Wednesday, 8 September 2010

The Baju Melayu Story

Assalamualaikum wbt

Sapa tau asal usul / sejarah baju melayu, angkat tangan?!!!

ok kalau tahu, boleh skip post nih. hehehe..

Baju melayu memang sangat sinonim dengan masyarakat melayu di nusantara. kalau tak kene gaya, dari umur 1 tahun dah berbaju melayu ketika hari raya.

seperti aku yang sudah dekat 22 tahun menyarung baju melayu, baru sekarang nih tahu serba sedikit sejarah baju melayu. so utk post kali ini, aku nk kongsi sikit pendapat la pasal baju melayu ni hasil daripada sedikit sebanyak pembacaan.

sebagaimana yang kita tahu, zaman sekarang nih kita hanya menyarung baju melayu time hari raya, raya korban, akad nikah, solat jumaat/solat kat masjid, n pakaian rasmi kat sekolah utk hari jumaat utk kes-kes terpencil.

Ye, baju melayu tidak lagi digunakan utk seharian sebagaimana orang zaman dulu. kalau nk diikutkan, org² kebiasaan zaman dulu bajunya lebih singkat dan sendat. ala² pakaian silat gituh. namun, fesyen yang kita dapat sekarang adalah hasil idea seorang bangsawan ketika abad ke 15.

Melaka, sebagaimana mana yg kita tahu adalah pelabuhan entrepot utama asia tenggara suatu ketika dulu. so banyak lah kapal² mari singgah kat melaka utk trading business. tapi apa yang kita terlepas pandang adalah, Melaka sebenarnya  termasuk sebagai wilayah islam turki uthmaniyah di mana wilayah islam di bawah khalifah adalah borderless terhadap bangsa dan warna kulit; kerana org² mukmin itu adalah bersaudara.

Sebagai islamic centre di asia tenggara, banyak la kapal² yang datang dari eropah, tanah arab mari singgah utk sebar/belajar islam serta berniaga. keluar masuk mereka ke/dari melaka dengan memakai pakaian tradisi diorang mengilhamkan bangasawan tersebut utk memperbaiki baju rakyat ketika itu, dan wujudlah baju melayu yang macam sekarang nih
  • pemakaian yang labuh di ambil dari org² arab yang memakai jubah (jubah kan labuh?)
  • seluar ditiru gaya dari orang mongol dan turki
ada bagusnyer perubahan yang dilakukan oleh beliau terhadap baju melayu sebelum ini. bab bab labuh memudahkan kita time solat yg byk melakukan pergerakan cam rukuk dan sujud. aku bukan kata wajib pakai baju melayu time solat, tak, tapi kalau pakai tshirt ka jean ka, harap tak ternaik la baju kita time rukuk/sujud dan mendedahkan aurat belakang. so pick our clothes wisely aite?

naseb baik la baju melayu nih tak dihapuskan oleh penjajah cam dia hapuskan istana, buku², pasentren dan sebagainya. aku caya diorg datang jajah bukan nk pecah monopoli rempah. diorg datang nk pecah penguasaan islam kat asia tenggara; kenapa aku pikir camtuh?

  • kalau tak kenapa mesti ada 'Gospel'' pada awal moto 3G diorg? 
  • awat pakai bendera salib? pakai la bendara gambar rempah kalau datang nk meniaga pecah monopoli
  • awat singgah Goa dulu bunuh jemaah haji?
sekarang nih diorg duk mai diam² dalam tv and media guna psyko war plak... haish.. awat la melayu nih cepat sangat tidur mati dibuai mimpi?

ada dua jenis baju melayu yg aku tahu, Cekak Musang ( yg pakai butang sampai 5 ), dan Teluk Belanga ( Kancing sebutir ). namun fesyen kini cam dah meng'hybrid'kan kemeja dan baju melayu. for some reason nama smart dan takde la nampak cam melaram kalau jalan kat bandar. but still, kalau pakai baju melayu gi shopping kat tesco ka, jalan KL ka, mmg gua respek.

Aku pun tak paham kenapa, kita cam malu nk pakai baju melayu sesaja. padahal, org eropah dan barat sure bersinar² mata diorg tgk baju melayu. perasan tak baju melayu nih smart yet sooo simple? kalau ada kain songket lagi melompat² diorg tengok kesenian dan ketelitian budaya kita.

actually ada falsafah disebalik baju melayu yang kita pakai itu. dari pembacaan aku, ada yang berpendapat yang 5 butang melambangkan Rukun Islam. wallahualam. mungkin benar mungkin tidak. tapi apa yang aku pasti, falsafah melayu bukan bertulis, tapi dari seni. org yg detail matanya insyaAllah nampak.

sebelum aku akhir bahagian serius aku pasal baju melayu nih, nak aku cakapkan adalah actually melayu nih takde apa² sebelum kedatangan islam. dari cara pakaian, pemikiran, bahasa, populariti, etc etc kalau bab baju dulu, lelaki hny pkai sarung, dan pompuan hanya berkemban!

haih.. melayu memang mudah lupa siapa yang patut dier berterima kasih.


RAYA TEASER


aku nk cerita sikit pasal baju melayu yg aku ada.


  • yg kanan sekali (hijau) tuh aku beli rasanya tahun 2002/2003. setia sehingga sekarang dipakai time solat jumaat.
  • Yg tgh, warna kelabu air tuh dari abang aku. seingat aku dia pakai time dia graduate form 5 kat mrsm. beza umur aku ngan dia adalah 8 tahun. dan diberikan pada aku masa aku form 5 gak. di pakai sehingga sekarang dan pernah berada di france selama 3 tahun sebagai baju raya di perantauan. kire umur baju tuh at least 13 tahun
  • ada warna hitam, tgh basuh. pemberian ayah. dia pernah pakai masa aku dejah satu. so at least umur baju tuh 15 tahun. jarang di pakai sebab gelap.
  • kiri sekali, yang paling baru, baru beli tahun ini. insyaAllah akan di pakai for another 10 years. hehehe..


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN~~!!!


wallahualam


link yg dibaca :

No comments: