Thursday, 28 April 2011

Itu juga satu permulaan..

Assalamualaikum wbt


(credit)



Hari jumaat lepas , terdapat satu peristiwa yang mebuat saya terpanggil untuk menulis.

Ok, berapa ramai yang pergi solat jumaat, sila angkat tangan! (kalau anda pompuan yang pernah pergi, tak yah angkat tinggi².. eh? tau ke org pompuan boleh pergi solat jumaat?)

ok turunkan.

orait, bagi mereka yang selalu bertandang ke masjid untuk solat jumaat, apakah pemandangan/perkara yang anda selalu nampak selain dari pisang free dan tabung masjid yang lalu depan anda?

...

...

ok fine la, kat masjid upm lepas solat ada org jual dadih ngan roti asi krim.

what else?

..

..

..

Ok trimas dengan jawapan anda.

Entry nih bukan lah saya nak mengangkat bakul pengalaman saya di France tapi,  saya nak bawak satu perspestif yang berbeza untuk anda ketika solat jumaat.

Di france, solat jumaatnya tiada beza dengan solat jumaat kat malaysia. 2 rakaat yang sebelum itu ada 2 khutbah dan di lakukan time tengahri.

Bab mengisi perut tuh ada juga di France. Tak main la pisang. Diorg bagi sekotak besar kurma. kalau langkah kanan, dapat makan kuskus sampai kenyang. hehehe..

Kesimpulan entry nih.. erm.. baca je la dulu. (buat muka simpati)



Ya, kami bersaksi

Kat malaysia saya kurang pasti pasal kejadian nih, tapi di sana, biasanya lepas solat jumaat, jika ada saudara baru islam, yang baru sahaja ditanggal pakaian  kufur dan dipakaikan pakaian takwa, akan diminta untuk mengucapkan kesaksian tauhidnya di hadapan jemaah.

Tak perlu tunggu waktu buka pejabat.. tak perlu tunggu borang untuk diisi. Dia hanya perlu mengucapkan syahadah di hadapan kami dan kami menjadi saksi ke atas perkara itu.

Suasana yang sungguh oh-some-ness melihat mereka ini. Perasaan di kala ini amat-amat seronok sekali. Ye la kan, orang yang baru masuk islam, mereka bagaikan bayi yang baru lahir dan semua dosa-dosanya yang lalu diampun Allah swt. And we are there witnessing it by our own eyes! Lagi-lagi kita yang dilahirkan islam nih, sure tak pernah merasa perasaan sahabat kita itu. Kira macam tengok satu 'kelahiran semula' (cam bunyi khuarafat plak) dan biasanya selepas itu, kami akan datang bersalaman dan berpelukan dengannya mengucapkan tahniah dan ucapan bienvenue frere (selamat datang saudaraku)

eh?? silap pilih gambar..sorry..





Bayangkan hati mereka ketika ini. dia tahu ke'convert'an dia bakal mengundang banyak masalah dari pihak keluarganya. namun bila dia lihat dia disambut oleh ramai jemaah.. dia akan rasa, dia bukan keseorangan, dia mempunyai keluarga lain yang diikat dengan keimanan.


Death is also a begining


Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). - 29:57

of course, once or twice, after solat jumaat, akan diadakan solat jenazah sekali. Yang ini selalu. tak kisah la di france atau malaysia. selalunya arwah org yang tidak kita kenal, kadang-kadan kita mungkin kenal, tapi yang pasti kita suatu hari akan menjadi arwah yg disolatkan itu

Tak ramai yang menginginkan mati, kecuali mereka yang merasakan dunia ini serba virtual, game, dan cliché-plastik. Tak pun orang yang keliling pinggangnya sudah penuh dengan hutang rumah.. kereta.. tanah.. bank.. credit card.. PS3.. majlis kawen.. padahal org nak tiket percuma masuk syurga, kalau boleh nak dapat level penthouse dengan rasullullah. Tapi boleh pula pilih pass percuma to hell. astagfirullah.. moga kita jauh dengan perasaan org yang kedua ini dan moga kita menjadi golongan pertama.



Tapi seriously, jika anda diberi pilihan utk memilih tarikh mati,  anda tentu akan pilih BIAR LAMBAT. Kenapa? ohoho.. mungkin ada yang tak rasa prepare untuk di'interbiu oleh Juri di alam kubur? Atau rasa belum cukup merantau ke segenap celah dunia.. saya biarkan jawapan pada diri anda.

permulaan hidup kita syahadah.. nak mati pun kita bersyahadah.. tapi mati datang secara mengejut. sempat tak agak²?

Significant tak kita ulangi dalam solat? (credit)



wallahualam

5 comments:

safiyyah said...

Salam.

Saya teringin nak jadi saksi mualaf yang mengucap syahadah. I can feel the oh-some-ness itu. Saya just pernah tolong sorang mat salleh ni ke masjid. Dia tak tahu arah dan kebetulan masa tu saya nak ke sana. Dia kata dia baru peluk Islam. Tak dapat digambarkan dengan kata2 betapa bahagianya tengok dia. Mungkin itu oh-some-ness yang dikatakan itu. Mungkin.

Nice entry btw.

Simon 'Adam' Malik said...

@ safiyyah: wasalam

mungkin juga. ia macam satu perasaan di mana, 'wah ada org yang baru Allah selamatkan dari jurang neraka!'. gituh la kot. thx.

Fatimah said...
This comment has been removed by the author.
Puding Karamel said...

salam
mesti best kan,the feeling (x pernah rasa)
tp yg sy pernah alami,seorang adik muslim yg agak jauh dr agama dengan gaya hidup sebebas2 alam berubah memakai tudung,dan sekarang mula menabur tazkirah slambe d fb. masa tu x tergambar perasaan d hati.
subahanallah,yg yang mampu membolak balikkan hati2 manusia

Simon 'Adam' Malik said...

@puding karamel :

wasalam, alhamdulillah. hati manusia kan tak stabil cam air yg mendidih. doakan hati kita sentiasa OK bukan KO.