Tuesday, 7 September 2010

Malaysia : 2 weeks part 3 (end)

Assalamualaikum wbt 

sambung sikit bab kemas bilik.
Curtain ditukar, carpet ditambah. oohh, bilik ku menjadi lebih condusive untuk bekerja di hadapan komputer. hehehe..

but still needs a router.. tak cukup sekadar satu laptop. hehehe..


Friends
selepas seminggu pulang, baru aku ada peluang untuk berjumpa dengan kengkawan sekolah dulu. well, buat masa ini belum ada yang kawen la itu yang pasti.

Ada yang dah grad cam aku, ada yang tukar course, ada yang masih belajar, ada yang dah dapat 20k sebukan dan ada juga yang biodatanya berada di tangan orang² besar ketenteraan.

Aku bersyukur aku dibesarkan dikeliling kawan² yang begitu tabah sekali mengharungi hidup dan cabaran. jahat² juga. tapi bak kata cikgu suhaimi, kami lebih matang berbanding generasi Z kini. hehehe..

Bila aku jumpa diorg, aku yang belajar tinggi² nih agak malu dan segan dengan diorg. Sebab diorg dah bergelumang dengan reality kehidupan dan still fighting berbanding aku yang hidup di dalam keadaan serba ideal selama 4 tahun. ada pros dan cons belajar luar negara ni, but still kalau kita jenis yang takut menghadapi reality, kita boleh katakan seperti burung unta yang menanam kepala dalam tanah; berpendapat diri mereka akan selamat dengan sekadar menghilangkan ketakutan dari pandangan yakni tanah kepala je..

Media and Telecommunication.

oleh sebab aku di sana, sms free unlimited pada semua operator, call sejam free sebulan, 3G unlimited maka kebiasaan itu terbawa² hingga ke Malaysia. Padahnya, rm38 jadi 2inggit tak sampai 3 minggu. so aku nak cakap adalah.... MAHAL GILER benda² tepon kat sini!

kalau bab tv, well aku mula rindukan iklan france yang begitu.. pendek dan spontaneuos. oh oh, but still aku still suka iklan Nippon Paint yang begitu chumel itu!!
Siaran rancangan, bagi pendapat aku ada improvement dari segi penyampaian ilmu. tapi dari segi drama ke cerekarama ke, boleh buat orang konfius tak tentu hala. but still nmpk gak la story line berbanding cerita french yang takde hujung pangkal (except for Bienvenue au ch'tis dan Indigenes )

Penyampaian maklumat? lagi confusing. dan nampak sangat berat sebelah. entah macam mana aku dapat rasakan yang masyarakat diperkotak-katikkan oleh mainstream. cakap pasal isu perkauman, tapi penulisan dan penyampaian sudah nampak perkauman. reti kutuk tapi tiada solution.

Some how, mainstream malaysia involve dalam satu pencaturan yang sangat besar oleh pihak² tertentu. benda nih sejak aku kat france dah sedar. buta-buta je masyarakat diperkudakan. and kalau ikut rentetan beberapa isu besar negara, kebanyakan pieces on the board is heading towards their final manouvre before the killing strike. well ini assumption dari seorang penganggur yang baru balik malaysia 2 minggu. a lot to learn.. a lot to prepare.

Masjid

dalam 3 kali jumaat, yang kali ketiga baru aku solat kat jumaat kat sini. minggu pertama kat KLCC dan minggu dua kat melaka.

yang aku respect, masjid nowadays dah modern. dah ada projector dan flat screen tv. bagus la tuh. kalau kedai mamak boleh provide these accomodation utk orang datang makan kedai diorg, awat kita tak buat gituh kat masjid mari tarik orang datang terutama orang muda²? bab nih aku memang respect. bringing in the technologies for a good cause. something that i'm really proud of. tunggu time je bila imam pkai wireless head piece. hehehe..

tapi satu je yang kurang gemar. bab saff susah sangat nak jaga. payah betol nak bahu-membahu. kalau di france, jari kelingking kaki mesti bertemu dengan jari kelingking makmum kat sebelah. iman plak akan ronda saff tengok rapat ke tak, dan makmum pantang nampak ada ruang pasti diorg menyelit. (nih utk saff lelaki.. utk pompuan aku tak pasti guane)

orang melayu islam malaysia nk jaga sangat personal space kot, takleh ada strangers dekat².. takpon malas nak bersempit² time tahiyat akhir, takut terduduk kaki kawan sebelah (agaknya)

bukan apa, terputus saff, tak dapat pahala berjemaah. saff tak berjaga menandakan, displin takde dan ukhwah antara jemaah pun takde. camne nak bersatu teguh kalau bab nih pun kita payah nak jaga. orang bukan islam yang duk 'awed' ngan displin umat islam time solat; di mana seorang imam boleh memimpin beratus² bahkan beribu orang time solat; yang sudah pastinya ketika itu tiada seorang makmum pun yang akan melebihi perbuatan imam tersebut; menjadi tawar dan tak berminat dengan islam tengok saff tonggang langgang.. 

opp, luper plak. orang bukan islam tak leh masuk masjid ek? so no worries la about saff tak berjaga tuh kan? bab orang islam tak masuk masjid nk solat pun bukan jadi satu isu besar kan?
japp, bab mentol, speaker, cat, tile, carpet tuh camne ek diorang pasang dulu dalam masjid? mantap giler boleh cari semua pembekal tuh melayu islam!


Food for thought : camne orang zaman dulu nk belajar mengenai islam? kalau diorg singgah madinah for sure diorg jumpa rasullullah nk tau pasal islam and  after that masuk islam. diorang selalu jumpa rasullullah kat mana ek? for sure bukan di tengah jalan.. hurm...?


sekian sahaja bebelan aku pasal malaysia. mohon salah silap kalu terkasar bahasa. ^^

wallahualam

No comments: