Friday, 13 August 2010

Ramadhan 2010

Assalamualaikum wbt


Terlebih dahulu, aku rasa masih belum terlewat utk aku mengucapkan selamat berpuasa untuk semua umat islam.

Pantas masa berlalu sudah kita bertemu dengan Ramadhan buat sekelian kalinya, bulan yang penuh dengan keberkatan , bulan yang penuh dengan pengampunan. Ramadhan tahun ini juga menanda sudah hampir tamat masaku di France. genap seminggu berpuasa, insyaAllah aku akan pulang.

secara jujurnya, aku benar-benar bersyukur dapat bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadhan. Aku cam rindu je nak tempuh ramadhan. ye la kan, bende yang setahun sekali. ye aku tahu yang raya juga setahun sekali, tapi aku sure ramai yang bersetuju dengan aku jika aku katakan yang Ramadhan ada this undescrible special feeling.

oh ye, sebagaimana yang korg tahu, bulan ramadhan juga ada Lailatulqadr, malam yang yang diberikan ganjaran bersamaan seribu bulan. (nak tau pasal benda nih google sendiri la ek? hehe..)

by the way, actually kita puasa nih sebab ustaz/ustazah suruh kita puasa sebab termaktub dalam rukun islam yg 5? atau actually ada arahan direct dari alquran? korang rasa..?

ok, ok, cuba selak surah albaqarah dari ayat 180-190, baca satu-satu bersama dengan translationnyer sekali.

insyaAllah korang jumpa kan? so sememangnya ayat yang suruh kita puasa itu adalah arahan dari Allah dan wajib kita tunaikan. kalau korang perasaan ayat yang terkandung arahan puasa, allah guna 'ku-ti-ba' kan, dimana ditafsirkan as 'diwajibkan' kan?

ok, cuba tgk balik ayat² lain dalam range yang aku bagi tadi, ada tak arahan lain? insyaAllah korang akan jumpa yang lain cam hormati ibu bapa etc..


Food for thought : Puasa termaktub dalam rukun islam yang lima, yang juga arahannya datang dari quran dan insyaAllah tertegaklah 5-5 tiang tuh akan kita sempurnakan semua. Namun ada juga arahan² lain throughout alquran cam korg jumpa tadi. tapi kita sungguh² tak laksanakan?


puasa insyaAllah menjadikan kita orang yang bertakwa. but then aku tgk time puasa, masayarakat makan sebnyk mungkin cam ala-ala 'balas dendam' tak makan sehari. bukan salah kita test makanan best, tapi jangan la sampai membazir. kalau korg perasan segelas air suam ngan 3 biji kurma korg dah (insyaAllah) dah rasa kenyang jap. so boleh la gi solat maghrib dulu. then baru sambung makan yang heavy.

Manisan warga turki. manisnya sehingga menarik perhatian lebah. (bukan expression tapi fakta)


Semalam demam n sakit belakang, buka ns goreng je. arini ada tenaga sikit alhamdulillah
gi beli ayam bayar. makan ngan ns panas n salad segar. (2 person)



bila dah tak habis, kan dah membazir. membazir itu perbuatan setan. plus bila dah kenyang sangat, dah susah nak gerak. camne nak beribadat sepower-powernyer? setahun sekali je ramadhan nih


jap, bukan setan kene ikat ke time bulan puasa?


food for thought : cuba check translation surah annas. kat hujung tuh kat sebut 'dari kalangan jin dan manusia.' sooo... mahukah anda menjadi setan? (gulp) :: more info kat link nih


insyaAllah kita profit ramadhan tahun nih habis-habisan. taddarus al quran, solat sunat, sedekah, tolong org, bagi makan kat orang, etc jadi ramadhan tahun nih lebih best dari tahun lepas. belum tentu kita ketemuinya lagi tahun depan.

nak kongsi sebuah hadis :

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:

Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah.

Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.

Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya.

Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)



wallahualam

No comments: