Thursday, 11 February 2010

Malunyerr!!!





Assalamualaikum wbt

Semalam merupakan hari bersejarah buat diri ni. namun ada dua perkara yg berlaku semalam yg menyebabkan aku rasa malu sebagai seorg islam.

Kes 1

aku baru tamat kuliah geologie de la france. ketika pulang aku sempat mengambil diaporama (slide) dari prof utk rujukn dirumah. baru nk bekejaran balik ke rumah utk aktiviti ptg, aku diminta oleh seorg kawan utk tunggu sebentar dan memberikannya cours yg aku ambil itu

ketika di lab komp; dier sempat bertanya qu'est que t'as dans ton clé (apa yg kamu ada dalam pendrive kamu? )

tak sampai 5 saat dier tgk,

t'as pas trié ton clé? (kamu tak susun pendrive kamu? atau dalam kata lain, giler sepah dalam pendrive koo!!)

mmg betul, clé dier lenih tersusun ari aku. stiap file disusun di dalam folder tersendiri.. adeyh, malu gua sebentar sebagai seorg islam..



Kes 2





ptg itu aku melakukan satu aktiviti yg aku tak pernah buat sebelum nih. yakni, panjat bukit time snow masih lagi tebal.

alhamdulillah, bila lagi nk merasa? nnti dah balik msia kempunan nk panjat bukit bersnow plak..

masa nk naik tuh, ada la terserempak ngan sorg pakcik berpakaian sukan mendaki bersama. of course la dier melangkah lebih laju sbb dier joging dgn mendaki.

tak lama dalam 30 min camtuh, kami terserempak sekali lagi. kali ini dia sedang menuruni bukit.

vous passez à gauche? (kamu belok kiri tadi?)

oui..

( mmg aku ambil jalan yg mudah sikit mendaki. yg belah kanan tuh mendaki je all the way sampai atas.. tak sanggup den)

habituellement, je cour le soir avec mes amis. mais aujourd'hui j'ai mal au jambe. donc je cour l'aprés midi tout seul

(biasanya, saya lari waktu petang dgn kawan². hari ni saya sakit kaki. jadi saya lari tghri sensorg)

aku terpinga jap ngan alasan pak cik tuh.

biasanya kalau org hadapi masalah nk lakukan sesuatu, dier cancel jer. tapi pakcik ni, walaupun dia sakit kaki, tapi dier tetap ISTIQAMAH berjoging kat bukit nih.
tak dapat buat full course cam kengkawan dier petang nnti, dapat buat sikit pun jadilah..

malu buat kali kedua utk sekian kalinya.



itu perkara-perkara yg kita sentiasa lalui seharian, namun kalau kita fikir jauh sikit ada pengajarannya. kita tau agama yg kita pegang ini adalah yg terbaik, tapi kenapa ada org lain yg tak faham islam tapi ciri-ciri mereka berbanding kita bagai langit dan bumi?





alhamdulillah.. selain dapat menikmati ciptaan tuhan pada petang semalam, aku ditunjukkan akan perkara tersbut.

bila berada di puncak bukit planoise, aku rasa bagai ingin terbang. paling kurang nk crop permandangan yg aku nmpk dan nk letak dalam bilik. rezeki aku, yg aku sampai dipuncak on that particulier time. alhamdulillah.. lensa kamera tidak dapat menandingi mata ciptaan ilahi.





wallahualam

No comments: