Wednesday, 13 April 2011

Kepada mereka yang ingin tahu..

Assalamualaikum wbt



Post ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan buat mereka yang memberikan saya soalan. ‘apa yang anda buat saban hari selama sebulan ?’





Mungkin ramai yang sudah tahu yang saya pernah bergelumang dengan tepung donut pada zaman dahulu kala. Tapi apa yang berlaku selepas itu, saya telah berjaya menyembunyikan a.k.a hide dari mata pandangan marhein mahupun kenalan. (evil laugh~). hanya beberapa orang sahaja yang tahu setiap satu detail perjalanan hidup saya. ngehehe..

Kendatipun (betul ke penggunaan nih ?), sekarang saya menjadi warga University Pertanian.. eh ! Putra ! Malaysia. Bagi mereka yang selama ini berhabitatkan bawah tempurung, UPM ini terletak di Serdang. Kalau tak tau mana serdang, boleh google map. Sila jangan jatuhkan air muka anda..




Baik, selama aku menjadi warga UPM ini aku diberi tugas penting, sepenting masak nasi di kala kelaparan di petang hari. Tugas itu adalah untuk mencari resepi terbaik dan juga faktor-faktor yang tersembunyi yang membolehkan mesin yang buat kueh tat secara automatik berfungsi dengan baik. (Rahang jatuh)

Pada asalnya mesin ini adalah hasil seorang pelajar. Namun setelah dier terasa ingin terjun bangunan, maka pasukan keselamatan telah  mencari seorang yang berkeupayaan untuk menghandle mesin ini dengan baik.

Aku di-brief kejap je, setelah itu, tuan punya mesin pun lepas tangan dan memberi ciuman selamat tinggal pada mesin kebenciannya itu. Maka bermulalah bibit-bibit penuh kenangan saya dengan mesin itu.

Yang tidak boleh saya lupakan adalah, saya sendiri mendapat kelas percuma secara tangan pertama (firsthand) dari Dept of Food Service.Satu kelas je tak banyak pun, hehe.. but actually takde apa pun yang dia ajar, just tunjuk cara nak buat dough dari bahan-bahan yang mengikut resipi asal . resipi asal ini merupakan tinggalan tuan punya mesin.

sesi mengadun dough


Hasil dari perbincangan, beberapa pengubahsuaian dilakukan seperti, tinggikan sikit mounting.. tambah 2inch silinder.. tukar cutting unit..

Setelah siap maka bermulalah kerja saya yang sebenar..

antara sebahagian mesin




Pada mulanya saya ingin mengekalkan resipi asal, dan cuba bermain dengan variasi suhu dough.. tak berjaya.. Dough mempunyai perangainya yang tersendiri.. dough yang sejuk membuatkan mesin itu demam kerana mempunyai masalah nosal tersumbat..

Maka timbullah idea untuk bermain-main dengan kadar nisbah tepung dengan mentaga serta kehadiran telur sebagai binding agent.

Resipi asal diberi nama MR1 dan sebanyak 5 jenis dough di hasilkan. Kesemuanya berjaya tanpa ada inti ditengah. Bila dah ada inti nenas je, everything goes haywire.. dough pecah.. saiz inti tak konsisten..inti kejap atas kejap bawah.. padanlah tuan punya mesin nak bunuh diri dulu..

Masa nih saya dah pun menyah-faktorkan parameter-parameter yang ada seperti suhu dough, kelajuan dan sebagainya.

Namun berkat usaha dan tawakal, pada suatu isnin, saya mencuba kembali resipi² yang ada dan saya menjumpai resipi yang betul terbaik yakni MR4. MR5 dan MR6 menunjukkan kepecahan dough ketika inti nenas diisi.. namun dikira Pass.

variasi ketebalan inti jem yang membuatkan kepala saya jam


batch pertama yang berjaya ke peringkat bakar dan evaluasi


3 dough ini dibakar dan dihantar ke Food Service untuk dievaluasi. Teet!!! Gagal!! Anda merupakan baker yang paling tak bertauliah! Kesemua specimen yang saya bawa boleh dijadikan senjata untuk para mujahid palestin untuk dibaling ke arah tentera zionis!

Setelah menggaru kepala seketika dan duduk termenung.. allah memberikan satu mentol menyala tanpa litar lengkap.. hasil pemerhatian dan kunyahan,  kadar tepung yang byk menyebabkan kueh anda keras. Maka langkah seterusnya adalah, saya memilih MR4 dan membakarnya dengan suhu dan tempoh yang berbeza. Dikala ini saya secretly developpe sejenis resipi baru berdasarkan nisbah matematik. Saya beri nama MR7, dough yang dicipta hasil ilham dari tuhan. Supervisor saya pun tak tau kewujudan MR7 sehingga saya bagitau! hehehe.. (ketawa jahat sekali lagi)

Dari 5 cubaan hanya 3 yang diterima oleh chef..itu sudah membuatkan saya tersenyum.. alhamdulillah... then saya bagi dia cuba MR7.. dia kata 3 yg diterima ini diterima sebagai kueh tat, tapi MR7 merupakan yang terbaik untuk pasaran.

Kueh Tat yg dibuat dari MR7 yg digulung tanpa acuan.. tak lawa tapi still sedap!


Secara personally saya sayangkan MR7, tak nak test dalam mesin lagi sebab takut heart broken melihat outcome.

Bukan apa.. kelecehan melayan mesin ini, seperti perlu benar-benar bersih amat memeningkan.. dulu rajin basuh setiap hari. bila part masuk jam, tiap hari jumaat jer basuh bebtul.. dah kalau nak basuh ambil masa 2 jam bukak pasang balik..

Then kekadang ada sakit hati melihat outcome-outcome.. benar-benar jauh dari apa yg diharapkan. tuh yang kekadang saya buat benda pelik-pelik di dalam mahupun di luar lab Food tech seperti :

memotong buah rock melon dengan 2 bilah pisau di kiri dan kanan

membuat miniture mengenai org yg terlibat dgn project nih... sbg contoh yg kiri sekali tuh tuan empunya project


cuba membakar putih telur menggunakan oven yg sangat besar dengan suhu yg tinggi




membuat tat bentuk kura-kura...



Sekarang adalah tahapan terakhir.. dapatkah mesin ini memotong secara konsisten.. hasilnya dengan menggunakan MR4, dari 800g dough hanya 46 biji je yang diterima untuk dibakar..

Dikala ini kitrg dah putus asa dah..faktor kelekitan jam nenas mampu merosakan outcome di bahagian pemotongan. Pada hari isnin, conveyor unit rosak dan perlu dihantar repair.. pertandingan I-Envex dalam seminggu lagi.. video takde.. poster pun takde... inti tart habis..

Namun pada hari isnin, Allah pemegang hati-hati manusia menggerakkan hati saya unutk mencuba MR7 di dalam mesin.. subhanallah.. cutting unit tidak terganggu langsung! Daripada 33 cubaan memotong, 30 diterima!

Moral mencanak-canak naik! Saya fikirkan bukan faktor MR7, tapi faktor inti yang baru dibeli adalah kurang manis dan kurang lekit!

Saya kembali membuat MR4 dan MR7 dan mencuba kombinasi kelajuan yang berbeza² akhrinya saya bawa konklusi akhir dan segala kerja tertumpu pada video making dan poster making...

Pada hari khamis.. yakni minggu lepas, yang malam itu bertolak ke Perlis.. saya kembali ke makmal.. MR7 masih banyak lagi dan ada lagi 1kg init nenas.. maka saya pun mencabar diri untuk mengira kadar produksi manual untuk dibandingkan dengan kadar produksi mesin..

Saya dapat :

Gentel 1 kg inti nenas kepada 161 biji dalam 50 minit
70 biji kuih tart nenas gulung yg belum disapu telur tapi siap disusun atas tray dalam 40 minit

Mesin dapat buat

1 biji tart nenas gulung yang sedia untuk disusun dalam 10 saat ( dengan menggunakan kelajuan minima)

Maka hasil kueh tat MR7 saya bagi kat akak saya, supervisor serta anak-anak, para sahabat dalam bulatan, rakan-rakan, serta setiap warga yang menyinggah booth sepanjang pameran kat Perlis.












oh ye... untuk memudahkan kefahaman korg, biar aku attach video sat :







dapat juga pingat emas.. alhamdulillah..



p/s : lepas nih saya kene handle alat perah santan dan pengupas mudah kulit nenas... saya sudah tenggelam dalam IKS... peluh..

5 comments:

alsyaz said...

hebatnye Adam

Simon 'Adam' Malik said...

alhamdulillah.. allah saje nak punya kekuasaan memberi, bro! ^^

nadzwareina said...

dh lame prasan ur profile pic kat fb ade gmbar pingat emas, teringin nk tnya tp asyik terlupe. dh bace ni baru tau. walaupun mybe dh terlmbat, tp stil nk wish.. congrats adam! :) *xpekan? ^_^*

hebatnye dari bidang geologi boleh beralih ke bidang ni. keep it up!

Simon 'Adam' Malik said...

@wawa : trimas! berkat rezeki dari allah. kita sebagai hamba, mestilah lakukan yg terbaik dalam apa jua pekerjaan kan?

Anonymous said...

Salam...di mana boleh saya beli mesin tart nenas gulung ni dan berapa harganya?