Wednesday, 28 July 2010

The Email

Assalamualaikum wbt

after i received the call. i sent an email to my brother seeking advices, wisdom n of course help.

well, i received this :

-i took out certain unnecessary phrase. other than that, its original-

----------------------

Keje gomen (government) nih basic gaji tak seberapa....orait la gak sebenarnya, tapi tak der la mewah, melainkan kau jadik doktor/cikgu kat pendalaman atau pun pegawai hutan.... sbb semua ditanggung beres....

Bila yg tak ditanggung beres tuh yg jadik hampes tuh.....
Kereje gomen best sbb ada pencen, nak buat loan senang, dan beli rumah gov servant nih interest 4% jer....
Kalau terror sikit boleh sit exam, naik pangkat cepat....

Semua undergraduate yg nak keje gomen akan start di 41 ....DG41 utk cikgu, Q41 utk pegawai sains dan segalanya 41.
Then baru la dia jadik 44 ke 45 ke 48 ke.... sehingga pangkat besar sket macam JUSA C, JUSA B (daddy gaji pencen jusa B rasanya) dan JUSA A.....

Bila dah berJUSA-JUSA macam2 elaun dapat, elaun org gaji la, elaun kereta la, elaun cuti la....
Tapi tuh la, nak masuk gomen ...kalau org2 kat dlm gomen tak der yg nak reti tarik2 kita masuk, kirim salam nak rasa duit pencen.

Again, the ugly truth prevales....kita la start cucuk2 org2 mintak tarik masuk gomen....tak caya?Takat panggil exam, semua org boleh pergi exam...nak dpt offer masuk gomen tuh yg payah sikit tuh....

Look at this as positive as you can be...... ***** lepaskan kau dgn percuma, tiada caj disconnection fee mahupun pampasan sbb kita beli kompter guna duit dia....****** just tak nak bagi kau keje ajer....lain semua dia lepaskan ..... orait tuh.....daripada kena kejar mintak bayar, nama masuk paper dan sehingga blacklist kalau masuk mesia tak boleh pergi overseas balik!

Oh yer....this sounds a bit 'keduniaan'...tapi mmg keje nih utk cari duit. Berniaga ke, makan gaji ke, ...semua nak duit.
Nak duit pulak, tak nak keje susah2, tak nak keje ada on-call, pergi site tengah2 mlm, jadik kuli batak ikut telunjuk boss.
Tak ada keje yg senang....melainkan kalau ada duit yg terlampau banyak sampai kesat bontot pun pakai duit RM100.

Ini baru celita kelija Bro...
Nanti masuk cerita nak beli kereta, ....buat loan kereta
Masuk cerita nak beli rumah .... buat loan rumah
Teringin la pulak nak beli perabot....buat loan credit card IKEA alliance bank...
Bini pulak beranak nak kat non-gov spital.....kerat perut pulak tuh....ada la kena buat loan kat adik beradik
...eh ...mana pulak cerita la kawin nih.....ha...loan lagi tu......

Belum masuk cerita bayar post-paid phone, astro, api , air, sewa rumah, nursery, minyak keta, pampers, susu budak....
Ops... broadband, tol, parking and bagi duit kat bini tak masuk lagi...:P
Tuh belum study loan PTPTN ke, MARA ke, potongan gaji sbb ada ASB loan ker........

Aahahahhahahhahhahahah!!!!!

I say take your own sweet time after your studies.
You deserve a long, well-deserve break.
Your time for the above will come.....
Dalam time break tuh, percayalah, ...kalau ada plans for A B C, mesti Allah bukak jalan punyer.


Here's a few things that may be useful before kau balik mesia....

1) Have a substantial amount of money (RM 300) to open Maybank account/CIMB or any bank of choice.
Penting beb....dua dua account lagi bagus, sbb kalau keje, bank2 nih popular.

2) Register yourself dgn Jobstreet ke, JobsMalaysia ker....apa jugak benda yg pasal cari2 keje nih, kau register ajer. Ada jugak Tenaga Buruh Negara nih ada program2 'enrichment'...they even pay for you to attend..RM 500 per month, belajar new stuff macam Windows Server...check it out mate.

3) Have a look at banks websites, bhg career.... diorang lazimnya bukak position 'management trainee' ...agak popular jugak utk semua org yg ada generic degree....apply as you please

5) If teaching is your passion, might as well pay a visit to La Salle....mana tahu kut ada kekosongan cikgu sandaran. But mind you that to apply, ada certain proceadures tak silap...kena pergi pejabat pendidikan daerah la....itu kena sendiri tanya kat La Salle....jgn harapkan Mak sangat sbb dia pun tak amik tahu sangat. Start here, then you can perhaps go futher...

6) If doing Masters/PhD/Post Grad studies is the way to go, start scouting around Malaysia or even other places. Get to know about their next intake. UiTM/UTM ada intake November/December.....


Any better things to do ?

Ok, take care Bro..

-----------------------------------

really, when i read this. i just realise somthing. starting ogos, tiada sapa yg kasi ko duit utk makan. its true, rezeki itu datang dari allah; tapi takkan nak tadah tangan tunggu duit jatuh dari langit. itu pemikiran tidak realistik.


mmg betul, it may sound duniawi. but my brother do have a point.

i need to secure a job to live on my own



well u see, its already good enough that i didnt pay for the rent and belanja rumah coz it was supported from mom. takkan nk minta dier tolong isikan minyak keta, bayar topup, toll, parking dan komuter?? dah lebih kuah dari sudu dah tuh. alang sbelum nih pun maintance keta kancil yg aku bwk gi memana tuh mak gak yg bayo... adeyyyhhh...


see, the challenge is, my dad once said that dia takkan tanggung anak² dia la bila dier dah berumur 18. or to be precise, after spm. masa sebelum fly, i drained savings to actually live through januari-may 06. yup, tenet, tepon, topup, toll, komuter, minyak keta, are on me. yeah people, its easy to assume, bapak yg kaya akan menanggung anaknyer sampai mati which not in my case. My parents kinda gave us a lesson 'the hard way to live'; they didnt wan us to be spoiled brats; 'minta je dapat'

which; sadly enough; dissapeared (somehow) inside me a couple of years ago thx to the steady income along the years.. not dat i'm kufur nikmat or anything. it's just, the feeling of, 'bila aku nk, aku dapat, sebab aku mampu beli/bayar'...


guess i have to do a lot of 'diciplinary catch-up' to do before heading back. n of course to face the fact that, i'm no longer a student (yg sblom nih makan tanggung berak cangkung tidur berdengung) but now i'm an unemployeed who need to survive with whats left of me till i get a steady job.


wallahualam

p/s : guess i'm a little bit emo on this post...

The Call

Assalamualaikum wbt


beberapa hari lepas, aku ada menerima satu panggilan dari student advisor aku.

well pembualan berbunyi ginih,

-amaran : ia telah diubahsuai mengikut kesesuaian penyampaian-

----------------------------------------------

salam, ini encik X bercakap. ini Simon Malik ye?

wasalam wbt ! oh encik X!! per kabar?

(dan perbualan biasa, tiada apa yg menarik ^^ )

(n yg seterusnya aku tak brapa hengat, tapi bunyi nyer lebih kurang)

ginih simon. actually saya ada push office kat KL bout your situation. andd they said your status is KIV. but there is something else.

ok.. apa bendenya?

saya tengok jugak statistik tahun ini. it looks like the company has less job position than people who applied. so kiranya, student yang dapat pergi interview tahun ini pun, tak semestinya ada future with us.

so macam kes awak yang kiv ini, macam saya cakap dengan kawan awak gak, better have another plan la

ok.. so all protokol yang kene bayar balik atau tak tu kat malaysia baru bincang ke encik X?

a'ah. officer at KL will handle you. Kalau simon nak the releasse letter cepat, boleh email them now n nnti bila balik malaysia dah dapat dah.

boleh saya dapatkan email orang yang berkenaan tuh nnti?

boleh boleh. Simon jangan risau ye? mungkin rezeki Simon kat tempat lain. i'll give u a support letter for u when applying jobs. if u need any support, dont hesitate to call me ok?

baik.. thx alot encik X.

-----------------------------


just like he said. maybe my rezeki is somewhere else.

for some reason, when i hang-up the phone, aku jerit

YYyyyeeeeeeEEEessSSSS!!!!!!!


n today baru aku tau what is the meaning of



JOBLESS


pray dat i've still have my head centered.


wallahualam

Monday, 19 July 2010

The Dream

Assalamualaikum wbt


kadang-kala aku terfikir, apakah aku nih mmg nak jadi sorg geologist. seingat aku, sepanjang aku hingusan berlari-lari keliling mak aku, tak pernah pun terfikir akan mengetuk batu, camping berminggu-minggu serta study hingga otak lesu.

kadang-kala aku terfikir juga, aku belajar utk satu hari nnti insyaAllah bekerja (yakni dapat gaji dan dapat makan). tapi bila dah keje, aku juga akan bayar hutang perbelanjaan aku ketika belajar.
hurm, pernah tak korg terfikir? 'kita nih cam belajar teruk² utk dapat wang utk kesenangan. bila dah senang , akan continue kerja utk cari lagi kesenangan. dah jadi cam pusing-pusing benda sama.. haih..




So what was ur dream of doing?

hurm.. aku tak pasti..

tapi seingat aku, masa tadika (umur 5 tahun) aku ada buat something yg aku sendiri terkejut sampai sekarang. kan biasa kan, masa time kindergarden, ada period bermain-main di dalam bilik darjah kan? biasanya cikgu akan kasi cam lego blocks kan? well, ntah camne, dalam 2 kali percubaan, i made a model of this..








aku tak tau camne boleh buat benda tuh in the first place, dan camne aku kenal benda nih, aku rasa sebab persekitaran aku.

aku kecik-kecik lagi aku cam dah didedahkan benda-benda military. via tv, game and media of course.

then seingat aku pada tahun seterusnya, semasa cikgu berrtanya di dalam kelas, apakah cita-cita aku, aku menjawab aku ingin menjadi 'fighter pilot'


Mengapa fighter pilot bukan commercial pilot?

sebab aku rasa masa tuh, jet fighter cam power, terbang laju sorang² then bom orang. hehehe.. tak heran la semasa aku kecik, aku punya 2 favourite toy aku adalah :



of course la aku tak bermain with the real thing. mainan tuh made up on plastic n berwarna kuning




dan yg kedua adalah menatang nih



actually kecik-kecik aku mempunyai satu obsesi dengan benda-benda yang boleh terbang. aku ingat lagi, setiap kali kapal terbang komercial lalu atas umah, aku akan berlari-lari keluar rumah dan akan mendongak ke langit melihat kapal terbang yang lalu. dan dalam hati aku mmpunyai keazaman '1 day i will fly'

kalau jet fighter lalu lagi teruja. kecik-kecik lagi aku nak sangat pergi tgk LIMA airshow api sampai sekarang tak kesampaian. (anyone nak belanja tiket? hehehe)


aku tau gak yang nak bawak jet fighter nih kene masuk military. kecik-kecik kan otak masih lagi dengkel. bila aku cakap aku nak masuk tentera ngan mak aku (yakni masa kecik²), bonda aku cam tak setuju. tapi abg aku sokong, siap kata 'kalau mati masuk syurga'. aku kecik² mana tau syurga tuh apa, tapi i've got the feeling yg tempat tuh best. so ada la jugak pasang niat nak jadi military fighter pilot.


why military?

mungkin sebab persekitaran aku. believe it or not yg aku dari umur tadika itu sudah amat menyukai cerita rambo III, yakni filem yg suatu ketika dulu yg memegang record 'body count' yg paling banyak.oh, ia actually sebuah filem propaganda US pada tahun 1988 mengenai askar rusia yg semasa itu menyerang afghan. walaupun aku masa kecik² tak paham skript cerita, hny sekadar paham, bullet-kne-badan-mati-cedera dan hero-takkan-mati. hehehe... dan dalam citer nih aku rasa yg paling power adalah tentera mujahiddin. sbb aku tgk dalam citer tuh, anak² muda yg jadi tentera, pakai jubah, sandang senapang, cakap ' iwant to fight' adalah macho. teruja kot tgk umur muda² dah camtu!

aku ingat lagi, aku akan meremang keterujaan bila tgk citer/kartun yg tunjuk ketua tentera/group/troop/squad/ yg intelligence/ adalah orang muda/remaja

dan yg paling power aku meremang (sebab bebda reality, bukan fantasy) bila aku dapat tahu yg Sultan Muhammad al-fateh yg buka Constantinopel(istanbul) yg beratus² tahun susah nk tembus, dia lead angkatan tenteranya dan menang dan dia ketika itu berumur 24 tahun. aku dah 22 dah wei!!!

tak cukup dgn itu, abg aku ada buat scrap book mengenai perang teluk. abis semua military things dia tampal dalam buku, dan aku lah favourite readernyer. hehe.. maka nak senang cerita hidup aku masa awal² sebelum masuk alam sekolah rendah, military punya knowledge ada uiet detail la, padahal kenal gambar je tak tau nama, termasuk lah propaganda² dunia dan sebagainya. (tapi masa tuh info sekadar dapat dari mainstream la. bila dah oversea nih, melimpah ruah)


Apakah ini bermaksud anda menukar cita² di alam sekolah rendah

ye. nak buat camne. bila dah sekolah rendah baru je tau ada kerja-kerja yang lain. tapi yang popularnyer adalah doctor. to be honest, tak per terlintas nak jadi doctor. masa nih nak jadi apa ek? erm.. masa nih apa² pun jadi la, asal berkaitan dengan benda yang terbang.

sebagaimana yg diceritakan tadi, saya begitu obsess utk terbang dan benda yang terbang. masa tau ada spesis ikan yang boleh terbang, rasa teruja giler. oh ye, masa kecik² dlu, aku panggil ikan bawal kecik tu, yg sedap kalau goreng tuh; ikan terbang. sebab sirip atas ngan bawah cam kepak burung. hehehe...

kat bawah ni antara benda yg aku teruja bila aku tau wujud.




Maka apakah yang anda impikan?

banyak. berubah sepanjang waktu. tapi yang aku ingat adalah semasa aku tingkatan 3, aku pernah terfikirkan untuk menjadi seorang pencari minyak. tapi ketika itu masih lagi conflict dengan banyak perkara. terutama masalah masa depan dan DUIT.

dan turning point aku adalah ketika selepas spm, di mana ketika itu, sebagaimana kebanyakan student dan para remaja lepasan spm terpaksa memilih cita-cita dan kerjaya yang mereka inginkan berkadaran dengan result yg mereka dapat.

to be honest aku ada terminat bio. sebab suka belajar pasal benda hidup terutama haiwan. by experience pun, antara buku binatang dan buku pasal earth science, buku binatang akan paling kotor dan usang sebab aku sentiasa akan bukak dan baca time makan. paling tak pun tgk gambar.

but then bio aku dapat A2, maka lupakan..

3 bende yg aku fikirkan pada masa itu

  • i'll go for geology bcos under certain scholarship ( hah! terkejut tak?) sbb i think my life would be ok sebab well sponsored time belajar and its finance kukuh utk bekerja ngan diorg nnti. kirenyer aku amik cita² yg terlintas pada form 3 into account, since i kinda like also benda² geo (aiming oversea for this). but the big picture its DUIT
  • kalau tak dapat oversea, i'll go for aeronautik/aerospace. persuing my childhood dream. boleh main² bina kapal terbang cam kecik² guna lego dan sebagainya. actually i'm visioning of making this thing below come true, sebab i kinda very very very fond of it. seronok apa to fly n also to be able to walk ^^


  • if i flopped, mana la tau tetiba keputusan teruk giler, i'll go for culinary. yes. a chef! haha!! kelakar. but i choose this since ada juga minat masak n trying new things at dapur. so why not? but bila duk oversea nih, memang macam² skill kluar di dapur. ehhehe...

Now u ended your 3 years courses, how do you feel?


weird to be honest. masa dapat result tuh tak rasa apa-apa. but i had enjoyed learning rocks and nature. making me feel a lot more 'kenal' and 'rapat' to the Creator. ye la kan, Allah buat macam² kot utk manusia. kita reti pakai je. lepas tuh bukan nak reti bersyukur.

but then ada gak time yang i rasa nak quit n nak try something else yang lebih... erm... sains sosial. pernah terasa nak amik Mass Com. kalau keadaan tak mengizinkan dan terpaksa belajarbalik, i'll go for this agak nyer.

but now, things already written by God, dan aku sekarang kena redho dgn ketentuanNya.ada hikmah utk semua perkara yang berlaku. dengan option yang aku ada sekarang , aku mungkin amik lecturership. doakan aku ek?


So what's your advice ?


aku nak bring up point dimana DUIT telah meletakkan childhood dream aku ke tangga no dua. padahal boleh je aku tolak tawaran dan masuk je matriks then go for my dream.

baru aku sedar hanya kerana duit kita sanggup buat pelbagai perkara even againts our own desire n will.ish ish. bukan kata aku menyesal amik course aku, tak. tapi lihatlah bagaimana masyarakat telah di brainwash mengenai kepentingan duit. walhal rezeki itu datang dari Allah swt.

lihat la juga bagaimana, seorang pelajar yg mendapat result yg baik, dimomokkan oleh masyarakat utk belajar pepandai jadi medic, jurutera sana sini, akauntacy dan sebagainya. mengapa bagaikan tiada sponorship utk benda² yg kurang popular ek seperti belajar syariah, jadi ustaz ke, mekanik keta ke? takde la org yg pandai² nih terpaksa amik benda yg diorg tak minat.

kesian gak aku tgk kengkawan aku yg tak mempunyai peluang merasa sponsorship (yg sudah semestinya hny utk job like aku sebut td). diorg bagaikan terpaksa mengisi ruang kosong pekerjaan-pekerjaan yg tidak popular tadi!

cam ada conspiracy je dalam pembentukan masyarakat...

satu lagi point, lihat la bagaimana minda kita dibrain wash semasa meletakkan matlamat hidup. aku telah meletakkan DUIT dan pangkat suatu ketika dahulu.utk hidup senang la katakan.. alhamdulillah aku sedar tujuan hidup aku.

wahai encik/puan/cik yg bertanya, anda tahu tujuan hidup anda?


'....'


wallahualam

Thursday, 1 July 2010

The Knowledge

Assalamualaikum wbt



Demi Allah, kadang-kala aku tidak mengalami apa-apa perasaan ketika aku memasukkan setiap satu barang kepunyaan aku masuk ke dalam kotak. Mungkin diri ini selalu berpindah randah. Kehidupan nomad yg aku alami di Malaysia dulu sikit sebanyak mengajar aku cara mem'pack dan memilih barang² secara effectif. Walaupun nomad, aku masih setia pada satu sekolah dan kawasan. Tidak hairanlah dahulu aku lebih rindukan sekolah berbanding di rumah.


Hanya 4 kotak, selama aku 4 tahun di france. Jika dilihat pada senarai barang² aku catatkan untuk setiap kotak, yg paling banyak memakan ruang adalah buku², nota, kertas dan majalah. selebihnya merupakan kotak² yg lebih kecil dan kadang-kala Monitor 20inch dan 4 in one Hp printer memenuhi ruang yg ada.


Silver? oh, aku berjaya extrak segala informasi penting dari Hardrive. Dan 2 hari lepas, aku baru sahaja 'terminate its service', dia bakal menjadi sebuah lagi external hardisk di Malaysia insyaAllah. Hardware² lain? Hurm... percaya atau tidak yg aku berjaya 'compress' a towering CPU unit ke sebesar kotak kasut Reebox?


Computer yg aku beli 4 tahun lepas byk meninggalkan memori pahit dan kelat. Berani yg aku katakan yg ia merupakan salah satu faktor besar kemalasan seseorang pelajar dan perosak displin. Namun komputer bukan lah satu alat yg perlu kita condemn habis-habisan, ia dicipta suatu ketika dahulu utk membantu manusia membuat kira-kira dan memudahkan kerja manusia. Saiznya dahulu sebesar bilik kini sudah sebesar BlackBerry anda, bahkan mungkin ada yg lebih kecil lagi. Dan lagi penting ia lebih performance dan calculating capability.


Ya, dengan bantuan komputer, manusia banyak mencapai kejayaan dan breakthrough dalam dunia sains. Formula-formula berselirat dan pengiraan yg mampu memenuhi ruang dinding anda dapat dikira dalam beberapa saat sahaja.


Pencapaian teknology dan ilmu yg drastik ini menyebabkan manusia mahu pergi lebih jauh. Beyond the reach of humans..


Bermula dengan pengklonan, kini mahu pula dicipta robot seakan-akan manusia (atau android), dan tidak kurang juga genetik engineering yg membolehkan kita memilih genetik yg mahu kita tambah atau tolak. Kebanyakan kerja 'berfikir' sudah diberikan pada komputer yg unit asasnya adalah '01'.

byk ajer benda² yg aku belajar dari side reading kat sini, trutamanya dalam Science&Vie. namun aku sampai skrg langgan tapi tak baca. pembacaan serius aku berhenti semasa jilid yg membincangkan kebarangkalian 'fate' atau qada dan qadar. dah la tak berapa paham. kang silap paham kang, beralih akidah aku.. maka itu sebabnya majalah² ini berada dalam simpanan almari buat sekian waktunya.

Dalam aku menyelongkarkan almari dan kotak² lama, aku terjumpa akan kotak Gundam SEED yg aku bawa dari Malaysia Pada Awal tahun Kedua di France. Ya, ketika itu aku ingin memuaskan keinginan aku untuk memiliki robot² Gundam. Benar, aku menunggu sehingga aku 'mempunyai duit sendiri' itu membeli mereka. Nak merasa la katakan. Dulu Nak minta parents mmg sure tak dapat.

Bref.. Cerita Gundam mengisahkan dua jenis manusia, satu manusia biasa, dan satu lagi genetically modified jadi manusia yg lebih capasity (susah nak sakit, fizikal mantap, bakat power etc etc, senang citer bebetul well-rounded la -thing yg manusia dream of-). Sebabkan rasa cemburu, tak puas hati, manipulasi politik dan sebagainya, kedua-dua bertelagah dan berbunuh-bunuhan.

Moral of the story, teknology is nothing without faith and truth guiding them. (Moral nih aku conclude sendiri, tak payah nk gi tgk citer nih)


Bukan aku nk katakan yg kita tak perlukan teknology untuk hidup zaman kini. Memang tidak boleh disangkal yg kini segalanya lebih mudah dengan teknology. dan bukan aku nk katakan yg kita perlu berfikiran sempit dan tidak mengejar kemajuan. Bahkan kita sepatutnya bernafsu mengejar kemajuan.


Pelik aku menggunakan 'nafsu'? Begini, tanpa nafsu si suami tidak akan mendatangi isteri, tanpa nafsu bayi tak akan akan utk membesar dgn sihat, tanpa nafsu, anda tidak akan bersungguh-sungguh untuk belajar sampai pandai. So basically manusia perlukan nafsu untuk hidup. Tapi apa yg silap actually?


Al-Hawa.. Yg silapnyer adalah Al-Hawa (bukan kaum perempuan ye?). Senang citer al-hawa nih kita punya darkside la. Sebab, nafsu yg mengikuti al-hawa, itu yg memudaratkan.

sbg contoh, anda lapar nak makan. oleh sebab ikut al-hawa, anda beli banyak², makan tak habis then membazir. tak pun, makan tak kisah jiran sedang kelaparan.

contoh lain, anda mahu jadi pandai dan belajar bersungguh². tapi oleh sebab nafsu belajar anda dikawal al-hawa, anda lupa yg kita perlu bergantung seratus-peratus dengan allah. maka anda pun lmbat solat dan sebagainya..

kire al-hawa ini mengajak anda utk ego dan angkuh pada sang pencipta.

Punya panjang aku terbabas. ok, dengan kemajuan teknology, perkomputeran dan monopoli alam maya, dan sebagaimana yg anda tahu, ia sedang dikuasai oleh al-hawa masyarakat, maka wujudlah pemusnah-pemusnah moral, pembunuh-pembunuh kemasyarakatan dan penaung-penaung individualistic dan budaya songsang.

Ada 2 benda yg aku nampak tak kena, bila kemajuan manusia tidak seiring dengan pemantapan iman dan pembangunan moral.
  • Masyarakat dah takde segan silu, hilang jati diri dan konfius. Anak dara leh letak gambarnyer sendiri dengan pose-pose 'budget ayu dan comel' so dapat la attention dari lelaki, begitu juga sebaliknya. Plus, maklumat tak ditapis kan? Macam-macam ada kat internet. type je jumpa. Maka tinggilah kes buang bayi, rogol, anak luar nikah, sumbang mahram seawal 9 tahun.
  • Batu-batu api dan penyebar khabar buruk serta mengata dan buat kerja secara anonimus dan effective. Maka kekallah, budaya negatif orang melayu dalam menabur fitnah, manipulasi, dengki dan tikam-menikam.
  • Akibat perkongsian informasi dan budaya terlalu laju, masyarakat especially remaja rasa, perlu menyelami budaya songsang (baju ketat, sluar sendat, tonggang arak, pagi kerja teruk² malam clubbing, open relationship etc etc) utk jadi moden, open, maju dan berdaya saing (sebab skrg nih, kiter kan rasa US dan eropah tuh idola satu dunia - tak caya? - awat kita follow 'nyanyi-nyanyi idol?', suka makan fast food, suka tgk smallville dan yg paling tak best; bertukar terus cam diorg? ). maka, tergantilah zapin dgn breakdance, sireh dgn chewing gum, malu dgn dedah, sopan dengan otai, pantun dgn rap, wau dgn warcraft, surah dgn lirik, tokoh islam dgn artis dan islam dgn 'islam-agak²-sesuai'
  • Masyarakat mula lupa dan rabun akan reality. Remaja diberi peluang untuk mejadi watak yg mereka impikan. (dari games, online social network, etc). yup, they spend time building the character sehingga terlupa yg sepatutnya diri mereka yg patut ditingkatkan. maka, wujudlah generasi terperangkap dalam dunia fantasi, dan tidak berpijak di bumi nyata.
  • Masyarakat menerima bulat-bulat yg disalurkan oleh main channel, atau alternatif channel sebab dah malas nak fikir dan malas menyaring maklumat. Then bila tahu, perbincangan hanya sekadar warung kopi atau meja-meja mamak. maka, wujudlah masyarakat yg hanya reti bercakap tapi mandul nak buat apa-apa tindakan.
  • Masyarakat menerima apa yg salah dan menolak yg betul dan tidak pernah berfikir jauh serta merasakan yg utk maju, perlu jadi dan mencedok bulat-bulat budaya masyarakat barat yg dirasakan maju. Maka wujudlah masyarakat yg pasif, go-with-the-flow, dan malas hendak membaiki permasalahan teras kerana sibuk dengan permasalahan di permukaan
sekali lagi, bukan nak kata kita tak perlukan kemajuan teknology dan perkembangan ilmu, tapi ia perlu seiring dgn kemantapan iman dan moral.

apa gunanya kemahiran IT, jika org itu suka hack bank?
apa gunanya kemahiran ekonomi, jika org itu songlap duit syarikat?
apa gunanya ilmu perubatan, jika org itu membekalkan dadah dan ubat batuk?
apa gunanya tinggi falsafah, jika org itu sendiri tidak tahu mengapa dia diciptakan?


masyarakat dah tak kisah halal haram duit.. asal byk angka, mudah dan instant, terima je.. asal kenyang, dapat melaram, dan enjoy.




..


..


..




wallahualam