Saturday, 26 June 2010

The Verdict

Assalamualaikum wbt


sesi ratrappage (second chance exam) sudah pun selesai. sahabat² ku yg lain yg sebelum ni tak cukup makan untuk lulus, dapat menarik nafas lega melihat result mereka semalam. alhamdulillah aku bersyukur kami berjaya membawa pulang segulung license yg nilainyer aku sendiri tak dapat nk jamin ada nilai ke tak.

3 tahun belajar geology banyak mengajar aku. ilmu mengenal kuasa allah, betapa allah menyediakan macam-macam utk kita makhluk bernama manusia. namun ilmu-ilmu eropah perlu ditapis. kerana akar prinsip mereka adalah sains. tiada kuasa yg mengawal semua.


kisah di mana aku berasa 'shocked and awed' di dalam dewan kuliah pada tahun pertama mungkin sudah aku ceritakan dulu. detik-detik allah meniupkan hidayah untuk aku melangkah lebih jauh sukar untuk aku lupakan. bila difikirkan semula. Ia bukanlah satu benda yg 'jatuh dari langit'. ia sebenarnya bermula dengan diri kita.

selalu aku buat reflection atau muhasabah diri. aku sentiasa menoleh ke belakang memori silam. aku tahu, perbuatan ini kadang kala menyebabkan kita tidak berpijak di bumi nyata. banyak pakar motivasi menyuruh kita untuk 'look forward'. benar. itu jika si pejalan kaki itu tidak merosakkan benda di kiri dan kanannya semata-mata untuk ke hadapan.

memori silam aku telah menunjukkan pelbagai ragam, ciri dan karenah diriku. ada yg aku tak suka, dan ada yg aku selesa. tercampaknya aku di bumi france ni banyak mengubah ragam diriku. perubahan itu terhasil dari niat. tidak pernahku sedar sehingga pada tahun di mana aku mengenali kuasa sesebuah niat. kenal akan Hadis Niat? hadis yg biasanya diletakkan sebagai hadis yg pertama dalam koleksi² hadis. (link hadis)


4 tahun berlalu dari hijrah pertamaku. sudah tiba masanya untuk aku mengemas dan pack secara definitive. Selama 6 bulan aku berlari dan memecut. nafas dihela dan aku sedang berjalan dengan langkah yg pendek. sebelum ini aku sebenarnya lari tidak mengenal arah. jalan yg aku fikirkan sudah lama terbentang, dipadam allah dan meninggalkan aku satu jalan yg tidak pasti.


Bermula dengan kegagalan aku untuk mendapat interview dengan petronas di london. hati kecilku memujuk untuk rasa tenang, mungkin ada peluang kedua di malaysia. aku lalui kehidupan pengajak kebaikan, pelajar dan pengkaji sepanjang akhir bulan mac sehingga akhir bulan mai.


Peperiksaan aku lalui dengan perasaan ' i could done it better if...' IF.. KALAU.. tiada lagi 'kalau' jika keputusan sudah dibuat. kesilapan dan akibat perlu ditanggung oleh si pelaku. untuk pertama kali dalam sejarah, aku rasa down yg amat sangat sehingga aku rasakan yg aku perlu repeat year.

memang beruntung gagal atau lulus dalam apa jua yg kita lakukan, kita masih diberi peluang kedua selagi kita masih berpijak di bumi allah ini. bayangkan jika keputusan itu adalah 'syurga atau neraka'. dan di belakang itu adalah 'selama-lamanya'. tiada peluang kedua. setiap satu perbuatan dipersoal dan dipertanggunjawabkan. arguement menyalahkan syaitan pastinya tidak diterima, kerana syaitan hanya memberikan satu lagi option. terpulang pada diri kita untuk mengikuti option itu atau tidak.

rezeki dari allah. slip keputusan yg ditampal pada hari jumaat 4 jun menunjukkan 0.3 membantu aku untuk terus bernafas. syukur itu ada. tapi aku masih putus harapan. sebuah kenyataan telah aku terima pada pertengahan bulan mei, aku telan dengan hati yg berat, 'tiada lagi peluang untukmu utk bekerja dengan kami'.

walaupun, kenyataan itu di sambung dengan 'namun, kami baru sahaja merombak sistem admin kami..'.....tolonglah, jangan berikan harapan palsu. berikan aku terus kertas hitam putih yg rantai mengikat leherku ni telah diputuskan.



harapan dan berserah.. harapan duniawi memang menyakitkan jika tidak kesampaian. kini aku kian sampai ke penghujung cerita diriku di france. ia sudah menjadi hikayat semalam..


...

...

besar jugak bilik aku nih bila kosong





wallahualam

1 comment:

Niealex said...

また頑張れば。