Saturday, 20 March 2010

Gourmand



Assalamualaikum wbt




Walaupun aku bangun pkol 4 pagi, gelak² ngan bonda bila call then bersedih² bila nk letak tepon, Alhamdulillah aku gagah menapak ke gare. Mengejar train ke L'ARC (suka hati aku je bubuh nama nih)

Sampai² je, seribu satu bende mendatang. Bukan bende tak best. Tapi bende best yg kalau terlupa nk bersyukur dan berpada², boleh tergelincir jap. Especially jika ia berkait dgn bende makan.


Mana tak nyer? Bila gi wet market, mmg berpinar tgk buah-buah, sayur-sayur fresh yg direct dari ladang. Then kalau ke kedai asia, lagi rambang! Dgn pau msia nyer, ngan soya yeos nyer.. itu lom masuk ngan jantung pisang serta durian bersama daun pandan dan pisang.


maka...


malam itu, bende bende di bawah nih yg kami conjure di dapur :




Wedges² Berkepentingan bersama Dipping Sauce 'Pujuk²-Hias²'





Daging Goreng Tak Jelas Objektif bersama carrot dan cendawan





Sotong Separa Goreng/Bakar Part-Timer





Siakap Bakar Golongan² Tercicir




thx pada chef-chef terulung. korg the best ^^


'masak, makan dan tolong bersihkan dapur adalah cara paling effectif utk merapatkan jurang dan mencairkan ais' - kenalan rapat

wallahualam



nama² masakan diilhamkan secara tak sengaja oleh Syeikh Senyum

Saturday, 13 March 2010

A wake up call

Assalamualaikum wbt





aku mmg perlu orang tegur sehingga aku terasa giler.

kalau dulu mak aku yg buat. selalu kene bila aku slack. tapi itu yg make me survive dan mmpunyai semangat yg dicari².


tapi aku kat france. mak aku jauh kat msia.


but still..


aku ada sahabat-sahabat perjuangan.




jezzek ya akhi


penulisan anta mmg mmbuat ana bebetul terasa.


mungkin anta tulis utk org lain


tapi ana yg terasa


dan alhamdulillah, ana dapat semangat yg ana cari.




jezzek ya akhi ^^

Friday, 12 March 2010

An Anxiety

Assalamualaikum wbt



minggu nih benar² mencabar emosi.

tidak tersangka-sangka. bertimpa-timpa datang. di kala ini aku mencari satu semangat yg aku miliki suatu ketika dahulu. semangat yg hilang. semangat 'non-stop'. dan di kalau mencari itu, datang cabaran dari ilahi. kehilangan sorg rakan, mentor dan ahli keluarga pada weekend lepas benar² satu pukulan yg tidak tergambar, walaupun pukulan itu datang 3 hari selepas kejadian.


dan semalam aku hampir-hampir putus asa untuk belajar ( melenting mak aku kalau dier tau nih ). masa tuh kelas Geologie de la France. semasa aku mengeluarkan file yg menyimpan semua nota² kuliah, baru aku sedar yg file tuh dah membuak-buak dengan kertas nota. aku terus macam...


bnyknyer benda nk kne baca lagi..

yg paling mematahkan semangat adalah.. ape benda yg aku dah baca sebelum nih?

difikirkan balik jadual harian aku. sudah disusun. sudah diikuti. tapi cam tiada harapan je utk kejar semua especially bab membaca, menghadam dan memuntahkan balik dgn cantik. benar, aku tiada lagi pengiraan berjela-jela dgn simbol² memeningkan kepala. sejak setahun yg lepas lagi.

dalam masa 2 bulan perlu aku keluarkan satu report kajian kes. (kalau aku traduire dalam english, prof kata leh jual ngan harga tinggi kajian aku tuh). then nota² kuliah dari nama laut yg dah wujud, hingga ke nama fossil dinosour. tuh belum benda lain lagi. nama tempat. nama batu. warna batu. batu-batu.



kalau sesapa sedar muka aku time tuh, mmg muka tak de harapan dah.

aku tak pernah rasa camnih.

mungkin aku tak rasa camnih jika imaginasi perjalanan idup aku seperti mana yg aku sangkakan. aku sangkakan yg aku akan dapat. namun aku tak dapat job interview dis march. dan sekrang aku kne fight utk interview time summer. itu la permulaan anxiety nih..

Well, its same feeling that i get bila aku tak dapat langsung tawaran masuk mrsm sedangkan aku org yg pukul canang kata borang dah kluar dan siap hantar direct kat pejabat mara KL. alih-alih, 5 tahun juga aku di La Salle.


masa depan yg aku nmpk cerah, dikaburkan
masa depan yg aku rasa sesuai, diragukan


Allah have other plans for me.
dan biasanya aku lmbat utk menyedarinya.


dan bodoh la seseorg itu kalau dia menjalani kehidupan tak rasa apa-apa pengertian pada setiap perkara yg berlaku. setiap perkara.


pada hari yg sama, aku menyinggah disebuah rumah kenalan apabila pulang. dikala berbual bersamanya aku mendapat tahu yg dia akan pulang ke rumah utk solat ketika rehat tghri. dalam masa sejam.

tak rushing ke?

rushing. tapi aku suka. kire takde masa aku nk lepak², kire terisi semuanya.

dush.. itu lah semangat yg aku cari. semangat yg aku miliki hampir 5 tahun dlu. semangat 'to strive and to succeed' sentiasa terbakar. semangat 'no pain no gain' sentiasa menjadi pelali kepenatan. 7/7. 6am-00am. aku sendiri tak tau camne aku hidup dlu. tak caya? tny bonda ku.

padahal 5 tahun dulu, aku cuma seorg pelajar yg mindanya tercetak oleh manipulator-manipulator masyarakat.. mengapa kini, sekarang alhamdulillah terpisah dari mereka, aku tidak bisa mendapat semangat sebegitu?


hari ini aku ditunjukkan sekali lagi.

kali ini dari seorg pelajar perempuan.. yg sudah digelar ibu..

dier membawa anaknya yg masih lagi menyusu ke dalam kelas. (ketawa/suara bayi memang mengamit perasaan). tabah melayan anak dalam kelas sambil mngambil nota, dan membuat kajian peta.

prof² kami? sporting dan siap layan lagi. rilek je meneruskan pengajaran.

semangat non-stop. perserverence. itu yg aku cari. dan tak kisah apa org lain pikir ( honestly kami ok je ada presence seorg bayi dalam kelas ^^ )

mungkin aku hanya reti komplain. mak penah cakap, 'penat yg ko rasa sekarang, sikit je berbanding penat masa ko dah keja, hidup ngan anak bini'.


adam belum berbini pun lagi. suro study je. dah camni. rabak..


mungkin aku yg terlalu risau. memang benar aku jenis org yg terlalu jauh memikirkan satu masalah sehingga terlupa masalah di awalnya.




dimana kedegilan utk mengaku kalah?

mungkin ada dicelah-celah salji musim feveret aku nih yg masih setia.
atau mungkin tersembunyi dibalik kedinginan hati dan perasaan?






wallahualam