Sunday, 16 August 2009

OBS - Kebangkitan Pasukan Selut

29 JULAI 09

pintu sick bay diketuk dan kemudian dibuka tanpa menunggu jawapan.


"Selamat pagi," senyum MA pada Simon.

"mari tgk berapa suhu awak pagi ni."


Simon duduk tegak dan menelengkan kepalanya sedikit, membiarkan MA memasukan alat pengukur suhu ke dalam lubang telinganya.


teet.... mesin pengukur suhu badan berbunyi


"hah berapa doc?"



MA hanya mendiamkan diri lalu menunjukkan jumlah suhu yg dicatat pada Simon


"36.8! alhamdulillah! yes! kiranya saya boleh join la nih?? yahhhuuu!!!"

-----


'amin...'


Kami semua menyapu muka kami tatkala seorg wakil menamatkan doa selamat perjalanan pergi dan balik. Simon juga tidak ketinggalan. Dia tahu walau berkemahiran mana seorg pengayak, dia masih tidak terlepas dgn kekuasaan allah yg maha kuasa itu. Andai ditakdirkan nyawanya di telan laut selat melaka pada hari ini, dia tidak mahu mati dalam keadaan tanpa iman.

Tugas sebagai Left Flanker dipikul Simon secara sukarela. Teman sepengayuhannya tidak membantah semasa dia menawarkan diri.

"Raz, lets do this!" kata Simon sambil menghulurkan tangan

Raz hanya tersenyum dan menyambut jabat tangan Simon

"Lets do this!"

----------------

Bayu petang di petang hari mula menghembus dgn kuatnya tatkala semua kayak² berada di atas air. Route yg dibincang utk ke Pantai Shawal tghri tadi terpaksa diubah. Kami tidak boleh menggunakan laluan laut.

Tinggal satu cara.. ikut laluan terusan binaan manusia.. laluan yg agak cetek kedalaman airnya

Namun Allah sebaik-baik perancang. Ketika kami hendak melalui laluan ini..

'Raz, ko perasan tak yg ada byk ikan kat permukaan air?' tanya Simon yg matanya ligat melihat ikan-ikan kecil bermain di permukaan air

"Aku perasaan. Tapi aku lagi pelik tgk leader kita kat depan tuh. Cam payah je nk kayuh" ujar Raz yg berada di depan Simon di dalam Kayak Duo.

Kedudukan mereka di paling kanan dalam 'Diamond Formation' menyukarkan mereka berdua mengetahui apa yg berlaku.

Mata Simon terpaku pada kayuh kepunyaan Leader, Abu Zar yg mempunyai kesan lumpur yg jelas walaupun dilihat dari jauh. Lantas Simon memasukkan lengannya ke dalam laut. Dia benar² tidak percaya apa yg dia rasa. Seluruh lengannya itu berada di dalam lumpur!

"Raz! Air surut! Kita semua tersekat ni!" jerit Simon.

Allahuakbar...

Akibatnya, kami semua tersekat di dalam selut laut. Bertungkus-lumus kami berusaha utk keluar dari perangkap selut. Natijahnya, hampir keseluruhan badan kami dipenuhi selut dan lumpur.

Simon dan Raz yg agak berjauhan dari kelompok utama, terkulat² berusaha utk menarik kayak ke tebing.. dgn badan mereka tenggelam dalam selut sehingga ke paras dada.

Di samping berusaha utk ke tepi pantai, mereka juga berhadapan dgn bahaya² tersembunyi iaitu batu-batu karang yg tersembunyi di dalam selut atau menyamar sebagai batu untuk kaki berpijak tapi sebenarnya, permukaannnya mampu melukakan kulit manusia.

Setelah berhempas pulas menarik kayak mereka, mereka akhirnya sampai ke tebing. Kayak mereka yg berwarna kuning cerah itu hampir 80% ditutupi selut. Tempat duduk juga tidak ketinggalan dari palitan selut.

Namun tugas mereka belum berakhir. Gabungan 3 watch ini perlu memikul kayak² mereka mendaki tebing sungai setinggi 10 meter utk sampai ke jalan raya, kemudian selepas melintas jalan raya, kayak² tersebut perlu dilabuhkan semula di kawasan berhampiran.

For sure org yg lalu lalang tadi mesti pelik dan berkata ’ni mesti training tentera nih! Dah tak nmpk cam org dah diorg! Habis satu badan kena selut!’

Yg membuat Simon agak pelik diorg siap merakam video atau ambil gambar. Ye la kan, bukan tiap² hari kita dapat melihat segerombolan manusia terkial-kial utk ke tebing sungai kerana kayak mereka tersekat dalam selut.

Satu persatu kayak diangkat ke atas tebing. Kayak duo yg seberat 30 kg itu biasanya memerlukan 4 org utk mengangkatnya.


Berat bukanlah satu isu disini.


Letih... Haus... Kecewa... Marah...segala perasaan yg membolehkan syaitan meracuni hati anak adam, semuanya berlegar-legar diantara para peserta ekspedisi ini.

Namun oleh sebab hati dan iman mereka masih yg kental, mereka tetap tidak mahu putus asa dan merengek sehinggakan kebanyakan mereka tidak merasai luka-luka dibawah tapak kaki mereka ketika berjalan.

Sebaik sahaja mereka selesai mengangkut semua kayak ke atas tebing, sayup² terdengar org melaungkan azan asar.


Allahuakbar... allahuakbar...


”Ko rasa kita akan sampai pukul berapa?” tanya Raz pada Simon

”Entahlah. Aku pun tak tau.” jawab Simon yg sedang mendepakan kedua tangannya sambil menikmati deru angin yg menghembus. Angin bagaikan mengetahui keletihan setiap org diantara kami. Ia menghembus bagaikan memujuk badan kami yg sakit-sakit serta lenguh.

Mereka berdua mendiamkan diri. Masing-masing memikirkan dugaan dan cabaran yg mereka baru sahaja lalui. Simon terpaku sebentar melihat kesan laluan mereka di dalam selut. Betapa jauhnya mereka bertungkus lumus untuk keluar dari situ. Jika salah sorg berputus asa, tinggallah mereka disitu kerana tiada siapa yg dapat menolong diri mereka kecuali diri mereka sendiri.



Hai-ya a’lal falah... hai-ya a’lal falah...

Mari menuju kejayaan.. mari menuju kejayaan..


”Tapi satu benda yg aku pasti Raz. Insyaallah, kita akan sampai ke Pantai Shawal pada hari ini” kata Simon yg tersenyum.

--------------------

Kumpulan yg terdiri daripada Watch Gading, Kinabalu dan Korbu, perlahan-lahan menuju ke destinasi mereka.

Setiap kayak mempunyai palitan selut. Apatah lagi pengayuhnya. Mereka ini telah menggelarkan diri mereka Pasukan Selut bagaikan belum patah semangat. Kayuhan demi kayuhan dilakukan oleh mereka. Masing-masing mempunyai mata yg tidak fokus, tetapi badan masih lagi giat melakukan kayuhan, bak dipukau ahli sihir tersohor jawa timur.

”Satu... dua...Satu.. dua...” Simon bersuara. Ini memudahkan Raz dan Simon utk melakukan kayuhan yg synchronize dan energy-efficient.

Kadang-kala Simon cuba berbual-bual dgn Raz. Tapi perbualan mereka agak sukar dibuat memandang Raz membelakanginya dan suaranya kerap-kali tenggelam dalam deru angin.

Maka, mereka lebih banyak mendiamkan diri.

Simon mengelamun dalam fikirannya bagi mengelakkan dirinya merasa lenguh pada otot-otot lengannya itu. Fikirannya melayang-layang dalam alam fantasi ciptaannya sendiri. Entah bagaimana babak pasukan tentera islam pimpinan Salahudin al-ayubi yg sedang mengayuh kapal dalam Trailer cerita bersiri Salahudin al-ayubi, muncul dalam benak fikirannya.

Tiba-tiba Simon bersuara.

”Raz, apa kata kita ganti kiraan kita tuh dengan zikir?”

”Bagus juga tu. Dapat gak pahala!”


Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar...


Hanya dengan
mengingati allah, jiwa menjadi tenang. Hanya dengan merintih mohon kekuatan pada allah, Dia akan membantu HambaNya dalam pekerjaannya itu


Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...


Simon dapat merasakan kayak mereka ada menambah sedikit kalajuan.Rupa-rupanya masing-masing berkongsi fikiran yg sama tatkala menyedari langit mula kuning dan matahari mula berada di ufuk barat.


Mereka belum Asar lagi!


-bersambung-

No comments: