Thursday, 1 July 2010

The Knowledge

Assalamualaikum wbt



Demi Allah, kadang-kala aku tidak mengalami apa-apa perasaan ketika aku memasukkan setiap satu barang kepunyaan aku masuk ke dalam kotak. Mungkin diri ini selalu berpindah randah. Kehidupan nomad yg aku alami di Malaysia dulu sikit sebanyak mengajar aku cara mem'pack dan memilih barang² secara effectif. Walaupun nomad, aku masih setia pada satu sekolah dan kawasan. Tidak hairanlah dahulu aku lebih rindukan sekolah berbanding di rumah.


Hanya 4 kotak, selama aku 4 tahun di france. Jika dilihat pada senarai barang² aku catatkan untuk setiap kotak, yg paling banyak memakan ruang adalah buku², nota, kertas dan majalah. selebihnya merupakan kotak² yg lebih kecil dan kadang-kala Monitor 20inch dan 4 in one Hp printer memenuhi ruang yg ada.


Silver? oh, aku berjaya extrak segala informasi penting dari Hardrive. Dan 2 hari lepas, aku baru sahaja 'terminate its service', dia bakal menjadi sebuah lagi external hardisk di Malaysia insyaAllah. Hardware² lain? Hurm... percaya atau tidak yg aku berjaya 'compress' a towering CPU unit ke sebesar kotak kasut Reebox?


Computer yg aku beli 4 tahun lepas byk meninggalkan memori pahit dan kelat. Berani yg aku katakan yg ia merupakan salah satu faktor besar kemalasan seseorang pelajar dan perosak displin. Namun komputer bukan lah satu alat yg perlu kita condemn habis-habisan, ia dicipta suatu ketika dahulu utk membantu manusia membuat kira-kira dan memudahkan kerja manusia. Saiznya dahulu sebesar bilik kini sudah sebesar BlackBerry anda, bahkan mungkin ada yg lebih kecil lagi. Dan lagi penting ia lebih performance dan calculating capability.


Ya, dengan bantuan komputer, manusia banyak mencapai kejayaan dan breakthrough dalam dunia sains. Formula-formula berselirat dan pengiraan yg mampu memenuhi ruang dinding anda dapat dikira dalam beberapa saat sahaja.


Pencapaian teknology dan ilmu yg drastik ini menyebabkan manusia mahu pergi lebih jauh. Beyond the reach of humans..


Bermula dengan pengklonan, kini mahu pula dicipta robot seakan-akan manusia (atau android), dan tidak kurang juga genetik engineering yg membolehkan kita memilih genetik yg mahu kita tambah atau tolak. Kebanyakan kerja 'berfikir' sudah diberikan pada komputer yg unit asasnya adalah '01'.

byk ajer benda² yg aku belajar dari side reading kat sini, trutamanya dalam Science&Vie. namun aku sampai skrg langgan tapi tak baca. pembacaan serius aku berhenti semasa jilid yg membincangkan kebarangkalian 'fate' atau qada dan qadar. dah la tak berapa paham. kang silap paham kang, beralih akidah aku.. maka itu sebabnya majalah² ini berada dalam simpanan almari buat sekian waktunya.

Dalam aku menyelongkarkan almari dan kotak² lama, aku terjumpa akan kotak Gundam SEED yg aku bawa dari Malaysia Pada Awal tahun Kedua di France. Ya, ketika itu aku ingin memuaskan keinginan aku untuk memiliki robot² Gundam. Benar, aku menunggu sehingga aku 'mempunyai duit sendiri' itu membeli mereka. Nak merasa la katakan. Dulu Nak minta parents mmg sure tak dapat.

Bref.. Cerita Gundam mengisahkan dua jenis manusia, satu manusia biasa, dan satu lagi genetically modified jadi manusia yg lebih capasity (susah nak sakit, fizikal mantap, bakat power etc etc, senang citer bebetul well-rounded la -thing yg manusia dream of-). Sebabkan rasa cemburu, tak puas hati, manipulasi politik dan sebagainya, kedua-dua bertelagah dan berbunuh-bunuhan.

Moral of the story, teknology is nothing without faith and truth guiding them. (Moral nih aku conclude sendiri, tak payah nk gi tgk citer nih)


Bukan aku nk katakan yg kita tak perlukan teknology untuk hidup zaman kini. Memang tidak boleh disangkal yg kini segalanya lebih mudah dengan teknology. dan bukan aku nk katakan yg kita perlu berfikiran sempit dan tidak mengejar kemajuan. Bahkan kita sepatutnya bernafsu mengejar kemajuan.


Pelik aku menggunakan 'nafsu'? Begini, tanpa nafsu si suami tidak akan mendatangi isteri, tanpa nafsu bayi tak akan akan utk membesar dgn sihat, tanpa nafsu, anda tidak akan bersungguh-sungguh untuk belajar sampai pandai. So basically manusia perlukan nafsu untuk hidup. Tapi apa yg silap actually?


Al-Hawa.. Yg silapnyer adalah Al-Hawa (bukan kaum perempuan ye?). Senang citer al-hawa nih kita punya darkside la. Sebab, nafsu yg mengikuti al-hawa, itu yg memudaratkan.

sbg contoh, anda lapar nak makan. oleh sebab ikut al-hawa, anda beli banyak², makan tak habis then membazir. tak pun, makan tak kisah jiran sedang kelaparan.

contoh lain, anda mahu jadi pandai dan belajar bersungguh². tapi oleh sebab nafsu belajar anda dikawal al-hawa, anda lupa yg kita perlu bergantung seratus-peratus dengan allah. maka anda pun lmbat solat dan sebagainya..

kire al-hawa ini mengajak anda utk ego dan angkuh pada sang pencipta.

Punya panjang aku terbabas. ok, dengan kemajuan teknology, perkomputeran dan monopoli alam maya, dan sebagaimana yg anda tahu, ia sedang dikuasai oleh al-hawa masyarakat, maka wujudlah pemusnah-pemusnah moral, pembunuh-pembunuh kemasyarakatan dan penaung-penaung individualistic dan budaya songsang.

Ada 2 benda yg aku nampak tak kena, bila kemajuan manusia tidak seiring dengan pemantapan iman dan pembangunan moral.
  • Masyarakat dah takde segan silu, hilang jati diri dan konfius. Anak dara leh letak gambarnyer sendiri dengan pose-pose 'budget ayu dan comel' so dapat la attention dari lelaki, begitu juga sebaliknya. Plus, maklumat tak ditapis kan? Macam-macam ada kat internet. type je jumpa. Maka tinggilah kes buang bayi, rogol, anak luar nikah, sumbang mahram seawal 9 tahun.
  • Batu-batu api dan penyebar khabar buruk serta mengata dan buat kerja secara anonimus dan effective. Maka kekallah, budaya negatif orang melayu dalam menabur fitnah, manipulasi, dengki dan tikam-menikam.
  • Akibat perkongsian informasi dan budaya terlalu laju, masyarakat especially remaja rasa, perlu menyelami budaya songsang (baju ketat, sluar sendat, tonggang arak, pagi kerja teruk² malam clubbing, open relationship etc etc) utk jadi moden, open, maju dan berdaya saing (sebab skrg nih, kiter kan rasa US dan eropah tuh idola satu dunia - tak caya? - awat kita follow 'nyanyi-nyanyi idol?', suka makan fast food, suka tgk smallville dan yg paling tak best; bertukar terus cam diorg? ). maka, tergantilah zapin dgn breakdance, sireh dgn chewing gum, malu dgn dedah, sopan dengan otai, pantun dgn rap, wau dgn warcraft, surah dgn lirik, tokoh islam dgn artis dan islam dgn 'islam-agak²-sesuai'
  • Masyarakat mula lupa dan rabun akan reality. Remaja diberi peluang untuk mejadi watak yg mereka impikan. (dari games, online social network, etc). yup, they spend time building the character sehingga terlupa yg sepatutnya diri mereka yg patut ditingkatkan. maka, wujudlah generasi terperangkap dalam dunia fantasi, dan tidak berpijak di bumi nyata.
  • Masyarakat menerima bulat-bulat yg disalurkan oleh main channel, atau alternatif channel sebab dah malas nak fikir dan malas menyaring maklumat. Then bila tahu, perbincangan hanya sekadar warung kopi atau meja-meja mamak. maka, wujudlah masyarakat yg hanya reti bercakap tapi mandul nak buat apa-apa tindakan.
  • Masyarakat menerima apa yg salah dan menolak yg betul dan tidak pernah berfikir jauh serta merasakan yg utk maju, perlu jadi dan mencedok bulat-bulat budaya masyarakat barat yg dirasakan maju. Maka wujudlah masyarakat yg pasif, go-with-the-flow, dan malas hendak membaiki permasalahan teras kerana sibuk dengan permasalahan di permukaan
sekali lagi, bukan nak kata kita tak perlukan kemajuan teknology dan perkembangan ilmu, tapi ia perlu seiring dgn kemantapan iman dan moral.

apa gunanya kemahiran IT, jika org itu suka hack bank?
apa gunanya kemahiran ekonomi, jika org itu songlap duit syarikat?
apa gunanya ilmu perubatan, jika org itu membekalkan dadah dan ubat batuk?
apa gunanya tinggi falsafah, jika org itu sendiri tidak tahu mengapa dia diciptakan?


masyarakat dah tak kisah halal haram duit.. asal byk angka, mudah dan instant, terima je.. asal kenyang, dapat melaram, dan enjoy.




..


..


..




wallahualam

No comments: