Monday, 25 October 2010

Medical : a revisit

Assalamualaikum wbt

hari ini, aku gi hospital. sakit apa? jeng jeng jeng. well, berdasarkan rekod kad aku kat hospital, ternyata aku akan 'melawat' hospital setahun sekali ( sejak fly)

paling last aku visit hospital (or to be precise klinik kerajaan) adalah 2 tahun lepas. tahun lepas tak gi sebab masa tuh dah demam teruk on may and masa bulan ogos ada demam gak. tapi masa tuh sekadar panadol je dan sebagainya.

maka kali ni, aku pergi hospital setelah 2 minggu batuk. itu pun setelah berkeras kepala berkali-kali. huh!

basically aku tak demam just batuk. the thing is, asal masuk waktu malam, aku nyer batuk kronik giler sampai ganggu tidur. abang aku cakap (zaman² dulu) apa² siptom yang sampai mengganggu rehat perlu dapat rawatan.

satu lagi, simptom di mana waktu sinag boleh lincah, malam batuk giler adalah simptom aku zaman² aku di masukkan ke wad sebab radang peparu. heh. aku tak demam. buat apa nk gi amik ubat kalau tak demam kan?

tapi yang bestnyer kali ini, aku diarahkan masuk gas. masuk gas tuh amende?

bagi mereka yg berkawan baik dengan inhaler sejak dari kecil, gerenti kenal term 'masuk gas'. masuk gas ini adalah alat bantuan pernafasan utk mereka yang kene athmatic attack sehingga inhaler diorg takde effect bila amik.

so camne athmatic strike yg dahsyat ini?

  • anda pendek nafas / susah nk bernafas. then batuk tak henti²
  • then anda mula pucat dan start lemah. kalau kuat semangat tak lemah la, tapi pucat
  • tahap critikal, anda mula pening² nk pitam, tak leh diri dah dan bibir mula biru. (tahap ini, anda perlu dikejarkan ke hospital dah)
  • anda mati

aku takde la kene sampai camni sekali. aku dah berjeman tak kene athmatic attack sejak sekolah menengah. athma sket² ada. tapi yg paling syok, tak france, sejuk camne pun tak kene²... hehe.. oh i miss clean green air of besac..

after masuk gas, doc check lagi n bagi ubat cam biasa. pelik gak dier tak bagi ubat batuk. sekadar ubat pil athma dan ubat kahak (first time dapat).

oh ye, bagi mereka yang gi jumpa doc, jangan lupa utk bagitau sehabis²nya setiap simptom yang ada. masa seblom sakit dan semasa. bagitau jugak anda historic kronik illness. kalau ada ubat yg anda allergic, bagitau jugak.

well, ni kalau anda tak pakai personal doktor la. tapi kn even nk pakai personal doc pun, anda kene bagitau semua masa first visit. then after that, its all under record insyaAllah.

klinik kerajaan nih, sesuai utk warga² tidak mampu macam saya. bayar singgit. ubat pun free. what else?

ye betul, ramai orang dan kekadang kene tunggu lama. ke anda tidak sanggup duduk bersama² orang kelas bawahan? astaga.. manusia takde beza di mata Allah, yg beza hny lah takwa.. kalau tunggu lama, bawak je la buku untuk baca, apa payah sangat.

tapi personally, aku tak pernah gi klinik personal (except sekali kat france). mmg aku gi klinik kerajaan punya. sejak azali lagi. kirenyer sampai la nih aku dapat tengok perubahan klinik anika tuh.

aperpun,ubat sekadar alat untuk mengubati. yang betul² kasi sembuh adalah allah. jangan luper baca bismillah and berdoa bila nk makan ubat ^^

wallahualam

No comments: