Thursday, 3 March 2011

Hari semalam dalam sejarah

Assalamualaikum wbt

Semalam atau 2 mac 2011, alhamdulillah aku diizinkan untuk membuat satu langkah yang agak menggila di kala status aku sekarang ini yang tiada pekerjaan tetap. ahaha..

Maka, apakah yang aku lakukan semalam? jika sesiapa yang follow status facebook aku, kirenyer diorg dah tau la apa yang aku nak cerita ini.

untuk merencahkan lagi post ini, biar aku ceritakan latar belakang 'aku dan alat bernama kamera'

1st Camera

aku rasa aku dapat di kala aku time darjah-darjah. tapi yang sure adalah before darjah 6. aku rasa darjah 3 atau darjah 4 aku dapat.

nak kamera apa? kamera yang jenis pakai negatif, tak de flash, bila dah amik kene roll film yg seterusnya. masa roll tuh mmg bunyi murah giler! krek-krek-krek-tang, bunyi spring.

Actually ia merupakan hadiah dari abang aku. Abg aku kumpul point apa ntah, dapat la kamera tuh secara percuma. dia dah ada kamera auto, so dia pada mulanya nak buang. Aku ingt masa tuh aku terdengar abg aku duk main² dengan 'krek-krek-krek tang' dalam biliknya. aku pun mengendeng lalu dapat. hahaha!!

Masa tuh aku jenis amik je gambar. Tapi masa tuh byk gambar blur atau gelap. dah pikir boleh buat ala-ala makro shot la, etc etc.. dalam banyak² gambar dari kamera tuh, yang paling aku puas hati adalah gambar time gi Cameron Highland, sebab masa tuh cuaca cerah and clear, so gambar pun jadi cantik.


Camera Kedua.

Aku rasa aku dapat masa Form 1. hadiah bonda. jenama Kyocera, kamera automatik, tapi still pakai film. Kamera ini aku pakau sehabis mungkin sampai aku bawak ke France masa tahun pertama fly.

Masa around form 3, dah ada camera digital dah rasanya. tapi sepopular mana dikalangan pelajar² menengah rendah. hehe.. Aku tak ingat sangat gambar² hasil dari kamera ni, tapi yang aku ingat, kamera tuh pernah travel sampai Donchaster, London, Leicester masa end of 2004. hehe.. tapi masa nih sakit gak la sebab film dan bateri guna poket aku. Bateri plak cepat habis, tak tau apasal.

Plus, kebanyakan gambar yang diambil, bila cuci jer baru tau ada qualiti ke tau, muka senyum ke tak. hahaha..

Camera ketiga.

Camera yang aku pakai sampai nak nampak season. Walaupun pakai tak sampai 3 tahun, tapi aku sangat-sangat puas hati dengan kamera tuh.

Masa kat france, masa tuh ramai dalam batch aku tangkap digi cam. Tapi diorg bukannya nak amik gambar, suruh orang amik gambar diorg. Pada masa inilah aku menggodek-godek keupayaan digicam dan pakai segala fonction yang ada.

Kekadang boleh jadi, aku tukang amik gambar. Apa lagi, aku buat cam harta sendiri la, cuba angle sini sana, cuba mode sana sini. ala.. gambar tak jadi boleh padam kan? hehe..

Lama jugak aku menanam niat nak tangkap satu. Agar membuak masa bulan 3, masa ada kawan dari jepun turun France. Apa mulanya aku cam nak tangkap canon Ixus, tapi setelah kawan aku tuh komplain yang cam banyak sgt noise, aku pun fikir-fikir la balik.

setelah aku, melayari internet, compare camera sini sana dengan budget yang ada, last-last aku pun menangkap camera kat bawah ni.








Canon Powershot A720. Aku dapat tak sampai seminggu beli kat internet. actually kamera sampai kat umah bila aku balik dari solat jumaat pada hari aku perlu ke Nice. Maka Campaign bergambar pertama camera ini adalah di Nice dan Milan. hehe..

So gambar-gambar dalam post wotpog dari 1st post hingga bulan nov 2010, adalah dari hasil camera ini. Camera nih begitu banyak berjasa untuk merakam pengalaman² peristiwa² dan pemandangan indah sepanjang aku kat france.

Kalau nak diikutkan, ketika aku baru beli kamera nih, cameera dslr mula untuk mendapat tempat dikalangan generasi muda. nak tau tak, masa aku nk test dslr kawan aku, aku rasa cam, giler complicated! secara peribadinyer, aku sangat²²²² jeles tengok bertapa sharpnyer gambar, betapa seni sekali sesebuah gambar itu dari dslr. serius aku rasa nak jerit² bila tengok gambar yang mempunyai emosi tersendiri atau msg tertentu. bukan apa, tukang camera berjaya menyampaikan apa yg dier rasa ketika gambar itu diambil tanpa letak apa² caption pon. huhu..

apa yg aku tak gemar camera nih adalah tahun lepas dia mula cepat makan batery. ye la kot, dah aku suka main zom, fokus macro, fokus kejap².. ahaha..

Kamera terbaru..

aku kat france tak pernah betul² pakai dslr. kalau kut ye pernah adalah tolong amikkan gambar org. alhamdulillah masa bulan 12, apak aku membeli sebuah dslr canon EOS 1000D. oleh sebab canon menyusun program, fonction dan menu lebih kurg sama, maka cepat sahaja aku menyusuaikan diri dengan fungsi yang ada.

bulan seterusnya, aku berpeluang untuk menggunakan nikon d60 selama 3 hari. habisan-habisan juga la aku pakai. tak cukup dengan itu, aku berazam untuk meminjam dslr apak aku sebelum aku membeli dslr aku sendiri. dan bulan lepas, terdapat operasi-operasi camera sini dan sana semata-mata nak biasakan dengan berat, kepantasan mengira cuaca dan cahaya dan benda-benda lain.

Dan awal minggu ini, aku mengusha harga camera dan di satu kedai itu, aku telah mendapat offer yang terbaik. maka diizinkan allah, nikon D90 pun milik aku.






seperti biasa barang-barang aku aku berikan nama
yang ini aku berikan nama AIME (Adam's Image Movie Evoker)

nama manjanyer adalah 'Ai'
means 'love' in Japanese..

wallahualam

2 comments:

Muhammad Haziq said...

Moga AIME boleh kerja dgn hebat.

Ade soklan di hati nih.

Pnh gune mobile broadband di France x?

Simon Malik said...

mobile broadbane meaning boleh dapat internet memana tuh ke?

kalau kita pikir bende yg sama, ingat tak AIRIS aku yg putih tuh? boleh dapat tenet memana tapi tuh guna 3G la.

kalau bab mudah nk online memana, beli je. ehehe..