Thursday, 4 November 2010

Petanda??

Assalamualaikum wbt

Mungkin tak ramai yang mengambil berat mengenai hal ini. sama ada ia buta, rabun mahupun buat-buat tak nampak, petanda biasa allah berikan untuk beri 'warning sign' apa yang akan berlaku seterusnya.

tidak perlu aku cerita mengenai wujudnya Tuhan sekalian alam ini kerana aku yakin ramai dah tentu bosan untuk dengar. Baik dengar lagu Maher Zain 'open your eyes' ye tak? lagi sedap telinga mendengar suara dia

Bagaimana pula dengan petanda² berskala besar seperti hari kiamat? hah, aku pula dah bosan nak cerita sebab dalam al quran dan hadis dah cerita secara sempurna. tinggal kita nih ready tak ready nak hadapinya ke tak sebab bila masuk alam akhirat selepas tu ada 'forever'.. so terpulang kat kita either nk disibukkan dengan nimat selama-lamanya di syurga atau dibakar dalam neraka selama-lamanya.

kalau disebut pasal bencana alam dan hukuman dari tuhan ke atas sesuatu kaum yang ingkar.. kita dah cukup aware dengan merapi, tsunami, banjir.. tinggal nak ranap kesemuanya sekali gus aje. mungkin kita lupa suatu ketika dahulu allah memberi amaran melalui bencana taufan di sabah.. tanah runtuh di bukit antarabangsa.. banjir² besar di pantai² timur.. mungkin masyarakat malaysia begitu angkuh sekali sebab sampai la nih tak pernah kena nature disaster yg besar terutama di kawasan yg mengadap selat melaka ni.. (Q 67:16-17)

Punya panjang intro aku, Apa yang aku nk cerita adalah petanda² skala kecil yakni skala personal.

kita solat 5 kali sehari. dan sebanyak (minimum) 17 kali kita membaca surah al fatihah. hah, kalau buat solat sunat rawatib sekali, kira lah berapa kali kita membaca ayat yg memohon 'Tunjukkan kami jalan yang lurus'.
Mungkin kerana ketidak fahaman kita terhadap bahasa arab  dan budaya 'burung tiung atau burung kakaktua' di kalangan orang melayu menyebabkan solat tinggal seperti budaya. dan reality di malaysia, ia telah dipandang sebagai budaya orang melayu, bukan ibadat orang islam.

Disebabkan kemandulan fikiran orang melayu yang tidak kritis, mereka menerima bulat-bulat pembelajaran agama. persoalan mengapa tidak ditanya kerana agama lebih mudah jika tidak dipersoalkan.

akibatnya, boleh kita menjawab persoalan dari sahabat kita yg bukan islam 'mengapa kamu jadi orang islam?' apakah kita akan menjawab 'dah mak bapak aku islam'?
ataupun boleh kita menepis bila kenalan kita yang bukan islam memprovoke 'lu orang semayang manyak kuat 5 kali satu ari, wa semayang kadang², apa pasal wa hidup lagi senang dari lu?'

ye, ramai yang anggap, sebut dua kalimah syahadah je dah jadi islam. yang lain semua boleh amik enteng..

jadi berapa ramaikan di antara kita yg merasakan yang allah sentiasa bersama mereka, memberikan mereka rezeki yang terbaik untuk mereka dan segala-galanya akan kembali pada allah juga akhirnya?

setelah sekian lama kita hidup, pernah tak kita mendoakan sesuatu dan allah terus bagi?
pernah tak kita terfikir, pengalaman-pengalaman hidup dahulu, turning² point yang kita lalui dahulu, keputusan yang kita buat diumur yg lepas, telah membawa kepada diri anda sekarang?

jadi sudah tentunya apa yg berlaku sekarang, segala cabaran dan halangan yang anda hadapi, adalah satu petanda apa yang akan berlaku apa diri anda akan datang.

sungguh indah bagaimana allah menyusun kita, dan mendidik kita selama kita hidup. itu belum dikira dengan bakat yang diwarisi oleh ibu bapa mahupun kebolehan yg unik yang anda ada.
Hidup bukan sekadar mencari keuntungan dari bisnez yang anda buat. ia juga bukan bermatlamat kebanggaan dan kenamaan. akhirnya, semuanya akan hanya tercatit nama, tempoh hidup di atas batu nesan.
jadi apakah dunia ini pada anda? apakah matlamat ulung hidup anda? untuk persoalan ini islam sudah memberikan solusi.

sila jangan sia-siakan bakat, kebolehan dan ilmu yang allah berikan pada kita. kerana aku yakin setiap antara kita ada tugasnya tersendiri... dalam menegakkan kebenaran di muka bumi.

wallahualam

p/s : 

No comments: