Thursday, 14 January 2010

Air-Time

Assalamualaikum wbt

Sepanjang aku di Lille, byk perkara aku perhatikan. Pengembaraan jiwa selama 4 hari 3 malam mmg tidak dapat dilupakan. Alhamdulillah, Allah masih lagi memaut hatiku dan membenarkan minda aku utk berfikir dan sentiasa mengambil ibrah daripada segala yg berlaku di depan mata.

Perjalanan dari Besançon mengambil masa lebih kurang 4 jam in total. Beg pack yg berat cam berkilo-kilo batu sedikit sebanyak memberi cabaran terhadap tulang belakang utk menampung. Mungkin telah lama beg ini tidak beroperasi sepenuhnya. Ahh.. biarkan sahaja. Sampai bila hendak memanjakan diri.



Walaupun perjalanan paris-lille hanya mengambil sejam, tapi kepenatan badan yg sekian lama berpaut pada badan ini membuatkan aku tertidur sebaik sahaja aku hendak membaca surah Al-Infitar. Aku tidak dapat mengeluarkan syamil aku di dalam beg pack. Alhamdulillah, application alquran di dalam Ipod (yg suatu ketika dulu kepunyaan farid), membolehkan aku tidak berjauhkan dengan kitab panduan hidup manusia.

Kadang-kala aku terbangun. Tidur-tidur ayam. Aku menoleh ke penumpang sebelah yg khusyuk membaca 'Courier International'. Aku perasan headline muka yg dibaca dan ia bukan sesuatu yang seronok utk dilihat

Baru aku sedar halaman yg sedang aku perhatikan itu merupakan column mengenai islam dan masyarakat timur tengah. Pakistan, Iran dan Yaman dilabel sebagai negara bakal chaos dengan peperangan... dan... arahan bertudung itu tiada di dalam al quran. what??!!

Aku melihat wajah pak cik saya membaca artikel itu dengan tidak berkelip-kelip. Dari raut wajah memang muka seorang yg tak tau apa tapi ingin tahu lebih lanjut. Tak leh salahkan dia gak. Pendusta-pendusta kebenaran dapat menulis di saluran-saluran utama menyebabkan masyarakat yg tak tau menjadi konfius dan mendapat fakta yg sememangnya direka utk membelitkan lagi keadaan.

Aku kembali bersandar. Now is the age of deception. There are people that want to know the truth. But the truth is rather buried under a lot fitna's that came from the people who called themselves muslims.. is rather hard when it comes to a situation where you gain one but lose one in the same time. And the enemy loves this kind of situation. Its either we work twice harder or we become a person that equals a thousand.. yet it's not as easy as said.. Most... likely...


monologue dalaman tidak dihabiskan. Tertidur. Bahana berfikir sambil menyandar dan pejam mata




Lille mengalami cuaca yg sejuk dan salji ketika aku menjejakkan kaki. I was expecting a warmer climate since its near to the sea ( i guess).

Yeah, its cold. Its winter. And yet u still have the effort to buy and wore warm clothes during this time of period.

Benar. Seribu kali benar. Mampu.

Di saat aku berada di Lille, banyak perkara berlaku diseluruh dunia. Cuaca sejuk yg extreme melanda eropah. Serangan ke atas konvoi pasukan bola di Togo. Masalah penggunaan kalimah allah di malaysia. Dan tidak lupa juga crisis kemanusian di Palestin.

..Palestin.. hati kecil ku berkata.

Rata-rata di dalam akhbar, isu ini sudah lama basi. Media mahukan isu sensasi. Isu kemanusian yang berulang-ulang di menarik perhatian mereka sehingga isu itu terlalu besar utk ditutup bagai bangkai gajah, baru lah ia muncul di hadapan headline-headline.

Ya benar.. buat apa hendak menyiarkan berita yg langsung tidak berkaitan dengan kami? Tak balik modal. Takda untung. We only give top and latest news.

wait till it happen to your family.. u surely want to let the world know what happen.

Sedikit sebanyak semasa aku di Lille aku membuat refleksi diri. Bagaimana aku sebenarnya sekarang jika dilepas di alam pekerjaan nnti. Komunikasi perlu bijak. News perlu up-to-date. Tidak bersifat 'holier-than-thou' yet memberi inspirasi dari dalam.

Semasa aku di dalam bilik daus keseorangan. Dengan bilik sebesar seperti di Kaestler, suasana bilik yg sentiasa suram, baru aku sedar diri aku tidak boleh hidup stress-free. Boleh jadi dungu dan bebal kot? Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku utk membeli package Airis+3G suatu ketika dulu. Dapat juga aku meneruskan kerja dan tugasan serba sedikit. Ternyata hanya satu ikatan sahaja yg tidak boleh ditanggalkan.

Namun aku kini berada di luar lingkungan satu suasana. Mata aku melihat apa yg apa mereka diluar lihat dimana mata aku seolah-olah tidak nampak semasa aku berada di dalam suasana itu.

Allahuakbar.. Sesungguhnya Kau pemberi petunjuk pada mereka yg mencari dan menginginkan petunjuk

Mereka lebih bekerja keras. Lebih dedicated dengan kerja dan tugas yg mereka terima. Mungkin kehidupan mereka suatu ketika dahulu sgt hectic dgn tugasan belajar dan nota utk dihafal. Tambahan pula dgn bidang yg mereka ceburi, lack of communication and persuasion skills serta tidak mampu mengolah pemikir-pemikir; boleh menempah satu peringkat 'tidak mencapai piawai' sebagai sorg yg capable to survive. Perkara yg mereka rasakan tiada matlamat yg jelas, atau hanya sekadar angan-angan kosong adalah sesuatu yg tidak relevan dan tidak praktikal di zaman ini.



Bandingkan dgn aku yg diberi ruang kelas yg lebih ringan dan byk peluang utk ulang kaji sendiri, ternyata performance aku bagai langit dan bumi. Aku hny tahu mengenai batu. Fakta dan fakta. Apa yg diberi itulah yg perlu dihafal.Tidak berubah seperti kuda-kuda yg dipacu. Di pacu ke kiri, ke kiri la ia. Begitu juga sebaliknya.

Aku masih ingat lagi azam aku ketika memula semester 5, aku ingin perfom seperti aku semester pertama. Aku berniat utk mengurangkan waktu blogging to win some time utk aku mengejar benda-benda yg tertinggal. Benda yg pure fact pun aku tak terkejar, susah la camni.. Apakan daya, azam menjadi angin. Kecewa gak diri ini. kekecewaan ini dirasakan minggu lepas disaat-saat akhir minggu peperiksaan.

Apakah aku tidak mensyukuri nikmat yg diberikan utk belajar disini? Apakah aku mensia-siakan sahaja peluang ini sedangkan ramai lagi yg ingin belajar diluar negara. Ternyata allah telah memilih aku utk ke france tapi..

Tidak perlu aku habiskan ayat itu. Allah sendiri melahirkan jawapan yg sebenar apabila aku diajukan beberapa soalan mengenai penguasaan ilmu dikalangan umat islam ketika makan malam di sebuah kedai arab.

Ilmu mungkin boleh diukur dengan lembaran-lembaran yg ditulis dan berapa bnyk botol dakwat yg dihabiskan. Namun ia seperi pohon yg rompong di dalam. Nampak anggun dan teguh diluar. Namun akan patah dipangkal pabila ditolak. Ini tidak bermaksud ilmu tidak perlu dikejar. Ilmu itu adalah senjata kita utk mempertahankan apa di dalam. Bagai getah keluar apabila pokok dicakar. Apa yg dipelajari perlu dipraktikkan bukan sekadar tahu. Apa yg di dalam yg menentukan apa yg keluar. Pokok yg mempertahankan diri pasti mengeluarkan racun apabila dicakar harimau. Pokok yg tidak kukuh didalam dan tidak punya jati diri mengeluarkan madu yg manis apabila beruang mencakar. Lama-laun tumbang lah pokok itu kerana menjual harga diri dgn harga murah kepada musuh.


....


Berbual time makan memang begitu mengasyikkan. Topik hangat sentiasa menyedapkan lagi rasa makanan. Cuma berbahas ketika ini perlu ada adapnya. Bukankah kita dihadapan rezeki?

perut.. perasaan.. fikiran..

Secara tidak kita sedari, ia amat berkaitan. Seorang anak pasti dapat merasakan kasih sayang ibunya dari masakan. Seorg sahabat pasti akan memasak makanan utk mengambil hati kawannya dan seorg français pasti bermuram durja jika dia sedang lapar tidak makan lagi tghri.

Pada hari terakhir, aku membayar balik budi yg diberi oleh daus. Mee hailam menjadi bayaran, walaupun ia bukan harga yg sama, sebelum aku melangkah keluar utk ke destinasi seterusnya.


wallahualam


-bilik zam, clermont ferrand-

No comments: