Wednesday, 20 April 2011

Pusing-pusing-pusing.. Pening wei!.. Jom lakur!

Assalamualaikum wbt

Dah lama saya tidak menulis artikel bertemakan ilmiah. Beberapa hari lepas, adalah korek-korek balik dalam arkib negara mencari koleksi-koleksi lama. Then saya terjumpa satu artikel yang temanya tergantung sampai sekarang. Maaf! Maaf! Ini merupakan kelemahan saya sebagai penulis amatur yang tak cukup masa untuk duduk tercogoh depan laptop.

Jika anda pernah membaca entry 'kat mana kita actually', maka entry ini adalah sambungan yang ditunggu-tunggu para pembaca. (saya rasa orang dah jenuh menunggu, dekat 2 tahun lebih kot tunggu!)

Di dalam entry tersebut saya menceritakan sedikit mukadimah mengenai ilmu angkasa. Tak panjang pun. Dan di akhir entry, saya berjanji nak kupas pasal Bang Besar (Big Bang). Akan tetapi bila saya melakukan kajian dulu, kepala saya keluar urat-urat hijau, mata saya bertukar kemerah-merahan, rambut saya terpacak dan berwarna emas dan saya bertukar jadi orang super saiya peringkat ke lapan. Banyak sangat benda nak explain kat korg kot! Takut korg muntah hijau+ungu. Dengan Quarks la.. Positron la.. Neutrinos la.. Antimatter la.. takde.. takde.. saya nak bagi korg selesa menghirup milo di kala membaca entry ini.

Ok.. selepas berlakunya letupan besar, di mana semua saintis mengatakan 'where all it began', atom-atom merebak ke seluruh ruang angkasa yang baru dicipta Tuhan. (boleh bayang ke?) Secara asasnya atom hidrogen la dan atom-atom ringkas yang lain (saya dah skip bab camne jd atom, boleh google ek?). Setelah sekian lama, terdapat beberapa tempat yang mempunyai sedikit perbezaan ketumpatan di ruang angkasa ( kirenyer terlebih atom hidrogen la kat satu tempat). So bila dah ramai-ramai ini, diorg pun berjaya menarik perhatian atom-atom di keliling mereka. Maka terjadinya kepulan-kepulan asap di angkasa atau lebih manja dikenali dengan nama nebula.

contoh nebula (credit gambo)


So dalam nebula ni, atom-atom pun mula menari serentak seirama. Menari ala-ala dalam bulatan gituh, yang paling berat duk tengah, yang lain duk pusing-pusing berpusatkan dengan partner masing-masing. Dengan penuh gumbira diorg menyanyi :

Mari kawan-kawan~ Mari baca quran~..... eh silap lirik

Mari kawan-kawan~ Mari kita bersama~
Mari kawan-kawan~ Mari ikut perintah Allah~


sat-sat, nak bagi korg teruja sat.

Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela; (41:11)

So bila lama-lama diorang menari, asap/ awan nebula makin lama makin kecil, tertumpu pada titik tengah yang paling menarik itu. Secara tak langsung, diorang telah mempunyai gravity mereka sendiri! jeng jeng jeng!
Hampir keseluruhan nebula tadi telah Allah jadikan kepada sebuah bola merah berapi ala-ala bola Fliza masa dia berlawan dengan Goku di planet nameck.




Di dalam bola ini, yakni di bahagian teras, suhu dan tekanan makin tinggi (kalau tak boleh bayang, sila letakkan diri anda di kesempitan peak hour dalam komuter, anda ditengah-tengah dihimpit oleh penumpang-penumpang yang lain.). Kenaikan suhu ini memboleh satu fenomena yang sampai sekarang yang Allah je yang tau macam mana nak buat, yakni fusion. Apa kebenda plak fusion nih? Fusion nih, adalah proses penukaran Hidrogen kepada Helium yang membebas cahaya, dan haba. Kalau nak diikutkan, ini adalah cara bersih untuk generate tenaga. Tapi itulah, sampai la nih, Allah hanya bagi manusia sampai tahap tenaga nuklear je, yang mana korg tahu ada radioaktif waste dan sangat delicate to handle for people yang mempunyai third class minded macam orang Ma...Mmmm ( sengaja tak nak abiskan ayat)

Maka bila mula sahaja proses fusion (dalam BM pelakuran kot) dalam bahagian teras tuh, suatu benda yang dahulunya adalah kepulan asap yakni nebula, telah menjadi sebuah bintang yang paling dekat dengan bumi kita sekarang nih atau lebih kita kenali dengan nama Matahari/Sun/Soleil/Asy-Syams/Taiyo/ (sila isi tempat kosong)

baki nebula yang tak dijadikan matahari tadi tetap meneruskan tarian diorg tapi lebih tersusun pusingan diorang, ala ala disc gituh. Baki baki inilah yang akhirnya bergabung-gabung-gabung dan akhirnya menjadi planet planet di sistem suria ini. bab nih aku ceritakan lain kali ek? hehe..

Just nak bare in mind, selepas big bang dan pembentukan atom-atom ringkas tuh, kejadian nebula banyak di ruang angkasa, bukannya satu. Pembentukan nebula-nebula kat ruang lain ini, mewujudkan bintang ditempat lain dan juga planetary sistem yang lain. Maka mengapa di kala ini Inche Matahari adalah just nice for sistem suria dan juga bumi? Renung-renungkanlah ek?

Ringkasan. (credit)


Maka di kala anda keluar rumah menikmati first ray of the sun pada subuh hari, atau sedang menjemur kasut dan sidaian, sebutlah rasa ketakjuban pada kekuasaan Allah yang memberi hadiah mahal kepada kehidupan kita.

 wallahualam

4 comments:

Anonymous said...

menarik.
i'm following ^^

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous : trimas~

Anonymous said...

kupasan ilmu yg sgt sy dahagakan saat ini.terima kasih.smga Allah permudahkan kesukaran awak sbb awak dah permudahkan pemahaman sy.
wasalam

Simon 'Adam' Malik said...

@anonymous

amin..

semoga ilmu yang tak seberapa yang saya share nih bermanfaat utk awak

wasalam