Friday, 15 January 2010

Define Space

Assalamualaikum wbt

Pusing-pusing.. toleh, asyik nampak diorg. Toleh-toleh.. pusing, diorg lagi.. Mantap juga diorg. Mana-mana pun ada.

Yup, apa yg aku maksudkan adalah saudara-mara kita dari timur tgh.

Bukan nk complain, but satu situasi yg mana aku ambil ikhtibar sedikit sebanyak. Mungkin ramai sahaja yg melahirkan rasa tak selesa melihat kewujudan mereka di eropah ini.. Termasuk kita yg sememangnya tidak berasal dari eropah.

Dari Lille hingga ke Brussels. Mereka ada je di mana². Petanda baik actually. Adanya mereka pasti ada masjid dan kedai halal bukan?

Mmg ye, kadang-kala perangai mereka sungguh menjengkelkan. Ini dikuatkan lagi dgn satu situasi di mana kita seagama dengan mereka.

Of course malu itu ada, kerana agama yg kita banggakan itu, dicemari oleh segelintir masyarakat tersebut dan seterusnya, masyarakat bukan islam pula melihat apa yg dizahirkan itu dan menganggap itulah perangai org yg beragama islam


Brussels, destinasi yg tak disangka-sangka aku jejaki. Brussels merupakan ibu negeri Belgium. Aku mengenali bendera belgium sejak dari darjah satu. Terima kasih atas permainan gusti pemadam. Yup, pemadam yg berharga 20sen berbendera Belgium menjadi pemadam tambatan aku. hehe..

Perjalanan hanya setengah jam dari Lille. Harga tiket boleh mencecah pada harga yg impossible jika dibeli last minit. Sebuah bandar europah moden yg typical. Cuma lebih ramai warga bukan eropah. Kewujudan warga timur tengah sedikit sebanyak memberi satu 'rasa selamat' bagi aku yg sedang travel nih.

Bagus diorg nih actually. Bukan kata apa, tabik sama mereka yg sanggup keluar dari negara mereka datang ke negara asing untuk berniaga. Berniaga kebab or butchey halal of cos ^^
Ntah camne diorg boleh sanggup datang jauh², semata-mata utk bukak kedai halal kat sebuah negara bukan islam utk pelanggan islam(dan juga org tempatan of cos). Seperti di sebuah kedai di Lille, Taukeh kedai bertudung, membuka kedai kebab ala² Brasserie. No alcohol served. To my suprise, org perancis yg memenuhi kedai tuh!



bila ada permintaan, sudah pasti ada peluang perniagaan


Pemikiran perniagaan. Betul tak? Tapi mereka berfikir lebih jauh actually. Sedikit sebanyak mereka 'menyelamatkan' perut warga islam yg datang melawat / tinggal di europah. Kita kat malaysia dulu tak merasa kepayahan mencari makanan halal demi menjaga iman. Aku masih ingat lagi pengembaraan aku di Rouffiac, sedikit sebanyak mencabar keimanan bila masuk bab makanan. On second thought, aku cam hoping jumpa org arab di perkampungan kecil tuh yg besarnya tak sampai setengah sekolah berasrama penuh.

Mungkin di minda kita kita telah set, bila melancong di europah, manusia berkulit putih, hidung mancung, segak, romantic bergaya di bayangkan. Sudah pasti jika kita menjejakkan kaki di Marseille atau St étienne, kita rasa 'something is not in place'.

Secara peribadi, aku berbangga sedikit sebanyak mereka memenuhi bandar² kat france nih. Cuma perangai itu yg aku rasa tak betul. Kita mmg tak boleh nafikan yg mereka adalah saudara kita. Tapi globalisasi dan rancangan licik musuh islam telah sedikit sebanyak meracuni mereka dan tidak semena² ia sendiri mencari racun kepada bunga penawar utk dunia.

Di europah aku lihat mereka adalah golongan minority, dipaksa hidup merempat, diperguna, generasi muda rosak, terpaksa berusaha lebih keras utk hidup dan mendapat hak seperti org lain.. Di negara tercinta.. sama sahaja situasi nya, cuma ia berlaku pada golongan majority.. merempat di negara sendiri.. hak tersendiri sedikit demi sedikit terhakis.

Jika kita hampiri mereka dan cuba memahami mereka, sudah pasti kita akan sedar mereka mahukan sesuatu. Ia bukan lahir dari mulut mereka tapi dari hati. Kekosongan tersebut terlebih dahulu diisi dengan benda yg tidak sepatutnya di isi. Jahiliyah terlebih dahulu mengesan permintaan ini lalu mereka membuka perniagaan keji. Hati manusia yg kosong itu di bocorkan terlebih dahulu. Apa yg dijual mereka yg terisi sebentar lalu pasti mengalir keluar. Sebab itu masyarakat bagaikan sentiasa tidak berhenti untk mahunya lagi.


bila ada permintaan, sudah pasti ada peluang perniagaan


Apakah, solusi yg paling baik yakni islam tidak diiklankan dengan baik? Apakah ia dioffer pada masyarakat dengan sekadar biasa? Mengapa masyarakat masih memilih jahiliyah sedangkan islam sudah pasti mengisi hati yg kosong itu?



maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30) - Ar Rum



wallahualam

-bilik raiz St Etienne, 14jan-

No comments: