Tuesday, 29 March 2011

Dari perut naik ke hati

Assalamualaikum wbt

tak ramai yang mampu memahami orang lain secara sepenuhmya? eh? ke ada? pernah sampai satu tahap yang kekadang kita sendiri claim yang family kita tidak memahami kita? ataupun yang paling teruk kita sendiri tak faham diri kita? (ke aku sengaja menambah rencah?)

Pernah aku dengar di dalam radio sewaktu aku terkedek-kedek ke PJ setiap pagi, ada la seorang mamat motivator nih bercakap pasal self-mtivation dalam radio tuh... hujung pangkal aku tak ingat, tapi apa yang aku ingat ada satu benda dia cakap pasal persaudaraan / hubungan.

sebelum aku menyingkap lauk di balik tudung saji, biar aku tanya korg satu benda (tny lebih sikit pun takper kan?)

  • kita ada tny mak kita 'pakai beras lain ke mak' bila kita menjamu nasi yang mak hidang tatkala, rasa nasi berlainan?
  • kita tanya 'Eh kasut baru ek kak? chantek nyer..' bila kita perasan akak kita pakai kasut lain padahal kasut tuh dia dah ada lama cuma simpan dalam stor?
  • kalau yang beristeri, ingatkah anda warna tudung yang isteri anda pakai sewaktu anda hantar dier pergi kerja?

Cukup denga bedilan soalan. Apa yang aku nak cerita adalah hubungan kekeluargaan, iaitu sebuah topik hampir-hampir basi. Seperti lauk-pauk nasi kandar, keadaan atau status hampir-hampir basi adalah kemuncak rasa paling sedap untuk di makan! (hampuih aku kene hambat dengan tauke nasi kandar)

contoh sepinggan nasi kandar



pelbagai cara kita boleh lakukan untuk kita membawa keluarga kita untuk duduk bersama-sama. Dalam setahun, time hari raya tuh wajibul lah. kalau ada kenduri kahwin, pun family akan datang juga. tak lupa jugak dengan kenduri arwah, cuma kenduri arwah nih suasana lain sikit la kan?

Orang kata, cukup hanya sekadar pertemuan berkala itu. Yee kee?? Alang dengan kawan-kawan anda, anda mendapat update hampir setiap minit di facebook, bagaimana pula dengan ahli keluarga anda?

perkataan 'keluarga' sememangnya kuat impaknya pada seseorang. ye la kan? Kita keluar dari perut mak, kita sudah berada dalam linkungan perlindungan dan pendidikan mak ayah dan adik beradik kita. Aku dapat rasakan keperitan dan kesedihan hati seseorang, bila perkara yang kita cuba buat (ex : penambahbaikan suasana), tidak mendapat sambutan bahkan lebih teruk ditentang. Perghhh.... Rasullullah saw masa buat dakwah dulu sure tabah hati. Abu Lahab yang dulu sayang dia tak de nak ajak dia duduk makan share makan kurma sesama... Abu Talib pula sokong.. tapi tak juga masuk islam...


Methodologi (eceh, macam buat tesis santai pula.. eh? wujud ke?)



pernah tak kita disuruh wajib untuk duduk bersama-sama ketika makan malam di suatu hari minggu? Kita rasa cam 'doh' je nak attend kan? perut kenyang lagi sebab keluar makan kat mamak.

Haa... sebenarnya, itu adalah salah satu langkah ayahanda bonda untuk mewujudkan kebersamaan. tapi kenapa time makan?

Aku takde la mahir nak menafsir tapi aku rasa ia merupakan satu perasaan kebersamaan kot. kirenya kalau ada peribahasa 'Kenyang perut suka hati' maka bila makan ramai-ramai dengan keluarga, 'kenyang perut sama-sama, suka hati sama-sama'!

Kalau korang perasaan, sewaktu tahun baru cina, pada malam sambutan, dari setiap mak nenek datuk cucu kiak-miut akan datang berkumpul untuk makan malam bersama. tuh yah diorang ada part yang gaul amenda-tah ramai-ramai guna chopstick.

Kalau budaya timur tengah pula adalah makan bersama-sama dalam dulang. Nampak simple dan cam 'doh' je, tapi sebenarnya ada kesan secara tak langsung. dari situ kita tau sapa suka kaut nasi lebih, sapa yang makan nak dia kenyang sorang, sapa yang duk suka bermain-main dengan nasi... (jgn terasa ek...)

tak jumpa makan dalam dulang, ayam bakar jumpe..

masa makan bersama, disitu kita mendapat update atau berkenalan dengan lebih rapat family. ke tak valid sebab family dah sure kenal? hohoho.. aku berani jamin yang kita nih pun belum benar-benar kenal family kita kan?

ada byk lagi cara sebenarnya nak kita kukuhkan kebersamaan. contohnya buat aktiviti bersama-sama cam main boling ke..tak pun travel sama-sama. nak buat memang leceh, tapi sebenarnya pulangannya sebenarnya lumayan.

Perkenalan membawa kita memahami luar dalam family kita. Kefahaman membolehkan kita sinergi bersama-sama dengan mereka. Sinergi ke mana? haa.. itu episode yang akan datang

oleh sebab itu, pertemuan berkala dengan family amat perlu. nukleus family, insyaAllah boleh buat selalu. kalau berjaya buat sampai sepupu-sepapat generasi ke-tujuh anda berjaya kumpulkan dan kenal. Anda memang terrer-rist!


wallahualam

2 comments:

masruddin said...

wah dh baru! =)

Simon Malik said...

@mas : yup yup, berwajah baru dengan semangat baru insyaAllah ^^