Sunday, 30 January 2011

Secawan kopi di pagi hari.

Assalamualaikum wbt

Dikala pagi ahad yang sejuk-sejuk dan cuaca best untuk merengkot dalam selimut, mari kita hirup secawan kopi dan merenung jauh-jauh. Jauh sampai ke Egypt.



25 januari 2011, penduduk Mesir terutamanya pemuda mula menunjuk perasaan setelah sekian lama perasaan marah terhadap president mereka, Hosni Mubarak dipendam. Heh, periuk yang takde lubang kecil pun boleh meletup kalau kalau mendidih.

Mereka turun dijalanan bukanlah untuk berpesta menyambut kemarahan mereka dengan artis-artis dan sumbangan ikhlas, tapi mereka turun mahukan perubahan dengan keseluruhan pentadbiran Mesir dan yang paling penting Incik Mubarak perlu pencen setelah memerintah selama 30 tahun!


Berdasarkan profile di atas, kadar kemiskinan yang tinggi. kalau tgk kat bottom left corner, 2 dollar sehari! kalau msia dalam RM6 lebih. Nak makan gapo? Padanlah kes tipu dan korupsi kat Mesir tinggi hasil pemerintahan tangkai jering dan syok sendiri.

Le Pouvoir des Jeunes (Kekuatan Pemuda)

Kalau nak diikutkan, penduduk mesir memang sudah bengkek dengan Incik Mubarak, namun oleh sebab kekuatan military dan pemerintahan kuku besi, tak ramai yang sanggup berdepan dengan pemerintah yang zalim ini. Di Mesir hanya ada satu aje pihak pembangkang betul-betul organise yakni The Muslim Brotherhood. Itu pun, organisasi ini secara rasminya diharamkan oleh kerajaan Mesir namun sangat disukai masyarakat. Pada tahun 2005, ia memenangi 1/5 kerusi di parlimen, separuh dari yang dipertandingkan, atas tiket calon bebas. Namun, kalau siapa yang follow politik Mesir, bulan Dec arituh ada gak pilihanraya. Namun Incik Mubarak menggunakan taktik tangkap dan penjara mana-mana ahli Brotherhood.

Ada banyak pihak yang menuding jari ke arah Muslim Brotherhood yang mengatakan mereka adalah dalang utama kebangkitan pemuda di Mesir 5 hari lepas. But then dari sumber-sumber yang aku baca dan tengok, diorang mengambil langkah low profile yakni tidak mengapi-ngapi / memimpin kebangkitan ini. bahkan semua pihak pembangkang Mesir tidak menyertai kebangkitan ini, hanya menyokong.  Aku ada terbaca satu kenyataan rasmi di sebuah blog tempatan mengenai pendirian Muslim Brotherhood.

Kalau nak diikutkan kebangkitan pemuda mesir diinspirasi oleh Revolusi Tunisia dua minggu lepas yang berjaya menggulingkan Ben Ali. Tunisia adalah sebuah negara yang kecil berbanding dengan Mesir, dan situasi masyarakat dan ekonomi Tunisia hampir serupa dengan Mesir, yakni kadar pengangguran yang tinggi, harga makanan naik, dan kadar kemiskinan yang tinggi.

Walaubagaimanapun, rakyat Tunisia banyak yang tidak berpendidikan mahupun computer literate / mempunyai akaun facebook. But then, mereka berjaya menjatuhkan pemerintah zalim mereka! Ini adalah hasil daripada generasi muda yang berpijak di bumu realiti yang faham apa yang mereka juangkan kerana mahukan pemerintahan yang lebih baik, sistem yang lebih baik dan masa depan yang lebih baik.

Kenapa Mesir?

Sepanjang pemerintahan incik Mubarak, Mesir merupakan sekutu US dan Mesir juga negara pertama yang menandatangi perjanjian dengan negara haram Israel. Dengan kebanyakan bantuan ketenteraan dan kewangan utk keselamatan Mesir selama ini, US tidak mahu campur tangan sedalam²nya. Hanya sekadar mahukan Mesir menggubal dasar-dasar negara dan mengekalkan keamanan dan menghormati kebebasan bersuara rakyat Mesir. Namun, ada kemungkinan besar yang badan-badan antarabangsa akan akhirnya campur tangan kerana Mesir merupakan key element dalam banyak perkara.

Antara benda yang bakal berubah jika Mubarak turun, adalah polisi politik yang lebih bebas, yakni bebas bersuara dan bebas bergerak. Dan tak lupa juga isu asia barat. Israel sure tengah kecut perut tengok barua terulung dia sedang digoncang hebat oleh penduduk mesir. Anda pun tahu kan, yang bantuan sangat susah nak masuk ke Palestin via sempadan Sinai? So kalau Mubarak turun, masa depan rakyat Palestin lebih cerah!Bukan itu sahaja, kemungkinan uprising yang lain ala-ala domino effect di negara-negara sekitar!

Iktibar

Mungkin ramai yang menghela nafas 'Nasib baik Malaysia tak macam Mesir'. Benar tiada siapa yang mahukan kerosakan dan kucar-kacir. Lagi-lagi perang saudara dan konflik dalaman. Hanya menguntungkan musuh sahaja.

Tapi, tanpa generasi yang sedar akan realiti umat, sedar yang dunia perlukan sistem yang lebih baik, yang lebih saksama, tiada kezaliman tiada penindasan, sesebuah negara itu akan jatuh ke dalam lembah kelalaian dan selesa dengan apa yang ada serta tak sedar yang pemerintah sedang menzalimi mereka. Musuh pun senang datang ngap!

Benar, generasi pemuda yang saya sebutkan tadi sedar dan sanggup keluar berhadapan dengan peluru getah, meriam air dan gas pemedih mata daripada mandul mengadap berjam² facebooking, tgk youtube tak pun undi-undi kat program realiti tv.

Kerana tiada tempat pemerintahan untuk kezaliman.
Doakan keselamatan rakyat di Mesir dan perubahan terbaik di Mesir!

wallahualam

referred links

TheRealNewsNetwork(Youtube) - What sparked Tunisian Revolution
AlJazeeraEnglish(YouTube) - Demanding change in Egypt
AlJazeeraEnglish(YouTube) - Inside Story : Is Mubarak's rule threatened?
Dailymail.co.uk
BBCnews - Egypt protest : Hosni Mubarak underworld pressure
BBCnews - Egypt unrest : Tough questions if revolution succeeds
BBCnews - Analysis : Why Egypt Matters?

for some history and overall news
Wiki - History of modern Egypt
Wiki - Egyptian protest 2011

No comments: