Friday, 3 September 2010

Malaysia : 2 weeks part 1

Assalamualaikum wbt
 

Sedar tak sedar aku dah 2 minggu pulang ke Malaysia. Jika tahun tahun sebelum nih balik time summer utk bercuti tapi tahun nih adalah BFG (Balik for Good).

Pengalaman seminggu kat Tanah tumpah kuah.. eh darah terchenta ini lain dari yang lain. So bagi mengelakkan aku tulis berjela-jela, kali ini aku categorizekan ke beberapa topik la. Bebrapa pengalaman tuh cam setiap tahun berulang. Tapi setelah aku duk malaysia dalam sebulan gituh. Namun kali ini, seminggu je aku dah merasa. Hehehe...

Penting dapat membiasakan diri dengna cepat, sebab aku telah menjadi org yg bermastautin di sini. Bukan lagi malaysia.


Drive like a malaysian

Benda nih yang terpacul dari mulut aku ketika aku mengomel pasal malaysia. Ahahaha!! Tahun ini rezeki aku mendapat kereta pinjam dari hari pertama aku sampai lagi. Kalau tahun dulu, public transpot je memanjang. Nk pkai keta terpaksa ikut turn dan sebagainya.
So the first jumaat tuh aku dah start driving ( sebab hari kamis aku tidur tak menyedorkan diri sampai pkul 4 ptg dari pagi kat umah kak long aku)

So dari jumaat itu aku dah merasakan ’betapa tak bestnyer’ drive kat msia. Tak kira warna kulit. Semua buat benda yang sama. I think Malaysian could unite by food n driving style. Yeah!! One Malaysia!!

People cut queue’s, langgar lampu merah, suddenly change lane, take the exit from the farthest lane, no signal dan jammed giler time peak hour. Kalau stuck tuh dalam jammed, aku mmg melalak-lalak nyanyi lagu maher zain sorg² dalam keta. Come to think of it, I’m adapting. And fast. In just 3 days. (hehe.. part langgar merah tuh coz aku tak perasan ada traffic light.. but still aku kasi signal n tak cut queues..; hehe)

The thing is; masa ari jumaat tuh jugak aku top up touch n go ( for convienient kat tol ) dalam 100. 2 minggu kemudian di sebuah tol, baru aku perasan, tinggal 30 jerr???



kalau sebuat pasal minyak, aku main isi je.. ada gak la aku agak² dah brapa aku habis. cam mak aku cakap, kat malaysia nih asal bergerak je nk kemana mana perlu pakai duit. cant stay jobless for too long..

Public transport

Ada satu minggu tu nih , aku merasa sekali je naik setelah aku tak tahan nak membayar tol dan minyak.

I give Malaysia a hand of applause la sebab dah centralize kat pembayaran tiket rapid KL, n pengguna touch n go mmg akan sentiasa tersenyum la sebab tak yah beratur nk beli tiket.
Plus-plus, ada koc wanita sahaja for komuter. Still mmg akan sardine jugak time peak hour. But hey, memana city yg busy pun cam tuh. So redha je la biler naik tuh.


Food

Honestly tahun nih tak rasa cam‘food hunting’ (I’ll-track-till-I’ve-eaten-you). Btull…. Kali nih balik cam rasa, kalau tak dapat makan sekarang tak per, lain kali ada lagi.  Percaya atau tidak yang aku belum pergi lagi kedai mamak utk cari roti canai dan the tarik? But yang pelik, aku tetiba nk makan pengat pisang. Itu sekali je aku ngidam.

Tapi sekali tuh masa buka ngan family kat satu buffet nih, aku tak full gear menedas dan menebas food supply buffet. Hehe. Aku makan aper je arituh.. kuey teow grg ngan apa tah. Tapi aku tau tak  byk la. Tapi aku terkejut juga how Malaysian eat nowadays... menakutkan

Aku ada pergi Uptown shah alam cari kasut setelah aku shoeless selama seminggu lebih akibat kasut dicuri. Uptown nih bukak malam je. masa aku nk balik ada la dalam pkul 1 pagi. tapi orang still ramai cam semut, makan² borak²... oh di mana kah life yg pkul 10 mlm dah boleh baring atas jalan raya?


Kire malaysian's akan makan tak kire waktu. anda boleh cari nasi lemak ketika tengah malam. haih...

Bazaar ramadhan

Ada satu benda yang aku respek masa time aku gi bazaar ramadhan. Setelah sekian lama kat malaysian. I feel their hardwork and jerih semata-mata utk survive dunia yg sementara ini. Abg aku pernah cakap, kalau nk bukak biznes, buat benda yg org selalu nak yakni benda makan, kedai tayar/repair keta, dan kedai handphone.

So ada sekali tuh dikala aku blank² tak tau nk beli apa utk buka, aku tgk la satu-satu muka peniaga. Muda-muda.. gua tabik sama lu orang coz korg lebih gigih dan berusaha dari gua yg blaja jejauh yg balik nih lom tentu dapat keje.

Mungkin kita pembeli nih tak kisah sgt kot pasal benda nih, sbb perut sudah lapar mahukan makanan. Asal berduit, jadi lah kan? Benda lain belakang kire, asal perut kenyang sudah... haish... naseb baik bazaar tak besar, kalau tak for sure aku pulang ngan tak beli apa-apa..


Services

Kalau benda-benda rasmi, jenis yg tak borak lama, aku rasa cepat. masa aku repot in kat klcc ari jumaat sehari lepas aku balik, punya la lama aku just nk drop borang repot tuh je. Dekat sejam aku nk jumpa pegawai tuh.

Then masa aku bukak bank hari lamis mingggu lepas, laju gak la service dier berbanding ngan kat europe. Tapi yg aku pelik tuh, aku balik sekadar bawak kad atm aku, ngan sehelai kertas bersign je. Kalau kat france, satu fail kontrak dier bagi. Mudah nyer bukak akaun bank kat msia nih..

Actually aku tak paham sangat benda² yg bank tuh offer (setelah aku korek² from the net la). Masa aku bukak tuh, aku cam tak dapat tny byk soalan pun. Kesian mamat kaunter tuh, terpaksa handle byk client, semata-mata dier adalah ‘kaunter pelbagai’

Oh ye, aku tabik sama itu abang yang jaga kaunter tuh. Muka cam melayu, cakap melayu pun tak pelat. Tapi boleh berbahasa cina dengan baik. (atau dier cam kes kawan aku yg cindian.. wallahualam) Hmm.. kebanyakan kengkawan aku yg amik degree berkaitan dengan duit/bisnez/ akaun mmg ada amik bahasa cina kat uni. Berguna pakai bahasa yang diorg amik

Sekali lagi, wa tabik sama lu orang!!!

Bersambung..

wallahualam

No comments: