Thursday, 28 April 2011

Itu juga satu permulaan..

Assalamualaikum wbt


(credit)



Hari jumaat lepas , terdapat satu peristiwa yang mebuat saya terpanggil untuk menulis.

Ok, berapa ramai yang pergi solat jumaat, sila angkat tangan! (kalau anda pompuan yang pernah pergi, tak yah angkat tinggi².. eh? tau ke org pompuan boleh pergi solat jumaat?)

ok turunkan.

orait, bagi mereka yang selalu bertandang ke masjid untuk solat jumaat, apakah pemandangan/perkara yang anda selalu nampak selain dari pisang free dan tabung masjid yang lalu depan anda?

...

...

ok fine la, kat masjid upm lepas solat ada org jual dadih ngan roti asi krim.

what else?

..

..

..

Ok trimas dengan jawapan anda.

Entry nih bukan lah saya nak mengangkat bakul pengalaman saya di France tapi,  saya nak bawak satu perspestif yang berbeza untuk anda ketika solat jumaat.

Di france, solat jumaatnya tiada beza dengan solat jumaat kat malaysia. 2 rakaat yang sebelum itu ada 2 khutbah dan di lakukan time tengahri.

Bab mengisi perut tuh ada juga di France. Tak main la pisang. Diorg bagi sekotak besar kurma. kalau langkah kanan, dapat makan kuskus sampai kenyang. hehehe..

Kesimpulan entry nih.. erm.. baca je la dulu. (buat muka simpati)



Ya, kami bersaksi

Kat malaysia saya kurang pasti pasal kejadian nih, tapi di sana, biasanya lepas solat jumaat, jika ada saudara baru islam, yang baru sahaja ditanggal pakaian  kufur dan dipakaikan pakaian takwa, akan diminta untuk mengucapkan kesaksian tauhidnya di hadapan jemaah.

Tak perlu tunggu waktu buka pejabat.. tak perlu tunggu borang untuk diisi. Dia hanya perlu mengucapkan syahadah di hadapan kami dan kami menjadi saksi ke atas perkara itu.

Suasana yang sungguh oh-some-ness melihat mereka ini. Perasaan di kala ini amat-amat seronok sekali. Ye la kan, orang yang baru masuk islam, mereka bagaikan bayi yang baru lahir dan semua dosa-dosanya yang lalu diampun Allah swt. And we are there witnessing it by our own eyes! Lagi-lagi kita yang dilahirkan islam nih, sure tak pernah merasa perasaan sahabat kita itu. Kira macam tengok satu 'kelahiran semula' (cam bunyi khuarafat plak) dan biasanya selepas itu, kami akan datang bersalaman dan berpelukan dengannya mengucapkan tahniah dan ucapan bienvenue frere (selamat datang saudaraku)

eh?? silap pilih gambar..sorry..





Bayangkan hati mereka ketika ini. dia tahu ke'convert'an dia bakal mengundang banyak masalah dari pihak keluarganya. namun bila dia lihat dia disambut oleh ramai jemaah.. dia akan rasa, dia bukan keseorangan, dia mempunyai keluarga lain yang diikat dengan keimanan.


Death is also a begining


Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). - 29:57

of course, once or twice, after solat jumaat, akan diadakan solat jenazah sekali. Yang ini selalu. tak kisah la di france atau malaysia. selalunya arwah org yang tidak kita kenal, kadang-kadan kita mungkin kenal, tapi yang pasti kita suatu hari akan menjadi arwah yg disolatkan itu

Tak ramai yang menginginkan mati, kecuali mereka yang merasakan dunia ini serba virtual, game, dan cliché-plastik. Tak pun orang yang keliling pinggangnya sudah penuh dengan hutang rumah.. kereta.. tanah.. bank.. credit card.. PS3.. majlis kawen.. padahal org nak tiket percuma masuk syurga, kalau boleh nak dapat level penthouse dengan rasullullah. Tapi boleh pula pilih pass percuma to hell. astagfirullah.. moga kita jauh dengan perasaan org yang kedua ini dan moga kita menjadi golongan pertama.



Tapi seriously, jika anda diberi pilihan utk memilih tarikh mati,  anda tentu akan pilih BIAR LAMBAT. Kenapa? ohoho.. mungkin ada yang tak rasa prepare untuk di'interbiu oleh Juri di alam kubur? Atau rasa belum cukup merantau ke segenap celah dunia.. saya biarkan jawapan pada diri anda.

permulaan hidup kita syahadah.. nak mati pun kita bersyahadah.. tapi mati datang secara mengejut. sempat tak agak²?

Significant tak kita ulangi dalam solat? (credit)



wallahualam

Monday, 25 April 2011

oh? Mengapakah?? AAaaaaAA!! sungguh tak percaya??!!

Assalamualaikum wbt


Oh?

bila saya pulang dari bertemu dengan adik-adik di Bukit Canggang, masuk sahaja saya ke rumah akak; saya macam... 'Oh?' melihat satu pemandangan yang saya jarang nampak. Kemudian saya beredar ke bilik untuk meletakkan barang-barang kemudian keluar semula ke ruang tamu.

'apakah rancangan ini?' tetiba tanya sebab pemandangan di mana akak dan abang ipar begitu tercogoh dan fokus depan tv amat jarang ssekali.



'Masterchef Final'



Mengapakah?

Hati melonjak kejap. Masterchef??? dah final dah ke?

Saya pun terus duduk bersila atas carpet mengadap tv juga. Saya memang tak dapat tengok tv siries nih setiap minggu. Yang saya sempat tengok adalah preliminaries dan challenge night. then saya tak dapat tengok sampai la nih.

 'Whitney dengan David Miller. Kau tau tak dam, Whitney tadi terjatuhkan ayam dier'


Whitney??? 

melonjak jantung serta perut-perutku sekali



AAaaaaAA!!!

Sungguh tak percaya!!! Saya ingat lagi, masa preliminary, Inche Ramsey cam tak bagi dia masuk sebab dia muda lagi. takut tak tahan pressure. 22 tahun kot!! (masuk tahun nih 23... jap... sama umor cam saya!!!!). tapi bincang-bincang, dia dapat rezeki untuk berentap juga.

Alih-alih, hari ini saya melihat (padahal siaran sebenar bulan sept dulu), dia sudah berada di final!! melonjak hati saya jap (eheh.. entah sejak hari preliminary tuh saya cam support dia.. walaupun hny tgk dua kali je sebelom nih.. jangan maree~)


sungguh tak percaya??!!

Whitney beraksi di dapur (credit)
Whitney yang berasal dari selatan US, dilahirkan di dalam sebuah family-oriented dan.. dan.. boleh saya tak nak cerita panjang? nak mengelakkan anda berfikir yang bukan-bukan. (sila muntah hijau)

memang saya respect dengan dia punya determination. Ayam dah jatuh bergolek, tapi still nak go-on n fight. Gadis kampung je kot tapi creative bila memasak, sangat² berbakat dalam mengubah masakan, suka bring-it-to-the-next-level.. Simple.. berwajah chumel... eh.. ? eh..? saya hanya memuji makhluk ciptaan tuhan ye? (sila muntah hijau buat kali kedua)

Maka hari ini, saya menyaksikan dia menjuarai title Masterchef itu. Happy kot bila tengok orang yang kita sokong menang. dan kemenangan dia membuatkan saya ingin menulis sesuatu.


Semua orang empunya bakat


tak kisah la masak ke.. amik gambar ke.. menulis ke.. edit gambar ke.. bercakap ke... Saya percaya, setiap satu bakat dalam dunia ini sebenarnya encoded dalam genetik manusia.  Bergantung pada kecepatan ia ter'trigger' dan constant training and polishing.

Pernah tengok cerita ratatouille? Seekor tikus yang boleh masak? jeng jeng jeng.. idea kat situ adalah, semua orang boleh memasak.

Maka saya nak katakan di sini adalah.. semua orang empunya bakat mereka yang tersendiri. Saya yakin, bakat anugerah ilahi itu Allah bagi untuk kita mesti ada reason kita dapat cepat berbanding dengan bakat bakat lain.

Dalam seni memikat hati dan citarasa manusia, ia tiada black and white. Masing-masing empunya gaya dan stail yo! Yang penting, kita gunakan habis-habisan untuk menyampaikan apa yang kita rasa Sebelum beralah dan kata ' I cant', baik anda redah sungguh-sungguh, belajar dengan orang yang sudah master dan kemudian baru decide 'i cant' or ' i dont want'.


Peace~


Trivia benda makan dari Masterchef² ku di hati 

(benda² nih sudah menjadi sangat rare nak dapat... atau takkan dapat sampai bila²)


  • Nasi Ayam dan Nasi Beryani gam by Arwah chik ara
  • Tart nenas gulung by Bondaku terchenta
  • Kek lumut by seorang kenalan di France (kalau anda lalu blog nih, postkan bleh? =p )
  • Boneless lemon chicken by Aidan Wayne
  • Pizza dan Nasi Pillaf by Amir Muhsin
  • Satay by Warga Besac
  • Air paip Besançon... eh? nih by Allah Swt!! ^^

wallahualam

Wednesday, 20 April 2011

Pusing-pusing-pusing.. Pening wei!.. Jom lakur!

Assalamualaikum wbt

Dah lama saya tidak menulis artikel bertemakan ilmiah. Beberapa hari lepas, adalah korek-korek balik dalam arkib negara mencari koleksi-koleksi lama. Then saya terjumpa satu artikel yang temanya tergantung sampai sekarang. Maaf! Maaf! Ini merupakan kelemahan saya sebagai penulis amatur yang tak cukup masa untuk duduk tercogoh depan laptop.

Jika anda pernah membaca entry 'kat mana kita actually', maka entry ini adalah sambungan yang ditunggu-tunggu para pembaca. (saya rasa orang dah jenuh menunggu, dekat 2 tahun lebih kot tunggu!)

Di dalam entry tersebut saya menceritakan sedikit mukadimah mengenai ilmu angkasa. Tak panjang pun. Dan di akhir entry, saya berjanji nak kupas pasal Bang Besar (Big Bang). Akan tetapi bila saya melakukan kajian dulu, kepala saya keluar urat-urat hijau, mata saya bertukar kemerah-merahan, rambut saya terpacak dan berwarna emas dan saya bertukar jadi orang super saiya peringkat ke lapan. Banyak sangat benda nak explain kat korg kot! Takut korg muntah hijau+ungu. Dengan Quarks la.. Positron la.. Neutrinos la.. Antimatter la.. takde.. takde.. saya nak bagi korg selesa menghirup milo di kala membaca entry ini.

Ok.. selepas berlakunya letupan besar, di mana semua saintis mengatakan 'where all it began', atom-atom merebak ke seluruh ruang angkasa yang baru dicipta Tuhan. (boleh bayang ke?) Secara asasnya atom hidrogen la dan atom-atom ringkas yang lain (saya dah skip bab camne jd atom, boleh google ek?). Setelah sekian lama, terdapat beberapa tempat yang mempunyai sedikit perbezaan ketumpatan di ruang angkasa ( kirenyer terlebih atom hidrogen la kat satu tempat). So bila dah ramai-ramai ini, diorg pun berjaya menarik perhatian atom-atom di keliling mereka. Maka terjadinya kepulan-kepulan asap di angkasa atau lebih manja dikenali dengan nama nebula.

contoh nebula (credit gambo)


So dalam nebula ni, atom-atom pun mula menari serentak seirama. Menari ala-ala dalam bulatan gituh, yang paling berat duk tengah, yang lain duk pusing-pusing berpusatkan dengan partner masing-masing. Dengan penuh gumbira diorg menyanyi :

Mari kawan-kawan~ Mari baca quran~..... eh silap lirik

Mari kawan-kawan~ Mari kita bersama~
Mari kawan-kawan~ Mari ikut perintah Allah~


sat-sat, nak bagi korg teruja sat.

Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela; (41:11)

So bila lama-lama diorang menari, asap/ awan nebula makin lama makin kecil, tertumpu pada titik tengah yang paling menarik itu. Secara tak langsung, diorang telah mempunyai gravity mereka sendiri! jeng jeng jeng!
Hampir keseluruhan nebula tadi telah Allah jadikan kepada sebuah bola merah berapi ala-ala bola Fliza masa dia berlawan dengan Goku di planet nameck.




Di dalam bola ini, yakni di bahagian teras, suhu dan tekanan makin tinggi (kalau tak boleh bayang, sila letakkan diri anda di kesempitan peak hour dalam komuter, anda ditengah-tengah dihimpit oleh penumpang-penumpang yang lain.). Kenaikan suhu ini memboleh satu fenomena yang sampai sekarang yang Allah je yang tau macam mana nak buat, yakni fusion. Apa kebenda plak fusion nih? Fusion nih, adalah proses penukaran Hidrogen kepada Helium yang membebas cahaya, dan haba. Kalau nak diikutkan, ini adalah cara bersih untuk generate tenaga. Tapi itulah, sampai la nih, Allah hanya bagi manusia sampai tahap tenaga nuklear je, yang mana korg tahu ada radioaktif waste dan sangat delicate to handle for people yang mempunyai third class minded macam orang Ma...Mmmm ( sengaja tak nak abiskan ayat)

Maka bila mula sahaja proses fusion (dalam BM pelakuran kot) dalam bahagian teras tuh, suatu benda yang dahulunya adalah kepulan asap yakni nebula, telah menjadi sebuah bintang yang paling dekat dengan bumi kita sekarang nih atau lebih kita kenali dengan nama Matahari/Sun/Soleil/Asy-Syams/Taiyo/ (sila isi tempat kosong)

baki nebula yang tak dijadikan matahari tadi tetap meneruskan tarian diorg tapi lebih tersusun pusingan diorang, ala ala disc gituh. Baki baki inilah yang akhirnya bergabung-gabung-gabung dan akhirnya menjadi planet planet di sistem suria ini. bab nih aku ceritakan lain kali ek? hehe..

Just nak bare in mind, selepas big bang dan pembentukan atom-atom ringkas tuh, kejadian nebula banyak di ruang angkasa, bukannya satu. Pembentukan nebula-nebula kat ruang lain ini, mewujudkan bintang ditempat lain dan juga planetary sistem yang lain. Maka mengapa di kala ini Inche Matahari adalah just nice for sistem suria dan juga bumi? Renung-renungkanlah ek?

Ringkasan. (credit)


Maka di kala anda keluar rumah menikmati first ray of the sun pada subuh hari, atau sedang menjemur kasut dan sidaian, sebutlah rasa ketakjuban pada kekuasaan Allah yang memberi hadiah mahal kepada kehidupan kita.

 wallahualam

Tuesday, 19 April 2011

Puisi : Yesterday

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum wbt


--------------------

Yesterday


Yesterday was wonderful
I felt the emotion in the air
Those tears
Those smile
The hopes

They took their fated step
Towards an adventure
only one thing i could do
share the same hope and dreams

Yesterday was a reminder
I felt sad yet happy
Those advice
Those reminders
The hug

My fated step had long ended
Its their time to fly
My new chapter begins here
Its their time to shine

KLIA, 934pm

#dedicated to PF8.. may God always look upon you

er.. er... saya tak lambat lagi kan?

Assalamualaikum wbt


nak tanya pendapat korg boleh? aku niat nak post sesuatu pada suatu hari yang specific, namun oleh sebab saya ketiadaan internet, saya postkannya beberapa hari kemudian. adakah saya di maafkan? buat muka chomel. tolong maafkan saya! (#^^#)


Post ini patutnya dinaikkan pada hari sabtu 16 april. tapi oleh sebab saya begitu begedil sekali untuk tidak membeli modem baru (modem lama dah sebulan kena panah petir...), maka setiap kali saya pulang ke rumah bonda (wah! umahku di klang sudah dinaik taraf!) aku pasti ketiadaan internet.


so saya pasti anda maafkan saya kan? ngehehehe...



hari sabtu yang lepas adalah hari yang sangat²²²² istimewa bagi saya. so kalau dah hari istimewa kenalah bagi yang istimewa kan? tak gitu?

so selain dari present, kenalah menggumbirakan perut sekali, ye tak? =p

satu lagi resipi rahsia saya..muahaha~! kalau anda dapat cari semua bahan, mmg saya tabik spring pakai kaki


maka terhasil lah....

yum yum~ keenakan sehingga menjilat dahi


 maka dengan rasa berbesar hati serta perut,, saya ingin meng-hoo-haa-kan keadaan dengan memberikan wish




(actually aku dah wish bonda ari sabtu.. so bukan belated kan? hehe) 





Thursday, 14 April 2011

Promotion Sampai Mati!!! Rugi kalau tak rebutt!!!



Serius bro benda nih! (serius aku tak tak nak sampaikan keterujaan nih secara real)

takde kena tulis surat ke apa ke!!! borang tak yah isi, takde kena cukai!!

 yang penting anda layar dapat sampai anda mati wei!!

nilai yang anda dapat anda kalikan lebih 20 kali!!!

(bunyi cam skim cepat kaya ja..)


payah aku nak citer ngan korg, tenggok video kat bawah nih je la






hangpa caya dah cakap aku...?

Wednesday, 13 April 2011

Kepada mereka yang ingin tahu..

Assalamualaikum wbt



Post ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan buat mereka yang memberikan saya soalan. ‘apa yang anda buat saban hari selama sebulan ?’





Mungkin ramai yang sudah tahu yang saya pernah bergelumang dengan tepung donut pada zaman dahulu kala. Tapi apa yang berlaku selepas itu, saya telah berjaya menyembunyikan a.k.a hide dari mata pandangan marhein mahupun kenalan. (evil laugh~). hanya beberapa orang sahaja yang tahu setiap satu detail perjalanan hidup saya. ngehehe..

Kendatipun (betul ke penggunaan nih ?), sekarang saya menjadi warga University Pertanian.. eh ! Putra ! Malaysia. Bagi mereka yang selama ini berhabitatkan bawah tempurung, UPM ini terletak di Serdang. Kalau tak tau mana serdang, boleh google map. Sila jangan jatuhkan air muka anda..




Baik, selama aku menjadi warga UPM ini aku diberi tugas penting, sepenting masak nasi di kala kelaparan di petang hari. Tugas itu adalah untuk mencari resepi terbaik dan juga faktor-faktor yang tersembunyi yang membolehkan mesin yang buat kueh tat secara automatik berfungsi dengan baik. (Rahang jatuh)

Pada asalnya mesin ini adalah hasil seorang pelajar. Namun setelah dier terasa ingin terjun bangunan, maka pasukan keselamatan telah  mencari seorang yang berkeupayaan untuk menghandle mesin ini dengan baik.

Aku di-brief kejap je, setelah itu, tuan punya mesin pun lepas tangan dan memberi ciuman selamat tinggal pada mesin kebenciannya itu. Maka bermulalah bibit-bibit penuh kenangan saya dengan mesin itu.

Yang tidak boleh saya lupakan adalah, saya sendiri mendapat kelas percuma secara tangan pertama (firsthand) dari Dept of Food Service.Satu kelas je tak banyak pun, hehe.. but actually takde apa pun yang dia ajar, just tunjuk cara nak buat dough dari bahan-bahan yang mengikut resipi asal . resipi asal ini merupakan tinggalan tuan punya mesin.

sesi mengadun dough


Hasil dari perbincangan, beberapa pengubahsuaian dilakukan seperti, tinggikan sikit mounting.. tambah 2inch silinder.. tukar cutting unit..

Setelah siap maka bermulalah kerja saya yang sebenar..

antara sebahagian mesin




Pada mulanya saya ingin mengekalkan resipi asal, dan cuba bermain dengan variasi suhu dough.. tak berjaya.. Dough mempunyai perangainya yang tersendiri.. dough yang sejuk membuatkan mesin itu demam kerana mempunyai masalah nosal tersumbat..

Maka timbullah idea untuk bermain-main dengan kadar nisbah tepung dengan mentaga serta kehadiran telur sebagai binding agent.

Resipi asal diberi nama MR1 dan sebanyak 5 jenis dough di hasilkan. Kesemuanya berjaya tanpa ada inti ditengah. Bila dah ada inti nenas je, everything goes haywire.. dough pecah.. saiz inti tak konsisten..inti kejap atas kejap bawah.. padanlah tuan punya mesin nak bunuh diri dulu..

Masa nih saya dah pun menyah-faktorkan parameter-parameter yang ada seperti suhu dough, kelajuan dan sebagainya.

Namun berkat usaha dan tawakal, pada suatu isnin, saya mencuba kembali resipi² yang ada dan saya menjumpai resipi yang betul terbaik yakni MR4. MR5 dan MR6 menunjukkan kepecahan dough ketika inti nenas diisi.. namun dikira Pass.

variasi ketebalan inti jem yang membuatkan kepala saya jam


batch pertama yang berjaya ke peringkat bakar dan evaluasi


3 dough ini dibakar dan dihantar ke Food Service untuk dievaluasi. Teet!!! Gagal!! Anda merupakan baker yang paling tak bertauliah! Kesemua specimen yang saya bawa boleh dijadikan senjata untuk para mujahid palestin untuk dibaling ke arah tentera zionis!

Setelah menggaru kepala seketika dan duduk termenung.. allah memberikan satu mentol menyala tanpa litar lengkap.. hasil pemerhatian dan kunyahan,  kadar tepung yang byk menyebabkan kueh anda keras. Maka langkah seterusnya adalah, saya memilih MR4 dan membakarnya dengan suhu dan tempoh yang berbeza. Dikala ini saya secretly developpe sejenis resipi baru berdasarkan nisbah matematik. Saya beri nama MR7, dough yang dicipta hasil ilham dari tuhan. Supervisor saya pun tak tau kewujudan MR7 sehingga saya bagitau! hehehe.. (ketawa jahat sekali lagi)

Dari 5 cubaan hanya 3 yang diterima oleh chef..itu sudah membuatkan saya tersenyum.. alhamdulillah... then saya bagi dia cuba MR7.. dia kata 3 yg diterima ini diterima sebagai kueh tat, tapi MR7 merupakan yang terbaik untuk pasaran.

Kueh Tat yg dibuat dari MR7 yg digulung tanpa acuan.. tak lawa tapi still sedap!


Secara personally saya sayangkan MR7, tak nak test dalam mesin lagi sebab takut heart broken melihat outcome.

Bukan apa.. kelecehan melayan mesin ini, seperti perlu benar-benar bersih amat memeningkan.. dulu rajin basuh setiap hari. bila part masuk jam, tiap hari jumaat jer basuh bebtul.. dah kalau nak basuh ambil masa 2 jam bukak pasang balik..

Then kekadang ada sakit hati melihat outcome-outcome.. benar-benar jauh dari apa yg diharapkan. tuh yang kekadang saya buat benda pelik-pelik di dalam mahupun di luar lab Food tech seperti :

memotong buah rock melon dengan 2 bilah pisau di kiri dan kanan

membuat miniture mengenai org yg terlibat dgn project nih... sbg contoh yg kiri sekali tuh tuan empunya project


cuba membakar putih telur menggunakan oven yg sangat besar dengan suhu yg tinggi




membuat tat bentuk kura-kura...



Sekarang adalah tahapan terakhir.. dapatkah mesin ini memotong secara konsisten.. hasilnya dengan menggunakan MR4, dari 800g dough hanya 46 biji je yang diterima untuk dibakar..

Dikala ini kitrg dah putus asa dah..faktor kelekitan jam nenas mampu merosakan outcome di bahagian pemotongan. Pada hari isnin, conveyor unit rosak dan perlu dihantar repair.. pertandingan I-Envex dalam seminggu lagi.. video takde.. poster pun takde... inti tart habis..

Namun pada hari isnin, Allah pemegang hati-hati manusia menggerakkan hati saya unutk mencuba MR7 di dalam mesin.. subhanallah.. cutting unit tidak terganggu langsung! Daripada 33 cubaan memotong, 30 diterima!

Moral mencanak-canak naik! Saya fikirkan bukan faktor MR7, tapi faktor inti yang baru dibeli adalah kurang manis dan kurang lekit!

Saya kembali membuat MR4 dan MR7 dan mencuba kombinasi kelajuan yang berbeza² akhrinya saya bawa konklusi akhir dan segala kerja tertumpu pada video making dan poster making...

Pada hari khamis.. yakni minggu lepas, yang malam itu bertolak ke Perlis.. saya kembali ke makmal.. MR7 masih banyak lagi dan ada lagi 1kg init nenas.. maka saya pun mencabar diri untuk mengira kadar produksi manual untuk dibandingkan dengan kadar produksi mesin..

Saya dapat :

Gentel 1 kg inti nenas kepada 161 biji dalam 50 minit
70 biji kuih tart nenas gulung yg belum disapu telur tapi siap disusun atas tray dalam 40 minit

Mesin dapat buat

1 biji tart nenas gulung yang sedia untuk disusun dalam 10 saat ( dengan menggunakan kelajuan minima)

Maka hasil kueh tat MR7 saya bagi kat akak saya, supervisor serta anak-anak, para sahabat dalam bulatan, rakan-rakan, serta setiap warga yang menyinggah booth sepanjang pameran kat Perlis.












oh ye... untuk memudahkan kefahaman korg, biar aku attach video sat :







dapat juga pingat emas.. alhamdulillah..



p/s : lepas nih saya kene handle alat perah santan dan pengupas mudah kulit nenas... saya sudah tenggelam dalam IKS... peluh..

Monday, 11 April 2011

Biar Betul???

Assalamualaikum wbt


3 hari yang lepas :

  • total operasi : 6
  • total mode used : 5
  • total shots made : 1157
  • total new contacts and friend made : >20
  • Level made : International
  • total award received : 1
  • total leftovers : None
  • total experience received : uncountable

GRAND TOTAL : Priceless




jap??? apa kaitan buat kueh tat ngan amik gambar???

Tuesday, 5 April 2011

Photo : Posing with sunset


Its nearly the end for my northern adventure
Of course i'll return back here one day!

Location : Kuala Perlis, Perlis

April 2011

Photo : Relaxing break at Dusk


I know..
Just sitting by the sea, watching the sunset
The hopes for white collars..

Location : Kuala Perlis, Perlis

April 2011

Photo : LIghts at Dawn


No matter which time they are on.
Without Lights, we are blind.

Taking a stroll near paddy field just after Fajr Prayer.

Location : Wang Ulu Village, Perlis

April 2011

Monday, 4 April 2011

Photo : Nothern 'Steps' Climbers


I just knew them for couple of hours.
Then they bring me here.
Even offering a place to stay ^^
The power of Brotherhood

Location : Bukit Sami, Perlis

April 2011

Friday, 1 April 2011

Hubungan Misteri antara Manusia dan Mesin

Assalamualaikum wbt

Ok, siapa ada kereta, tak kisah la kereta sendiri atau kereta yang dipinjam pakcik, angkat jari telunjuk!

ramai gak.. Ok soalan seterusnya.. bilakah paling last anda servis kereta anda? Mata terbeliak!




Hah! jika anda sudah menghanyak kereta anda ke sana ke mari selama sambil buat-buat lupa bila paling last anda tukar minyak hitam, anda merupakan orang yang tak pakai jaga bini! eh? jangan salah faham! orang kata (bukan saya kata) kereta merupakan bini pertama bagi lelaki.... jap kirenyer, valid la ek, perempuan tak nak jada kereta sebab tak suka nak jaga madu dia.

hoho.. kalau ada yang terasa aku minta maaf. aku bukan meembuat kenyataan seksisme. Satu kebenaran yang saya tak boleh sangkal adalah, mak saya merupakan orang yang paling power jaga kereta. tak caya? cuba tanya mak saya. hehe..

So, aku kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak do and don'ts pasal maintaining a car. Tips² biasa untuk semua orang dan hasil pengalaman sendiri serta hasil didikan terus dari bonda. hehe.. mengapa aku mengangkat mak aku? Sebab dia berjaya tak tukar gear box kereta nissan sentra selama19 tahun pakai.

Ni hiasan. Sama jenis dan plat BDG

So mari-mari-mari kita lihat apa yang boleh kita buat dengan kereta anda (kalau bukan kereta anda lagi kritikal!

#1 Benda utama kene check : Minyak hitam, air dan bunga tayar!


  • Minyak hitam : Cukup tak cukup? anda tau check kan? kalau mileage dah cukup utk hantar servis, sila hantar servis. kalau tak tau, agak² dah 4-6 bulan pakai, hantar la servis. Servis buat apa biasanya? Diorg akan tukar minyak hitam dan ganti Oil filter. bab servis minyak hitam wajib ooo! kasi fuel-mileage efficiency. kan minyak mahal sekarang nih!
  • Air : Check selalu terutama bila anda nak pergi ke tempat yang anda tak pernah pergi+jauh dari kebiasaan. sbg contoh, anda biasa drive kacil anda area Shah Alam. one day kena pergi PD. so check la ek? nak check tuh biar pepagi buta. sama cam kes minyak hitam ^^
  • Bunga tayar : setiap tayar ada 'marker'. jika ketinggian marker sama tinggi dengan bunga tayar anda. sila tukar tayar. tak perasan marker? gi kat keta, guna jari nada rasa bahagian jalur-jalur bunga. gerenti anda jumpa. oh ye, pastikan angin cukup. kalau tak cukup, tayar lembik = geseran tinggi = more fuel to burn! bila dah tukar, jgn luper balancing dan alignment sekali ^^
oh ye satu penambahan bab tayar, biasanya tayar kat 'tayar pacu' atau wheel drive yg cepat haus. err... faham ke tak nih? example, kancil, dier punya tayar pacunya adalah tayar bahagian depan.
tapi kalau nak smart, anda pegi kedai buat switch. tayar belakang gi depan, tayar depan gi belakang (kalau kes tayar pacu depan). asalkan tayar pacu berbunga. hehehe... tayar sebiji (kalau kancil) dah seratus lebey maa...! O_O



#2 Wiper dan lampu!

  • Wiper : kalau agak-agak dah keras tuh.. siap merekah-rekah.. tukar la wiper baru.. buat tak nampak jalan je time hujan..
  • lampu : aku paling angin kalau ada kereta lampu terkejep yakni sebelah je nyala. tak kisah la belakang ke depan. serius dari jauh ingat motor....
tambahan pasal lampu. anda jangan jadi bijak utk tinggikan lampu dikala jalan terang cam waktu siang. maka check juga lampu anda ye? kalau tak, anda akan membuatkan driver depan utk tetiba brek mengejut dan memaksa anda bayar hasil pelanggaran itu..

#3 benda-benda once-upon-a-time 


  • minyak brek.... transmission fluid... break pad... air fliter.. bersihkan carbon engin... bab bersihkan carbon engin tuh bila ada budget la ek? yg lelain tuh rasanya masih affordable la semasa sekali servis..

#4 benda yang bila rosak je anda tau rosak.

  • belting.. gas air cond.. compressor... kaburator... stering... suspension... walawei! banyak giler!
biasanya ada simptom² yg bagitau bahagian² nih bermasalah. cuma budgetnya agak tinggi. 

bab suspension tuh anda boleh jer panjangkan hayat dier... JGN LANGGAR LOBANG. orang muda semua nak langgar... bumper pun sama, biar slow dan buat orang belakang sakit ati... muhahahaha!!!


sebenarnya nak jaga kereta nih mudah.. jangan lanyak mengggila kereta yang anda pakai tuh! (pesan bagi mereka yg selalu pinjam kereta cam saya). dah tau kereta orang kita leh main lenjan tak hengat dunia. bila rosak pulang balik kat tuan dier... hadeh..

so kereta sebenarnya, basic keluaran kilang sebenarnya dah cukup baik. kalau nak tambah skirt kasi kain lebih sikit, spoiler panjang² , lampu power, lighting bawah kereta, sport rim, paint job.... boleh je kalau ada budget nak buat.

aiseyh....


TAPI, kalau sekadar pasang eksos kasi bunyi kuat, tapi pickup mak timah punya motor lagi power baek tak payah!  sama je cam gambar atas nih, bikin tak kena tempat....baik bikin engin (yg sesuai dengan kapasiti kereta) baru pueh hati... oh lupa plak... orang kita kan suker glamer you! (peluh besar)




 wallahualam