Monday, 17 August 2009

OBS - Melanggar Pantang

30 Julai 09



"its impossible to let them continue in this kind of weather condition" kata seorg yg bernama Ka.

"So what are you proposing?" tanya pula seorg yg bersuara garau

"We have to stop the expedition. Signal the motherboat now"


-----------------------


Pasukan Selut bertungkus-lumus melawan arus ombak. Hanya tinggal separuh lagi perjalanan utk sampai semula ke Kem OBS. Masing-masing tidak mahu mengalah. Setiap ombak diharungi dgn rasa semangat.

Bila berhadapan dengan ombak, jgn kita lawan secara selari atau bersemuka. boleh capside (terbalik). Kamu lawan secara 45°

Itulah pesanan salah seorg instructor kepada Simon semalam. Dan dikala inilah, nasihat sebegitu menjadi sangat berharga.

"Raz, kita kayuh belah kiri je. Arus laut menarik kita ke tgh." Simon sedikit meneriak.

Ombak dari kiri mereka bertalu-talu menghentam kayak Simon dan Raz memandangkan kedudukan mereka adalah paling kiri sekali.

Palitan lumpur semalam serba sedikit tertanggal. Namun apa yg lebih merisaukan Simon adalah kadar air yg masuk ke dalam kayak.

hah! padan muka ko! sapa suro berbadan beso? melantak lagi!

Kadang-kala pemikiran sebegitu berjaya meresap dalam hati manusia. Menggegarkan iman manusia yg mudah berbolak balik. Mohon lah ampun pada Allah swt kerana setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.

astagfirullah...

"Simon, sikit lagi! Dont give up" laung Raz cuba menaikkan semangat Simon dan dirinya sendiri.

"Kita dah nak sampai dah!"

-----------

Perlahan-lahan Motherboat yg penuh dgn muatan barangan dan kayak peserta meninggalkan Pantai Shawal beseerta sekumpulan peserta yg tak berkesempatan utk naik.

Di dalam Motherboat, Simon merenung satu persatu muka peserta yg ada. Dari raut wajah mereka, jelas mereka sangat keletihan. Mereka duduk terpaku dan tenggelam dalam fikiran masing-masing

Simon melemparkan pandangannya ke hadapan sambil melihat keadaan laut yg bergelora.

Padanlah kita terpaksa abort expedisi kita. Angin tersgt kuat. Sah² la kita melawan angin kalau kita teruskan jugak. Ntah sampai pukul berapa pulak nnti kat kem..

Dgn tidak semena²nya dia teringatkan peristiwa semalam.


Selat Melaka, 29 Julai, hampir maghrib


"Kuat sikit Raz! Matahari dah start nak terbenam dah tuh!"

Raz dan Simon mengayuh kayak mereka dengan tergesa-gesa. Setiap kayuhan membezakan antara dapat solat ataupun tidak.

Di suatu sudut hati Simon, dia cemburukan peserta-peserta lain yg mendapat rukhsah solat jamak, yakni menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu. Mereka yg mendapat kemudahan jamak ini adalah musafir atau pengembara yg jarak perjalanan mereka lebih kurang 2 marhalah atau 94 kilometer.

Namun apa yg lebih membuatkan Simon terkilan adalah, dia tidak pula mengambil peluang utk jamak tamam, seperti mana yg dia selalu lakukan semasa di luar negara. Dia tidak menjangka yg mereka akan tiba sebegini lewat. Dia biasa melakukan jamak tamam kerana faktor tempoh solat yg lebih pendek dan masyarakat tidak memahami atau tidak menghormati org islam dalam melakukan kewajiban mereka.

Masih basah dalam ingatan Simon yg dia saban hari di luar negara, ketika musim sejuk, terpaksa tergesa-gesa pulang ke rumah utk menunaikan zohor yg kemudiannya dijamakkan dgn asar. Jelas dalam jadual kuliahnya, dia mempunyai kelas yg memakan keseluruhan waktu asar.

Setelah melakukan kewajipan sebagai seorg hamba, dia perlu bergegas semula ke Universiti. dari jadual hanya sejam sahaja diperuntukan utk waktu makan tghri. Ketika inilah Simon merebut peluang menyelinap keluar dari University utk pulang ke rumah. Inilah masalahnya berada di sebuah negara yg mengamalkan sekularisme dan atheisme. Pengamalan agama secara umum adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan jika tertangkap.

-------------------------

Simon , Rahman dan Zam sedang menunggu giliran utk mandi. Hanya sebuah telaga sahaja yg boleh digunakan pada malam ini. Bagi Simon yg dilahirkan di bandar, ini merupakan pengalamannya yg pertama utk mandi air telaga. Khabarnya, air telaga lebih dingin dari air paip terutamanya di waktu subuh.

Masing-masing hanya mendiamkan diri. Dalam kesuraman waktu malam, mereka ditemani bau baju yg lembap terkena air laut dan selut kering. Kadang-kala lampu suluh dinyalakan bagi melihat keadaan disekeliling.

"Ko bawak sabun tak Simon" tanya Rahman yg tiba-tiba bersuara.

"No worries. Aku bawak sebotol. Belum pakai lagi" kata Simon dgn nada yg agak girang. Dia sememangnya tidak gemar suasana yg agak tegang.

"Cantik! Tak selesa aku kalau aku tak dapat sabun harini." jawab Rahman. Ternyata dia amat tidak selesa dgn keadaannya sekarang.

Mmg benar. Simon memahami keadaannya itu terutama ketika dia melakukan solat asar. Walaupun dia yakin bahawa pakaiannya masih lagi suci dari najis, akan tetapi kekotoran pada pakaiannya agak mengganggu kekhusyukan solatnya itu. Tambahan pula dia lakukan di akhir waktu. Sudah la kurang khusyuk, tergesa-gesa pula. Itulah antara bahaya yg tersedia bagi mereka yg solat ketika akhir waktu dan mereka tergolong sebagai org yg lalai dalam solat mereka


astagfirullah...


"Alhamdulillah, kita sempat gak kumpul kayu api dan naikkan khemah. Kalau sampai lepas maghrib tadi, sure problem buat benda-benda tuh dalam gelap." sambung Simon

Rahman mengangguk-anggukkan kepala. "Plus merasa juga kita maggi perasa besi"

Tergelak-gelak mereka. Itulah kali pertama mereka makan maggi yg di masak di dalam nestin. Sungguh, pahit dan getir pengalaman yg dilalui bersama, dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan.

Dalam pada ketawa mereka perlahan-lahan reda, kumpulan yg baru selesai mandi mengundurkan diri. Kini tiba giliran mereka.

"Allah!" sebut Simon bagaikan baru teringatkan sesuatu.

"Hah, naper? Ko tertinggal benda ke??" tny Zam yg mula bersuara.

"Er.. takde apa².."helah Simon. Memang benar dia baru teringat sesuatu yakni pantang-larangnya bagi mengelakkan penyakit lama berulang kembali.

Dia tak boleh mandi selepas pukul 10 malam!

------

Teluk Batik, 30 Julai, hampir 4 petang.

Simon tersentak dari lamunan panjangnya itu apabila barang-barang mula dipindahkan ke sebuah bot kecil utk dihantar ke darat.

"Hah Simon. Menung apa lagi tuh? Cepat tolong angkat barang ni." arah Izwan, instructor Gading.

Dia hanya patuh pada arahan Izwan. Lalu dia turun ke dalam bot kecil dan mula menyambut barang-barang dari Motherboat.

Apa yg aku buat kat sini? Apa motif aku dihantar kat sini? Kalau sekadar nk meluaskan lagi rangkaian kenalan dari mengeratkan lagi hubungan antara student, ini bukan caranya!

Solat tidak dijaga waktu! Sendiri mau ingat! Jemaah pula boleh dibilang dgn jari! Aku lebih terseksa di sini berbanding di France. Hati-hati manusia terikat hanya dengan izinnya. Yg paling penting adalah hubungan kita dgn Allah terlebih dahulu sebelum perkara lain. Aku terasa amat' kering' kat sini! Ya allah, kuatkanlah iman dan jiwa hambaMu ini

"Hah, bila kamu dah sampai darat, jgn lupa basuh kayak pulak?" arah Izwan lagi bagaikan dia mendengar keluhan Simon tadi.

Semasa bot kecil yg sarat dgn muatan mula menuju ke pantai , Simon mengelamun lagi.

Malam tadi dekat 3 pantang aku langgar. Mandi malam. Tidur dengan membiarkan diri bersejuk. Bercamping tanpa bawa sweater. dan lepas ni, aku akan langgar satu lagi. Membiarkan baju basah kering diatas badan.

----------------


Seperti biasa, setiap kali selepas makan malam, peserta akan ke Bilik MA (Medical Assistant) utk mengambil suhu badan. Watch Gading baru sahaja selesai mengambil suhu badan mereka. 2 org daripada mereka akan ke hospital kerana demam panas dan masalah pernafasan.

"Berapa suhu ko Simon?" tny Hanis. Suhu badannya tidak membimbangkan.. buat masa ini.

"37.2" jawab Simon secara mendatar.

Ada sesuatu yg mengganggu fikiran Simon. Suhu badannya yg normal itu dia rasakan tidak normal. Dia seolah-olah mengharapkan yg dia mendapat suhu badan yg tinggi dan kemudiannya dikuarantinkan.

Malas atau berputus asa bukan satu isu bagi Simon. Dia lebih kenal chemistry badannya berbanding org lain. Dia dapat rasakan yg dia akan jatuh sakit pada hari yg seterusnya. Memandangkan dia telahpun byk melanggar pantang, hatinya mula risau penyakit kroniknya yg dia berjaya lawan 5 tahun lalu kembali.

Dia perlu elakkan tragedi yg sama berulang.

Dia masuk semula ke dalam bilik rawatan.

"Doc, saya ni ada athmatic history, jadi saya..."

"Hah?!! Kenapa tak cakap? Kamu tunggu sini. Kita akan ke hospital" jawab MA tanpa menunggu Simon menghabiskan ayatnya itu.

Pehal plak nih? Aku takat nk minta inhaler je kalau ada. Tak pasal-pasal ke hospital pulak?

-bersambung-

2 comments:

Niealex said...

I think you should write a book. Your writing is getting so much better.

p/s: duk bersambung2 je adam.. ish.. tak duduk diam ha jadiknye i membaca nih..

Simon Malik said...

thx 4 ur support nadia-san ^^

ini adalah practice utk projek yg lebih besar insyaAllah ^^