Sunday, 13 March 2011

sebuah bumi yg dinamik

Assalamualaikum wbt

baru je beberapa minggu lepas, gempa di Christchurch NZ. dan jumaat lepas berlaku gempa bumi sekuat 8.9 richter dan membawa kejadian yang ditakuti oleh penduduk-penduduk berhampiran pantai yakni tsunami atau dalam bahasa melayunya ombak besar.

 semenjak dua menjak ini, bumi yg kita pijak ini sentiasa dilanda gegaran-gegaran yang mampu mengubah keadaan sesebuah negara sehingga ke tahap mengubah struktur permukaan dan pemerintahan!

tidak sampai 4 tahun lepas, dunia kapitalis dilanda tsunami ekonomi yang merudumkan ekonomi dunia. warga US sudah kecut perut, para pelajar yg ingin pulang ke malaysia dengan membawa duit berkepuk-kepuk terpaksa melupakan hasrat itu, harga rumah mreudum, bank gulung tikar dan rakyat malaysia masih cukup makan nasi dan mengundi penyanyi-penyanyi di tv.

banyak lagi 'tsunami-tsunami' dan 'gegaran-gegaran' yang berlaku yang semestinya terlalu panjang untuk aku tulis kat sini.

dan pada tahun ini, tsunami revolusi berlaku di asia barat yang bermula di Tunisia dan gelombangnya kini sudah dirasai di negara-negara sekitaranya. Kebangkitan ini sepatutunya diambil iktibar oleh barisan kepimpinan negara yang sepatutnya mereka mengutamakan periuk nasi rakyat yang bebetul takde periuk nasi.

Oh di malaysia, gegarannya lagi hebat! Gegaran masalah sosial dari dulu lagi dah bergegar. rempit, buang anak, rool, sumbang mahram, apa lagi?? rasa tak rasa je masyarakat dan barisan kepimpinan. sedap kot gegar-gegar yang menyenyak lagi tidur dan memejamkan mata.

Dan terbaru, malaysia juga di landa tsunami. Tsunami pendek akal dan tiada moral. Cukup sahaja dengan kes kutip duit or kutip beras. benda tuh, aku yakin, dah cukup memberi malu untuk rakyat malaysia yang berada di luar negara utk bersemuka dengan masyarakat antarabangsa? dalam negara? pelancong luae tak sedar punya semasa kejadian tu berlaku. tapi yang mana bijak pandai, mungkin diorg dah detect awal-awal dahysa perangai orang malaysia. Kan rakyat malaysia sudah sinonim dengan 'bende percuma' dan terlalu miskin sehingga sanggup menanggalkan moral dan keprihatianan semata-mata kerana beras. beras mahal sangat kot? ke rakyat malaysia empunya kuasa beli yang sangat rendah di kala hidup di celah-celah pencakar langit yang harga berbillion² ringgit?

gegaran dan tsunami yang kuat berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan bumi kita semakin dinamik dan aktif. ini kuasa tuhan. kita hanya boleh berdoa daripada bencana ini.

Tapi kejadian-kejadian ini menunjukkan sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang bila baca berita..

  • tampuk pemereintahan sudah pastinya tidak akan kekal. kerana kedinamikan sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya. Rakyat protes, sistem tak jalan!
  • walaupun manusia sudah mencapai teknologi, kemodenan dan kekayaan, semua itu adalah kecil berbanding dengan kuasa tuhan. perlulah kita ingat, kita manusia ini kerdil sahaja.. jangan sesekali kita ego kepada pemberi nyawa kita di dunia.
ya manusia sering terlupa siapa diri mereka sebenarnya. benar, hidup ini bila dikelilingi kuasa, duit dan sorakan, ia adalah suatu yang indah dan tidak dapat digambarkan oleh kata-kata...

malaysia belum kena apa-apa bencana yang seteruk gempa bumi, tsunami, taufan, gunung berapi.. bumi adalah dinamik. prof geo aku ada cakap dengan aku sesuatu semasa kitrg kaji pasal gempa bumi.. by rekod dan ramalan awal, tempat yang aktif berlaku gegaran tidak perlu dirisaukan sangat sebab kita tahu possibily ia akan berlaku. Yang kita takut, ada area yang tak pernah berlaku tiba-tiba berlaku!

 
wallahualam


P/S : gambar² gempa from japan : link ini dan link ini (dua² ada ehsan boston big picture)

No comments: