Saturday, 26 June 2010

The Verdict

Assalamualaikum wbt


sesi ratrappage (second chance exam) sudah pun selesai. sahabat² ku yg lain yg sebelum ni tak cukup makan untuk lulus, dapat menarik nafas lega melihat result mereka semalam. alhamdulillah aku bersyukur kami berjaya membawa pulang segulung license yg nilainyer aku sendiri tak dapat nk jamin ada nilai ke tak.

3 tahun belajar geology banyak mengajar aku. ilmu mengenal kuasa allah, betapa allah menyediakan macam-macam utk kita makhluk bernama manusia. namun ilmu-ilmu eropah perlu ditapis. kerana akar prinsip mereka adalah sains. tiada kuasa yg mengawal semua.


kisah di mana aku berasa 'shocked and awed' di dalam dewan kuliah pada tahun pertama mungkin sudah aku ceritakan dulu. detik-detik allah meniupkan hidayah untuk aku melangkah lebih jauh sukar untuk aku lupakan. bila difikirkan semula. Ia bukanlah satu benda yg 'jatuh dari langit'. ia sebenarnya bermula dengan diri kita.

selalu aku buat reflection atau muhasabah diri. aku sentiasa menoleh ke belakang memori silam. aku tahu, perbuatan ini kadang kala menyebabkan kita tidak berpijak di bumi nyata. banyak pakar motivasi menyuruh kita untuk 'look forward'. benar. itu jika si pejalan kaki itu tidak merosakkan benda di kiri dan kanannya semata-mata untuk ke hadapan.

memori silam aku telah menunjukkan pelbagai ragam, ciri dan karenah diriku. ada yg aku tak suka, dan ada yg aku selesa. tercampaknya aku di bumi france ni banyak mengubah ragam diriku. perubahan itu terhasil dari niat. tidak pernahku sedar sehingga pada tahun di mana aku mengenali kuasa sesebuah niat. kenal akan Hadis Niat? hadis yg biasanya diletakkan sebagai hadis yg pertama dalam koleksi² hadis. (link hadis)


4 tahun berlalu dari hijrah pertamaku. sudah tiba masanya untuk aku mengemas dan pack secara definitive. Selama 6 bulan aku berlari dan memecut. nafas dihela dan aku sedang berjalan dengan langkah yg pendek. sebelum ini aku sebenarnya lari tidak mengenal arah. jalan yg aku fikirkan sudah lama terbentang, dipadam allah dan meninggalkan aku satu jalan yg tidak pasti.


Bermula dengan kegagalan aku untuk mendapat interview dengan petronas di london. hati kecilku memujuk untuk rasa tenang, mungkin ada peluang kedua di malaysia. aku lalui kehidupan pengajak kebaikan, pelajar dan pengkaji sepanjang akhir bulan mac sehingga akhir bulan mai.


Peperiksaan aku lalui dengan perasaan ' i could done it better if...' IF.. KALAU.. tiada lagi 'kalau' jika keputusan sudah dibuat. kesilapan dan akibat perlu ditanggung oleh si pelaku. untuk pertama kali dalam sejarah, aku rasa down yg amat sangat sehingga aku rasakan yg aku perlu repeat year.

memang beruntung gagal atau lulus dalam apa jua yg kita lakukan, kita masih diberi peluang kedua selagi kita masih berpijak di bumi allah ini. bayangkan jika keputusan itu adalah 'syurga atau neraka'. dan di belakang itu adalah 'selama-lamanya'. tiada peluang kedua. setiap satu perbuatan dipersoal dan dipertanggunjawabkan. arguement menyalahkan syaitan pastinya tidak diterima, kerana syaitan hanya memberikan satu lagi option. terpulang pada diri kita untuk mengikuti option itu atau tidak.

rezeki dari allah. slip keputusan yg ditampal pada hari jumaat 4 jun menunjukkan 0.3 membantu aku untuk terus bernafas. syukur itu ada. tapi aku masih putus harapan. sebuah kenyataan telah aku terima pada pertengahan bulan mei, aku telan dengan hati yg berat, 'tiada lagi peluang untukmu utk bekerja dengan kami'.

walaupun, kenyataan itu di sambung dengan 'namun, kami baru sahaja merombak sistem admin kami..'.....tolonglah, jangan berikan harapan palsu. berikan aku terus kertas hitam putih yg rantai mengikat leherku ni telah diputuskan.



harapan dan berserah.. harapan duniawi memang menyakitkan jika tidak kesampaian. kini aku kian sampai ke penghujung cerita diriku di france. ia sudah menjadi hikayat semalam..


...

...

besar jugak bilik aku nih bila kosong





wallahualam

Thursday, 17 June 2010

pabila si buta memimpin jalan

Assalamualaikum wbt


kalau peribahasa nih tak wujud, maka aku memandai mewujudkan peribahasa ini.

tak perlu cakap panjang, korg tau mmg si buta tak leh tunjuk arah / memimpin org berjalan², apatah lagi drving.

di sini yg aku maksudkan si buta adalah org yg tidak tahu, atau org yg agak² tau tapi sebenarnya tak tau. kire memandai² tau la. abih org yg di pimpinnya itu sesat bersama². yg ikut plak mmg percaya abis dgn org yg memimpin mereka itu. tiada semangat mencritic, cuma tau menjilat dan mengampu.

kita yg alhamdulillah celik ini juga pasti akan buta jika kita berada di dalam sebuah bilik gelap.
maka apakah moral pada pagi yg kelam² kelabu ini? carilah sumber cahaya yg menghilangkan kebutaan itu.

mahu hati yg terang? gi simbah ngan cahaya by reading al quran, zikr,rajin amal² sunat dan amal makruf nahi mungkar.

ternyata hati yg gelap akan sentiasa gelap jika tiada langkah itu berubah dilakukan in the first place.


wallahualam


P/s : 4 tahun kat france, aku tak pernah jalan paris. gambar yg amik dulu sekadar syarat 'sudah sampai'. arini aku kene bawak diorg jalan. kadar peratus untuk sesat? i'll let u to decide.. ^^

a slice of...

Assalamualaikum wbt


dah lama aku tak menulis secara spontan dan berceloteh secara direct lagi tak berlapik. haha..
yup,sudah lama aku tak rambling. boleh tengok la dari post dulu. biler paling lat aku rambling.

actually aku dah abis belajar kalau korg nak tau. result pun dah dapat dan aku officially sudah dapat degree aku. (alhamdulillah..)

nih cerita dua minggu lepas. (wah byk giler aku tak citer!). byk btol aku tak menulis kat blog nih. aku rasakan sejak bulan april, sejak aku practikal. satu.. satu.. benda penting kene buat. sampai blog nih bersawang-sawang. haish..

tika ni aku actually sedang meneman apak dan bonda aku jalan² di paris. berjalan sakan diorg. colmar, besancon, lyon, geneva.. hehe.. bukan naik kereta ek? naik train. ^^
maka secara tak langsung ari sabtu nih, aku dah 14 hari tak tidur atas katil dan memeluk bantal bucukku. ahahaha!!!!

tak tipu.. tak semena² aku leh rindu bantal busukku.. keh keh.. nasib baik la aku jenis yg boleh tidur memana dah sekarang. asal ada sleeping beg (dan juga bantal sebuah), insyaAllah boleh tidur. hehehe.

so apa mau aku bebelkan disini?


erm...


ntah..



ok ok, aku sekarang dalam hotel formule 1 kat paris ( giler, low class bawak parents dul formule 1). dah aku bukan la banyak duit. parents aku plak jenis 'economy handalan'. so aku dgn senang hatinyer mem'book' hotel ini dan memaksa parents aku mengheret beg² diorg yg berat itu ke porte de montreuil. kehkeh. aku takde la kejam sampai tak tolong diorg kan?

aku ada gak menungkan pengalaman aku meronda² ngan diorg. ia seperti satu flash back. aku mula belajar di colmar, then besançon di mana ia trajet pertama yg aku buat colmar-besac utk parents aku. then aku ada lawat geneva-lyon, yg pernah aku lawat juga masa 2006.

sedey gak rr di mana chapter aku di france sudah menghampiri ke penghujung di mana pada awalnyer aku mmg tak ingin pun datang ke sini.. sudah 4 tahun aku kat sini. aku berpeluang utk mengenali diri aku, permasalahan dunia dan penyelesaian sejagat di mana ia dikaburkan dengan pelbagai fintah moden sampai yg benar dilihatkan salah, dan salah dilihatkan sebgai benar. allah akan sentiasa berikan yg terbaik utk kita.

tahun nih, aku akan merasai summer. aku mmg tak nak balik. namun teknikality sentiasa menjadi penghalang utk aku terus mengekalkan diri aku di france. aku niat nk berjalan lagi nak kasi genap sebulan tak balik umah. apakan daya. kene packing dah.

bila aku balik?


hehe.. biar lah rahsia sebab tiket pun lom konfirm lagi tapi yg mana tau tuh, diam² la ye



wallahualam

Tuesday, 8 June 2010

Hidangan makan² utk korg

Assalamualaikum wbt





just nk tny korg

apa isu yg sedang hot yg sedang berlaku?

world cup?

ada actually yg lebih terbaru..

aku tak citer nih dah lapuk dari skala kesensasian berita. plus kisah nih, di mata penonton / pembaca berita antarabangsa, ia sudah jadi satu kisah yg biasa dan diorg dah lali tgk.

isunya adalah isu palestin ( kalau nk stop baca kat sini pun boleh kalau dah rasa buhsan)


first of all, kenapa Peduli Palestin?






ok, sedikit sebanyak dah tau?

then kalau rajin, boleh juga baca mengenai isu berkaitan nih yg aku tulis dlu : Ia tidak berhenti disini


now, not long ago, ada sekumpulan activist keamanan yg berani, cekal, dan paling penting, YG BERTINDAK, hendak ke Gaza utk menghantar bantuan kemanusian.. namun..

sebagaimana yg korg semua tahu, this convoy was intercepted by IDF at interneational waters. korg tau camne the story went kan? (kalau korg even amik tau la)













well, mereka di antara yg allah beri peluang utk berada di 'Front line' menolong saudara mara kita di palestin dan mengejar syahid.

namun apa yg aku nak katakan di sini adalah usaha kita. jap nk besar kan sikit word, USAHA KITA


kita actaully boleh menyumbang tenaga walaupun kita nih hanya pelajar yg hidup makannya masih ditanggung. so bagaimana?

  • kita sedarkan org² di sekeliling kita yg isu palestin bukan isu arab tapi ISU KITA SEMUA
  • tidak jemu utk AMBIL TAHU apa yg berlaku di palestin
  • gunakan segala kemudahan dan cara utk menekan zionis ( video, blog, flyer, youtube, etc)
  • belajar bersungguh-sungguh dan tidak leka dgn perangkap zionis yg menggunakan hiburan dan media massa
  • BOIKOT barangan syarikat yg memberi sponsor pada zionis cam McD, Coca cola, maggi, nestle.. etc



oh ye, nk remind korg. kadang-kadang syarikat besar nih ada anak syarikat. dan utk memastikan headquaters dapat untung, pelbagai jenama di keluarkan tapi masih lagi di bawah syarikat yg sama.

ex : anda lihat 2 jenama air; coke, dan fanta oren. tapi kalau anda check setiap inci produk itu, anda akan jumpa somthing in commun yakni, coca-cola co.


so nk beli barang tuh check² lah ye? jgn sampai kita memberi peluru dan bom pada zionis utk bunuh abg kakak adik ayah mak dan seluruh keluarga kita.

apa yg penting?


TINDAKAN!




wallahualam