Friday, 7 August 2009

OBS - Budak yg Sakit

assalamualaikum wbt



suatu ketika dahulu (adalah dalam beberapa hari lepas), terjadinya satu peristiwa di mana segerombolan pelajar² tajaan petronas dikumpulkan dan dicampak di sebuah camp latihan di teluk batik lumut perak.

daripada 85 org peserta, terdapat 9 org pelajar dari negara France dan daripada 9 org itu, terdapat sorg yg mempunyai peculiar story yg lain dari yg lain..





ini kisahnya...




28 JULAI 09 -

Simon terperangkap dalam kesesakan waktu pagi ke arah KL. Konon dia ingin mengambil bas utk ke Pasar Seni utk mengelak pekerja yg menggunakan komuter utk ke KL, lain pula jadinya.. Firdaus ada call dia sebentar tadi mengatakan dia dah sampai KL sentral. Rupa²nya kena kumpul kat KLCC pukul 9 pagi, bukan 930!

tgk jam sikit..

810 pagi.. bebetul depan motorola.. alamat lmbt la aku nih..

----------

30 minit kemudian Simon dalam LRT-putra pula.. semua duk usha dia dgn pandangan lain macam.

*kut ye saya bawak TnT dalam back pack saya nk gi letupkan diri, beg balik kampung yg saya heret nih dah cukup tidak pratikal*..

mungkin sbb biasanya waktu ini, org ramai hendak pergi ke tempat kerja, bukan nk balik kampung agaknya.. tambahan pula, destinasi Simon adalah KLCC, simbol utama Malaysia.


tiba²...


*lampu terpadam*

sssCCccrRReeeeeccchHHhh..;!!!!!

*ramai² terhumban ke depan*



.....

....


*lampu on balik*



*LRT menyambung perjalanan*


Ok, what just happened??


Simon merenung sorg demi sorg penumpang yg berada dalam LRT. semua rata-rata tenang dgn apa yg berlaku. siap ada yg sambung tidurnya yg terganggu tadi!

terpinga sorg² Simon..


--------------

alhamdulillah, Simon sampai dgn selamat kat Kem Outward Bound kat Teluk Batik, near daerah Manjung. Sebenarnya bas sepatutnya bertolak pada pukul 9 pagi. namun atas sbb² kelewatan beberapa org pelajar, mereka bertolak pukul 10 pagi.

Simon ditakdirkan bertugas dgn sebuah 'Watch' bernama Gading yg terdiri dari 14 org pelajar yg lain dan 2 instructor. mungkin sbb dia terlalu teruja utk menjalani camping ini, suhu badannya naik sehingga 38°C. Memandangkan Malaysia sekrg sedang dilanda pendemic selsema babi, langkah mengkuarantin org yg sakit diambil semasa camp OBS nih.


Simon, selepas makan ni, kamu cop katil kamu kat dorm, kemudian turun balik kat Sick Bay dgn sepersalinan baju.


Doc, saya tak rasa demam pun! mungkin sbb kurang minum air hari ni rasanya. Saya tak mahu la datang sini for nothing je.


jgn risau. ini sekadar prosedur. bukan ke kamu baru balik dari Brunei? kalau suhu kamu normal esok pagi, kamu bebas.


maka, Simon adalah org pertama utk dikuarantinkan...


Medical Asistant (MA), mengkuarantinkan Simon pada malam tuh. terlepaslah dia dari sesi pengenalan diri malam tuh. Dia tidak merasa apa² kerugian kerana dia lebih selesa menjadi anonymous.



tapi...



dia agak keseorangan juga dalam sick bay yg mempunyai kapasiti 4 org pesakit..nasib baik dia membawa quran dan terjemahan. terisi juga masanya dgn bacaan dan hafalan. alhamdulillah.. dalam fikirannya, pasti ada hikmah disebalik kejadian ini.


Allah sedang menguji niat aku utk datang ke OBS nih. biarlah kawan² Gading aku mengenali aku menerusi hari² yg mendatang..





keesokkan harinya


jam menunjukkan pukul 740 pagi. Simon tidak sabar utk mengetahui keputusan yg menentukan nasibnya sepanjang OBS ini. mendengar gelak ketawa peserta² di padang ketika senaman pagi, membuatkannya tidak senang duduk!



mana doc ni??? kata pukul 730 nk datang ambil suhu aku??


-bersambung-

4 comments:

anumz sarah said...

Kena quarantine? Mcm bace diary org lain je adam..hehe...

p/s: nak recipe tiramisu...XP~~

wmfwanaz said...

tak nyenyak aku tidur mengenangkan teman di sebelah ku takde di katil. sob sob.

fanramli said...

salam.

wah, kene kuarantin rupanya. byknya obstacle. dr heure rdv, komuter..

yang bas bertolak lambat tu, adakah kau salah seorang penyebabnya? haha.

cepat sambung.
igtkan scheduled.

Simon Malik said...

to anumz
macam diary org lain ek? hehe.. resipi bujang la; tak mencapai piawaian. tapi berjaya dibuat ^^ thx again kasi alamat bakery

to farid
yeke? takde pun ko mencari aku arituh.. hehehe ^^

to fan
wasalam

ooh tidak. aku sampai pkul 830. sempat cari sabun lagi.

penulisan kali ini agak slow sikit sbb penyampaian yg agak teliti. plus baru semalam aku free ^^