Tuesday, 6 October 2009

The spy and The crow

Assalamualaikum wbt




A spy at the bus stand

Huff huff!!

Berlari ke arah station bas vesoul. Oleh kerana tiada bas yg ke gare di depan umh, aku terpaksa berlari-lari ke sana utk pergi ke gare utk ke paris pada pukul 706 pagi

Sebaik saja sampai di hentian bas, aku menghelakan nafas lega kerana masih lagi ada 3 min sebelum bas tiba.

'vous regardez ça' (kamu tgk nih)

Seorg Pakcik yg juga sedang menunggu bas menunjukkan kami halaman depan suratkhabar tempatan. gambar menunjukkan beberapa org wanita puak asli afrika sedang tunjuk perasaan dgn berbogel.

"kena bantu diorg secara hand to hand. bukannya memajukan dengan mengambil tanah mereka utk buat pusat beli belah. kalau beri peluang pekerjaan pun, diorg keje tukang sapu. itupun bukan semua yg dapat. yg lain?"

ayat pakcik tuh membuatkan aku terfikir pasal malaysia.

"pakcik pernah kerja dalam bahagian perisikan. macam china dan india. diorg akan jatuh semula kerana terlalu pesat membangun. pembangunan disekeliling terlalu pesat dan tertumpu pada sesuatu tempat sahaja. penduduk² di pendalaman pula tidak dapat pekerjaan kerana tidak mempunyai pendidikan yg cukup despite tanah mereka diambil utk pembangunan. suatu hari nanti mereka akan memberontak."

perisikan? cepat benor pakcik nih compromise diri dia..

"macam generasi skrg, dgn handphone dan sebagainya. masing² dah lalai. kemajuan terlalu pesat sehingga generasi muda tidak dapat berintregrasi dgn kemodenan amat mengasyikan. pakcik pernah berkhidmat semasa di vietnam dan berhenti sebelum afghanistan pakcik tgk, org perancis nih tak tahu apa² pun sebenarnya. dgn budaya malasnya, lebih pentingkan diri sendiri.."

afghanistan? quand même tua gak la pakcik nih

Tidak sedar yg bas telah lewat 6 min. Setelah meminta izin pergi, bermula sekali lagi adegan berlari-lari. Kali ini ke arah ke gare.




*****

Memang benar kata org, satu saat boleh membezakan segalanya.

utk aku, saat itu telah membezakan aku either terlepas train ataupun tidak.

Aku telah mengambil risiko utk mengambil tiket yg terlebih dahulu dimana aku telah beli di internet tempoh hari.

Namun aku lmbt 30 saat. Sebaik sahaja tiket dicetak keluar, pintu train mula tertutup. Perasaan tertinggal train kerana lmbt kurang dari seminit amat pahit sekali, walaupun telah berkali-kali mengalaminya.

Setelah tiket ditukar, kaki melangkah perlahan pulang ke rumah. Train seterusnya pada pukul 906 pagi. Nampaknya, aku terpaksa membatalkan hasrat aku utk bersiar-siar di paris pagi itu, memandangkan majlis jamuan hari raya bersama PM pada petang hari

Namun segala peristiwa pasti ada hikmah. Hayunan langkah yg perlahan membolehkan aku menikmati kesunyian dan kenyamanan pagi ahad. Dan allah menunjukkan sesuatu yg kita selama ini kerap terlepas pandang.



The crow

Mata ini memandang langit tatkala segerombolan gagak sedang terbang ke arah utara-timur. Selama ini aku berpeluang melihat mereka sedang terbang pulang ke hutan berdekatan. Namun kali ini aku melihat mereka sedang terbang tinggi utk mencari rezeki, bahkan aku rasa mereka keluar lebih awal dari burung-burung lain kerana alam masih belum lagi dihiasi dengan kicauan burung pagi.

Kepala ini agak lama mendongak sambil berjalan.

yg depan sekali tuh mesti ketua; tgh leading ke destinasi yg kat tepi² tuh, mesti tgh jaga anak² buah supaya tak terkeluar dari formasi dan yg belakang sekali tuh sweeper, utk pastikan takde yg tertinggal kat belakang.

Tapi, ada juga gagak yg terkial kial mengejar kelompok utama. bangun lambat sikit kot. kalau main group buat tak tau mesti dia lama-kelamaan akan terpisah dan menyendiri..



Terdapat perbezaan ketara gagak eropah dgn gagak di malaysia

Gagak di europah lebih besar dan biasanya akan menyerang tapak semaian pertanian atau ladang yg baru sahaja di tuai manakala gagak malaysia lebih tertumpu di tapak perlupusan sampah, berlagak terratorial dgn menghambat burung2 lain ( senang cerita, penyangak udara la). mungkin sebab pemakanan agaknya. pemakanan yg tidak sehat menjadikan anda tak betul ^^

Gagak eropah jarang berbunyi. Jika berbunyi pun apabila dia solo, bertengek di tempat tinggi dengan suara yg agak dalam dan garau. Sbb itu gagak selalu dikaitkan perasaan eerie ditempat tandus,mati atau suram. ala-ala, 'if i'm here, that shows there is no living being here'

Gagak di malaysia... Hmm, lain sikit. Mungkin sbb mereka hidup dengan memakan sampah manusia, dan hidup di cuaca panas, mereka lebih agresif dan pastinya lebih menjengkelkan. Kadang kala peningkatan jumlah mereka kerana membiak secara mendadak menganggu ketenteraman awam.

Pernah terjadi, majlis bandaraya klang terpaksa langkah drastik utk menghalau gagak yg membiak di belakang hospital tengku ampuan rahimah suatu ketika dahulu. Ya, klang memang terkenal dgn jumlah gagak yg agak tinggi. Ia bermula dengan kemasukan imigran dari india yg membawa gagak sebagai binatang peliharaan ketika zaman explotasi bhn mentah di tanah melayu oleh british.

aiyoo.. dah jelas sistem diorg tak boleh pergi jauh, awat nk continue juga sistem diorg? tinggalkan idea nenek moyang yg ternyata kolot itu, terutama sistem pendidikan



Terfikir tak yg sebenarnya gagak ada memainkan peranan dalam bidang pendidikan awal manusia?

Dari cerita gagak kehausan mengisi botol dgn batu utk minum hingga ke gagak tertipu oleh musang kerana kerana perasan suara sedap; ia menghiasi dunia dongeng dengan memberi pengajaran dan inspirasi si cilik.

bukan itu sahaja, ia juga telah memberi inspirasi kepada manusia utk menguruskan mayat semasa peristiwa pembunuhan pertama di muka bumi.

dengan izin allah, seekor gagak telah menanam saudara yg mati itu dgn menggali tanah dgn paruhnya telah memberi idea kepada Qabil utk menanam mayat Nabil yg dibunuhnya itu
(rujuk al-maidah 27-32)


tapi tiada yg lebih baik dari al-quran kan?


Gagak/crow/corbeau (Corvus corvidae) adalah spesis burung yg mempunyai survival rate yg tinggi kerana senang mengadaptasi kawasan sekitarnya. setelah melakukan beberapa kajian, spesis di eropah ini adalah Raven (Corvus corax). so tak hairanlah terdapat perbezaan dari segi pemakanan dgn gagak di malaysia. Apapun mereka adalah haiwan yg dikategorikan sebagai haiwan 'pembersih bumi' yakni haiwan yg memakan benda yg sedang mereput (bijian kering/rosak, bangkai, you name it)

Tugas mereka sama seperti lalat, dung-bettle, burung botak dan bakteria pereput, memastikan bumi ini sentiasa bersih dari kekotoran. Ye la, walaupun kerja halal, saapa nk jadi pengutip sampah? Mana taknyer, masyarakat sentiasa memandang rendah kerja2 support dan menjadikan mereka tak sepopular/dihormati seperti pemenang realiti tv.

Walaupun gagak tidak mempunyai suara yg merdu, hanya berwarna hitam sahaja, namun gagak adalah spesis burung yg tinggi kebijaksanaannya.

Tak caya?

Bukan ke gagak msia pandai mencuri hanger baju utk dijadikan sarang?



Gaak.... Gaak... Itu la bunyi seekor gagak yg bertenggek nun dihujung atas sebuah appartement.
Bunyinya sendiri telah menggambarkan namanya

Alam sekali lagi memujuk aku pagi ini. Allah memberi aku peluang utk memerhatikan alam. Aku masih lagi sedang berjalan. Aku kira tinggal 5 min sahaja lagi sebelum aku sampai ke appartement.

Semasa aku melintas jalan tiba-tiba aku teringatkan sesuatu yg membuatkan aku tersenyum

Mungkin allah juga hendak menjaga janjiku pada diri suatu ketika 3 tahun dulu di mana, aku hendak explore paris dgn bakal zaujah aku. Bukankah lebih sweet berkongsi pengalaman baru dengan org tercinta yg sah? ^^

Sekian, wallahualam

2 comments:

Ais Kacang said...

..part burung tu......
memang sgt mengagumkan ! Betul :D
ehem ! mmg~ sweet.. =P Tapi lg sweet kalau ajak sy dgn Jihan pergi wedding awk :P

Zulkifli Zakharov said...

barakallahu lakuma