Thursday, 9 July 2009

Komuter (sila sebut cara org perancis.. hehe)

salam wbt


'yg tiket warna biru nih utk Simon,
yg merah nih abg pny'


mata aku masih lagi terpancar rasa kagum terhadap sebuah mesin ala² vending mesin, tapi bukan keluarkan air minuman tapi tiket ke Kuala Lumpur dgn hanya 2 kali tekan butang.



begitulah aku ketika aku memula mengenali komuter sewaktu aku umur dejah tiga lagi (rasanya la, tapi aku tau zaman darjah²).

actually aku bersama abg aku, ingin ke kotaraya bershopping baju raya.

aku, dgn penuh demand, setiap kali nk raya, nk pkai baju jenama Don, yg hny jual kat Golbe Silk Store di jalan TAR (ngengada punya adam)

oleh sbb bonda tak tau jalan ke KL dan nk tunggu apak pula, dah cam tak sempat, maka bonda pun meminta abg D utk teman aku shopping baju raya aku. hehe.. aku pun suka la, sbb dapat ber'adventure dgn abg aku, bukan senang!

utk ke jalan TAR, perlu turun di stesen Bank Negara. kalau nk gi Sogo pun turun sini. Hentian yg paling popular ketika itu adalah hentian Kuala Lumpur sbb KL central belum wujud lagi.

'me and my bro adventure' nih, a setahun sekali ini berulang sebyk 3 kali dalam hidup aku sebelum abg D fly ke UK. ada je adventure lain cam ke KLCC, pasar seni dan lelain.

kalau tak silap la 3 kali.. sekali tuh, balik abgD dokong aku masa tgh jalan nk gi rumah (sweet siot abg aku). ye la kan, time posa tuh wei!

-- sekali lagi, aku tertidur dalam train dgn membolot dua kerusi. time dulu², tak ramai pun org pakai komuter nih. kalau ramai pun takde la sampai sardin!

-- dan yg terakhir, kitrg berbuka posa kat KL. hehe.. balik umh time malam. hee..

yup, dgn public transport aku mengenali sedikit sebyk KL. selepas abg aku fly, aku mula adventure sendiri. ke PWTC.. ke Sunway.. ke Lowyat n BB.. ke melaka.. eh, terjauh plak!

mudah jln solo nih, kalau sesat tak rasa panik sgt. oh ye, aku bukannya menjadi KL tmpt 'wajib pergi utk jejalan'. biasanya ada hal² tertentu je baru gi, cam PC fair, cari brg kom,cari buku.. kalau takat makan angin gitu².. sori. kalau aku jalan solo la. kalau beramai² baru makan angin, hehe..



ok ok, back to komuter


kenapa pilih komuter?


hurm.. aku tak reti nk naik bas around KL. hahaha!!!
kelakar tapi benar. tapi from or to KL, aku ok jer. bukan apa, aku dah la tak familiar ngan suasana KL kan? kang kalau nk turun memana, kena la tau bila nk tekan loceng. kang tak pesal² aku sesat dalam bas ntah ke mana². parah tuh.. hehe. sehingga hari ini, aku masih lagi setia menaiki komuter

dgn harga tiket RM3 lebih dari klang, aku dapat ke mana² stesen kat KL samada Mid, central, Bank negara mahupun putra (perjalanan sehala). aku akan naik bas ke KL kalau aku ke KLCC. akan turun di Pasar Seni dn tambang RM2.50 sehala. actally naik bas lagi cepat sampai kat KL. dalam 40 min gituh. nk turun Mid pun boleh.

time dulu, komuter nih agak tidak popular di kalangan rakyat msia. ye la kan, 'apa barang naik public transport!' KL central tuh dulu takde org pun, sunyi semacam jer.

dalam train, walau peak hour pun, still boleh berdiri dgn selesa, bukanlah sardin all the way to subang jaya.

tapi skrg, dgn 'oh,mahal gak harga minyak, tol lagi, parking lagi, jammed lagi', perkhidmatan komuter mula popular dikalangan masyarakat.

aku pilih sbb best. leh tgk² org.. tgk luar... pernah dulu aku naik, aku nmpk ada byk sarang burung tempua kat kawasan between batu tiga-subang jaya. skrg? dah jadi hutan batu dah.



bukan nk kata apa la kan, tapi dgn naik transport awam nih, merasa la gak what really going on dalam masyarakat kita. atau pemikiran rakyat msia sendiri. yup, kalau semua org dah reti naik!

ok mari mula 'menembak'

  • bila time train nk sampai, mula la ada org terjengah² walaupun ntah berjuta kali speaker kat stesen itu setia berkata 'berdiri di belakang garisan kuning'
  • skrg dah dicat, di mana perlu beratur memandangkan komuter ada dalam 3-4 jenis. time beratur tuh dah elok dah. bila komuter sampai, berpusu² kat pintu sampai org nk keluar pun tak boleh.
  • budaya rebut dan 'sardin' dalam transport aku rasa sejak zaman bus mini pink kat KL lagi. fizikal sudah dinaik taraf, mentally masih 3rd class lagi
  • pasal budaya sardin lagi, cam dalam bas pun, yg dia amik port nk diri adalah depan pintu. kat dalam ada ruang lagi, diorg malas nk masuk. lupa plak, kalau berdiri jauh dari pintu nnti payah nk keluar.
ok peluru dah abis..



org kata, tegur tanpa jalan penyelesaian tak guna kan?

here's some of my idea's

dari pemerhatian aku, stesen yg sesak/ramai time peak hours adalah

  1. KL central (to pelabuhan Klang, Seremban n rawang)
  2. Mid Valley (both sides)
  3. Bank Negara (to pelabuhan Klang n Rawang)
Biasa la kan, kalau ramai, gerenti cakap tambah perkhidmatan or tambah gerabak. but the thing is, time peak hours around 5 sampai 8 jer. so bunyi cam rugi je kan?

so kalau tak tambah gerabak.. tak nk tambah frequency...

pada pendapat aku, tambah 2 line lagi. ^^



line yg pertama, aku ambil contoh kat sini, a line Serdang-Subang Jaya yg TIDAK MELALUI KL central. tak kisah la la dari mana ke mana tapi asalkan tak lalu KL central.

nih utk penumpang from Klang, Shah Alam, Subang Jaya nk gi Mid Valley atau penumpang dari line rawang-seremban nk gi Subang Jaya/ Shah alam.


jadikan memana stesen yg ada landasan lebih dari 2 sebagai terminal. operasi sepanjang ari. kirenyer kurangkan sikit tumpuan org di KL central utk tukar line dgn adanya line nih.

sbb pengunjung mid valley yg nk balik ke shah alam/ klang, tak perlu tukar di KL Central dan bertembung dgn org balik kerja time peak hours. apa la keramat sgt kl central tuh kene tukar kat situ gak..


line yg kedua, line direct dari Kepong Central-Bangi (for example). time operasi time peak hours.
ni khas utk pengguna line seremban-rawang, sbb towards rawang/seremban dekat 3 stesen gerenti ramai org.

so adanya line nih boleh bantu tampung jumla penumpang naik komuter time peak hours.
namun ini hny cadangan aku jer la yg aku utarakan via blog aku nih.

maka utk menunggu perubahan yg lebih baik, kene la berbuat sesuatu juga la kan?


i mean like, what for luaskan rangkaian pengangkutan tapi masalah pengguna time peak hours still ada. its like keep on pouring into a small glass. patut besarkan bekasnya betul tak?


ok ok sementara nk tunggu prob nih selesai, aku nk kongsi satu tips utk pengguna komuter


jika anda dari serdang dan nk balik Klang time peak hour. anda inginkan tempat duduk dan tidak rushing, anda boleh.. :


lakukan tukaran train di bank negara. chances dapat tmpt duduk kurang tapi, chances utk naik tinggi dan biasanya tak tunggu lama la

kalau nk gak tmpt duduk, lakukan tukaran di hentian putra. tapi dalam 20 min kot terbazir tunggu train.

jika anda dari Mid Valley dan nk turun di segambut; dan tak kisah terbazir sket masa. naik ke arah seremban dan turun di seputeh. kemudian naik dari situ ke arah segambut, biasanya tak ramai..

paling tidak.. anda tunggu je sampai pkul 8 malam tak kira di mana anda berada! lepas time nih mmg kurang org nk naik. boleh buat overtime kan? hehe..


utk pengetahuan, train ke arah sentul, selepas Kl central agak kosong, dan train ke arah pelabuhan klang dari sentul (yakni di perhentian putra) mmg kosong!

sepayah² berdiri dekat sejam, berhimpit² dalam train, tahniah pada ktm meng-up grade setiap stesen dgn kasi berbumbung lebar dan aku suka komuter jenis baru diorg. lebih byk ruang. ^^



well, for what it seems, aku mmg suka travel guna public transport terutama KL. hehe.. sbb tuh satu jalan KL pun aku tak tau. (maka jgn hire adam jd drebar KL). maka jadi la aku manusia yg kurang gemar utk drive di dalam bandar.. hehe..

to get around KL itself, ada jer Monorail. so takde prob la sgt. cuma kena suka menapak la ek ?

rangkaian bus, putra (kelana jaya line), dan starLRT (ampang line) yg kini dipanggil RapidKL, sungguh meluas. aku sendiri kagum tengok. insyaAllah aku akan mengembara guna rapidKL setelah aku kaji via internet. hehehe..

yup, alhamdulillah, dgn aku naik public transport nih, ia mendedahkan aku ttg byk perkara terutama psikology manusia jika anda sorg pemerhati. maka anda lebih senang faham mereka. dgn menapak anda dapat perhatikan sekeliling dgn teliti ^^

mana yg anda mahu,?keadaan selesa dalam air-cond ada radio walau dalam jammed atau seorg pejalan kaki yg baru sahaja memotong kereta yg terperangkap dalam jammed itu, yg menyedari ada longkang tersumbat sambil mengerahkan jantungnya bekerja? (tgh berkias nih, hehe..)

sekian..

4 comments:

Niealex said...

kenapa pi segambut yekk.. ? X)

awak boleh buat paper city planning ni Adam. report boleh dapat A ha kalau punya detail mcm ni. buat research bersungguh2!

last time balik pun tak puas hati dengan train kat KL.

singgah2 la Jepun plak ye.

Simon Malik said...

lom ada rezeki to japan la.. huhu..
pasal komuter nih leh kasi reportyg agak lengkap sbb dah setia memakai komuter sejak dari dulu.. huhu..

Missmaster said...

Slam nak tanya.. Kalau sy dr shah alam nak ke sentul..kena turun kl sentral dan tukar train ke sentul ke? Or
terus je?

Simon Malik said...

@Missmaster

Kalau dari shah alam, train yang anda ambil tu akan lalu Sentul, di mana destinasi akhirnya adalah Batu Cave.

So basically tak perlu tukar train. ^^