Monday, 11 January 2010

Space

Assalamualaikum wbt

Setelah sekian lama menyepi.. Aku ingin menulis semula.. Bukan sebab persekitaran. Tapi aku mahu. Titik.






Aku tidak sangka yg aku berada hampir di penghujung utara france ketika ini. Seminggu lalu, aku menghadapi tempoh krisis yg teramat sgt. Bulan² sebelumnya juga ada suka duka. Tapi tidak kali ini.

Bulan² lalu aku terlalu sibuk. tugasan demi tugasan datang. Aku menerima. Kerana aku tahu apa yg aku buat ini bermatlamat. Tidak kosong. Tidak sia-sia. Jika niatku kerana allah. Alhamdulillah, dalam perjalanan hidup aku dua bulan lepas, aku memperoleh kemahiran-kemahiran baru. dan aku gembira utk menyalurkan kemahiran² ini utkNya. Kerana aku sentiasa berdoa supaya dipermudahkan aku utk menggunakan setiap kenikmatan, setiap kelebihan, setiap kekuatan yg telah allah berikan pada aku, utk di atas jalanNya.

Dan minggu lepas, ujian paling getir menimpa. walaupun aku mempunyai seminggu utk bersedia menghadapi exam (sehinggakan aku menolak utk hadir reunion terakhir pekom 3), namun aku rasa tak cukup. Ditambah pula dgn krisis² lain. Salah satunya adalah 'kematian silver'

Silver adalah gelaran nama utk komputer aku. Setelah dia genap 3 tahun 2 bukan berkhidmat dgn penuh dedikasi, dia akhir tidak mahu meneruskan tugasnya lagi. Hilang semua data. Hilang semua kerja keras. Hilang seribu satu memori

Tambah lagi satu lagi tugas dalam 'need to do' di dalam application 'A-word'. Alhamdulillah, allah gerakkan hati aku utk membeli ipod touch dari farid suatu ketika dulu. Sebagai 'first right-hand man'. Jadual sekolah.. Need to do.. Need to buy.. dan kadang-kala tempat membaca file² pdf ketika di dalam bas atau sebagai hiburan telinga. Tersusun juga sedikit sebanyak hidup aku nih..

Selesai exam yg aku anggap antara pukulan maut tahun 2010, aku diberi cuti seminggu.

perasaan pertama yg muncul dari hati aku adalah..
aku ingin lari.. lari jauh.. lari dari semua orang..

Mmg benar. aku tak tipu. Entah aku berasa fed-up dan aku ingin membebaskan diri dari apa jua ikatan yg selama ini membelengu jiwa. Aku berperasaan seperti ayam yg baru terlepas dari kabutan benang. Aku berperasaan seperti kambing yg baru terlepas dari tambatan tali

astagfirullah.. astagfirullah.. astagfirullah..

Bagaimana jika ruh aku menjawab ' sudah bersedia utk kembali setelah diajukan 'soalan itu' semula? Bukankah aku berdoa yg aku ingin syahid atau at least berkesudahan yg baik?

astagfirullah.. astagfirullah.. astagfirullah..

mungkin apa yg aku perlukan adalah space.. ruang utk bernafas..

Pengembaraan bermula



Aku kembali mengembara solo. namun pengembaraan kali ini bukan la voyage semata-mata. Allah berikan counter-crisis period ; di mana aku boleh 100% utk diri aku sendiri.

Dapatlah aku susun jadual harian ku kembali. Dapatlah aku menyusun silibus utk mereka yg dicintai. Dapatlah aku membaca sedikit sebanyak pdf² yg ku terima ntah dari mana aku sedut. Pengembaraan seminggu ini utk aku bernafas sebelum aku melakukan pecutan terakhir utk pusingan terakhir.

Apa bezanya dgn duduk dirumah?

Aku rasakan jika aku berada dirumah, aku tidak akan melakukan kerja² itu. minda aku akan kelain. Lagipun, aku rasa bersalah utk tidak menghadirkan diri dalam reunion tempoh hari. Maka pengembaraan ini adalah utk melunaskan hutang aku diatas mereka.

Serampang dua mata.. Masa utk diri di dlm perjalanan train. Masa utk mereka pabila bertemu. Duty and Friendship, dua entiti yg lain tapi sebenarnya seiring.

Tatkala aku mengemas semua data² di dalam Airis (setiausaha sulit dan second right hand ) di dalam train, aku terjumpa beberapa data yg sangkakan aku hilang ketika kematian silver. Allah pandai memujuk hambanya.. Allahuakbar..

Dan allah juga sebenarnya akan memberitahu kita dimana kekurangan dan kelemahan kita.

Ketika aku ingin membalas email dari abgku yg tidak ku bls selama seminggu akibat exam; hati aku terpukul apabila membaca ayat ini. benar-benar terpukul.

Tapi tak sangka Simon yang tepon.

So Simon amcam sikalang? Ada bagus? Tuh la pasal, terlalu sibuk, blog tak update, khabarpun tak tanya, org kat Msia lupa la kejap kat Simon.
Masa balik Msia pun, Simon dah macam YAB, ada ajer schedule, lawatan, majlis untk dirasmikan, riben utk dipotong serta undi yang perlu diraih.

Walaupun aku membaca ayat ini dgn nada abg ku yg sempoi² dan bergurau, namun ia benar² terkesan apa jiwa aku. apakah aku benar² tidak menunaikan hak keluarga juga?

difikirkan balik.. mmg ye..


-aku terlupa yg bapaku pergi haji, (dan masuk seminggu baru nk sms dier kat madinah)
-aku hampir terlupa beday kakak aku (lewat seari)
-aku terlupa wish bday anak abg aku aku
-aku lmbt respon sms yg akak aku bersalin
-aku tak tringat nk bgtau mak event² yg aku hadapi (exam, voyage, sakit jerih) sehingga dah masuk ari kedua gituh la baru bgtau..


astagfirullah.. boleh tahan derhaka plus kacang lupakan kulit juga aku nih..

Duty and Family. Dua entiti yg berbeza dan jarang seiring. Selalu sahaja salah satunya akan terkorban.



aku seminggu ini, aku tempah khas utk dijadikan ruang utk aku. Aku benar-benar inginkan masa utk aku. Aku mmg mahu tempat bernafas. Bukan utk kepentingan diri.. Tapi demi kepentingan org-org disekeliling aku yg aku cintai.



-di bilik daus, lille-




wallahualam

No comments: