Friday, 21 August 2009

OBS - Saya, Navigator

"Simon Malik..!"


Simon terus bangun apabila namanya itu dipanggil. Kemudian dia berjalan agak laju ke arah pintu bilik kecemasan 1 utk mengambil rawatan.

Pintu bilik dikuak dan mata Simon melilau melihat di dalam. Hanya ada satu pesakit di dalam bilik rawatan. Syuhadah, teman sekumpulan Gading, juga bersamanya ke Hospital Manjung. Berjumlah 9 org peserta yg mengambil rawatan di hospital bersamanya. Kesemuanya dgn simptom sakit masing-masing.

Syuhadah beredar dgn wajah tenang manakala Simon dipersilakan oleh doktor utk duduk.

"Dah berapa lama demam?" soalan pertama yg dikemukan oleh doktor berbangsa cina itu.

"Saya datang sini bukan demam doktor" jawab Simon secara jujur.

"And then kamu datang sini kenapa?" tanya doktor itu dgn nadanya yg agak tinggi.

Apa yg MA bubuh kat kad laporan kesihatan masa aku nk masuk sini? Betullah aku datang ini bukan demam.

"Er... saya ada batuk-batuk dalam beberapa hari yg lepas. Plus saya ada sejarah lelah. So..."

Belum sempat Simon menghabiskan ayatnya itu, doktor tersebut terus memakai stetoskopnya lalu memeriksa dada Simon. Yg membuat Simon hairan tidak sampai 2 kali tarikan nafas doktor itu telah mengisytiharkan Simon tiada masalah lelah.

"Ada masalah lain?" tanya doktor itu lagi sambil menulis nama-nama ubat yg perlu Simon ambil di atas sekeping kertas yg berukuran seperti resit pembayaran sewa rumah.

"Er.. saya kadang-kala waktu pagi ada selsema sikit"

Doktor menambah satu lagi nama ubat diatas kertas itu dan kemudian memberikannya kepada Simon.

"Kalau ada masalah lagi, datang balik ye?"

"Terima kasih doktor"

Simon beredar keluar sambil membaca nama ubat-ubat yg diberikan padanya. Ketika dia kecil, kehidupannya selalu dikelilingi oleh ubat-ubatan membolehkan dia mengenali jenis ubat yg diberi.

panadol.. ubat batuk.. ubat selsema... same ol'.. same ol'...

------------
31 Julai 09


Terik matahari menyinar dikala waktu mencecah pukul 2 ptg. Iklim di Malaysia memang sinonim dgn perkataan panas terutama di kalangan pelajar-pelajar luar negara yg pulang bercuti. Malaysia yg beriklim panas dan lembab sepanjang tahun kadang-kala juga mempunyai musimnya yg tersendiri. Musim tengkujuh.. musim kemarau.. Tidak lupa juga musim ciptaan manusia iaitu musim jerebu..

Simon berbaju lengan panjang, bertopi fisherman hat, berselipar sedang terhuyung-hayang memikul layar ketiga daripada tiga buah layar kapal jenis whaler. Dia bersama-sama perserta Gading yg lain sedang menyediakan whaler yg diberi nama Maxis utk sesi cubaan belayar.

Secara amnya, Whaler atau pemburu paus berfungsi seperti namanya. Namun di mata Simon, ia tak ubah seperti kapal kuno yg digunakan suatu ketika dulu dimana kuasa wap masih belum lagi wujud.

Whaler yg digunakan oleh OBS ini adalah kecil dan hanya utk pelayaran jarak dekat. Sekadar utk memberikan pengalaman kepada para peserta perasaan ketika belayar dan semangat bekerja di dalam satu sistem. Ia mampu menampung hampir 18 org di atas kapal jika tiada muatan. Dengan 8 org pengayuh, kapal ini mampu bergerak dengan kelajuan kereta lembu yaakni sejam sebatu. Namun jika keadaan berangin, whaler ini boleh menggunakan 3 layarnya itu untk mengambil tenaga dari angin itu utk bergerak.

"Dah siap belum pasang rudder tuh?" tanya izwan dari arah bow kapal, yakni di hadapan.

"Dah siap tuan!" jawab Simon, Zul dan Raz dalam nada serentak.

"Give water together!" Izwan mula mengeluarkan arahan dalam bahasa laut yg janggal didengar.

"Give water together aye aye captain!" sahut kesemua peserta Gading.

Dengan serentak, kelapan-lapan pendayung yg seberat 3 hingga 4 kilo masuk ke dalam laut.

"Dip! Pull.... out! Dip! Pull... out! Dip! Pull... Out!

Simon, Raz dan Zul masih lagi berdiri di bahagian stern kapal, yakni bahagian belakang. Mereka bagaikan menunggu arahan seterusnya seperti membuka layar yg kini terikat kemas di tiangnya.

"Hah, kamu yg kamu tercegat kat situ. Cari ruang untuk duduk" Izwan memberi arahan lagi.

Dalam pada Simon mencari ruang yg sedia sempit itu utk melabuhkan punggung, namanya dipanggil.

"Simon, saya nk awak incharge sebagai navigator"

Sebagai pemandu kapal? yg bertanggungjawab menjaga semua nyawa di atas whaler nih? biar betul?!

Simon mengambil tempatnya di sebelah kanan tiang yg mempunyai layar ketiga. Di pangkalnya terdapat sebatang kayu sebesar lengan org dewasa berukuran sehasta. Itulah pengawal rudder. Bahasa kasarnya steering kapal.

"Utk ke kiri kamu tarik rudder ke kanan. ke kanan tolak ke kiri. Faham?" kata Izwan

Simon hny mengangguk. Dia sedaya-upaya tidak mahu memandang rakan-rakannya yg lain terutama 8 org yg duduk mengadapnya sambil mendayung dgn bertungkus lumus. Dia dapat rasakan aura rasa cemburu dikalangan mereka kerana Simon tidak bekerja kuat mendayung seperti mereka. Di pundak hatinya, dia lebih rela mendayung dari duduk dan hanya menolak dan menarik rudder.

"Inilah kerja berpasukan" tiba-tiba Kak Mar bersuara. Dia merupakan pembantu instructor Izwan bagi Watch Gading.

"Di dalam sebuah organisasi terdapat pelbagai role pekerjaan. Untuk membolehkan sebuah organisasi itu berfungsi dgn baik, setiap role pekerjaan perlu diisi dgn org mahir akan pekerjaan itu. Adalah amat penting bagi pekerja itu utk memegang tanggungjawabnya dgn baik" sambung Kak Mar dgn panjang.

Simon mengalih pandangan ke kiri. Dia memandang Kak Mar yg berada dibelakangnya dgn ekor matanya.

"Seperti whaler ini, ada yg mendayung, ada yg melihat peta, ada yg mengawal layar. Setiap tugas perlu dipikul dgn baik. Jika tidak, kita hanya memberatkan lagi org disekeliling kita. Namun dalam masa yg sama, kita perlu peka dgn org yg bekerja disekeliling kita. Adakah dia telah penat mendayung? Adakah dia sedang mabuk laut? Jika ketika itu kita sedang berehat atau belum dibebani dgn kerja, kita wajib perlu membantunya." terang Kak Mar dgn panjang lebar.

Simon memandang depan kembali. Dia melontarkan pandangannya jauh-jauh. Tangan kirinya perlahan menolak rudder ke kiri bagi membetulkan arah tuju whaler.

"Dalam sebuah organisasi, setiap org ada role masing-masing. Setiap seorg dari mereka complete each other demi mencapai impian dan objektif organisasi itu. Jika ada yg memberontak, tidak mahu melakukan tanggungjawab yg diberi atau pentingkan diri sendiri, maka lumpuhlah organisasi itu. Takkan berjaya sebuah pementasan drama jika org di belakang tabir juga ingin menjadi pelakon utama." balas Simon. Raz yg dari awal mendengar perbualan mereka hanya tersenyum mendengar.

"Hoist all sails!" laung Izwan

Simon dan Raz bingkas bangun. Tanggungjawab layar ketiga terletak dibahu mereka. Ketika mereka sibuk menurunkan layar itu, Raz berbisik tapi jelas.

"All for one and one for all"

------------------

Seperti biasa, setiap kali selepas makan malam, watch-watch akan ke bilik MA utk mengambil suhu badan.

Namun yg lebih diutamakan adalah peserta yg mempunyai masalah semalam. Simon adalah salah seorg dari mereka.

Aku ni dari petang tadi tak sedap badan. Berbotol-botol air aku minum. Sah badan aku nak demam ni.

Simon menghembuskan nafas ke telapak tangannya. Panas. Lebih panas dari biasa. Tapi hari ini dia seperti peserta-peserta lain. Masih lagi mampu utk melakukan aktiviti.

"Simon!"

Namanya dipanggil. Dia adalah org terakhir utk diperiksa.

MA berdiri di sebelah kanan Simon dan memasukkan alat pengukur suhu badan ke dalam telinga Simon

teet...

MA membaca ukuran yg tertera. Dia menggeleng.

"Berapa doktor?" Simon bertanyg dgn suaranya yg masih lagi girang.

MA hanya mendiamkan diri dan berjalan ke arah Izwan yg duduk berhampiran meja tulis di sebelah kiri Simon.

MA menunjukkan bacaan kepada Izwan dan Izwan mencatat sesuatu di atas sekeping kertas. Simon curi-curi membaca apa yg ditulis.

40.8°C

-bersambung-

No comments: