Tuesday, 1 March 2011

while drinking ali café ais..

Assalamualaikum wbt

sejak kebelakangan nih, aku agak busy utk duduk mengadap internet lelama. maka selepas sahaja egyptian revolution, aku tak dapat nak follow libyan revolution.

so baru hari ini, aku dapat duduk, sambil menghirup ali café ais, aku play satu² news and updates pasal Libyan Revolution.

Tapi sebelum tu, aku terasa nak cakap satu dua perkara... aku perasaan yang gaya penulisan aku sejak akhir-akhir ini berubah. ye la kan, dulu blog ini mungkin tempat aku mengupdate diri tempat aku berjalan, result aku dapat, or even apa yang aku rasa ketika itu.

tapi sekarang jadi blog informasi plak. aku tak tau la sejauh mana pembaca akan baca, but then.. entah la. aku terasa cam nak bukak satu lagi blog (whattt???). tapi... cukup la dengan blog-blog dan projek-projek untuk di maintain. tak cukup tangan kot. lain la kalau boleh kage bunshin. boleh la ada orang duduk umah duk type-type. ahaha.. impossible.. tapi actually achievable. mcam mana? jeng jeng.. ^^

Ok back to bisnes :

siapa tak kenal Muammar Ghadafi, bleh click kat link bbc nih
Kalau agak² tak tau pasal kewujudan negara Libya, bleh click kat wiki nih



Libya nih secara geography nya terletak diantara Tunisia, algeria di Barat dan Mesir di Timur. Libya yang hampir  100 % padang pasir bergantung sepenuhnya pada industry minyak. Ada satu part kat Libya tuh takde penduduk sangat tapi kat situ 'pot' minyak, Citre Basin kalau tak silap aku.

Populasi majority adalah di bandar tripoli dan yang kedua adalah di Benghazi. tempat lain tuh.. kurang-kurang sikit. macam mana Col Ghadafi memerintah dari umur 20an? boleh check kat link bbc tuh, hehehe..



The Uprising

Sebagaimana apa yang diramalkan oleh penganalisis iaitu domino effect, kali ini, Libya pula mengambil tempat di headlines-headlines akhbar dan media adil-bukan-alat-politik.
Revolusi Libya secara peribadinya, mempunyai ciri-ciri tersendiri. Di mesir, kebangkitan mereka adalah seratus peratus rakyat awam, begitu juga dengan Tunisia.

Namun di Libya, walaupun pada mulanya ia adalah kebangkitan rakyat, namun pasukan keselamatan dan juga anggota tentera cepat sahaja berpihak kepada anti-ghadafi. Hasilnya, salah satu bandar pelabuhan dan juga bandar kedua terbesar Libya jatuh ke tangan mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendapat dan menjaga kelengkapan tentera dan jet serta kereta kebal. dan sekarnag ini, mereka mengistiharkan bahagian timur Libya, Libya Baru / Libya Bebas dan alhamdulillah pada hari ini, kebanyakan bank, kedai dibuka. oleh sebab, ketegangan ini mampu merebak sehingga boelh tercetus perang saudara, masyarakat sibuk memenuhkan stok makanan dan mengeluarkan duit simpanan.

Dan baru-baru ini, mereka membuka pendaftaran untuk tentera sukarelawan yang buat masa ini belum pasti lagi strukturnya. Namun ini telah menunjukkan semangat juang mereka untuk membebaskan Libya dan bersemangat untuk bila-bila masa utk bergerak ke Barat dan membebaskan Tripoli. Ye la kan, kalau dah Yusuf Qardhawi sampai mengeluarkan fatwa; bunuh-ghadafi-jika-ada-peluang, (selepas Col Ghadafi pergi buat serangan udara kat perarakan awam anti-ghadafi yg mengorbankan beratus-ratus nyawa), siapa tak nak? kalau saudara-mara kita di bom macam ayam, dan kita pula ada kuasa dan peluang untuk bangkit dan tentang, orang dayus je yang takde perasaan dan mengambil prinsip 'demo-demo-kawé-kawé' (kau kau aku aku)

Jelas sungguh revolusi mereka dan tidak sedikit pun figura anti-ghadafi menanguk di air keruh. kebangkitan mereka, seperti di mesir adalah kebangkitan rakyat. susah senang adalah bersama demi masa depan yang lebih baik.



selain dari itu, bandar Az Zawiyah juga telah jatuh ke tangan anti-ghadafi, bandar yang tidak jauh dari tripoli, kapital Libya dan kubu kuat Col Ghadafi. ada juga pengkalan udara yang berpihak dengan anti-ghadafi setelah mengambil prinsip untuk menjaga keselamatan rakyat Libya.

Col Ghadafi yang digelar US mengalami delusi, mengatakan Libya masih lagi aman dan kebanyakan perarakan di Libya itu adalah menyokong kekuasaannya. anaknya pula sedang sibuk mengumpulkan penyokong-penyokong dan menjanjikan senjata, duit dan makanan.



Ada sumber juga melaporkan yang Col Ghadafi mengupah askar² upahan di sekitar afrika untuk menentang kebangkitan ini. ye la kan, kalau dah askar dia sendiri dah tak sokong dia, kena la dia cari orang untuk defend dier tak? perbuatan dia jelas melanggar undang-undang, dan mendapat kecamana antarabangsa. akibatnya, aset²nya dan keluarganya di luar negara di bekukan.

secara keseluruhan, masyarakat Libya bergerak secara satu uniti, namun penganalisis antarabangsa khuatir pasca-ghadafi akan mengakibatkan pergolakan lebih teruk akibat dari perbalahan kabilah-kabilah. rabak.. assabiyah (nasionalis ) betul orang arab nih. ye la kan, siapa tak nak kuasa? dan populariti, duit banyak, orang sokong.. orang² beriman je yang terketar-ketar bila mengambil kepimpinan sebab kat akhirat, ketua yang akan dipersoal terlebih dahulu!

pendapat aku, jika ghadafi sanggup mencetuskan perang saudara kat Libya demi mengekalkan kuasa, dia memang patut 'syahid' di tangan rakyat dia sendiri.

Doakan yang terbaik untuk masa depan Libya, utara Africa dan asia tengah dan beringat-ingat di kala kita sedap-sedap makan nasi grg pattaya, masih ada lagi orang yang sampai sekarang tak merasa nasi dengan telur goreng.

wallahualam

p/s : orang kata masyarakat patut ambil ikhtibar dengan pergolakan asia tengah.. tapikan bukan ke patut pemimpin rakyat yg perlu ambil ikhtibar. bak kata 'V-for-Vendetta' - it is suppose that the government who must afraid of its people

nak tgk gambar² HQ kebangkitan Libya? kat link nih (The Big Picture)

info taken from aljazeera dan bbcnews

No comments: