Monday, 12 October 2009

jawapannya adalah...

salam wbt.


hehe.. mari kita tgk one more time gambar tuh









dah puas pikir dah?



jawapannya adalah...









BIJI BENIH!!











hehe, dah dekat dah jawapan daun tuh, (sebab part of a tree). hehe.. nampaknya hadiah misteri itu kekal misteri ^^


Terkesima oleh


Aku terpandangkan biji benih ni pada satu tghri ketika group ketuk-batu aku sedang lunch di salah sebuah tinggalan kota di atas puncak Bukit Chaudanne.

Pada mulanya aku ingatkan serangga yg terbang, rupanya² biji benih! cara terbangnya sungguh memukau. cam helicopter!

Bila aku duk perhati.. perhati.. rupanya² diorg floating dgn keadaan 'sebelah sayap' dengan bantuan angin. menakjubkan bukan? sbb minda kita dah set, kalau nk terbang (or at least float) kena ada pair of wings. Tapi alam mengatakan salah!


Analisis


Mungkin sebab otak aku sepanjang 3 minggu lalu dipenuhi fakta² batu, aku boleh tiba-tiba berminat mengenai tumbuhan pada hari itu.

sebiji benih aku kutip dan aku analisis.

tak cukup dgn itu aku pergi ke arah pokok berkenanan dan perhatikan setiap batang. (yg kelakarnya masa tuh aku tak tau pun nama pokok itu apa)

to my suprise, 'wing-frame' benih itu adalah akar dan 'sayap' benih benar² kering, nipis, dan sensitif udara. for sure a 'one-wing' thing will drop like a fly kan? tapi tidak. This seed, engineered by God, boleh float atas udara dengan bantuan angin!


Adaptasi

Sebagaimana yg kita tahu, tumbuhan akan mengadaptasi keadaan sekeliling TANPA mengubah fitrah asal tumbuhahan

Apa fitrah asal tumbuhan? guna cahaya matahari, CO2, ion² mineral utk lakukan fotosintesis membebaskan O2

Hasil fotosintesis adalah gula ringkas yg digunakan utk tumbesaran pokok, or jana buah/benih utk pembiakan spesisnya.

Setuju atau tidak yg pokok berbeza mengikut cuaca even ketinggian dari paras laut? jika semua pokok sama jenis, maka dia hny survive di satu² tempat yg spesifik sahaja.

Ini datang adaptasi.

Cam pokok kelapa mempunyai benih berongga utk terapung, benih bakau memanjang kebawah utk memudahkan cacak di atas lumpur, bunga rumput mempunya kapas dihujung utk terapung diudara dan juga buah durian yg menghasikan bau dan rasa yg sedap sehingga melihat jari.

Namun fitrah masih tidak dilanggar. bahkan benih ini mengadaptasi berlandaskan fitrahnya.

tak paham?

ok, setuju tak yg akar tumbuh ke bawah (ke arah graviti) dan pucuk ke atas (melawan graviti)?

stuju?

setuujuuuu..




aku dapat perhatikan yg benih nih sewaktu di atas pokok, wing-frame yakni akarnya bertumbuh ke bawah!

menakjubkan bukan?


Pengajaran

kita sebagai manusia juga perlu adaptasi dengan suasana disekelilingnya TANPA mengubah fitrah sebagai seorg manusia.

personaly, aku sentiasa ada masalah dengan masa. semasa aku cerita pasal aku tertinggal train, bonda dgn rilek perli aku sentiasa buat kerja last minit (huhu.. aku dah beli tiket awal la.. mesin tuh jer yg lambat proses..)

masa adalah suatu benda yg sukar diberi deifini yg tepat (dan ia invisible). bahkan allah bersumpah dengan masa, yg kita manusia sentiasa kerugian. (Rujuk surah al-asr)



boleh kah kita mengadaptasi dgn masa?

jawapannya saya yakin boleh

biar betol nih??


haha, senang jer. kita adaptasi dengan menggunakan jadual dan perancangan. tapi kadang² kita still rasa tak cukup masa dan kadang² rasa penat mengikut jadual yg rasanya sama jer setiap minggu. (tak ubah cam robot)

rasa penat itu menunjukkan jadual yg anda buat tidak menepati dengan diri. so kene alter sedikit jadual itu. ini pun nama adaptasi gak.

yg paling bahaya adalah buat jadual menggila seperti tidak tidur, tidak makan mahupun tidak membaca apa² perkembangan dunia. ini dinamakan tidak ikut fitrah manusia.

cara paling kuno tapi still org pakai utk gain masa adalah kurangkan benda² yg disebut di atas. tapi tak boleh sekali gus. sedikit demi sedikit adaptasi itu dilakukan. sebagai contoh ingin tidur 4 jam sehari tapi kita dah biasa tidur 8 jam. seminggu dua boleh ikut, lepas tuh penat. ini pentingkan ambil langkah sedikit demi sedikit. mula² tidur 7 jam dulu ke.. 6 jam ke..

satu lagi adalah waktu makan. yup waktu makan juga adalah time consuming kalau kira dari nk siap bhn, masak dan kemas (belom waktu beli brg lagi). tuh yg ramai jer student yg tak makan atau takat makan gituh² je atau makan apa yg ada bila lapar.



bab makan kalau tak kene gaya boleh membahayakan kesihatan mahupun jiwa (tensen tgk kita kurang makan tapi still tak kurus²)

aku nk kongsi satu tips yg bebaru nih aku dapat semasa sortie terrain.

  • pagi : bedal nasi ngan apa lauk yg ada. cth, nasi+serunding+salad. aku bantai heavy awal supaya tak lapar tghri. (time nih rebus la spegetti/kuskus utk malam)
  • tghri : masa sortie aku bedal sandwich. kalau kelas nih, aku aim utk tidak makan. bawakla buah sebijik ke.. dah saving masa lunch, boleh ge BU utk buat keje yg ada
  • malam : rembat spegetti ngan kuah pilihan/ciptaan. cth spegetti+sauce+serunding ke.. target habis makan b4 tujuh malam. (time nih masak nasi utk pagi sok)

kenapa cara nih?
pagi leh bantai berat sbb nk pakai tenaga the whole day. tapi agak risky utk tertidur dalam kuliah. malam tuh makan awal so tak ngantuk around 10 n tak makan nasi malam utk elak ngantuk gak.

sedikit sebanyak ada gak aku gain masa dari sini sbb malam mmg makannya simple. but prob gak biler ada teman serumah. anda terpaksa latih nafsu anda utk makan lauk yg kawan anda/ anda masak pagi esok. hehe

tips ini sgt sesuai kalau anda puasa ^^ (aku akan cerita lagi dalam post lain insyaAllah)


kadang² kita terlalu ingin gain masa, sehingga benda² yg essentiel pun kita pendekkan. pendekkan doa.. pendekkan sujud.. pendekkan zikir.. pendekkan itu pendekkan ini.. yg paling teruk adalah tak buat langsung. ini bukan adaptasi, tapi mutasi!


perlu diingatkan bahawa tiada alasan lain utk tidak mengikuti apa yg digariskan allah melalui al quran yakni beribadat kepadaNya dan menjadi khalifah.


kesimpulan

kita sentiasa mengaptasi keadaan di sekeliling walau sedar atau tidak. dan biasanya adaptasi itu memakan masa dan pasti akan melalui period 'kena-berubah-gak-ke? tak-nk-ubah-boleh?'..
haha tak caya? ingat lagi ketika anda baru masuk darjah satu/asrama/fly selepas selesa duk kat rumah? =p

-sekian-


p/s : benih tuh adalah benih pokok acer atau lebih dikenali sebagai Maple. Daun pokok Maple di gunakan kat logo Bendera Canada ^^

1 comment:

Anis Liyana said...

salam...

nk share satu tips yg insyaAllah berkesan...

Sentiasa berdoa pada Allah supaya diberi keberkatan waktu/masa.

Korg pernah tak rasa, satu hari yg sgt byk kerja kita mampu buat n satu hari yg sikit jer kerja yg mampu kita buat.. wlaupun waktu yg digunakan di kedua2 hari sama sahaja. yg beza kat sini, keberkatan waktu tue...

Cth lain, kadang2 kita tdo x ckup jam pun tp, segar jer bdn... tp, kdg2 tue, tdo berlebih, tp, x ckup2 gak... so, slalu mntk Allah beri keberkatan waktu tue kat kita...

Pesanan utk diri sendiri esp...


*Eh, mcm tulis blog laa plak... blog sndri x update... hehe...