Monday, 19 April 2010

events events

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah, arini secara officialnya cuti aku di france dah abis. dah takde lagi cuti² dah kat france, cuti seterusnya adalah di msia. cuti sebgai student la kan, takkan kita ada cuti utk jadi manusia kot?

secara kasarnya, praktikal aku dggn university berjalan dggn lancar. semua bhn maklumat aku dah ada cuma intrepretasi je tinggal. tinggal lagi dua mingu nk submit, dan aku dgn penuh gayanya muka depan pun lom buat lagi.

oh ye, bulan april merupakan satu²nya bulan di mana dua org dalam family menyambut hari lahir. sorg 9 dan sorg lagi 16. dan seperti biasa, aku mengekalkan rekord bersih hny sekadar hantar sms wish, sekeping card pun aku tak pernah hantar from france. kihkih. oh ye, tahun nih siap aku wish in advance lagi. takut luper. ^^


antara manipulasi eksperiment

masa aku borak ngan bonda aku pada suatu kamis, aku cerita la pasal praktikal aku nih. masa minggu kedua, aku banyak bekerja dalam lab utk lakukan eksperiment pengiraan porosity batu dibantu oleh binome dan sorg makcik lab nih. aku cakap la ngan mak aku yg bila aku tgk makcik nih yg umur dekat 60thn tapi masih kuat melangkau anak tangga, aku tringatkan mak aku. hehehe.. mak dlu cikgu sains skolah. so selalu lepak dalam bilik lab tunggu dier abis ngajar. (kekadang dapat makan free kalu lab assistant tgh mencekik makan tghri)

aku kagum gak la tgk Mdm Torr nih, dah 42 tahun bekerja dlm pelbagai bidang. dari membuat jam, cleaner, tukang masak, bina rumah.. mmg pengalaman abis la makcik nih. plus dier ramah citer pengalaman dier, aku pun enjoy la kan? sbb tuh aku suka borak ngan org tua² nih

itu dalam minggu kedua, minggu lom start cuti. dan juga bermula sesi mogok national pekerja² ketapi. haih.. nyusahkan org btul la. nasib baik aku practikal ngan Uni jer. dan prof lak takde. total autonomie buat praktikal. haha, best gak kekadang. tapi letih pun ada. kuar umah 740, pkol 6 ptg lom tentu balik umah sbb nk selesaikan urusan² lain. kehkeh.. siapalah malang jadi bini adam, bak kata mak aku =p

but still, aku ada kluar gi air terjun sekitar jura ngan mereka yg aku sgtlah cintai . tiga jam jer. dan yg takleh blah, aku driver tak sampai 100m dah give up. lama kot tak pegang stereng! tambah plak manual. mmg mendapat ^^


gambar yg menerima anugerah paling sweet 2010


then sampailah ke hari ygg aku sedang borak ngan mak aku itu.. di mana, adam-annual-period-of-sickness (aapos) tiba. mmg sejak dari kecik, period april hingga jun aku akan at least sekali demam atau jatuh sakit. takde la critikal sgt cam dlu. eheh.. sekarang nih aku leh tak sedar yg aku dah demam. alih-alih aku produce byk giler benda kuning (yg juga menyebabkan byk taik hidung) dan juga nafas yg pendek.

alhamdulillah,mak takde la risau mana kot. sbb dier kata aku demam nih sebab aku tidur less then 5 hours per day masa time cuti. but still dier suro aku amik antibotic which aku bebenar tak suka amik. dah la nk masaf games nih!



Yeah!! masaf Games! tahun nih buat kat Besac!! dan buat julung² kalinya ada pertandingan basketball! (ceh semangat aku). ada lebih kurang 100 lebih students datang eventho ada greve. itu lom masuk Kontinjen dari German lagi!

haha, takde gambar. lom kutip dari kamera man lagi =p

perpun, aku beranikan diri utk enter basketball setelah 3 tahun bermain tanpa basic yg kukuh. ( kat france je baru aku terhegeh² nk main) 4 kalah 1 menang. jadi lah...^^
oh oh! at least dapat tempat ketiga utk sukaneka! kihkih.. itu mmg speciality aku sejak bangku sekolah rendah lagi.


alhamdulillah.. rite now.. tinggal sebulan lebih lagi. all those events might be my last one in france. (or even my life)

aku sedang dalam pecutan terakhir mendaki bukit dgn badan yg secara gradually degrading year by years. ( aku dah 20 tahun hidup apa?). aku tak nmpk wats on the other side.

inilah pecutan terakhir
sebelum aku sampai hujung perjalanan di puncak bukit
sebelum aku teruskan pecutan selepas itu

adakah ia masih mengekalkan tema hawa eropah?
atau ia akan berubah dgn tema khaltulistiwa
adakah ia masih mengekalkan penerima ilmu?
atau ia berubah kepada pengaplikasi ilmu
adakah aku akan kekal solo?
atau aku dizinkanNya utk berteman


wallahualam

No comments: