Thursday, 13 January 2011

Decider

Assalamualaikum wbt

Keputusan adalah suatu perkara yang kita buat saban hari. dari sekecil-kecil benda seperti memilih jenis berus gigi anda sehingga kepada benda besar seperti rumah, kereta atau bini/laki.

Para pemikir dunia banyak mengkaji sains disebalik kita membuat keputusan. Apa jua yg diorg tulis di dalam journal dan artikel diorg, mmg tidak dapat dinafikan yang keputusan yang kita buat saban hari bergantung kepada faktor-faktor luar.

Faktor-faktor seperti pengalaman dulu, apa yang org ceritakan kepada kita, bahkan nilai sentimen kita pada org lain yg berkemungkinan mendapat kesan akan keputusan yg kita ambil; merupakan antara faktor kita membuat keputusan. anda setuju bukan?

Ya.. jangan ambil mudah apabila kita membuat keputusan. dari root word putus bukan? Bahkan dari perkataan inggeris pun, asalnya dari greek/latin yg juga membawa maksud putus. maka apakah significant perkataan putus? secara fizikal, tali yang putus tidak boleh disambung kembali.. maka mebuat keputusan adalah memilih satu tindakan yang tidak ada u-turn.

sebab itu membuat keputusan sebenarnya perkara yang kritikal dalam hidup seharian kita. Ini belum masuk lagi suasana di dalam pejabat atau di dalam bilik kuliah. Bahkan di kala ini anda mungkin anda membuat keputusan utnk membaca/tidak membaca lagi post saya yang seterusnya!

Sebagai orang islam kita sebenarnya ada petunjuk setiap kali kita meembuat keputusan. Tengok apa matlamat kita. Semestinya matlamat kita adalah syurga bukan?







Tanya sesiapa pun dalam dunia ini, semuanya mahu ke syurga dan tidak mahu ke neraka. (atheis adalah exceptional bila ditanya akan persoalan ini. Mereka adalah warga paling malang kerana tidak percaya tuhan).

Dengan motivasi dari matlamat akhir dan juga petunjuk-petunjuk dan cara-cara melalui quran dan hadis, insyaAllah kita akan memilih keputusan yang sebaiknya.

But then again, setiap orang ada punya peringkat pemikiran dan keimanan yang berbeza. Pernah je kita sampai ke satu situasi deadlock, di mana anda akan berjam-jam berdiri disitu hendak membuat keputusan. sebagai contoh, anda terjumpa suatu hari 2 helai baju yang sangat lawa. Baju A dan Baju B. Sama lawa. Harganya sama tapi anda ada wang untuk beli satu sahaja padahal hati nak dua-dua. (manusia mmg tamak kan?)

Kalau org desperate, dia akan cari segala cara utk dia dapatkan dua-dua. (tp sure prob bila tiba hari dia nak pakai, dia still kene buat keputusan nak pakai mana satu dulu). Org yang normal (yg biasanya mempunyai pendirian tak nak overspent dan sebagainya) pasti akan pilih salah satu. Mulalah dia brain storming sensorang mengingat kembali pakaian, kasut dan aksessori yang dia ada. Yang mana satu yang matching paling byk barang yang dia ada. Dia akan tetap normal sesudah dia membeli salah satu baju tersebut. Namun kalau dia kembali ke shopping kompleks tersebut dan dia merasa menyesal, itu sudah tidak normal.

ada je jenis orang ketiga. yakni dia beli baju C atau dia tak beli apa-apa. orang macam nih rare sebab orang biasa akan kata bodoh. tapi orang yg aku kategorikan sebagai orang abnomal / asing ini sebenar tidak mahu terikat dengan option yang dia ada dan mencari jalan keluar.

dalam warna kehidupan kita, orang ketiga ini sangat kritikal dan berpotensi di dalam sebuah syarikat. orang kata, selalu think out from the box. ye, kalau boleh kita nak jadi orang ketiga ini. tidak terikat dengan arus pilihan manusia yakni trend. orang² seperti ini biasanya menjadi pioneer kepada berbagai² perkara. kalau org ketiga nih ambil keputusan untuk tidak membuat keputusan, dia hanya membazir sel² otak dia..





namun bila kita kembali ke persoalan akidah, kita hanya boleh pilih satu. orang pertama yang nak kedua-duanya adalah orang gila. siapa nak neraka and in the same time nak syurga?

insyaAllah, kita manusia ini tergolong dengan orang kedua.
so bagaimana syurga dan bagimana neraka? di dalam al quran ada cerita.
bagaimana pula org yang ke neraka dan bagaimana pula amal orang ke syurga? juga ada di dalam al quran.

sesungguhnya orang yang menyesal adalah orang yang memilih utk ke neraka dan sudah pastinya, orang yang ke syurga tidak menyesal langsung sebab telah memilih keputusan yang betul!

golongon atheis adalah golongan ketiga, kerana mereka terlalu pandai untuk tidak menerima kewujudan tuhan. susah juga kalau dah bijak sangat nih.



but then kita kat dunia ini, terutama kita yang sedang hidup di zaman fitnah ini, memang agak susah untuk membuat keputusan. sebab kita sendiri tak tau mana satu betul dan mana satu salah. kat sini saya pecahkan kepada 3 bahagian ke'blur'an.


Blur bila buat keputusan dalam soal akidah.

Rasullullah saw dah bagi jawapan.

Aku tinggalkan bagi kamu sekalian. Jika kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah (Al Quran) dan sunnah nabi-Nya (Al Hadis). (HR. Bukhari Muslim) Shahih.

Blur bila buat keputusan dalam soal amal dan perbuatan seharian

Rasullullah bagi clue (bukan jawapan ek?) untuk mengatasi ke'blur'an ini.

Dari Nu'man bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nu'man memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

ada orang kedua/ketiga yang memberi kita option lain menyebabkan kita lagi blur.

Al quran ada bagi solution :
 Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al A'raaf : 200


ok ok, bincang² tanpa solution adalah suatu yang kurang bijak.

secara realitinya, kita memang jahil dalam bab² agama. kalau tgk bahagian 2, mesti kita tertanya-tanya, apa perkara yang tergolong dalam perkara syubhat? Boleh berada dalam area tuh tak?Jangan jadikan alasan jahil agama itu untuk membuat keputusan yang salah. kerana sekarang ini anda tahu, akibat keputusan yang salah.

aku percaya, diluar sana banyak kelas-kelas agama, even di antara kawan² kita yang pandai bab² agama ini. dan kekadang kawan-kawan kita ni buat circle/sitting/usrah/halaqah ajar bab agama dan akidah. free pula tuh. insyaAllah segala persoalan boleh dibincang dan dijawab bersama. bukan ke ini suatu benda yang baik lagi molek? tinggal nak tak nak / cari dan bukak mulut tanya.

mungkin kita rasa reluctant sebab takut boring dan lembab sebab ala-ala sitting kat asrama/sekolah, atau malas nak tersalah pilih sebab takut akan terlibat dalam politik / ajaran sesat.
tak pun sebab malu, diorg alim sangat dan skema takut tak dapat diterima or fit in.

eh? hello! nak belajar berenang kena terjun kolam dulu ok?

kita yang nak berubah kepada orang yang lebih baik. kalau kita tak buat keputusan sekarang, bila lagi noh?

wallahualam

p/s : apa jua jenis keputusan kalau dah deadlock sangat, solat istikharah kan ada? ^^

2 comments:

نورول روشدي said...

Assalamualaikum. Mana button "like" ? Hahaha. Suka post ini. Paling terasa,

'tak pun sebab malu, diorg alim sangat dan skema takut tak dapat diterima or fit in.

eh? hello! nak belajar berenang kena terjun kolam dulu ok?'

Lepas ini inshaAllah tak malu nak tanya atau rasa tak boleh nak fit in etc :)

Simon Malik said...

waalaikumsalam.

er.. tak jumpa pula option nak wujudkan.

insyaAllah, moga dipermudahkan =)