Sunday, 21 February 2010

Overlapse Time

Assalamualaikum wbt

Aku biarkan dulu persoalan pada entry sebelum ini. Biar korang fikir habis-habis dulu. ngehehe..
so biar aku sambung dan mengakhiri cerita pengembaraan aku yg aku mulakan tak lama dulu.


Pengembaraan aku di Lyon tidak la se'extravaganza' mana namun ia sudah cukup mengukuhkan persahabatan. Yup, aku pernah melawat Lyon hampir 4 tahun dulu. Masa tuh aku masih hijau di france nih. Jambang belum ada, misai pun belum lebat. Then kali ini aku mengembara sekali lagi tempat ini. Kali ini pada tahun terakhir pengajian. Jambang belum ada, misai dan janggut nipis ( baru cukur mmg la )








Tiada apa-apa perubahan yg berlaku pada bandar ini. Sama sahaja 4 tahun lalu. Basilic masih berada di tempatnya. Theatre Romain masih lagi di tempatnya. Sungai Saone dan Rhone masih lagi mengalir dgn setianya. Sama seperti 4 tahun lalu


Tidak cukup dengan itu setelah aku pulang ke besançon, aku sekali lagi melihat kekuasaan tuhan. Sedikit sebanyak menyedarkan hati yg sentiasa leka dgn Tuhan Maha Pencipta.

Pada hari aku memulakan pengembaraan, aku terpaksa mengharungi salji yg tebal utk ke Gare. Bila aku pulang, jalan yg sama aku lalui tiada pula salji tebal.



Benda normal apa, apa nk heran?



No, put yourself where u didnt know, what day it is, date or time on that moment. Free your mind from the bond of time. For sure, both events passing by in front of your eyes. Like a time lapse.

Kirenya aku membayangkan yg aku seolah-olah tidak langsung mempunyai pengembaraan selama seminggu dan berdiri disitu. Both situation dimana ada salji dan tak bersalji itu akan interconnected. Ia seolah-olah, 'kejap ada kejap takde - di depan mata anda!


Sungguh, allah maha kuasa utk mewujudkan apa yg tiada, dan menghilangkan apa yg wujud.

subhanallah.. subhanallah.. subhanallah..



Benda-benda nih mmg kita tahu normal. Berlaku depan mata kita. Namun pernah tak kita berfikir walaupun sebentar. Kalau terfikir pun sekejap je. Lepas itu lupa. Terlampau sibuk dengan assignment2 dan tugasan2 rasmi.

Cuba kita hitung waktu yg kita spend setiap hari. Then cuba tolak ngan tempoh agak-agak yg anda akan mati.

Jika ada nilai di akhir equation itu, anda mmg jenis yg tak takut akan kehidupan akhirat.

Allah sendiri sendiri bersumpah dengan masa yg manusia sentiasa kerugian. Bukan rugi duit. Bukan rugi saham. Tapi rugi akan tempoh masa kehidupan di dunia. Byk sahaja pengajaran utk diri kita dalam al quran, yg manusia akan merayu utk di kembalikan ke dunia utk menebus kerugian yg mereka hadapi di akhirat.

Harapan itu tidak diendah allah. Kerana setiap dari kita diberi tempoh yg cukup utk hidup di dunia.

Maka apakah kita boleh melepakkan diri atau merilekkan diri dari beramal?

Bagaimana pula dgn mereka yg sedia sibuk? Aku tny kembalikan soalan. anda sibuk dgn apa? Bekerja utk makan? Bergumbira utk menghilang stress kerja? Atau anda sedang berpacaran di alam maya membazir sel-sel otak?

Iblis berjanji depan allah swt, yg dia pasti akan menyesatkan anak cucu adam (al-a'raaf : 17 ) tak kira apa jua cara. Mereka gerenti akan datang kat kita dan membisikkan kejahatan dan mengajak perbuatan yg sia-sia yg pastinya membawa kepada kegelapan hati dan kebutaan jiwa.

Juga diceritakan dalam al-quran yg manusia yg dicampakkan ke neraka akan menuding jari pada syaitan kerana membisikan kejahatan dalam hati kita.

Anda silap besar, yg melakukan kejahatan itu adalah kamu. Ya kamu. Bukan syaitan. Syaitan hanya memberikan extra suggestion.

Jadi jika anda kata anda sibuk melakukan pelbagai kerja2 berfaedah sekalipun, Jika niat itu salah, jika perbuatan baik itu diselangi dgn perbuatan sia-sia. In the end sia-sia juga.


Sesungguhnya manusia itu kerugian..



Ketika aku pulang dari solat isyak, aku perasan akan kewujudan buruj orion berada di kedudukan yg familiar. Sekali gus aku teringatkan akan entry dahulu aku menceritakan mengenainya. Pembaca setia blog ini pasti sedar, itu entry setahun lalu..


Sekejap sahaja bukan?


sesungguhnya manusia itu kerugian


Setiap hari merupakan satu ulang tahun bagi diri kita
Satu ulang tahun utk kita fikirkan, apa yg kita lakukan setahun lepas ketika ini.
Satu ulang tahun utk kita fikirkan, apa yg kita lakukan sebulan lalu ketika ini.
Satu ulang tahun utk kita fikirkan, apa yg kita lakukan seminggu lepas ketika ini.
Satu ulang tahun utk kita fikirkan, apa yg kita lakukan semalam dikala ini.


sesungguhnya manusia itu kerugian

kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar



wallahualam

No comments: