Thursday, 30 September 2010

Job : Frontline

Assalamualaikum wbt

memang kena berhati cekal org yg duduk barisan depan ini. tak kisah la dalam apa jua kategori pekerjaan sekali pun. anda jenis lemah semangat? tak dengar cakap? buat pe'el sendiri?

sila jangan duduk barisan depan.

esok, insyaAllah genap dua minggu aku bekerja di sebuah kedai donut popular di malaysia yang khabarnya ketika pembukaannya dahulu, orang ramai beratur panjang.

kerja aku adalah frontline : serve, cashier, clean, stock-counting, buat air.. kalau ada masa lebih buat topping.




memang ironic, seorang pelajar degree luar negara sekarang ini sedang bekerja di kedai ini yang rata² pekerja utamanya adalah Pendatang Asing Dengan Izin (padi). ye, ini adalah pengalaman kerja aku yang pertama. pada mulanya aku nak bekerja kat kedai buku, dan aku apply kat kedai ini sekadar secondary. allah sebaik² perancang, Dia bagi aku kerja kat sini. dan aku yakin mesti ada sebab.

Peluang bekerja di sektor penyokong ( kedai makan, kedai barangan, kilang etc ), memberi satu pengalaman yang menarik dan berharga bagi sesiapa yang ingin mengalami sendiri 'frontline' berhadapan dengan masyarakat sebenar. kadang-kala kita pelajar luar negara mahupun pelajar yg pandai ini hidupnya sudah (berani saya katakan) exclusif. mereka tidak merasai pahit jerih dan berhadapan dengan pemikiran mereka.

sektor penyokong biasanya diisi oleh lulusan pmr, spm dan kadang kala diploma dan suasana bekerja dengan mereka memang sangat² berlainan terutamanya dari segi pemikiran dan kemahuan. Pengalaman bekerja kat kedai ini merupakan satu contoh yang tedekat yang boleh aku bagi. mungkin orang lain ada pendapat yang tersendiri.



mereka seperti bersifat, cukuplah dengan gaji yang ada. dapat topup handphone, wayang, minyak motor etc etc.. bukan semua yang saya katakan bersifat sebegitu. malang majoriti yang bersifat sepert ini adalah orang melayu. genarasi kini sudah terkena penyakit malas bekerja keras, lebihkan hiburan dan tiada wawasan yang sememangnya melarat. ini hasil dari perang pemikiran dan penjajahan minda musuh² islam

baru² ini, kecoh dengan kes buang bayi. macam² la perbincangan yang membazir air liur dibuat dan juga cadangan² yang datang dari meeting² yang membazir kertas, masa serta tenaga mak cik yg buat air. padahal kes ini, seingat aku; sudah muncul sejak tahun 90an lagi! aku dah tua ganyut pun, benda ini dibuat² cam kes baru.

aku tak tau nak bagi peribahasa apa; kalau jumpa sila kongsi; situasi di mana kita ada masalah dan sedang cuba nk selesaikan masalah tuh, but in the mean time punca masalah tuh sentiasa kita buat dan biarkan.

now itu situasi masyarakat kini yang sentiasa anda baca di akhbar mahupun di internet. (belum lagi kes laki jadi perempuan dan perempuan jadi laki).

ye, kerja frontline membolehkan anda berhadapan dengan masyarakat sebegini yang anda mual pabila melihat dan pening bila befikir mengenainya. ye, siapa nk pening kan kepala kat benda yang tak bawa apa² benefit kan? asal AKU, tak jadi cam diorang sudah la kan? ---- welcome to the century of self.

ini belum masuk kesan kedatangan padi yang juga memenuhi sektor² ini yang secara tidak langsung memberi kesan kepada generasi² yg aku katakan tadi. ini adalah satu benda yang baru yang masih belum ada kajian. bagi generasi baru pula, bukan senang nak dapat teman 'oversea' kan? maka dengan hasil kecetekan ilmu agama dan penyampaian secara kering di sekolah²; berlaku juga masalah sosial.


satu benda yang generasi tersebut dan jua padi ini berkongsi sifat; kesanggupan bekerja 9 jam sehari walaupun bayarannya tidaklah seberapa. sememangnya luar biasa. Gaya hidup yang trendy perlu diikuti, kalau tak orang akan kata ketinggalan. cara hidup sebegini menyebabkan mereka menerima sahaja. ini adalah hasil dari seorang tokoh dalam bidang PR dalam memanipulasi propaganda sewaktu keamanan. ( Boleh cari documentary kat youtube - The Century of  Self.

yup, mamat tuh berjaya menyampaikan ilmu bagaimana meyakinkan orang utk beli barangan bukan keperluan. tgk je sekarang, handphones (iphone la.. ipad la..).. cameras.. etc etc.. yup! kuasa trendy sungguh menguntungkan market kan?

ada banyak lagi aku nk kongsi pasal aku berhadapan dengan masyarakat. tapi biarlah aku tulis sekadar ini sahaja. tak boleh biasakan diri sebegini. boleh menjadi tidak proaktif jika berterusan.

p/s : dah 3 minggu aku tak jalankan project story telling aku. harap sabar ye? kire penulis sedang hiatus =p

wallahualam

2 comments:

masruddin said...

salam.

wah bestnye adam keje kat kedai donut!!! balik mesti selalu bawak kan hehe. nk donut.

you know what, after SPM i worked at kfc just like now you are (cashier, hidang makanan, kira² of course at the frontline). it's a great experience, and you should realize that life is not as easy as some people think. (baru la sedar mmg susah sebenarnya bekerja bg sesetengah org). ok la tu adam, yg penting halal n x kisah la org nk cakap apa hehe..btw all the best k!

Simon Malik said...

wasalam

tak bleh bawak balik, tapi boleh masuk perut. hehehe.. mas kene balik msia dalam waktu terdekat la kalau nk donut ^^

thx mas!

all the best kat mas gak ^^ !