Thursday, 27 August 2009

OBS - Destinasi

Terketar-ketar Simon menuang air ke botol minumannya. Matanya hanya terbuka separuh. Sakit kepalanya menjadi-jadi sebaik sahaja dia keluar dari tandas. Kadang-kala dia mengerutkan dahi kerana menahan kesakitan.

Semasa dia hendak menutup botolnya itu, penutup botol terlepas dari tangan Simon lalu bergolek-golek di lantai. Simon tidak berdaya untuk tunduk dan mencari penutup tersebut. Kepalanya semakin sakit. Berdenyut-denyut.

Dia berpaut pada hujung kerusi. Kepalanya berat bagaikan menjunjung seguni beras. Nafasnya pendek dan berombak. Bila-bila masa sahaja dia akan pitam. Dia bergegas ke biliknya walaupun penglihatannya sudah kelam. Habis semua benda dilaluannya dilanggar.

Asal sampai kat katil aku pun jadilah...

Dia ternampak katilnya dalam kekaburan penglihatannya itu. Dia bagaikan mencampakkan diri ke katilnya itu. Belum sempat badannya mendarat, dia telah terlebih dahulu pitam.



-----------------------------



Simon tersentak dari mimpinya itu. Dia bingung sebentar. Dia dalam keadaan duduk menyandar ke tepi sebuah katil. Kakinya melunjur ke arah katilnya sendiri.

astagrifullah..

Dia kini berada di dalam Dormitori Kinabalu, salah sebuah dorm para peserta semasa OBS. Namun dia keseorangan di dalam dorm tersebut. Peserta-peserta lain sedang berada di dalam dewan menjalani akitiviti pada malam hari. Kepenatan membuatkan dia terlelap sebentar selepas menunaikan solat Maghrib berseorangan.

"Lepas ini, kamu naik ke dorm kamu, pack semua barang dan bawa turun ke medical bay"

Arahan MA masih terngiang-ngiang di telinganya tatkala suhu badannya hari ini mencecah 40.8°C, satu suhu yg agak mustahil dicapai ketika demam. Namun dia tidak terkejut. Dia masih lagi ingat yg dia sewaktu kecil pernah demam sehingga suhunya mencecah 40.2°C.

Suhu yg tinggi ketika demam amatlah berbahaya. Suhu normal badan manusia adalah 37°C. Peningkatan suhu sehingga 40°C menunjukkan suatu yg tidak normal pada system badan. Boleh jadi alat penyukat suhu tidak berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, jika ia benar, suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan mahupun maut.

Rata-rata anak murid mak jadi mental selepas sawan akibat demam panas. Bayangkan kanak-kanak yg hidup normal, ketawa girang bermain sini sana, kecerdasan otaknya ditarik Allah menerusi demam. Bersyukurlah Simon. Nikmat akal ko belum lagi ditarik allah.

Dia menyapu mukanya. Lintasan peristiwa ketika dia sakit tenat di luar negara masih lagi berlegar-legar dalam otaknya. Simon cukup terkenal dgn egonya yg tidak mahu mengambil rawatan dari doktor. Jika demam biasa, dia pasti akan merawat dirinya sendiri dengan mengambil banyak air, berehat dan mkn buah-buahan. Jika badannya mula mengeluarkan simptom-simptom ganjil seperti bintik-bintik merah, tonsilnya bengkak dan sebagai, barulah dia menolak egonya ke tepi dan berjumpa dgn doktor.

Dia menyandarkan kembali kepalanya di tepi katil. Ternyata kejadian malam ini benar-benar memberi satu pukulan kepadanya. Dia tidak menyangka dia 'kalah' dalam cabaran fizikalnya hanya kerana suhunya begitu tinggi. Akibatnya dia diarahkan utk tidak meneruskan aktiviti pada keesokkan harinya.

"Allah nk uji niat aku sekali lagi agaknya.." Simon tiba-tiba bermonolog.

Matanya kembali melihat begnya di atas katil yg tak sampai dua kali pun dia tidur di atasnya. Semua barangan peribadinya sudah lebih separuh dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Hanya tinggal pakaiannya yg tersidai diluar kerana masih lembab dibasuh.

"Ok, time to go" Simon bersuara sekali lagi. Kemudian dia bangun dan berjalan ke arah pintu depan dorm utk pergi ke ampaian.

"Ini masa aku turun, jatuh tergolek² ke apa ke, sok pagi baru jumpa mayat aku" dia berkata bersendirian sambil mengambil baju-bajunya yg masih lagi lembab di ampaian.

Simon bukan sengaja berrkata begitu. Apabila dia hendak turun ke Medical bay, dia perlu menempuhi 191 anak tangga dan ditambah pula dengan lorong penjalan kaki yg gelap!

----------------

1 Ogos 2009


Ini merupakan kali kedua Simon solat subuh di dalam medical bay. Kali ini ditemani dgn seorg peserta dari watch lain yg juga mempunyai masalah kesihatan.

Agak lama dia duduk di atas sejadah selepas menunai tanggungjawab utama setiap insan dimuka bumi ini. Dia risau memikirkan apa yg akan berlaku jika dia tidak dapat turut serta dalam expedisi whaler pada hari ini.

Dia meletakkan tangannya di dahi dan kemudian di lehernya seperti org yg hendak memeriksa tanda² demam.

"Tak la panas sgt.." kat Simon berseorangan. Rakan biliknya telah lama menarik selimutnya kembali utk pulang ke alam mimpi.

Dia berpendapat, jika dia mendapat rehat yg cukup, badannya tidak akan mengeluarkan haba yg tinggi. Oleh sebab semalam dia seharian membuat aktiviti, badannya tidak diberi peluang utk cool down. Ini menyebabkan suhu badannya tinggi semalam.

"Aku berpeluh semalam mengangkut beg aku turun sampai medical bay nih. Meaning metabolisme rate masih lagi elok, dan itu tanda org yg tak sakit" Simon cuba meyakinkan dirinya dgn berlagak seperti seorg tabib yg cuba merawat dirinya.

Namun yg demikian dia masih lagi risau jika suhu badannya masih lagi dikadar membimbangkan. Dia tidak mahu ketiadaannya sebagai navigator kapal, dan sebagai org yg bertanggungjawab ke atas layar ketiga, menyebabkan beban kerja yg patut dipikulnya itu membebankan kawan²nya yg lain.

Okeh, countermeasures must be taken. Lepas nih mandi. Turunkan suhu badan sebelum ambil suhu nnti. Then sebelum breakfast, baca almathurat. Its important to always keep a close relation with God no matter what.

Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu di atas almari kecil ditepi katilnya.

"In some situation, desperate measure must also take into account" kata Simon sambil mengukir senyum yg sinis.


-------------------------


Simon terpandangkan Izwan yg bau dari motosikalnya. Dia terus bergegas ke hadapan Izwan. Wajahnya agak serius berbanding hari-hari sebelum ini.

"Hah, apa kamu buat kat sini?" tanya izwan sebaik sahaja simon berada di hadapannya.

Mata Simon kali ini agak menyorot seperti marahkan Izwan yg tidak mahu dia berada dihadapannya.

Tiba-tiba Simon mengukirkan senyuman girang.

"Prebet Simon sihat utk melaporkan diri Tuan!" sambil mengangkat tabik malas kepada Izwan. Dia tersengih-sengih meleret.

"Tak payah lapor-lapor. takde maknanya. Pegi naik whaler cepat sebelum kena kuarantin lagi" jawab izwan yg cuba menyembunyikan perasaan gembiranya. Dia ternyata senang hati, semua ahli watch gading dapat menyertai Ekspedisi whaler; termasuk yg perlu ke hospilta kelmarin!

Simon berlari-lari anak ke arah Whaler Maxis yg dipenuhi dengan barangan perkhemahan. Ternyata dia tidak mahu ketinggalan dalam menimba pengalaman berkapal layar bersama rakan²nya yg lain.

"Ko ok tak Simon? " tanya hanis sebaik sahaja nampak Simon terkial-kial untuk menaiki whaler.

"Aku ok jeerrr!" jawab Simon yg cuba menggedik suara.

"Berapa suhu ko pagi nih?" tanya hanis lagi.

"37.6"

Simon terus mengambil tempat sebagai navigator kapal. Dia tidak sangka dia diberi peluang oleh allah swt sekali lagi

alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah...

Simon telah mengambil tindakan diluar tabiatnya. Dia mengambil 2 biji pil paracetamol selepas dia menghabiskan sarapan mihun gorengnya. Simon telah dididik utk tidak mengambil sebarang 'painkiller' jika dia demam sejak dia dari kecil lagi. Biasanya ibunya akan menyapu lidah buaya diatas kepalanya utk meredakan suhu. Jika dia mengalami sakit kepala, dia akan merehatkan diri dgn tidur. Itulah caranya utk melawan demam.

Namun hari ini, tiada lidah buaya disapu. tiada bantal utk dicapai jika sakit kepala. Cuma 2 biji paracetamol dan senyuman girang Simon. Tidak lupa juga 10ml ubat batuk.

"Give water together!" laung izwan dari depan.

"Give water together aye aye captain" sahut Simon bersama rakan-rakannya dengan penuh semangat. Tangan kanannya memegang fisherman hatnya tatkala angin bertiup. Lagaknya tidak ubah seperti seorag pelayar yg tidak sabar utk bermuka dgn cabaran hidupnya. Cuma dibawah topinya itu tersimpan baki paracetamol yg belum dimakan.

One for all and all for one

Setiap insan mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Kelebihan dan kekurangan itu saling menyempurnakan jika insan-insan tersebut berkesefahaman bersatu tenaga mencapai satu objektif.

Kapal sudah bergerak. Dia pasti akan sampai ke destinasinya. Terpulang pada kita utk berada di dalam atau di luar kapal itu.

Angin berderu lagi. Simon menarik nafas dalam-dalam. Dia berasa sgt bersyukur berada di dalam kapal tersebut. Hanya tinggal tanggungjawabnya sahaja yg perlu dilaksanakan. Tidak semena-mena dia teringat akan lagu Bahtera Raudah hasil karya penyanyi terkemuka negara M nasir. Dengan nada yg perlahan, dia mendendangkan lagu tersebut.

Mesin pun dah bergerak
Tak boleh teragak-agak
Menoleh pun untuk merejam
Dia yang menarik kebelakang
Peta besar dah terlukis lama
Kita harus miliknya
Kerja rumah pun harus selesai dulu
Baru langkah tak patah

Lajulah bahtera raudah

Sedar ada yang menarik ke bawah
Sedari ada yang memasang jala
Sedari kekuatan dirimu
Sedari siapa dirimu
Mimpi ini milik kita
Izinkanlah bonda
Anakanda pergi berjuang

Lajulah bahtera raudah
Lajulah oh bahteraku

Ada tempat yang kita panggil sempurna
Pernah kita memiliki bersama
Saksikan!!
Lajulah bahtera raudah.


Tiba-tiba Simon bertanyakan sesuatu,


"Bawa kapal ini consider driving ke?" tanya Simon kerana baru teringat akan amaran pengambilan ubat batuk


Lajulah bahtera raudah..




-tamat-


Cerita panjang OBS adalah berlandaskan kisah benar namun terdapat beberapa pengubahsuaian bagi kesesuaian penyampaian. Harap maklum.

Lirik diambil dari Geocities.com

No comments: