Friday, 12 November 2010

Job : Penoreh Getah

Assalamualaikum wbt





tidak ramai yang mahu menjadi penoreh getah.

alasan 1 : Tak popular sebab tak keluar tv dan org tak sms nama kita
alasan 2 : gaji tak tinggi dan tak leh hidup glamer sebab muka tak kluar tv / paper
alasan 3 : rujuk alasan 1 dan alasan 2


ye benar, gaji sebagai penoreh getah mmg sgt sedikit. pernah suatu ketika, getah hanya dijual dengan harga 15sen sekilo.

namun kini...?

ia pernah mencapai dekat RM20 sekilo!!!!

melihat sejarah pokok getah di malaysia, ia bukan lah jenis spesis tempatan di mana ia bukan berasal dari malaysia. kalau wujud pun, takleh guna utk commercial. pokok getah yg kita jumpa kat malaysia nih adalah jenis Hevea Brasiliensis yang dibawa masuk pada tahun 1877.kemasukan nih merupakan salah satu strategy penjajah utk mendominasi ekonomi. mungkin diorg telah nampak industri getah ni mempunyai potensi ekonomi yg besar di peringkat global, sebab itu diorg import hampir 70000 biji getah liar dari brazil pada tahun 1876 dan di tanam di Kew Gardens, London for further studies n improvement.

 so 9 lucky seeds di tanam di halaman rumah Residen Perak ketika itu (Hugh Low) oleh penguasaha botanical garden Singapore, H.J Murton. mungkin masa tuh diorg nk tengok sesuai tak tanah malaysia untuk tanam getah. seingat aku around that time, getah tak popular kat malaysia sebab, keta pun tak byk. namun bila harga kopi jatuh dan permintaan getah meningkat mendadak (akibat letusan industri kereta oleh henry ford), so ramai² tanam getah kat tanah diorg.

harga getah naik turun. of course, negara² yg tak leh tanam getah mempromosi getah tiruan dari petroleum yg lebih murah as economic strategy utk melawan getah asli. ketika nih harga getah asli jatuh. so pernah la satu tahap yang penoreh² getah kita, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.




Pokok getah biasanya mengambil masa 6 tahun utk matang (kire baru boleh toreh). 1 hektar boleh tanam dalam 100 batang. aku tny pakcik aku, dia kata dalam 1 ekar, boleh dapat 5kg getah buku sehari. so obviously, the larger the ladang getah, the larger the pay. so bila harga getah naik, kes orang curi getah pun naik la.. aiseyh.. kalau masyarakat benar² faham dan ambil kisah bab halal haram, for sure takde kes curi-curi nih. kenapa aku cakap camni? sebab org india yg british bawak masuk utk toreh getah dulu dah kerja kat ladang sawit. so obviously, majoriti penoreh getah kat malaysia nih, orang melayu islam.

 nak toreh getah nih kene kluar pepagi. so mmg kena la kan? lepas solat subuh terus toreh getah. habis toreh, break solat dhuha kat ladang getah jap, makan² sket, gi lak kutip getah yg toreh semalam. then bila tghri, siap jual getah kat pekan, singgah solah zuhur jemaah. petang sampai malam byk aktiviti boleh buat. tanam sayur ke.. bela kambing ke.. bela ikan ke..

so actually, jadi penoreh getah nih boleh gi jauh dalam menjana duit poket. namun, kenapa kerja sebagai penoreh getah ini boleh jadi tak popular dn dikategorikan sebagai kerja tak pulang modal? (walaupun getah mahal sekarang)


  • kene kerja extra keras which orang melayu sgt² malas nak buat.(padahal islam suruh kita bekerja with 100% performannce QS 67 : 2)
  • kalau kaya pun, tak kaya sampai tahap boleh beli rumah besau, kereta besau dan tak glamorous.

ok ok. ini yg sebenarnya dilema yg dihadapi. menurut penulis buku Malay dilemma, org melayu sangat² mudah rasa selesa dengan keadaan dirinya. maksudnya, tak nak keluar dari comfort zone. sebagai contoh, kalau menoreh dan boleh makan lauk ikan pari, dah boleh 3G ngan anak dari kebun, kire ok la tuh. tak yah usaha lebih lagi. ada lagi faktor lain, seperti bab monopoli bidang perniagaan oleh bangsa dagang. namun aku rasa itu bukan satu alasan.

actually, islam sudah mem'produce' tokoh² eknomi yang power². mungkin korg dah kenal Uthman bin affan betapa kayanya dia. namun ada sorg lagi tokoh bernama Abdulrahman bin Auf. dia merupakan org muhajirin yg berhijrah ke madinah. as we all know, muhajirin mekah berhijrah dengan sehelai sepinggang (imaginasi bawak peti, beg tarik besar² is out of question). Beliau actually, memecah monopoli perniagaan org yahudi di pasar madinah! dan dia melakukannya from scratch! (more info kat link nih)
 
Sapa kata islam larang kita jadi kaya? apa yg islam larang adalah bila dah kaya, sayang harta dan lupa allah.


biji getah. sila jgn confuse dengan buah getah

orang kata, harga getah yang mahal hanya sekarang, kalau baru sekarang nk start tanam getah, masih tinggi lagikah harga getah 6 tahun kemudian?

Pandangan aku, selagi kereta tak terbang, teknologi vertical take off belum dikomersial kat airlines, selagi itu getah asli diperlukan? mengapa? kereta perlukan tayar utk bergerak. tengok aje, berapa kali pemandu F1 tukar tayar setiap kali racing. sekali tukar bukan sebiji. kapal terbang plak, sekali dia landing, sekali itu dia tukar tayar. hah, A380 pakai brapa biji tayar? so pandangan aku, getah masih ada demand dalam industri for at least 20 years. plus, getah tiruan pun tak leh produce bebyk dah sebab minyak dunia pun nak habis.

Ye, pernah satu tahap di mana, byk penoreh getah bertukar kepada penanaman kelapa sawit yg lebih cepat matang dan pulangan yg lebih mahal. yes, ini satu lagi potential industri. jika masyarakat malaysia dapat mem 'pioneer' green energy dari kelapa sawit, its gonna boom!! sebab sekarang nih, energy company sedang meneroka green energy.

well, cara bagaimana kita nk berbudi pada tanah adalah terpulang pada pemiliknya. so bagi student² yang kaya-kaya atau sedang mengumpul harta via elaun bulanan, bare in mind yang anda perlu beli at least 2 keping tanah. sekeping utk rumah dan sekeping lagi utk perniagaan.



aku bukan nk encourage ramai² jadi penoreh getah walaupun dah ada masters. (still, jadi penoreh better then merompak, menagih dan merempit) just n bagi sedikit eye opener, di mana kerja yg tak seberapa ini juga mendatangkan hasil yg agak lumayan setiap bulanan. kire nak cakap, rezeki itu allah yg beri. tinggal kita je nak usaha camne nak dapat.

so orang muda, mari save duit utk masa depan! hentikan penggunaan duit yg sia² cam beli rokok, rempit sana sini, sms vote² kat tv dan spend berlebihan on hiburan!

wallahualam

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
http://fifapg9.blogspot.com/2009/06/sejarah-getah-di-malaysia.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Getah
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3716

No comments: