lemak kan? Secara tak langsung we show people our culture la pada non-malaysian. Ye la kan, kita tak laga pipi dengan diorg kalau salam pun kena sama jantina. Bila one day kita ajak datang rumah hidang masakan malaysia, dapat juga kita sesuatu perkenalan. Sebab saya percaya, setiap pelajar yang keluar negara / orang islam, mereka merupakan duta. Orang akan lihat dan judge. So at least dengan makanan, kita actually boleh mix dengan orang lain dan kita nih manusia bukan la sejenis makhluk yang mengeksklusifkan diri.

...Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (49 : 13)



Hold on! Pernah dengar nasi lemak tidak boleh dijual di kantin sekolah lagi?

Sebelum saya ulas, jom kita flash back sikit pasal beras.

Korg rasa dulu-dulu senang dapat beras tak? I mean zaman-zaman kesultanan Melaka. For sure dulu tak de mesin banting padi mahupun mesin mengasingkan kulit padi dengan beras.

Banting padi.. sekarang mesin (credit)


So nak diikutkan, beras nih dikira macam makanan mewah zaman-zaman dulu. Berapa kali punya peringkat baru dapat beras? Mesti mahal. So yang duduk makan nasi tiap-tiap hari zaman dulu nih orang bangsawan je. Kalau dapat pun, nasi lemak tuh di masak dengan beras melukut, yakni beras hancur yang murah sikit harganya dan dihidang dengan sambal. Tak caya? Cuti pergi masuk kampung yang ceruk di pendalaman. Anda akan jumpa nasi lemak jenis ini yang dijual dengan harga 50-70sen yang saiznya tak lebih dari tapak tangan anda.

Then.. diorg dulu-dulu turun sawah la, berkebun la, cari buah hutan la, potong kayu api la, ambil air bersih la.. Nak senang cerita tak duduk dalam air cond, mengadap TV or komputer. Otot diorg solid-molid tapi tak besar-besar and artificial. =p

Dengan pembandingan, gaya hidup orang zaman dulu dan sekarang, memang tak kisah la kalau masyarakat rembat nasi lemak hari-hari berbanding dengan kita sekarang. Plus, sekarang nih, punya senang nak dapat serta bersepah gerai, kedai mahupun meja tepi jalan raya menjual nasi lemak tak kira siang malam. Kiranya nasi lemak nih sangat common sebagaimana nasi ayam penyet di indonesia atau nasi katok di brunei atau baguette di france mahupun hot dog di US!

Saya duduk minum pagi kat mamak pun, saya perhati dekat 80% pelanggan beli nasi lemak! Bukan biasa punya, siap ayam dengan telur goreng lagi! Itu belum kira dengan teh tarik lebih susu lagi. (kiraan itu tidak termasuk saya, sebab saya order tosai ek?)

Ok, kembali kepada larangan jual nasi lemak. Well.. erm.. cuba tanya diri anda dan anak-anak anda. Bila paling last anda bersenam sampai baju anda lencun dengan peluh ?(Dush! soalan tepat pada diri sendiri).
Hah? bila?... Ada kajian yang dilakukan, menjelang 2020, 1/4 golongan muda akan mengalami obesiti.  Nak senang bayang, setiap 4 org, ada seorang yang obesiti. (mata terbeliak dan rahang jatuh ke lantai)

Cuak.. serius cuak.. Nih baru nasi lemak, belum lagi makanan proses cam burger, potato chips.. hot dog..ari gas.. MekDi...AyamGorengKentuki... Rasa memang sedap.. tapi.. (ehem.. saya sekali sekala tedas gak.. *batuk*batuk*). Then kita duduk je.. jari-jari  dan mata sahaja yang bergerak, sibuk clicking mouse.. main psp.. PS2.. Kadang kala otot muka juga bergerak, itu pun sebab nak kunyah makanan lagi cam gula-gula... coklat.. jelly... Bedebush!

Maka guana kita nih? Cukup 20 minit senam, 3 kali seminggu? Gerenti tak cukup jika anda makan cam badang. Oh ye, di france ada juga masalah nih suatu ketika dahulu bila fast food mula banyak kat france dan menajdi tumpuan anak muda. mahu tak? Jika anda student, ada dapat satu burger yang sama secara percuma! Kekadang nak upagrade saiz large pun free.. (Eh! jangan pergi book tiket ke france dulu!)

Dalam iklan terutama masa kids time, diorg iklankan saranan seperti

Mangez bougez (Makan, Aktif)
Ne pas gringoter entre le repas (Don't munch between meals)
mange 5 fruit et legume chaque jour (makan 5 jenis sayur dan buah setiap hari)

Antara initiatif iklan utk gaya hidup sehat (credit)


Maka, kanak-kanak kat sana pun memening kepala mak bapak sebab nak follow iklan tuh.. ahaha ^^
So kiranya, supaya perlu berusaha jadi sehat dan aktif supaya hari-hari boleh makan sedap

Kalau ikut sunnah nabi pun, lagi best. Complete Rasullullah saw tunjuk.. dari start makan sehingga adab makan sebab time makan adalah quality time pada sesiapa yang makan sekali dengan kita.

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.
Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah) -- antara adab makan (adab² lain di link nih)

So patut ke kita bakar kelambu padahal nyamuk yang salah?

yang pastinya, nasi lemak ku tak bersalah

wallahualam

p/s : saya bukanlah fan nasi lemak.. tapi saya tetap nak pertahankan legacy nasi lemak

Monday, 16 May 2011

Kisah lama berulang tayang

Assalamualaikum wbt


Bulan may.. Bulan yang penuh dengan sambutan sana dan sini. Percaya atau tidak, di France sambutan yang selalu diiringi dengan coklat, bunga, kad ucapan, (kadang kala sabun buku), persembahan dari murid dan jamuan; tidak diadakan?

 TAPI profession yang dikira antara yang tertua, sangat-sangat diperlukan walau diceruk mana sekalipun dan dibayar dengan harga tidak setimpal dengan pengorbanan ini, telah menempah satu hari dalam 365hari untuk kita ucapkan tanda terima kasih kepada guru. Kebanyakan negara buat 1 hari dan dicutikan hari tersebut. Di US kalau tak silap, diorg ada Teacher's Appreaciating Week. pergh! Seminggu tuh!

Ok. Definition guys.

Guru, cikgu, teacher, mu'alim, professeur (french) merujuk kepada satu manusia yang tugasnya mendidik dan memberikan ilmu dan bimbingan. Kalau ikut japanese, yang kita pakai sensei, tahap dia dah tahap orang tabik tahap gaban sebab doktor pun diorang panggil sensei!

Maka gaji guru pun sepatutnya semahal cam gaji doktor.. (Ahahaha!! guran aje noh? ^^ )

credit



Dikala anda mengadap entry saya yang agak-agak celaru dan boleh tahan bosan ini, saya ada satu soalan. Soalan ini diajukan kepada saya oleh Guru Displin MRSM Beseri di kafe semasa saya melawat abang saya
zaman tuk kaduk dulu..



Do you still remember your class teacher's name when you were standard 1'


Membulat biji mata saya masa tuh! Serius! Padahal masa tuh belum masuk lagi sekolah menengah. Balik tuh terus saya hafal nama-nama cikgu kelas saya. ahaha.. padahal tak payah hafal pun sebab anda ke sekolah dengan niat untuk membiarkan diri anda diterangi oleh didikan guru-guru anda bukan? (ke ada yg kene paksa gi sekolah sebab tiap-tiap isnin sakit perut?) Maka soalan ini saya ajukan pada anda. ehehehe.. tak payah submit jawapan sebab anda tahu sendiri.

6 tahun di SRK La Salle... sememangnya best tahap tak terzahir melalui kata-kata. Walaupun ada peristiwa pahit di kiri dan kanan, tapi kenangan bersama guru yang sedaya upaya mengajar dan mendidik kanak-kanak yang ketika itu masih belum reti nak gosok baju, adalah satu yang........ hah kan saya dah kata tak terzahir melalui kata-kata =p

Perasan atau tidak yang semasa di sekolah rendah, itulah paling banyak kita kena rotan, diri atas kerusi, denda berdiri depan perhimpunan, telinga dipiat, dan dimarahi tahap petala 18. Kan? Kan? aha... sebab masa itu kita masih lagi hanif, atau innocent. Masih belum tau mana baik buruk. Kesakitan itu sekejap dan pengajarannya kita bawa sampai la nih!

Kalau zaman pok mok kita, jangan cerita la ke'brutal'an zaman sekolah dulu. Kalau zaman sekarang, ada je apa-apa kes berkaitan dengan murid, guru sekolah yang kena. Zaman dulu, kat sekolah kena rotan, balik rumah pun kena rotan. Saya ingat lagi ayat keramat yang mak saya pernah cakap dengan cikgu kelas darjah  1 masa first day,

'Cikgu, ambillah anak saya ni, didik macam anak sendiri. Asalkan tak cacat atau buta.

Mana tak cuak bila dengar. Ahaha.. Brutalis maximus betul.

Bila dah masuk darjah 6, kadar denda takde la banyak. Kan saya nih budak baik dan dengar cakap? ahahaha~ Tapi serius best bila cikgu-cikgu veteran masuk kelas ganti. Ada je cerita-cerita kelakar dan membawa pengajaran dikala kitrg nak step into the next level.

5 tahun di Sekolah menengah, jangan cerita. Walaupun terletak hanya disebelah sekolah rendah dan menggunakan padang yang sama, ia bukan suatu perkara yang oleh dinilai, bahkan guna kaedah pembezaan pun nilainya tidak tertakrif. kalau kira guna kalkulator, keluar syntax error. (ahaha!!)

Guru, profession yg dijulang tinggi sebab mendidik


Kini.. guru mendidik dikatakan mendera, guru menasihati tumbukan pula diberi... sedehnya... serius sedeh.. Rasanya tak jauh pun jarak batch 88 dengan batch yg muda-muda sekarang. Berikan macam-macam gelaran, sekolah prestasi tinggi, sekolah bestari.. tapi lupa yang setiap manusia berbeza tahap pemikiran. Oh kapitalisme dalam pendidikan, yang mana pandai dijulang, diangkat, yang mana bengap tak dipandang..

Emo? A bit.. Saya datang dari sekolah yang tak pernah dalam spm lulus 100%. Maka bergaul dengan segenap lapis masyarakat.. yang tak mandi.. yang baju tak pernah basuh.. yang hari-hari minta 50sen.. tak lupa juga yang dompet sentiasa berisi kertas merah.. yang skema dan yang laughing-out-loud. Kedudukan sekolah saya.. sebelah sekolah jenis kebangsaan cina.. tak sampai 10 rangkak, sekolah tengku ampuan rahimah (sekolah normal) dan saya? Sekolah separa bantuan modal sebab bukan atas tanah gomen.

Guru-guru tetap sama.. diberikan oleh kementerian untuk mendidik kami. Namun hanya yang bebetul rasa sayang nak mendidik anak bangsa sahaja yang survive sekolah kami.. hasilnya. Kami. 'The Vanguards and Knights that wield the shield of green and white'.Result? We still manage menjadi manusia, bukan parasit.  Apa guna belajar tinggi², tapi hatinya tidak cekal, tidak teguh menghadapi rasuah, kejutan budaya reality danhati sentiasa ada rasa waswas dan bersangka buruk dengan orang lain.



Saya mmg nak angkat bakul sekolah saya. Bahkan saya pernah nak sekolah anak saya kat sana sebab nak biar dia merasa reality.

Tapi... bila kala saya melihat berita-berita sadis diantara guru dan pelajar.. pada mulanya saya tak percaya.. bila saya pulang ke sekolah.. air mata saya mengalir laju melihat. Saya batalkan niat saya..Curahan hati para guru yang pernah mendidk saya amat-amat menyayat hati.. lebih menyayat hati dari kisah sinetron dan cerekarama buatan manusia..


Aku berkecil hati dengan sekumpulan pelajar ini..kalau tak mahu menghormati aku sebagai guru..hormati aku sebagai sedara sebangsa dan seagama.."Saya menyampaikan ilmu agama..mencegah kemungkaran, menyuruh kepada kebaikan..tapi..dipandang sepi oleh kamu... (luahan hati seorang guru dari sekolah saya via fb)


Biar pun kami tak siap kerja sekolah, ponteng kelas, tak berpakaian kemas, tak dapat markah yang baik, cakap kasar dan makian antara kami mcm satu permainan, kami tetap menghargai dan sanjung posisi sebagai seorang guru.

Kalau bukan kegigihan, kesanggupan, tak tidak putus asa guru ke atas kami, kami bukan seperti sekarang. Kalau bukan bebelan, air liur dan tengkingan guru ke atas kami, kami semestinya tak survive dunia yang penuh penipuan.

Kenapa profession menjadi seorang pendidik tidak lagi dipandang noble? Oh, kerjannya banyak.. borang itu kena isi, buku itu kena isi, mesyuarat itu.. kursus ini.. ko kurikulum sekolah.. Kadang kala kerja bukan mendidik lebih banyak.. maka akhirnya terjadilah situasi.. mendidik menjadi mengajar.. (hah? faham tak? )

Maka bila jadi guru, jangan la kita menjadi ketam yang tak pass nak berjalan dengan betul tetiba nak mengajar jalan or jadi cikgu yang kencing sambil berlari dihadapan pelajar-pelajar yang sedang berdiri kencing. (sori, ayat ganazz)



Sebelum saya akhiri, saya nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru yang pernah mendidik saya dari saya kasut saiz 3 sampai sampai kasut saya bersaiz 10! Serius.. saya tak tau camne nak balas jasa diorg.. sebab saya letak kedudukan diorg macam parents saya sendiri..

walaupun  saya tau, takde seorang cikgu saya yang akan baca entry nih, saya tetap nak 'shout-out da Appreciatin'

SELAMAT HARI GURU!!!

wallahualam


p/s : nak tau kenapa saya obses dengan sekolah saya? boleh baca 'a shield of green and white'

Re-Emerge

Assalamualaikum wbt

------------------sila kerat disini------------------


Serius. Aku dah fikir masak-masak.


I'm scrapping akupenglipur

So lepas nih, akan ada re-post semula cerita-cerita akupenglipur ke dalam wotpog.
Nasib akupenglipur..? erm.. Mungkin aku privatekan je kot. Sayang dah tulis banyak tetiba nak padam..

Eheh.. Maka dengan menyahut seruan saya sendiri (boleh tak? =p ), saya me'repost' Cerpen bertajuk Pisang Berangan Kelapa Sebatang! ( yang mana yang pernah baca, abaikan entry ini. Cuba buat masakan baru ke apa ke..)

Enjoy~
 --------------------sila kerat disini-----------------


Di sebuah kampung nun jauh di ceruk di pendalaman, terdapat sebidang tanah dimiliki oleh Haji Kamal. Segala jenis pokok dan tumbuhan pak haji ini tanam. Pokok rambutan, pokok manggis pokok buah naga. Itu belum masuk lagi pokok mempelam, ciku dan belimbing besi.
Tidak cukup dengan pokok buah-buahan tempatan, sayur-sayuran juga pak haji ni tanam. Berbudi pada tanah sememang ada hasil.

Namun dalam banyak-banyak pokok yang Haji Kamal ini tanam, ada sedahan pohon kelapa di depan kebunnya. Tingginya, cukup tinggi untuk membuatkan juara pemanjat kelapa untuk berasa gayat. Buahnya jangan cerita banyaknya. Entah berapa buah kereta yang renyuk atapnya akibat dihempap buah kelapa tua dari pohon kelapa sebatang ini. Maklumlah, sebenarnya, dialah pohon yang paling senior di kebun Haji Kamal nih.

Suatu hari yang agak tenang, dia cuba berbual denga pokok pisang berangan yang baru sahaja ditanam oleh Pak Haji beberapa hari lalu.

'Pisang, bagi aku kaulah pokok yang paling malang dalam dunia.' kata kelapa dengan nada sedikit angkuh.

Pisang yang pada awalnya tenang melengggok-lenggokkan daunnya mengikuti bayu angin tiba-tiba berhenti lalu dia mendongak dan bertanya.

'Oh ye?Kenapa kau cakap macam tuh wahai kelapa? Mak serumpun aku tak pernah pula menyesal hidup.'

'Ish.. ish.. Kasihan aku tengok nasib kau. Kau tu, bila masa boleh berbuah dua kali? Bila dah berbuah esok lusa, bersiap sedia untuk tumbang le..' nada angkuh kelapa makin menjadi-jadi.

Merah padam pisang mendengar kata-kata pedas kelapa. Nasib baik tumbuhan berwarna hijau. Jika tidak terserlah kemerahan si pisang berangan.

'Bagus juga bila tau bila kita mati. Boleh lah bersiap sedia. Minta maaf apa yang patut.. Buat amal apa yang patut. Lain la kalau dah jenis tak sedar diri. Harap hidup je tinggi melampai.' jawab pisang dengan selamba.

Kelapa terasa dengan jawapan Pisang. Lalu dia membalas.

'Hei pisang! Akulah pokok paling banyak berjasa dengan manusia tau! Daun aku guna utk buat ketupat. Hah, buah aku orang minum airnya. Siap ada isi lagi. Sabut kelapa orang buat bahan bakar. Umbut aku diorang buat makan, tombol pun orang makan. Apa lagi? Santan wei!Kau tau tak santan tu on demand time hari raya?' bersungguh kelapa membalas.

'Eleh, kalau kau tau kau boleh banyak berbakti, buat apa kau menyombong nak meninggi lampai? Lagi menyusahkan orang adalah!' Sindiran pisang tepat mengena kepada Sang Kelapa.

'Jealous la tuh! Wei, kau apa je boleh buat? Sekadar balut nasi lemak dengan bagi buah je kau boleh buat.'

'Ala, kau je yang tak tau yang sebenarnya kita orang pernah berbakti besar pada rakyat malaysia tau'

'Apa benda?'

'Daun kita orang ganti kain kapan time jepun dengan batang kita orang boleh buat benteng kalau todak nak serang!'

Terbahak-bahak kelapa ketawa. Jika tidak kerana akar serabut kelapa yang mencengkam tanah dengan kuat, sudah tentu dia sudah merebahkan diri di jalan raya dan berguling-guling di atas jalan raya sambil ketawa.

Ternyata darjatnya lebih besar dari pokok pisang. Dia puas mengenakan pisang dengan membuatnya marah. Memang jadi kebanggaan kelapa untuk menjadi pokok yang paling banyak berbakti.

'Dari kau ketawakan aku, baik kau istigfar dan minta maaf kat aku. Kau tuh bukannya tau bila masa nak tumbang'

'Rileks la, dahan aku kuat lagi nih. Kau bukannya boleh lari mana pun. Sebelah aku je. Bila kau dah berbuah, aku minta maaf la' kelapa membongkak.

'Tu la, dah cukup tinggi lampai tapi rabun. Haji Kamal datang bawa kapak berdiri bawah kau pun kau tak sedar!


'Alamak...'


-Tamat-


Moral : walaupun kita sudah banyak menyumbang dan berjasa, jangan kita meninggi diri dan lupa yang kita boleh mati bila-bila masa! ^^

Tuesday, 10 May 2011

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum wbt

Bangun pagi ini cam hari-hari biasa. Cuma diri tiba-tiba terbangun walaupun alarm (iaitu handset) tertinggal dalam kereta.

Pun macam rutin-rutin seharian, biasa.. air bancuh 3in1 untuk breakfast dan sekeping dua roti.

Masuk je kereta, bila bukak handset.. sudah mula merasai sedikit kelainan... patutnya pagi ini auto-publish satu post.. tapi mlm tadi diset draf kembali sebab macam terlalu personal.. tak per lah.. sok lusa publish insyaAllah.

Hari ini merupakan hari ulangtahun wotpog ke-3. So kirenya selepas ini wotpog sudah masuk tahun yang keempat. weee~~ tepuk! tepuk!



Saya pernah sekali dua membandingkan posting dulu dan sekarang. Banyak perbezaan. Baju yakni skin templete entah berapa kali tukar. Dari background asyik warna coklat sampai la ke warna ala-ala langit ini ^^

Hari ini juga ada satu peristiwa yang membuatkan saya berfikir panjang. Saya sedang duduk termangu dalam masjid, tiba-tiba ada rombongan sekolah rendah menumpang solat di masjid. Bila tengok gelagat diorg rasa nak marah ada, rasa kelakar pun ada. Haha.. kids.. tak boleh salahkan mereka. Mereka budak baru belajar. Kalau tersalah jolok cempedak terambil nangka, salah tukang ajar la kan? ^^

Bila dilihat kembali. Banyak juga kekurangan dan kekhilafan diri.. Kurang matang, masih lagi perlukan bimbingan dari orang yang lebih tahu, tidak fokus dan sebagainya. Yang mana sudah lama mengenali saya, amacam? saya ada perubahan tak? Hahaha.. mungkin di mata korg saya masih lagi tak berubah kot? ^^

Saya juga terfikir.. manusia lahir dengan izinNya fitrahnya adalah hamba yang patuh.. namun setelah sekian lama, ada yang masih islam dan tak kurangnyer menjadi bukan islam (64:2).. Alhamdulillah, masih belum ditarik keimanan dalam dada ini sepanjang saya sebagai penulis wotpog.

credit


Hari ini saya banyak travel. Dari kilang besi ke kilang besi. Dari kedai hardware ke kedai hardware mencari quotation harga barang-barang untuk projek yang seterusnya. Walaupun pengembaraan diakhiri dengan 'Lu dtg esok la,itu kilang sudah mau balik dah'.. masa ni, baru 430 ptg.. hati tetap tersenyum. XD


Hari ini.. saya tersenyum. Duit claim sijil dah masuk.. (tapi gaji still tak dapat).. video semalam cuma perlukan sedikit touch up sahaja.. saya dapat sambung keje sampai akhir bulan 8 dan PolyEthelyne tak payah book, beli je terus tadi.. oh ye.. saya juga tersenyum membaca sms sms yang masuk sejak pagi tadi.

Hari ini juga hari ulang tahun kelahiran orang yang saya kenal sejak sekolah rendah. Adam Rahmat... dan Dickson Ng...  Oh ye, prof jemputan yang kat UM juga berkongsi ulang tahun hari ini. Bila dijenguk dalam wikipedia.. banyak juga yang lahir dan banyak juga yang mati pada 10 mei. tidak kurang juga dengan peristiwa-peristiwa bersejarah pada hari ini.

Inilah kita sehari-hari.. Masa datang dan pergi.. Semalam ada sejarah yang mengajar... Esok adalah pengembaraan.. Tapi hari ini adalah anugerah dari tuhan.. Sebab kenapa? Sebab Dia memberikan 'chan' sekali lagi untuk kita menghirup oksigen, menatap muka ibu dan rakan-rakan, merasa ayam bakar, tersengguk-sengukk di kuliah, bergurau senda dengan orang-orang yg tersayang..

24jam.. pendek sahaja. Esok 24 jam juga. itu lah masa berlaku sampai kita ke liang lahad. 24jam sebenarnya sangat berharga.. peluang utk kita belajar benda baru, peluang utk kita perbetulkan kesalahan kita, peluang utk kita meminta maaf dengan orang lain, peluang utk kita menundukkan ego, peluang utk bertaubat dan memperbetulkan niat dan azam. 'Hari ini sungguh buhsan' tidak patutnya wujud dalam hati manusia!


awat sayu sangat post hari ini..;?

wallahualam


p/s : tahun lepas, pada hari ini ada orang sanggup makan kek sempena hari ini. tahun ini agak2 ada tak?

Double Layered Sweetness - Part end

Assalamualaikum wbt


amaran : entry ini sanga²²²2 panjang. baca bila ada masa atau berminat je. hehe...

entry ini merupakan project dedikasi ku pada ibuku..



walau dia takkan baca sebab tak mahir internet..





Alhamdulillah. Masuk sudah part 2 walaupun sequel post ini mengambil masa setahun untuk muncul. hehe.. so kalau rasa nak berflash back boleh baca entry asal Double Layered Sweetness. 


Part 2 nih lebih byk mengenai mak menghandle ‘This time bomb’ pada umur awal remaja. Sebagaimana yg korg perasan, tahun 2000 merupakan era rapid technnology expansion. Dan malaysia tak ketinggalan dalam meningkatkan dan bersaing dengan arus kemodenan dunia. Nk capai Negara moden 2020 kan?

Maka kami yg ber'background'kan pokok getah, parit, reban serta tandas takde flush boleh katakan period sukar dan perlu adaption. Termasuk juga mak dan juga anak-anaknyer.

So part 2, saya tak byk sgt memory beday sgt till 2006, tapi saya ingat benda benda yg bonda telah lakukan utk groom up this person dan juga sedikit sebanyak titik² hijrah diri.



2001

Tahun masuknya saya ke sekolah menengah. Saya pernah tulis dalam post dulu, yg mak nk masukkan saya kat sekolah STAR klang. Mungkin sebab ambience dan persekitaran yg lebih terjaga. Byk kengkawan mak yg boleh tgkkan. Sorry la mak, masa nih saya anti-perempuan dan sangat sexisme. Maka masuklah saya ke sekolah ‘Bermasalah’ La Salle. (sukati je bagi gelaran nih)

The Shield of green and white


Actually ada behind story. Aku actually memang nk masuk asrama. Sebab cam best jer, tidur dalam dorm reramai, makan kat dewan makan etc.. ( masa tuh merasa sekejap masa pertandingan cricket, buat kat teknik shah alam). Dapat tawaran SBP sains Ulu yam. Nk pecah tradisi masuk asrama pada umur muda. Masa tuh rasa dah bosan duk rumah. Serius wei! Tapi mak bejaya mengugat pendirian. ’Ko tuh kekadang kasut sekolah pun mak basuhkan!’ adeyh.... (nk senang citer mak tak kasi la)

Sebenarnya mak ada plannyer tersendiri dalam pembentukan saya nih. Dah umur form 5 baru dia bagitau. So apanya? Hehe.. mane leh bagitau~

Oh ye, masa time nih saya tinggal ngan mak je kat umah. Arwah chik ara dah berhenti berkhidmat, adik beradik lain either fly or berada di institusi pengajian tinggi, dan apak pula baru je memulakan pangkat barunya di ipoh.  So nih boleh dikatakan point hijrah pertama sata. Sebab kalau saya berkeras nk masuk gak asrama, bonda akan pack up things dan tinggal di ipoh. Oh ye, masa nih mak baru je abis pengajian degree dalam pendidikan khas. Mak hny sekadar lepasan maktab je. Dan masa tuh polisi mengajar di sekolah menengah perlu ber degree..

So kirenyer, mak pun baru nk settle things down. Basically, mak tunggu juga keputusan dari diri ini. Sebab sebelom tuh ada juga apply kat Kolej Yayasan Saad Melaka, tapi tak de rezeki kat situ. Mak cam beria-ria nk masukkan kat sana. ( mungkin sebab Melaka kot, senang nk ambush)

In the end, saya amik keputusan utk stay berdekatan ngan mak till form 3. Form 4 saya mmg berazam giler nk masuk mrsm, cam abg ngan akak² yg lain.

Oh ye, cam remaja-remaja yg lain, masa nih saya mula utk retaliate dan rebellious. Ada satu part nih, saya cam ada tak suka satu cikgu BM atas reason-reason personality dier. Tapi kesnyer mmg salah saya pun, but still, dier… tak yah citer la ek? saya maleh nak menganyam ketupat.

Perpun, cikgu tuh nk jumpa mak kat sekolah. So dengan penuh rasa, ‘dari kes nih tau dari mulut cikgu nih, better aku sendiri bagitau mak aku’. So ada la saya tulis surat cinta kat mak, dan letak kat meja solek dia.. kihkihkih…



2002


Tadi ingat tak yg saya ada sebut pasal ambush? Mak ada satu special skill yakni meng’ambush’ anak-anaknyer dengan muncul secara tak di sangka-sangka. (wahahahhaa!!!). boleh kire cam stalking, tapi stalking sesenyap. (eh? bukan stalk tuh mmg senyap-senyap ke?) Tiba saat yang sesuai, Mak suka kantoikan. tak pun balik rumah dia soal siasat soalan yang dier dah tau jawapan.. Kami gerun dengan skill mak ini.. Hehehe..

Kucing kt kampung pun suka stalk and ambush.. =p

Saya perasan benda nih masa form 2. masa tuh Hari Kantin sekolah, saya baru ajer abih shift pagi jadi tukang masak burger, so masa tuh pergilah bergumbira ngan seorang member nih, yg juga partner burger masa tuh. Alih-alih tiba-tiba tersermpak ngan mak n dad nk tangga sekolah. Terkejut  besar kot masa tuh!

Bukan apa, ada juga ajak diorg pagi tuh, tapi masa tuh diorg reluctant. Last-last muncul juga mereka.  Bila diceritakan kat abg, abg cakap la dulu yg dier pun pernah kena ambush gak. Masa tuh dier senyap² dating kat subang parade. Kehkeh, kantoi selepas diambush mak.

Oh ye, masa hari kantin tuh gak, ada satu group aku yg ada bawak kengkawan pompuan dari sekolah lain. Naseb baik tak join diorg atas sebab² tertentu. Kalau tak free-free je ada benda mak nk pangkah sampai saya keluar sekolah.

Saya juga masa period nih, baru sahaja terdedah dengan dunia. Yup, masa nih saya baru dengan lagu-lagu rap la, linkin park la etc etc. tambah pulak dengan bantuan kepantasan pengembangan teknology tanpa sempadan, so mak trying to do her best utk pastikan yg saya nih still ok, bukan KO. Mengarut kot, awal-awal dah terdedah ngan lagu-lagu yg ada sebut guns, sex, drugs.. alhamdulillah masa tuh still ok lagi mesin bernama akal nih. But still, i was a time bomb back then.

Mak sangat protectif actually. So mmg dier akan tapis siapa yg saya bergaul. Dan Alhamdulillah saya nih ada anti social sket, dan hanya lepak dengan org-org yg dah kenal lama. Masa dlu buat ’Card contact’ yg ada tulis nama, alamat, no tepon tuh pun sebab tgk gambar² dier lawa n chumel. Jadi card collection trus.

Ada sekali tuh, mak datang sekolah nk minta pelepasan awal sbb kak num nk fly rusia. Mak borak-borak la juga ngan Cikgu Laila (yg juga kawan lama dier) and timbul lah kes yg saya nih patut gi kelas tusyen. (mmg betul saya Cuma tusyen bm ngan bi je, itupun kat sebelah rumah)

Then mak actually reluctant nk masukkan aku because... urm…perangai budak perempuan zaman sekarang… (hoh!!) – giler tak alasan nih? sila rasa terkejut dan membulatkan mata

Sebabnyer begini.. sejak saya sekolah rendah, ada je budak perempuan telefon rumah nk berkenalan ngan saya.  ( sampai ke hari itu, baru saya tau pasal nih ) dan mak pulak jenis angkat telefon. Maka selain jadi protectif, mak juga agen Clorox yg amat berkesan. Abih org nk berkenalan ngan saya kene basuh. muhahaha~ padan muka, sapa suroh menggatal!



Bila tau dari perbualan diorg nih, saya terkejut kot. Plus... sedikit kiciwa... (yahahaha!!!)-sila geleng-gelengkan kepala- masa tuh dah terkurang dah anti-perempuan masa tuh. Kurang sebab persekitaran dan pengaruh rakan-rakan. kengkawan lain pun sebok juga mencari dan kontek-kontek bebudak perempuan, which i rather find it interesting to do. Astagfirullah.. Tapi saya tak buat la becoz saya tau, mak mudah sahaja menghidu. Mampos kena bambu.

Again. Niat mak baik. Dia tau dengan perkembangan teknology, perhubungan lebih mudah. Maka anak-anak dara zaman sekarang akan lebih dare rather than tersipu-sipu malu. ( via telepon mana nmpk muka kan?) tambah pulak ketika itu, anasir jahiliyah kople-kople nih sudah mula menjadi trend pada masa tuh  Dan mak nk pastikan yg saya tak terjebak ngan benda nih sebab dier tau yg saya nih naive dgn pompuan dan benda nih PASTI mengganggu emosi dan akhirnya pelajaran saya. Mmg tak valid la alasan kople itu membantu. So meng’tusyen’kan saya di kelas yg agak popular di klang itu, bagi pendapat mak,  lebih berisiko.


Hehehehe..


Saya tringat satu peristiwa yg berlaku masa saya kursus pelancongan koperasi, kat kuala terengganu. Masa form 2 gak.. haha! Tak boley citer kat sinih~! ^^



2003


Tahun yg byk giler event-event berat. Oh well, kalau kes beday tuh, rasanya masa tuh sambut dgn ada abg D. Dia break study setahun. Cam dua tahun sebelumnya, biasa sambut ngan mak je la. Either kat kedai fast food.. or makan² kat food court jusco bukit raja.biasanya after mak balik sekolah la. ( for some reason, saya lebih suka jusco bukit raja berbanding bukit tinggi.. )


Cam saya katakana tadi, tahun 2003 byk event² berat. First sekali adalah pindah rumah. Ingat lagi, kitrg berdua pusing-pusing andalas mencari rumah utk disewa, packing-packing..maka jumpalah kami dgn rumah yg sedia ada sekarang yakni rumah teres dua tingkat belakang bomba andalas.

Oleh sebab byk sgt event-event berat, tapi saya yg sorg nih perlu dipantau walau apa jua keadaan. Maka mak biasa akan menghantar ‘spy’ bila saya keluar dengan rakan-rakan atau keluar seorang. Biasanya abg saya la yang kene. Then again, abg saya sentiasa berkompromi ngan saya. Hehehe.. dah saya dulu penah jadi spy dia. Maka, korg paham la kan? Hahaha!!! Kitrg kompromi bende² yg ringan² je. Macam sekali tuh yg kitrg beli PS1 sesenyap. Hehe.. kalau bab pompuan² nih, spy takde bende nk citer. Saya clean ok?

Oh ye, beday masa nih agak ganas sekali. Saya trima kad beday berselit duit rm50 kat letak atas meja study. Hehe.. ternyata satu sign, ‘beli lah apa yg ko nk’.alhamdulillah.. duit yg masa nih tangan aku rasa sgt besar biasanya akan ke tabung simpanan. Hehe..



2004

Masa nih mak lebih tidak mengcengkam. saya dah pergi bermacam² tusyen masa nih. So mak cam dah takleh jaga sgt. ye la, anak dia sorg nih dah meningkat rumaja. But still mak jaga dari jauh. Mak akan hantar dan amik bila balik sekolah or tusyen. Just utk hari minggu atau mak busy, saya akan balik naik bas. Kat sini mak still tau siapa saya bergaul dan kenal siapa saya benar² bergaul. Kalau cam tusyen kat Delta klang tuh, mak tak jaga sangat sbb mak tau yg saya masuk situ atas kehendak sendiri bukan atas sebab kawan ke apa ke. Hoho..

Oh ye, saya beria-ria nk masuk mrsm tapi tak dapat langsung. Actually saya dapat tawaran masuk AsiS. Saya tolak. Sebab alasan sekolah semua lelaki, sekolah tua gak. Cam La Salle. Baik saya stay je kat la salle tuh sbb cikgu² sudah masak dengan potensi saya. hehehe.. Tapi actually saya sebenarnya ikut pesan arwah atuk. Dier pesan tak yah pergi dan jaga mak kat umah. Mmg btol, kalau saya masuk asrama time nih, mak akan duk kat umah sensorg.

Melihat beberapa circumstances, saya amik keputusan utk tak pergi. Nih hijrah saya juga. Walaupun saya beria-ria dlu nk masuk asrama. Allah maha besar. Pentarbiyyah diri di sekolah harian ’gangster’ lebih lain dari sekolah biasa mahupun asrama penuh.

Saya ingat lagi masa sekali time tusyen tuh. Mak tetiba talipun tanya camne nk tukar chanel AV1 ke siaran biasa. Mak nk tengok berita. Hehehe.. ntah berapa kali tah mak selalu sebut ’naseb baik adam tak masuk asrama, kalau tak terkontang kanting mak sensorg kat umah’ sepanjang tahun 04

Aku tak ingat beday time nih, tapi mak ada bawak gi tempat spesel rasanya. N ok coz philipin coklat kek! Hehe.!

Oh ye, after pmr, mak hadiahkan handphone 3315. yup, thats my first hp utk hidup saya. After pmr! Mak hadiahkan nih sbb nk memudahkan saya utk call mak utk amik balik tusyen ke, balik sekolah ke, problem ke apa ke. Senang citer utk memudahkan saya atau mak utk contact each other. Takde la saya tercari-cari public phone stiap kali nk mintak mak amik. (actually sampai sekarang saya saya mencari gak, bila hp habis bateri) Hehe.. mak sekadar bagi hp je, simkad dan topup saya tanggung sendiri. Hehe. Pentarbiyyah awal utk berdiri di kaki sendiri.!


2005

Tahun peralihan. Secara keseluruhannya, mak banyak beri support kat belakang. Mak selalu menjadi telinga utk saya komplain apa² bende kat sekolah ke, project ke apa ke.. en l’envers (pada masa yg sama sebaliknya juga) pun selalu gak. Citer mak ngajar bebudak kat sekolah la, etc etc.

Masa nih mak lebih byk membiarkan saya berdikari. Rasanya tahun nih, mak dah bagi freedom utk buat budget tahunan dan kawal sendiri perbelanjaan. Which means kalau saya salah budget, mmg saya tak makan tak sekolah. Senang kata full authority la dgn duit. Saya akan dapat elaun bulanan yg kadar nyer ditetapkan mengikut budget saya setahun. So dalam budget tuh aku buh la semua kan? Tenet ke , duit tusyen ke. Yg belanja² utk sendiri ada bubuh gak masa buat budget, tapi kalau apak tak setuju ngan nilai tuh dier tak bagi la kan?

Mak pun dah tak masak sgt tahun nih. Saya pun ok je. Alhamdulillah, mak dah lama ajar saya makan ulam² ngan bende² simple. Aku yg dulu2 memilih makan nih pun bedal je semua akhirnya. so dapat la saya makan nasi, ikan goreng ngan ulam raja. Oh ye, kami makan ulam tanpa sambal tau? Perisa tambahan (kicap, cencaluk, sambal belacan) amat jarang ada dirumah. Sebab tuh la aku bila sampai france baru tau ada org makan pisang gorng dgn kicap. Haih...        
    
Mak gak pernah kekadang penuhi permintaan saya yg boleh tahan pelik-pelik. Yg aku ingat, pernah sekali tuh aku nk makan ubi rebus ngan kelapa+gula masa time hari merdeka. Nk merasa kepayahan zaman dulu la katakan. (sila buat muka pelik) Lagipun bukannya aku minta kapal terbang ke, kereta maxda rx-8 ke.. boleh ditunaikan ^^

Sokongan moral mak never stops. dia akan bantu selagi boleh. bayangkan saya tusyen 24/7. mungkin, sebab anak terakhir yang sedang memcut ke garisan akhir alam persekolahan. ya, pengorbanan seorang ibu mmg tak tertakrif


2006

Pada awal tahun, mak diizinkan Allah untuk pergi haji. Disini mak memberi tanggungjawab kepada saya untuk menjaga rumah (sorang-sorang, adik-beradik lain kat tempat lain) selama mak ke Tanah Haram. Satu lagi peringkat persediaan saya untuk masuk ke peringkat super saiya yang seterusnya. Penyerahan tanggungjawab secara sementara nih, sedikit sebanyak mengajar saya untuk memikul tugasan-tugasan, pengurusan masa, stok dapur management dan money management. Ehehe.. saya tak tau apa perasaan mak masa nak gi tanah haram. Tapi masa nak send dier tuh, saya ada mionta ’mak doakan adam dapat result yang terbaik ek?’ (baru lepas spm la katakan)

Tapi nak diikutkan, masa tahun nih adalah era saya agak kejauhan dengan bonda. Saya tak ingat apa yang saya beri untuk mak saya dikala nak fly masa tuh. Oh oh, masa bulan 4 tuh penuh ngan interview dan macam-macam. So saya cam terlepas pandang kot....  kalau pikir balik cam rasa menyesal gak sbb tak bagi the best kat mak.. Hish.. terukkan saya.. tahun sebelum tuh, mak bersungguh-sungguh bantu.. tahun 06 nih boleh saya tak amik pot sangat.. kalau saya jadi mak saya sudah tentu saya sedih gak... (sorry bebanyak ye mak?)

Alih-alih , around this time (time beday saya), saya dapat tau yang saya akan ke France untuk sambung study walaupun saya tak minta pun gi France. Alhamdulillah.. ini semua rancangan Allah untuk diri saya. Saya masa nih memang tak nampak apa hikmahnyer sampai ke tahun akhir pengajian.

Ingat lagi masa time beli barang-barang nak fly kat jusco wangsamaju, masa tuh makan tengahari. Mak tetiba meluahkan perasaan gembira+sedih melihat saya nak terbang melarikan diri.. eh belaja kat france.. berjurai-jurai air mata mak masa tuh. Eventhough kejap je, tapi impact sampai sekarang kut.. (actually, masa time nih tak tau nak kata apa kat mak, tapi bila rewind balik.. baru saya faham apa yang mak luahkan..)



2007-2010

Sebagaimana yang korg tahu, dikala time frame nih, aku sedang dibentuk dengan pelbagai pemikiran dan karenah manusia. Luar dan jauh dari ketiak.. eh? Aura mak. Cam orang kata, bila kita kehilangan sesuatu itu, barulah kita nak appreciate.. so kat sana, berkat hasil dari sistem pendidikan bulatan gembira (pinjam kosa kata ek inche gabbana), saya lebih memahami kesunyian dan perasaan bonda. Bukan itu aja, bagaimana merubah dunia supaya mereka menyayangi ibu bapa mereka pun saya belajar.

So selain menghantar sms,  saya cuba untuk menggembirakan hati bonda dengan pelbagai cara. Tapi percaya atau tidak, saya call bonda sebulan sekali je kat sana. Sebab kalau call selalu gerenti mak marah. So setiap kali call akan berjam-jam borak dan updates. Tapi saya takde la bebtul follow sebulan sekali. Bila tergerak hati nak call tuh , saya akan call la.

So it seems, mak sangat memahami perangai saya yang tidak suka dicungkil-cungkil cerita dan suka berahsia sehingga saya rasa nak cerita. So kalau saya busy, ada project, assignmetn, exam ke, kerja, program, mak akan bagi sms serba ringkas je, atau saya sendiri yang bagi, then mak tau saya tidak boleh dikacau.

Bila meningkat tua nih, setiap kali perbualan mak, saya akan cuba tafsirkan apa niat bonda disebaliknyer. Pernah sekali tuh, dia ada bagitau yang minyak wangi dia dah abis. So saya tau la itu petanda bonda minta beli. Dan kebanyakan apa yang anda semua lihat (kalau jumpa saya la), adalah hasil pembentukan bonda. So kalau ada yang pelik² dan old skool tuh, tau la mana saya dapat ek? Bukan tak suka, tapi kalau mak tak ajar ginih, saya tak survive kot dunia yang penuh dengan dogaan dan cobaan di kiri dan kanan.

Oh oh! Masa 2010, mak melawat saya kat france nih! Hehehe.. bermacam-macam benda la saya tunjuk kat mak kat france nih! Bagi makan baguette nga fromage d’ail et herbes, bagi dia rasa air paip besançon yang sungguh sedap itu (haha, gerenti korg tak percaya).. bawak gi pasar etc etc..



2011

Sehingga saat saya menulis post ini, saya rasa sangat bersyukur mendapat bonda yang macam bonda saya sekarang nih (faham ke ayat nih?) dulu korg tahu mak sangat-sangat protective, tapi sekarang dia buat ala ala macam penangkap rama-rama. Kalau kasar sangat, rosak even mati, kalau lembut sangat, terlepas!

Kadang kala, kita merasakan ibu kita tidak memahami kita padahal kita tidak memberi peluang untuk dia memahami kita dan kita memahami dia.

Maka spend la kualiti time dengna ibu anda, berborak, share happiness, ziarah kalau jauh dan paling penting Perhatian! Percaya atau tidak yang seorang ibu juga mahukan perhatian anak mereka yang dah dewasa nih ^^




Selamat Hari Ibu, Mak ^^


wallahualam