Tuesday, 7 December 2010

Pindah-pindah

Assalamualaikum wbt

December datang lagi! Alhamdulillah.. Yup! Favourite season of the year sudah tiba! Seeing the news, european sure is turning the heater to the maximum. Toughest winter. To be frank, aku nak balik Besançon and nak guling² atas snow kat padang Planoise. Tahun lepas dah buat. Tapi diri ini terasa nak buat lagi. Tapi nak buat macam mana, diri ini berada di negara beriklim khaltulistiwa di mana terma 'Hot and rainy throughout the year' adalah sinonim pada rakyatnyer juga.




Kenapa saya suka salji? Penerangan mengenai itu panjang dan boleh jadi personal, so tak perlu panjang² aku cerita ek? hehehe


Mungkin ramai yang tertanya-tanya what did i do for the past 1 month. As you all knew, around september i worked full time at the Big Apple Bukit Tinggi Klang.

Namun pada akhir bulan oktober, aku menyatakan hasrat aku untuk bertukar dari full timer ke part timer on weekends. Kenapa? sebab saya sudah bersedia untuk pindah² ^^

First Job offer was at Solaris kat Dutamas KL. Patut masuk awal. But there was unforeseen challenges and oppurtunities came by passing.  So enters the 'unpredictable and untracable month'
  • 1st nov, attended aa 1 day course n training untuk jadi unit trust consultant. (dah dapat pun lesen dalam seminggu 2 lepas
  • Attended Shell interview for 2 days. this is where 've lost around rm50 just for parking in two days. (unsuccessful, they gave the answer 2 days later)
  • Given a task to handle an event at Sunway. But it was a call-back, so handle calls je itu hari
  • jadi macai merangkap pak pacak at Malaysia Innvotif 2010 for 3 days. (but learned bout sound engineering and mc'ing and dj'ing)
  • constant floating between Klang and Serdang. kekadang terlajak sampai Bangi sebab nk mohon jadi Godfather. (ahahaha!!)
  • weekend or two kerja kat Big App cari makan. ^^

and recently (rezeki dari allah), doing some training for unemployed degree holder. MOHE bayo. hehe.. it's a 5-6 weeks course, monday to friday at PJ. So good bye kerja kat Dutamas as u need a full commitment worker. ^^

Aku dapat jugak job offer as a billing officer kat satu delivering company nih. Bukan nak memilih, tapi cam boleh tergugat bab solat je.. 

Company yang done the training nih kata 96% chance dapat kerja. From my observation cam akan diserap dalam sector service. Adalah sebab-sebab dia. Diorang ada citer dalam kelas itu hari cuma lom ada mood nk tulis pasal benda tuh.





Pindah peribadi?




Sebelum aku bebel secara panjang lebar, ingin aku kongsikan ayat quran yang menarik buat kita renung² dikala masa lapang.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; (1) Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (QS 91 : 1 -10 )



Sempena Maal Hijrah, izinkan aku membebel mengenainya serba sedikit.

Sapa pernah dengar hadis mengenai niat? Hadis ini cukup popular untuk diletakkan sebagai hadis pertama dalam mana² buku himpunan dan syarah mengenai hadis-hadis sahih.




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.



hadis ini cukup popular sekali dan sangat bertepatan dalam mengeset mind set kita. Kalau korg selalu attend kursus motivasi ke, training ke, awal² dia akan tanya 'Why are u here?'
Walau apa jua yangg anda jawab / tulis, percaya atau tidak itu yang anda akan dapat.

Hadis ini juga sebenarnya ada hidden message baggi mereka yang nak memperbetul diri atau meningkatkan diri. Hadis ini diriwayat oleh Saidina Ummar. Belum islam atau sesudah islam, kita akur dengan ke'otai'an sifat dan sikap dia.

Dan beliau merupakan contoh terbaik untuk melakukan perubahan 180° dalam sekelip mata. Percaya atau tidak dia memeluk islam pada hari dia berniat untuk membunuh Rasullullah?. Jadi dia merupakan contoh terbaik bagi kita yang hendak melakukan perubahan dalam hidup.  Nak tau full story boleh tanya Pak Aji Google. Tok sah tunggu², redah aje ^^

Jadi perubahan diri kepada yang lebih baik juga merupakan salah satu jenis hijrah. Hijrah dalam konteks bahasa yang mudah difahami adalah 'Pindah'. --Dia berpindah sekolah kerana dia tidak selesa belajar di situ---Burung-burung migrasi terbang berhijrah ke tempat panas pada musim sejuk---





Cerita sikit mengenai hijrah rasullullah swt ke Madinah. (err.. boleh jadi panjang nih.. korg cari la memana web or buku ye? aku cadangkan Raheeq Makhtum versi BM betul, sebab ada jenis bm tak betol. kalau english tajuknyer 'Sealed Nectar'. aku pernah jumpa kat Kinokuniya)

Tak kisah mana versi yang korg baca, yang penting diorg hijrah tak bawak beg tarik, periuk belanga dan rempah-rempah. sehelai sepinggang je. Dari kaca mata barat, diorg kata itu adalah perbuatan melarikan diri dan meminta pelindungan. Tapi jangan lupa yang Rasullullah swt telah diangkat sebagai pemimpin Madinah dan menggubal perlembagaagn Madinah. Orang pelarian mana jadi pemimpin beso beb. ^^

Namun perpindahan ini yang diilhamkan oleh Allah swt telah menjadi satu titik tolak umat islam dalam pembinaan sebuah negara. (jenis ayat yg turun dah lain tema dia kalau korg perasan). Titik tolak ini telah mengangkat islam sebagai satu negara baru sehingga menarik perhatian Kerajaan Rom Bizantin dan Parsi. (Diorg dulu tak ambil kisah pun pasal semenanjung arab) dan terjadilah rentetan peristiwa² bersejarah islam seperti The Great Battle of Badr, Uhud, Khandak, dan sehinggalah pembukaan Constantinople (kini adalah istanbul).




So boleh bayangkan tak betapa mantop nyer diorg, sanggup menghadapi risiko yang tinggi. yela kan, cuba bayangkan yang kita pindah ke negara lain bawak kain baju je dan tak nampak masa depan. (eh dah macam pendatang mai datang malaysia lak bunyi nyer). nak sebut kat sini yang diorg punya bergantung kat Allah mengenai nasib mereka dan betapa percayanya diorg akan Rasullullah.

Nak sebut yang dalam apa jua pekerjaan ata perkara yang kita buat (including makan, masak, tidur dan lain²) biar lah kita pasang niat kita. the best niat is for Allah dan RasulNya. sebab kalau kita niat hanya sekadar picisan² sahaja, yang picisan² lah yang kita bakal dapat berdasarkan hadis yang aku boh kat atas tadi. dari bebelan panjang lebar aku pasal perubahan, maka sangat valid la jika kita hendak mengubah sesuatu yang berskala besar seperti masyarakat, maka ubah lah sikap dan sifat kita kepada yang lebih positif.

So disaat kita meninggalkan 1431 tahun semenjak Rasullullah berhujrah dan masuk tahun 1432, apakah niat dan azam kita dalam menempuhi hidup yang penuh mainan dan angan-angan? Menjadi orang yang lebih baik dari segi iman, fizikal dan mental? Atau sekurang-kurangya menjadi beras kerana sudah lama menjadi melukut? Apa juga niat dan azam kita, tak kisah la dari segi pembelajaran, prestasi kerja mahupun akademik jika end mind kita adalah redha Allah, syurga Allah dan demi kemaslahatan Islam, insyaAllah kita akan dibantu Allah dari segenap aspek kehidupan.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (QS 47 : 7)


Jadi apakah titik tolak kamu?

JOM HIJRAH




wallahualam

4 comments:

Anonymous said...

best! keep writting!

dr bumi salji..

Saif Shah =) said...

subhanallah... nice akhi...

muhasabah tahun baru yang thor~

Bittaufiq wannajah.. robbuna yisahhil.. =)

dr bumi salji juga..

amy said...

pernah nak taubat, tapi bertahan seminggu je. pastu lupa da... mase nk taubat dlu, bukan main menyesal. macam mana nak setelkan masalah ni?

dari bumi salji tak pernah turun

Simon Malik said...

thx alot dear readers ^^


@amy : sudah cukup baik kita melakukan langkah pertama untuk rasa menyesal dan tidak mahu melakukannyer lagi.

jgn rasa putus asa, sebab kita as manusia lemah sentiasa akan diduga dan ditarik oleh pesekitaran yg tak mau kita jadi baik.

apa yg aku leh cdg adalah, cari faktor dan punca bgmana boleh datanggnyer perasaan nk buat balik. jauh kan diri dari punca itu dan perbaiki faktor itu. dan yg penting tidak putus asa utk renew taubat. aku percaya ko leh buat. ^^

wallahualam