Thursday, 26 August 2010

Puisi : Cermin

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt

--------------------

CERMIN

Siapakah wajah yang dilihat?
Dibalik cermin itu

Adakah wajahmu yang runsing
Kerna lapar perutmu?
Kerna beban di bahumu?
Kerna wang dunia?

Atau warna-warna wajah
Yang tidak dikenali
menghulur tangan dipimpin
oleh guru kasih

Apalah cermin tanpa kaca
Apalah kaca tanpa pasir
Apalah diri tanpa insan
asal dari air terusir

Bayang-bayang sudah pasti menipu
Tampak ego menyombong diri
Walhal nurani setia menanti

Wajah berkepntingan hanya mengkaburkan
Warna-warna wajah realiti
dibalik cermin itu

KTM Serdang-Klang 558pm

No comments: