Sunday, 6 September 2009

Aiseh.. di tampuk lama lagi?

Assalamualaikum wbt


Sudah lama saya tidak menulis secara bersahaja dan santai. Asyik² cerita hikayat panjang berjela². hehe..

Alhamdulillah kita sudah masuk hari ke-15 ramadhan. mesti ramai yg kata :


"cepat gila dah habis 2 minggu. ada lagi 2 minggu jer lagi"


ok, saya nk korg baca ayat kat atas dengan nada yg berlainan. Kalau boleh setiap nada yg anda tau buat.


Sudah?


Perasan tak setiap nada yg dibaca memberi maksud yg berlainan? Maksud yg diterima pula akan membayangkan personality dan perasaan org itu setelah dia menjalani puasa selama 15 hari sebelum ini.

anda yg mana satu? cermin² diri ya?



Updates

alhamdulillah saya baru sahaja pulang ke france pada 31 ogos setelah menghabiskan masa selama 2 bulan lebih-lebih di Malaysia.

pengalaman di malaysia??

hurm.. lain daripada tahun lepas. mungkin sebab tahun ini saya berpeluang untuk bersahur, berpuasa, bertarawih di malaysia sejak tahun 2006!
Namun bila dah merasa ramadhan kat luar negara ini.. rasa msia kureng sikit la pulak. hehe, bukan ke kita manusia sering tidak bersyukur? Setiap negara ada pro & cons nya dari segi suasana ramadhan mereka.

nak tgk apa saya buat time cuti? boleh click kat link nih ^^

dalam 2 bulan bercuti, byk pengalaman dan pengajaran saya timba. Lawatan ke brunei.. OBS.. camping kat FRIM.. balik kampung.. etc etc.. walaupun saya pulang ke malaysia lebih kurang sama tarikh dan tempoh seperti tahun lepas, namun kali ini lebih power dan lebih 'terisi'.

Perasankah anda yg kita sentiasa belajar bende baru setiap tahun? (excluding books n subjets di uni anda)

Tak usah tahun, kita scale down ke hari sahaja sudah cukup. Hari ini tidak sama dengan semalam, esok pasti tidak sama dgn hari ini. Kita sebagai manusia tidak patut mengatakan 'hari ini sgt bosan' atau 'tak de kerja nk buat, baik tidur'.

Biasanya waktu cuti, ayat² ini amat lazim dikalangan kita para pelajar yg sedang bercuti. Secara peribadi, saya berani kata org yg demikian hanya merugikan sel-sel otaknya yg diberikan oleh Allah. there's a lot to learn and room to improve each day my lads!

So keadaan di mana kita sgt² rileks dan selesa, akan mula memalas diri kita. Kalau tak percaya? tgk la masa mula nak mula kuliah nnti.


Tampuk lama

Perasan tak kita time nk masuk jer tahun baru, kita akan memperbaharui azam kita. Tapi ada juga yg buat ketika dia dalam tempoh peralihan, contohnya dari Tahun 1 university hendak masuk ke Tahun 2.

So muncullah azam² yg cukup semangat membara seperti tidak mahu fail subjek, tidak mahu ponteng kelas, mahu jadi top student dan sebagainya. insyaAllah, dgn kita dari awal lagi telah setkan azam kita, kita telah tahu mana hala tuju kita. dan InsyaAllah, azam itu akan kita garap.


namun...


Perubahan yg kita mahukan itu, adakah ia seiring dengan perubahan diri kita secara luar dan dalam?

ayat 'Change we need' yg saya rasa sehingga kini masih popular, perlu selari juga dengan keterbukaan hati dan diri kita utk berubah. Bagaimana? Ada 2 kata kunci:

Displin dan Istiqamah (berterusan)

tak guna kita berazam utk tidak ponteng kelas jika kita masih tidur lambat kerana membuang masa online pada tgh malam

cuma kata² sahaja bila kita berazam jadi top student jika kita masih berdegil utk study dari awal.

hanya angin bila kita berazam utk menjadi seorg yg all rounded person (seorg ayah/emak+ketua+kawan+ pembimbing+pelajar ) jika kita masih tidak beramal secara berterusan dan tidak menjaga hubungan kita dgn allah terlebih dahulu


berada di tampuk lama bermaksud, masih berada di sekitar perangai dan sikap yg sama.


Susah nk ubah sikap?

bukankah kita telah diberi manual utk menjadi seorg manusia?


selesa dgn tampuk anda sekarang?

Bukankah saya dah cakap tadi, setiap hari ada ruang utk kita perbaiki diri? ^^


-sekian-



p/s : artikel ini juga sebagai pesanan utk diri sendiri. bila jumpa cermin asyik ulang 'aiseh, duk tampuk lama gak ke... -_-'

No comments: