Thursday, 6 January 2011

Memories

Assalamualaikum wbt




Memory ; satu perkataan yang selalu dikaitan dengan ingatan terhadap satu-satu pengalaman atau peristiwa. Kiranya kalau seseorang itu telah hidup 50 tahun, maka dirinya telah melalui 50 tahun yang penuh dengan pengalaman, peristiwa, ilmu dan kemahiran.

Lain pula dengan memori komputer; senang nak 'save' atau 'delete' bila mahu. Kekuatan memori sesebuah komputer diukur dengan kapasiti hardisknya. Makin besar bytes, maka makin banyak file, data yg terdiri dengan gambar, lagu , pdf, etc etc yang boleh di simpan.

Sebenarnya memori seseorang manusia mampu memberi kesan secara separa sedar ke atas perlakuan, sikap dan daya ambil keputusan individu. Bergantung pada emosi yg terpatri pada sesebuah memori, manusia boleh menjadi orang yg bersikap tidak endah utk membantu orang sebab dahulu dia pernah kena rompak dengan orang yang dia tolong atau seseorang itu tidak mendengar cakap sesiapa sebab selama dia hidup, dia lihat setiap keputusannya ada yg paling tepat.

Percaya atau tidak, memori juga mampu untuk menghubungkan / menjauhkan hati antara individu. biasanya, apabila dua orang sahabat yg sudah lama tidak berjumpa dan pada satu hari mereka berjumpa, mereka pasti akan berkongsi memory yang mereka lalui bersama. Sedar atau tidak, ketika anda berkongsi memori ini, perasaan dan emosi yg anda rasai buat pertama kali dahulu, anda akan rasakannya sekali lagi. Kiranya, dengan berkongsi memori ini, perasaan rapatnya perhubungan akan terasa.



Aku teringat akan perkongsian Ustaz Amin Idris ketika slot motivasi pagi bulan lepas di radio IKIM. Untuk menjadikan perhubungan itu lebih bermakna, indahkan / perkuatkan lagi dengan memori yg dibantu oleh alat bantu (kamera utk ambil gambar, videocam etc etc)

Yup, bila borak² sambil tengok gambar memang kesannya lebih dalam mengembalikan memori-memori silam.
dan alat yang paling effectif dalam mengekalkan satu² memori adalah gambar. Kalau korg nak tau, nenek moyang kamera adalah Camera Obscura. Camera ini merupakan camera pertama dicpta oleh Ibn Al-Haytham pada zaman kegemilangan islam dulu. Camera jenis pinhole ini sedikit sebanyak membantu manusia dalam memahmi fungsi mata dan sebagainya. Daripada idea asal camera obscura ini beserta innovasi² yg lain maka lahir lah camera zaman sekarang.

Fungsi tetap sama, mengambil gambar. kalau zaman² dulu, gambr merupakan objek memori yang paling dihargai. kalau tak percaya, cuba cari mana-mana gambar lama (kalau boleh yg hitam putih) dan tunjuk kat diorg. aku jamin, diorg boleh ingat siapa / peristiwa mengenai gambar itu bahkan mereka boleh meleret-leret cerita mengenai orang² di dalam gambar tersebut.

Dengan teknology zaman sekarang, gambar boleh diambil beratus-ratus keping dan boleh di simpan beribu² keping di dalam hardrive yg beratus² giga byte memorinya. Ya, sangat convienient tapi ada contranya. jika external / hardrive ini rosak, maka selamat tinggal memori² indah.. Perasaan kehilangan ketika saat itu bagaikan anda kehilangan sesuatu yang sudah pasti anda tidak akan dapat lagi.



Aku dapat describe perasaan itu sebab aku punya back up external aku sudah menjadi 'goner' beberapa minggu lepas.. Hilang 4 tahun punya memori indah pahit dan masin. orang kata boleh pergi hantar ke low yat buat recovery. Tapi harganya adalah RM1500 yg sama harganya dengan ipad kat Harvey Norman. Kehilangan ini benar-benar menunjukkan yang kita ini sebenarnya tidak punya kuasa memiliki apa-apa. Segala-galanya Allah pinjamkan kat kita dan bila-bila masa Allah boleh ambil balik.

Dan ini menunjukkan juga, betapa hebatnya Allah menciptakan otak manusia. Otak manusia sebenarnya susah nak lupa benda yang dia ingat / lalui. Mungkin kita kata kita nak delete memori yg tak best dalam otak kita (act of denial), namun sebenarnya memori itu ada cuma ia tersimpan jauh kat celah saraf mana. dengan stimulasi² tertentu (gambar, orang, peristiwa, even bau) memori tersebut akan muncul.

kalau otak yang power, bila seseorang itu pergi ke tempat yang mempunyai banyak memori lagi beremosi, dia mampu melihat peristiwa² itu berlaku semula di depan mata. dah macam kes trauma pula ya? sedar tak sedar memori juga di simpan dalam sub-concious kita. biasanya memori yg seperti saya katakan akan sedikit sebanyak mempengaruhi kita. tu yang boleh muncul dalam mimpi dan sebagainya itu sebab memori itu memberi kesan secara tidak kita sedari.

kesimpulannya, hargailah memori dan kenangan yang anda lalui. kerana setiap hari yang anda lalui adalah tidak sama dengan hari yang anda lalui sebelumnya. Penuhi juga hari-hari kita dengan perkara² bermakna dan perasaan. Dan paling penting bersyukur pada Allah yg memberikan kita otak yang sehat utk mengingat dan mengurniakan kita alat bantu seperti camera, external dan sebagainya.

wallahualam


p/s :  kalau kita dapat ingat balik apa yg kita rasa masa kita kecil² time tertatih nak berjalan, sure kita akan malu dengan diri kita sekarang yang cepat sangat putus asa.

No comments: