Monday, 25 January 2010

Air-gap

Assalamualaikum wbt

Aku meneruskan perjalanan utk destinasi seterusnya

Tiada apa utk dikomplen sepeninggalan aku ke destinasi sebelumnya.

Namun begitu terjadi satu kejadian dimana kita boleh sama-sama amik ikhtibar

Kejadian seperti yg aku akan ceritakan biasanya berlaku pada org² yg confident tapi lalai atau overconfident.
Ketika aku sampai di St etienne, aku benar-benar yakin yg tiket-tiket aku tersimpan di dalam poket jaket aku.
Keyakinan yg aku rasa itu tidak goyah dan tidak perlu kepastian yg berulang utk menyeluk tgn aku ke dalam poket dan memeriksa tiket;

Sehingga lah keyakinan itu luntur lebih kurang pukul 330 dimana aku ingin memeriksa semula waktu perjalanan aku utk ke destinasi seterusnya

Seluk-seluk..

Yg ada cuma...

Tisu
Pen
Buku nota kecik
Dan habuk

Jap, dompet aku mana?

Ok Atas meja tuh...

...

Sah,tinggal dalam train nih semalam, bersama-sama dgn kad 12-25* aku!

Yup baru aku sedar. Setelah 24 jam berada di sini dan nk gerak ke destinasi seterusnya. Alhamdulillah aku tak cepat panic. Aku yakin card aku berada di gare st etienne. Aku ke gare dgn harapan utk dapat kembali tiket dan card 12-25. Hasil? Hanya card tuh jer yg ada. 3 tiket yg masih lagi belom di composté sudah tidak dapat dikesan. Aku terfikir sebentar utk mengakhiri perjalanan. Tapi aku fikir, 2 destinasi seterusnya merupakan destinasi yg paling utama. Antara masa depan dan masa silam. Antara hidup dan mati. Maka, melayang 49€.




Di sini aku nk sentuh sikit pasal keyakinan atau dalam omputih adalah confidence

Percaya atau tidak dalam hidup kita kita perlukan confidence dan confidence yg paling best adalah confident yg susah yg luntur or gegar.

Keyakinan dalam hati manusia perlukan platform yg kukuh utk ia berdiri. Ia satu benda yg boleh dididik. Bukan mudah utk meluntur keyakinan org lain, dan juga bukan mudah utk meyakinkan diri sendiri. Biasanya manusia mengukur keyakinan seseorg dari gaya ia bercakap dan dari gaya dia menjwab soalan² yg dilontar bertujuan utk menggegar keyakinannya.

Namun keyakinan juga dapat dilihat dari segi perbuatan. Sebagai contoh, jika kita menaiki kereta seorg kawan, dari pemanduannya, kita akan mengetahui adakah dia sorg pemandu yg berkeyakinan atau tidak. Dan anda hny benar² yakin selepas anda merasainya sendiri.

Keyakinan bukanlah seperti kek yg memberi kita glukosa segera. Namun kita tidak dapat deny yg jika kita yakin membuat sesuatu, insyaAllah kerja tersebut seakan² lancar seperti air. Jika adapun halangan namun keyakinannya itu dpat mengatasinya, dgn izin Allah.

Keyakinan yg londeh amat mudah dilucutkan dari hati dan sudah pasti dia seorg yg tidak tetap pendiriannya.

Maka yakinkah pendirian kita? Apakah bila kita ditawarkan dengan sesuatu yg indah, pendirian kita terlucut begitu sahaja seiring dengan keyakinan kita?

sejauh manakah keyakinan kita? apakah kita masih yakin walaupun dibentak² dengan persoalan-persoalan atau berhadapan dengan situasi penggegar keyakinan?

[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
- Al Ankabut



wallahualam


-dalam TER-

Friday, 15 January 2010

Define Space

Assalamualaikum wbt

Pusing-pusing.. toleh, asyik nampak diorg. Toleh-toleh.. pusing, diorg lagi.. Mantap juga diorg. Mana-mana pun ada.

Yup, apa yg aku maksudkan adalah saudara-mara kita dari timur tgh.

Bukan nk complain, but satu situasi yg mana aku ambil ikhtibar sedikit sebanyak. Mungkin ramai sahaja yg melahirkan rasa tak selesa melihat kewujudan mereka di eropah ini.. Termasuk kita yg sememangnya tidak berasal dari eropah.

Dari Lille hingga ke Brussels. Mereka ada je di mana². Petanda baik actually. Adanya mereka pasti ada masjid dan kedai halal bukan?

Mmg ye, kadang-kala perangai mereka sungguh menjengkelkan. Ini dikuatkan lagi dgn satu situasi di mana kita seagama dengan mereka.

Of course malu itu ada, kerana agama yg kita banggakan itu, dicemari oleh segelintir masyarakat tersebut dan seterusnya, masyarakat bukan islam pula melihat apa yg dizahirkan itu dan menganggap itulah perangai org yg beragama islam


Brussels, destinasi yg tak disangka-sangka aku jejaki. Brussels merupakan ibu negeri Belgium. Aku mengenali bendera belgium sejak dari darjah satu. Terima kasih atas permainan gusti pemadam. Yup, pemadam yg berharga 20sen berbendera Belgium menjadi pemadam tambatan aku. hehe..

Perjalanan hanya setengah jam dari Lille. Harga tiket boleh mencecah pada harga yg impossible jika dibeli last minit. Sebuah bandar europah moden yg typical. Cuma lebih ramai warga bukan eropah. Kewujudan warga timur tengah sedikit sebanyak memberi satu 'rasa selamat' bagi aku yg sedang travel nih.

Bagus diorg nih actually. Bukan kata apa, tabik sama mereka yg sanggup keluar dari negara mereka datang ke negara asing untuk berniaga. Berniaga kebab or butchey halal of cos ^^
Ntah camne diorg boleh sanggup datang jauh², semata-mata utk bukak kedai halal kat sebuah negara bukan islam utk pelanggan islam(dan juga org tempatan of cos). Seperti di sebuah kedai di Lille, Taukeh kedai bertudung, membuka kedai kebab ala² Brasserie. No alcohol served. To my suprise, org perancis yg memenuhi kedai tuh!



bila ada permintaan, sudah pasti ada peluang perniagaan


Pemikiran perniagaan. Betul tak? Tapi mereka berfikir lebih jauh actually. Sedikit sebanyak mereka 'menyelamatkan' perut warga islam yg datang melawat / tinggal di europah. Kita kat malaysia dulu tak merasa kepayahan mencari makanan halal demi menjaga iman. Aku masih ingat lagi pengembaraan aku di Rouffiac, sedikit sebanyak mencabar keimanan bila masuk bab makanan. On second thought, aku cam hoping jumpa org arab di perkampungan kecil tuh yg besarnya tak sampai setengah sekolah berasrama penuh.

Mungkin di minda kita kita telah set, bila melancong di europah, manusia berkulit putih, hidung mancung, segak, romantic bergaya di bayangkan. Sudah pasti jika kita menjejakkan kaki di Marseille atau St étienne, kita rasa 'something is not in place'.

Secara peribadi, aku berbangga sedikit sebanyak mereka memenuhi bandar² kat france nih. Cuma perangai itu yg aku rasa tak betul. Kita mmg tak boleh nafikan yg mereka adalah saudara kita. Tapi globalisasi dan rancangan licik musuh islam telah sedikit sebanyak meracuni mereka dan tidak semena² ia sendiri mencari racun kepada bunga penawar utk dunia.

Di europah aku lihat mereka adalah golongan minority, dipaksa hidup merempat, diperguna, generasi muda rosak, terpaksa berusaha lebih keras utk hidup dan mendapat hak seperti org lain.. Di negara tercinta.. sama sahaja situasi nya, cuma ia berlaku pada golongan majority.. merempat di negara sendiri.. hak tersendiri sedikit demi sedikit terhakis.

Jika kita hampiri mereka dan cuba memahami mereka, sudah pasti kita akan sedar mereka mahukan sesuatu. Ia bukan lahir dari mulut mereka tapi dari hati. Kekosongan tersebut terlebih dahulu diisi dengan benda yg tidak sepatutnya di isi. Jahiliyah terlebih dahulu mengesan permintaan ini lalu mereka membuka perniagaan keji. Hati manusia yg kosong itu di bocorkan terlebih dahulu. Apa yg dijual mereka yg terisi sebentar lalu pasti mengalir keluar. Sebab itu masyarakat bagaikan sentiasa tidak berhenti untk mahunya lagi.


bila ada permintaan, sudah pasti ada peluang perniagaan


Apakah, solusi yg paling baik yakni islam tidak diiklankan dengan baik? Apakah ia dioffer pada masyarakat dengan sekadar biasa? Mengapa masyarakat masih memilih jahiliyah sedangkan islam sudah pasti mengisi hati yg kosong itu?



maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30) - Ar Rum



wallahualam

-bilik raiz St Etienne, 14jan-

Thursday, 14 January 2010

Air-Time

Assalamualaikum wbt

Sepanjang aku di Lille, byk perkara aku perhatikan. Pengembaraan jiwa selama 4 hari 3 malam mmg tidak dapat dilupakan. Alhamdulillah, Allah masih lagi memaut hatiku dan membenarkan minda aku utk berfikir dan sentiasa mengambil ibrah daripada segala yg berlaku di depan mata.

Perjalanan dari Besançon mengambil masa lebih kurang 4 jam in total. Beg pack yg berat cam berkilo-kilo batu sedikit sebanyak memberi cabaran terhadap tulang belakang utk menampung. Mungkin telah lama beg ini tidak beroperasi sepenuhnya. Ahh.. biarkan sahaja. Sampai bila hendak memanjakan diri.



Walaupun perjalanan paris-lille hanya mengambil sejam, tapi kepenatan badan yg sekian lama berpaut pada badan ini membuatkan aku tertidur sebaik sahaja aku hendak membaca surah Al-Infitar. Aku tidak dapat mengeluarkan syamil aku di dalam beg pack. Alhamdulillah, application alquran di dalam Ipod (yg suatu ketika dulu kepunyaan farid), membolehkan aku tidak berjauhkan dengan kitab panduan hidup manusia.

Kadang-kala aku terbangun. Tidur-tidur ayam. Aku menoleh ke penumpang sebelah yg khusyuk membaca 'Courier International'. Aku perasan headline muka yg dibaca dan ia bukan sesuatu yang seronok utk dilihat

Baru aku sedar halaman yg sedang aku perhatikan itu merupakan column mengenai islam dan masyarakat timur tengah. Pakistan, Iran dan Yaman dilabel sebagai negara bakal chaos dengan peperangan... dan... arahan bertudung itu tiada di dalam al quran. what??!!

Aku melihat wajah pak cik saya membaca artikel itu dengan tidak berkelip-kelip. Dari raut wajah memang muka seorang yg tak tau apa tapi ingin tahu lebih lanjut. Tak leh salahkan dia gak. Pendusta-pendusta kebenaran dapat menulis di saluran-saluran utama menyebabkan masyarakat yg tak tau menjadi konfius dan mendapat fakta yg sememangnya direka utk membelitkan lagi keadaan.

Aku kembali bersandar. Now is the age of deception. There are people that want to know the truth. But the truth is rather buried under a lot fitna's that came from the people who called themselves muslims.. is rather hard when it comes to a situation where you gain one but lose one in the same time. And the enemy loves this kind of situation. Its either we work twice harder or we become a person that equals a thousand.. yet it's not as easy as said.. Most... likely...


monologue dalaman tidak dihabiskan. Tertidur. Bahana berfikir sambil menyandar dan pejam mata




Lille mengalami cuaca yg sejuk dan salji ketika aku menjejakkan kaki. I was expecting a warmer climate since its near to the sea ( i guess).

Yeah, its cold. Its winter. And yet u still have the effort to buy and wore warm clothes during this time of period.

Benar. Seribu kali benar. Mampu.

Di saat aku berada di Lille, banyak perkara berlaku diseluruh dunia. Cuaca sejuk yg extreme melanda eropah. Serangan ke atas konvoi pasukan bola di Togo. Masalah penggunaan kalimah allah di malaysia. Dan tidak lupa juga crisis kemanusian di Palestin.

..Palestin.. hati kecil ku berkata.

Rata-rata di dalam akhbar, isu ini sudah lama basi. Media mahukan isu sensasi. Isu kemanusian yang berulang-ulang di menarik perhatian mereka sehingga isu itu terlalu besar utk ditutup bagai bangkai gajah, baru lah ia muncul di hadapan headline-headline.

Ya benar.. buat apa hendak menyiarkan berita yg langsung tidak berkaitan dengan kami? Tak balik modal. Takda untung. We only give top and latest news.

wait till it happen to your family.. u surely want to let the world know what happen.

Sedikit sebanyak semasa aku di Lille aku membuat refleksi diri. Bagaimana aku sebenarnya sekarang jika dilepas di alam pekerjaan nnti. Komunikasi perlu bijak. News perlu up-to-date. Tidak bersifat 'holier-than-thou' yet memberi inspirasi dari dalam.

Semasa aku di dalam bilik daus keseorangan. Dengan bilik sebesar seperti di Kaestler, suasana bilik yg sentiasa suram, baru aku sedar diri aku tidak boleh hidup stress-free. Boleh jadi dungu dan bebal kot? Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku utk membeli package Airis+3G suatu ketika dulu. Dapat juga aku meneruskan kerja dan tugasan serba sedikit. Ternyata hanya satu ikatan sahaja yg tidak boleh ditanggalkan.

Namun aku kini berada di luar lingkungan satu suasana. Mata aku melihat apa yg apa mereka diluar lihat dimana mata aku seolah-olah tidak nampak semasa aku berada di dalam suasana itu.

Allahuakbar.. Sesungguhnya Kau pemberi petunjuk pada mereka yg mencari dan menginginkan petunjuk

Mereka lebih bekerja keras. Lebih dedicated dengan kerja dan tugas yg mereka terima. Mungkin kehidupan mereka suatu ketika dahulu sgt hectic dgn tugasan belajar dan nota utk dihafal. Tambahan pula dgn bidang yg mereka ceburi, lack of communication and persuasion skills serta tidak mampu mengolah pemikir-pemikir; boleh menempah satu peringkat 'tidak mencapai piawai' sebagai sorg yg capable to survive. Perkara yg mereka rasakan tiada matlamat yg jelas, atau hanya sekadar angan-angan kosong adalah sesuatu yg tidak relevan dan tidak praktikal di zaman ini.



Bandingkan dgn aku yg diberi ruang kelas yg lebih ringan dan byk peluang utk ulang kaji sendiri, ternyata performance aku bagai langit dan bumi. Aku hny tahu mengenai batu. Fakta dan fakta. Apa yg diberi itulah yg perlu dihafal.Tidak berubah seperti kuda-kuda yg dipacu. Di pacu ke kiri, ke kiri la ia. Begitu juga sebaliknya.

Aku masih ingat lagi azam aku ketika memula semester 5, aku ingin perfom seperti aku semester pertama. Aku berniat utk mengurangkan waktu blogging to win some time utk aku mengejar benda-benda yg tertinggal. Benda yg pure fact pun aku tak terkejar, susah la camni.. Apakan daya, azam menjadi angin. Kecewa gak diri ini. kekecewaan ini dirasakan minggu lepas disaat-saat akhir minggu peperiksaan.

Apakah aku tidak mensyukuri nikmat yg diberikan utk belajar disini? Apakah aku mensia-siakan sahaja peluang ini sedangkan ramai lagi yg ingin belajar diluar negara. Ternyata allah telah memilih aku utk ke france tapi..

Tidak perlu aku habiskan ayat itu. Allah sendiri melahirkan jawapan yg sebenar apabila aku diajukan beberapa soalan mengenai penguasaan ilmu dikalangan umat islam ketika makan malam di sebuah kedai arab.

Ilmu mungkin boleh diukur dengan lembaran-lembaran yg ditulis dan berapa bnyk botol dakwat yg dihabiskan. Namun ia seperi pohon yg rompong di dalam. Nampak anggun dan teguh diluar. Namun akan patah dipangkal pabila ditolak. Ini tidak bermaksud ilmu tidak perlu dikejar. Ilmu itu adalah senjata kita utk mempertahankan apa di dalam. Bagai getah keluar apabila pokok dicakar. Apa yg dipelajari perlu dipraktikkan bukan sekadar tahu. Apa yg di dalam yg menentukan apa yg keluar. Pokok yg mempertahankan diri pasti mengeluarkan racun apabila dicakar harimau. Pokok yg tidak kukuh didalam dan tidak punya jati diri mengeluarkan madu yg manis apabila beruang mencakar. Lama-laun tumbang lah pokok itu kerana menjual harga diri dgn harga murah kepada musuh.


....


Berbual time makan memang begitu mengasyikkan. Topik hangat sentiasa menyedapkan lagi rasa makanan. Cuma berbahas ketika ini perlu ada adapnya. Bukankah kita dihadapan rezeki?

perut.. perasaan.. fikiran..

Secara tidak kita sedari, ia amat berkaitan. Seorang anak pasti dapat merasakan kasih sayang ibunya dari masakan. Seorg sahabat pasti akan memasak makanan utk mengambil hati kawannya dan seorg français pasti bermuram durja jika dia sedang lapar tidak makan lagi tghri.

Pada hari terakhir, aku membayar balik budi yg diberi oleh daus. Mee hailam menjadi bayaran, walaupun ia bukan harga yg sama, sebelum aku melangkah keluar utk ke destinasi seterusnya.


wallahualam


-bilik zam, clermont ferrand-

Monday, 11 January 2010

Space

Assalamualaikum wbt

Setelah sekian lama menyepi.. Aku ingin menulis semula.. Bukan sebab persekitaran. Tapi aku mahu. Titik.






Aku tidak sangka yg aku berada hampir di penghujung utara france ketika ini. Seminggu lalu, aku menghadapi tempoh krisis yg teramat sgt. Bulan² sebelumnya juga ada suka duka. Tapi tidak kali ini.

Bulan² lalu aku terlalu sibuk. tugasan demi tugasan datang. Aku menerima. Kerana aku tahu apa yg aku buat ini bermatlamat. Tidak kosong. Tidak sia-sia. Jika niatku kerana allah. Alhamdulillah, dalam perjalanan hidup aku dua bulan lepas, aku memperoleh kemahiran-kemahiran baru. dan aku gembira utk menyalurkan kemahiran² ini utkNya. Kerana aku sentiasa berdoa supaya dipermudahkan aku utk menggunakan setiap kenikmatan, setiap kelebihan, setiap kekuatan yg telah allah berikan pada aku, utk di atas jalanNya.

Dan minggu lepas, ujian paling getir menimpa. walaupun aku mempunyai seminggu utk bersedia menghadapi exam (sehinggakan aku menolak utk hadir reunion terakhir pekom 3), namun aku rasa tak cukup. Ditambah pula dgn krisis² lain. Salah satunya adalah 'kematian silver'

Silver adalah gelaran nama utk komputer aku. Setelah dia genap 3 tahun 2 bukan berkhidmat dgn penuh dedikasi, dia akhir tidak mahu meneruskan tugasnya lagi. Hilang semua data. Hilang semua kerja keras. Hilang seribu satu memori

Tambah lagi satu lagi tugas dalam 'need to do' di dalam application 'A-word'. Alhamdulillah, allah gerakkan hati aku utk membeli ipod touch dari farid suatu ketika dulu. Sebagai 'first right-hand man'. Jadual sekolah.. Need to do.. Need to buy.. dan kadang-kala tempat membaca file² pdf ketika di dalam bas atau sebagai hiburan telinga. Tersusun juga sedikit sebanyak hidup aku nih..

Selesai exam yg aku anggap antara pukulan maut tahun 2010, aku diberi cuti seminggu.

perasaan pertama yg muncul dari hati aku adalah..
aku ingin lari.. lari jauh.. lari dari semua orang..

Mmg benar. aku tak tipu. Entah aku berasa fed-up dan aku ingin membebaskan diri dari apa jua ikatan yg selama ini membelengu jiwa. Aku berperasaan seperti ayam yg baru terlepas dari kabutan benang. Aku berperasaan seperti kambing yg baru terlepas dari tambatan tali

astagfirullah.. astagfirullah.. astagfirullah..

Bagaimana jika ruh aku menjawab ' sudah bersedia utk kembali setelah diajukan 'soalan itu' semula? Bukankah aku berdoa yg aku ingin syahid atau at least berkesudahan yg baik?

astagfirullah.. astagfirullah.. astagfirullah..

mungkin apa yg aku perlukan adalah space.. ruang utk bernafas..

Pengembaraan bermula



Aku kembali mengembara solo. namun pengembaraan kali ini bukan la voyage semata-mata. Allah berikan counter-crisis period ; di mana aku boleh 100% utk diri aku sendiri.

Dapatlah aku susun jadual harian ku kembali. Dapatlah aku menyusun silibus utk mereka yg dicintai. Dapatlah aku membaca sedikit sebanyak pdf² yg ku terima ntah dari mana aku sedut. Pengembaraan seminggu ini utk aku bernafas sebelum aku melakukan pecutan terakhir utk pusingan terakhir.

Apa bezanya dgn duduk dirumah?

Aku rasakan jika aku berada dirumah, aku tidak akan melakukan kerja² itu. minda aku akan kelain. Lagipun, aku rasa bersalah utk tidak menghadirkan diri dalam reunion tempoh hari. Maka pengembaraan ini adalah utk melunaskan hutang aku diatas mereka.

Serampang dua mata.. Masa utk diri di dlm perjalanan train. Masa utk mereka pabila bertemu. Duty and Friendship, dua entiti yg lain tapi sebenarnya seiring.

Tatkala aku mengemas semua data² di dalam Airis (setiausaha sulit dan second right hand ) di dalam train, aku terjumpa beberapa data yg sangkakan aku hilang ketika kematian silver. Allah pandai memujuk hambanya.. Allahuakbar..

Dan allah juga sebenarnya akan memberitahu kita dimana kekurangan dan kelemahan kita.

Ketika aku ingin membalas email dari abgku yg tidak ku bls selama seminggu akibat exam; hati aku terpukul apabila membaca ayat ini. benar-benar terpukul.

Tapi tak sangka Simon yang tepon.

So Simon amcam sikalang? Ada bagus? Tuh la pasal, terlalu sibuk, blog tak update, khabarpun tak tanya, org kat Msia lupa la kejap kat Simon.
Masa balik Msia pun, Simon dah macam YAB, ada ajer schedule, lawatan, majlis untk dirasmikan, riben utk dipotong serta undi yang perlu diraih.

Walaupun aku membaca ayat ini dgn nada abg ku yg sempoi² dan bergurau, namun ia benar² terkesan apa jiwa aku. apakah aku benar² tidak menunaikan hak keluarga juga?

difikirkan balik.. mmg ye..


-aku terlupa yg bapaku pergi haji, (dan masuk seminggu baru nk sms dier kat madinah)
-aku hampir terlupa beday kakak aku (lewat seari)
-aku terlupa wish bday anak abg aku aku
-aku lmbt respon sms yg akak aku bersalin
-aku tak tringat nk bgtau mak event² yg aku hadapi (exam, voyage, sakit jerih) sehingga dah masuk ari kedua gituh la baru bgtau..


astagfirullah.. boleh tahan derhaka plus kacang lupakan kulit juga aku nih..

Duty and Family. Dua entiti yg berbeza dan jarang seiring. Selalu sahaja salah satunya akan terkorban.



aku seminggu ini, aku tempah khas utk dijadikan ruang utk aku. Aku benar-benar inginkan masa utk aku. Aku mmg mahu tempat bernafas. Bukan utk kepentingan diri.. Tapi demi kepentingan org-org disekeliling aku yg aku cintai.



-di bilik daus, lille-




wallahualam