Sunday, 5 September 2010

Malaysia : 2 weeks part 2

Assalamualaikum wbt

Kampung

Part nih tak berapa best sebab, kebanyak tanah² kat kampung ni dah diteroka buat perumahan. So ada panas sikit kampung aku jadinya.  Tapi still, nostalgia kat kampung ni mmg aku tak leh lupa. Dari tercebor dalam parit sampai la main pasir kat bawah rumah.

Oh ye, masa aku balik dari solat jumaat minggu kedua, aku lalu la jalan yg sunyi sket n mengendap ikan² kat parit. Alhamdulillah air jernih lagi tapi cetek sket. Ikan betok (puyu kalau bahasa biasa) byk dan besau-besau. Then ada lak haruan besar lengan. Geram aku. Mana tak nya, tahun² aku balik biasanya air keruh sikit n sikit tercemar. Ikan banyak lari. But this year, the temptation is there. Sabar je aku


Oh oh, kampong gak menjadi pusat pengumpulan bahan² bacaan lelama. So aku terserempak la ngan bahan bacaan utk kitrg adik beradik dulu. Dah kuning² seh kertas dier.. aku tak ingat yang aku baca semua nih, tapi aku tau it was there in my disposition. Cerita² kesultanan melayu Melaka la... sejarah Nabi Muhammad saw.. apa lagi..?


Sekolah!!!

Hahaha!! For sure korg kata aku nih jenis taksub dengan sekolah sendiri. Hehe.. bukan apa, aku masih lagi terhutang budi dengan cikgu² yg mengajar aku kat la salle. Tanpa diorang siapa la aku...

So bila aku sampai sekolah tuh, mmg pot pet pot pet la aku ngan cikgu² yg biasa aku pot pet tetiap tahun aku balik; cikgu suhaimi (addmath) cikgu norapiza (sejarah) cikgu aatrah (fizik), pn nizam (seni), cikgu thilaga (kelas teacher). Dekat tiga jam aku duk dalam bilik guru tuh mengupdatekan diri aku kat diorg. Jumpa gak cikgu² yg lain, tapi biasanya takde la borak panjang. Cikgu² sekolah sebelah ada gak mengajar aku sket(geo/math). Tapi tak sempat jumpa diorg. Nk kene datang umah diorg bila nk updatean diri. ^^

Oh oh, oleh sebab aku duk situ sampai sesi petang dapat juga aku borak ngan cikgu zamrus, yg mengajar aku sejak dejah 3.(fuwaahhh!!) time dejah 6, sambung belajar, n kembali ke la salle tahun 2003. hehe..  ngan uztazah suhibah aku tak sempat borak sebab dier kelas. Ngan cikgu fizma (KH/akaun) pun sama, tapi terjumpa kat bazaar. Beborak aku ngan dier selama beberapa minit kat situ then dier blanja aku air asam boi. Aku terima je sebab kan kakitangan gomen dapat duit rraya 500inggit. Hehehe...

Sekolah aku tuh tak banyak berubah, dari kenakalan bebudak² nyer sampai la suasana ’boy skool’ tuh. Oh ye, sekolah aku tuh baru dapat pengetua baru. Baru beberapa minggu. Aku doakan yg beliau dapat membawa la salle to greater heights, insyaAllah despite the skoll memang teruk sejak zaman super senior aku lagi. Kalau nk diikutkan hati, nk je aku ngajar kat la salle tuh, jadi tutor for any subjects..



Shopping

31 ogos aku ke tesco mencari bekas² dan plastik drawer bertingkat untuk menampung barang² aku from france. Yup, aku hantar end of jun dan alhamdulillah, sampai tak lama lepas aku sampai msia.

Seperti aku tulis utk post merdeka itu hari, di malaysia, shopping places tak cuti. So places like tesco ini peeennnuuuhhhhh dengan manusia!! Trolley pun habis. The thing is, i felt tempat nih cam... chaotic... ramai sangat orang kot. Or it just me yang setelah sekian lama tidak berada di suatu tempat yg begitu concentrated dengan orang malaysia.
Then for certain cases, tagging prize salah la.. haih.. ni la susah bila dah duduk kat negara orang yg begitu ideal dan condusive sekali suasananya.
N aku baru tahu yang malaysia begitu berminat sekali dengan jualan lambak. Ada satu part kat bahagian fresh, daging ka, udang ka, ayam ka.. di lambak gituh juga utk dipilih cam pilih kain baju..

Malaysian also suka pakai trolley, walaupun barang yg dibeli takde la banyak sangat. Aku rasa tempat² camni perlu ada at least bakul yg boleh tarik tuh. Takde la pengguna menhadapi masalah lalu lintas dalam bangunan!!


Kemas bilik

Di kala ini aku sedang mengubah 80% bilik aku yang aku tinggalkan 4 tahun dahulu. Barang yang aku buang adalah sebanyak 2 kereta bersaiz sedan. Entah apa benda yang aku simpan dulu². Last² ke tong sampah gak.

Aku rasa penting gak dalam pada sedang mengadaptasi keadaan, kita bawa sekali perangai dan pemikiran yg baik yg kita dapat di perantauan. Benda lama dan keruh perlu dibuang. Benda baru dan jernih perlu dibawa masuk so that takde la kita nih tetiba kembali menjadi seseorang yg kita tak mahu jadi dulu.

Hampir kesemua kedudukan perabot di ubah sejak 2005 punya kedudukan. Hurm.. baru rasa luas sikit. Hehehe..

bilikku yg diubah..

Taken dari arah katil

masih mengekalkan kehidupan 'tanpa katil'. actually sejak pindah sini. terbawak² sampai france hingga la nih


Oh oh.. be warn utk anda yg juga mengemas bilik anda. Anda mungkin terjumpa benda² memori lama yg menyebabkan anda tenggelam dalam memori; gelak besar atau termenung jauh (depends pada jenis memori la).

Aku terbuka satu treasure box aku nih.. termenung aku.. huhu.. memori oh memori...


bersambung

wallahualam

No comments: