Friday, 1 April 2011

Hubungan Misteri antara Manusia dan Mesin

Assalamualaikum wbt

Ok, siapa ada kereta, tak kisah la kereta sendiri atau kereta yang dipinjam pakcik, angkat jari telunjuk!

ramai gak.. Ok soalan seterusnya.. bilakah paling last anda servis kereta anda? Mata terbeliak!




Hah! jika anda sudah menghanyak kereta anda ke sana ke mari selama sambil buat-buat lupa bila paling last anda tukar minyak hitam, anda merupakan orang yang tak pakai jaga bini! eh? jangan salah faham! orang kata (bukan saya kata) kereta merupakan bini pertama bagi lelaki.... jap kirenyer, valid la ek, perempuan tak nak jada kereta sebab tak suka nak jaga madu dia.

hoho.. kalau ada yang terasa aku minta maaf. aku bukan meembuat kenyataan seksisme. Satu kebenaran yang saya tak boleh sangkal adalah, mak saya merupakan orang yang paling power jaga kereta. tak caya? cuba tanya mak saya. hehe..

So, aku kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak do and don'ts pasal maintaining a car. Tips² biasa untuk semua orang dan hasil pengalaman sendiri serta hasil didikan terus dari bonda. hehe.. mengapa aku mengangkat mak aku? Sebab dia berjaya tak tukar gear box kereta nissan sentra selama19 tahun pakai.

Ni hiasan. Sama jenis dan plat BDG

So mari-mari-mari kita lihat apa yang boleh kita buat dengan kereta anda (kalau bukan kereta anda lagi kritikal!

#1 Benda utama kene check : Minyak hitam, air dan bunga tayar!


  • Minyak hitam : Cukup tak cukup? anda tau check kan? kalau mileage dah cukup utk hantar servis, sila hantar servis. kalau tak tau, agak² dah 4-6 bulan pakai, hantar la servis. Servis buat apa biasanya? Diorg akan tukar minyak hitam dan ganti Oil filter. bab servis minyak hitam wajib ooo! kasi fuel-mileage efficiency. kan minyak mahal sekarang nih!
  • Air : Check selalu terutama bila anda nak pergi ke tempat yang anda tak pernah pergi+jauh dari kebiasaan. sbg contoh, anda biasa drive kacil anda area Shah Alam. one day kena pergi PD. so check la ek? nak check tuh biar pepagi buta. sama cam kes minyak hitam ^^
  • Bunga tayar : setiap tayar ada 'marker'. jika ketinggian marker sama tinggi dengan bunga tayar anda. sila tukar tayar. tak perasan marker? gi kat keta, guna jari nada rasa bahagian jalur-jalur bunga. gerenti anda jumpa. oh ye, pastikan angin cukup. kalau tak cukup, tayar lembik = geseran tinggi = more fuel to burn! bila dah tukar, jgn luper balancing dan alignment sekali ^^
oh ye satu penambahan bab tayar, biasanya tayar kat 'tayar pacu' atau wheel drive yg cepat haus. err... faham ke tak nih? example, kancil, dier punya tayar pacunya adalah tayar bahagian depan.
tapi kalau nak smart, anda pegi kedai buat switch. tayar belakang gi depan, tayar depan gi belakang (kalau kes tayar pacu depan). asalkan tayar pacu berbunga. hehehe... tayar sebiji (kalau kancil) dah seratus lebey maa...! O_O



#2 Wiper dan lampu!

  • Wiper : kalau agak-agak dah keras tuh.. siap merekah-rekah.. tukar la wiper baru.. buat tak nampak jalan je time hujan..
  • lampu : aku paling angin kalau ada kereta lampu terkejep yakni sebelah je nyala. tak kisah la belakang ke depan. serius dari jauh ingat motor....
tambahan pasal lampu. anda jangan jadi bijak utk tinggikan lampu dikala jalan terang cam waktu siang. maka check juga lampu anda ye? kalau tak, anda akan membuatkan driver depan utk tetiba brek mengejut dan memaksa anda bayar hasil pelanggaran itu..

#3 benda-benda once-upon-a-time 


  • minyak brek.... transmission fluid... break pad... air fliter.. bersihkan carbon engin... bab bersihkan carbon engin tuh bila ada budget la ek? yg lelain tuh rasanya masih affordable la semasa sekali servis..

#4 benda yang bila rosak je anda tau rosak.

  • belting.. gas air cond.. compressor... kaburator... stering... suspension... walawei! banyak giler!
biasanya ada simptom² yg bagitau bahagian² nih bermasalah. cuma budgetnya agak tinggi. 

bab suspension tuh anda boleh jer panjangkan hayat dier... JGN LANGGAR LOBANG. orang muda semua nak langgar... bumper pun sama, biar slow dan buat orang belakang sakit ati... muhahahaha!!!


sebenarnya nak jaga kereta nih mudah.. jangan lanyak mengggila kereta yang anda pakai tuh! (pesan bagi mereka yg selalu pinjam kereta cam saya). dah tau kereta orang kita leh main lenjan tak hengat dunia. bila rosak pulang balik kat tuan dier... hadeh..

so kereta sebenarnya, basic keluaran kilang sebenarnya dah cukup baik. kalau nak tambah skirt kasi kain lebih sikit, spoiler panjang² , lampu power, lighting bawah kereta, sport rim, paint job.... boleh je kalau ada budget nak buat.

aiseyh....


TAPI, kalau sekadar pasang eksos kasi bunyi kuat, tapi pickup mak timah punya motor lagi power baek tak payah!  sama je cam gambar atas nih, bikin tak kena tempat....baik bikin engin (yg sesuai dengan kapasiti kereta) baru pueh hati... oh lupa plak... orang kita kan suker glamer you! (peluh besar)




 wallahualam

3 comments:

Adi said...

it's a mystical bond between man and machine....,

Simon Malik said...

always mystical..

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. jemput la singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara.. :)