Tuesday, 21 July 2009

jom balik kampung!!

salam wbt


sori bebyk sbb lama benar tak update wotpog. ada sibuk dalam hal² menyelamatkan dunia (cewah!)

utk mencari masa utk duduk di hadapan laptop tulis-tulis, pilih gambar dan sebagainya, cam tak jumpa. rasa cam nk split kan badan je.

sorg jaga umh, sorg keluar rumah, sorg buat blog dan sorg study. ngehehehe..

ok ok, tema entry kali ini adalah 'walk-walk-food-hunt' semasa aku pulang ke kampung dekat 2 minggu lps.

maka izinkan aku menggunakan microwave utk re-heat balik entry ini. hehe.. kalau dah nama instant to eat, mestilah cepat siap kan? maka, utk spoil kan keadaan, aku nk beritahu yg entry ini pendek!



mungkin aku dah pernah bagitau sebelum ni yg kampungku berada di Batu Gajah Melaka. near to sungai rambai. jgn confuse dgn Batu Gajah perak ye? kat sana rasanya takde sawah padi. hehe..




ada je gambar dari depan rumah, cuma aku malas nk korek² dalam hardisk. hehe.. cukup la dgn bahagian depan umh je la ye? nk tgk lebih lanjut mari la datang ke sini. buat masa ni baru sorg je yg datang. tak main la pakai keta, kene naik public transport, baru 'balik kampung'! ngehehehe...

aku bersyukur kepada allah kerana masih lagi mempunyai kampung yg betul² kategori kampung..

rumah kayu / separa simen..

ada reban ayam

ada kebun buah n sayur kat belakang

ada parit utk ngail ikan

dan ada sawah utk merileks kan minda.

special sket.. ada kambing sekali


secara personali aku mmg suka balik kmpng belah mak aku. pasal apa? itu aku serahkan pada anda utk jawapannya. hehe..

dari zaman aku kecik lagi, rutin utk balik kamung sebulan sekali kitrg buat. eventho just tidur sana satu malam, tapi itu sudah cukup buat nenek n atuk tersenyum gumbira memeriahkan rumah yg sedia sunyi selain ketika kenduri dan hari raya.

student yg balik dari oversea time julai mmg langkah kanan, sbb time ini la buah-buahan sedang giat utk memasakkan diri utk dimakan oleh makhluk bernama manusia

so masa aku balik itu hari, aku dan bonda jadi pemetik buah rambutan sementara.

amacam ada gaya pemetik rambutan tak? ^^

biasanya di kampung, akan terjadinya satu fenomena lambakan buah²an tempatan. tak termakan org kampung. org bandar pula, oleh sebab mereka membiarkan diri mereka terperangkap dalam dunia 'kerja-kerja cari duit' yg melampau, dan bila rasa buhsan nk mencari hiburan utk menyenangkan hati padahal sebaliknya, TERTIPU dgn harga rambutan.

dibandar, 3 kilo RM10, di kampung oleh sbb banyak sgt, sekilo 30 sen pun org tak nak! (aku tak exagerate, atuk sendiri yg bagitau)

bakul terakhir daripada berbakul²

nk difikirkan, rambutan bila dah brumur 5 tahun dia boleh berbuah dan anak pokok pulak yg dijual biasanya dah berumur 2 tahun, so ada lagi 3 tahun jer nk berbuah. kalau korg ada 3 tahun lagi belajar kat oversea, by the time korg habis study, dah dapat rambutan dah.

maka saya seru kawan² saya dan para pembaca, dari korg hanyut dalam arus kemodenan yg serba tipu itu, baik korg bercucuk tanam sikit². tak rugi tau berbakti pada tanah! ^^

dari duk enjoy benda yg bukan², baik tanah pokok. dua² nya memenatkan, tapi tanam pokok lebih bermanfaat. time² korg nk betulkan pinggang yg sakit² tuh, boleh la tgk² alam. kan? kan?



tahun lepas aku tak sempat melepaskan kempunan makan bihun sup di sungai rambai nih. hehe.. kedainya bebetul dekat ngan sempadan melaka-johor.

kedai mee bandung mizan nih, biasanya ramai org order, so cam lmbt sket. tapi sambil² tunggu, makan la roti john buatan org kampung sbagai pembuka selera. hehe..


mee bandung asli. kuah nya itu diiktiraf oleh semua ahli keluarga sy


mihun sup


sebelum aku pulang ke klang, aku singga di kebun atuk utk mencari durian. bersyukurnya aku dapat merasa durian kampung kat kampung batu gajah, sbb tak byk pokok durian di sini.

kenapa?

2 tahun lalu, durian melambak² di sini sampai durian bergolek² tepi jalan. kira tahap bersepah² la.

oleh sbb manusia ni tak reti bersyukur, always take things for granted, allah turunkan banjir besar yg melanda selatan tanah air. kampung batu gajah terlibat sama.

ketika banjir ini.. antara yg byk mati adalah... pokok durian..

aku tak reka citer.. fakta ye?

mengutip durian..

maka, apa tunggu lagi! pulang la ke rumah parents anda dan spend time dgn mereka. mereka merindui anda dan sy pasti anda juga merindui mereka!



lupa kan segala pergeseran, air dicincang takkan putus. ^^



info tambahan : even anda yg baru sahaja convert to islam, ia tidak memutuskan pertalian keluarga anda atau menjadikan anda melayu. islam itu mudah, cuma masyarakat yg memberatkannya dan tak ingin mengetahuinya dgn betul

sekian, wallahualam




mana citer abg adam gi brunei???

3 comments:

nu-hja said...

assalamualaikum..
first sekali nk cakap,
layout terSANGAT la cantiknya !
suka suka :D semua PERFECT !
kedua, jealousnya awk ada kampung dgn reban ayam semua ;(
yg terakhir, sampai skrg tak puas hati awk dpt pegi Brunei.

p/s : gaya pemetik rambutan tu sgt menjadi sampai tak cam la, huhu.

Niealex said...

nak rambutan satu bakul.. nak durian banyak punya banyak.. mehsinih.

kita nak balik kampung juga.

T-T"

Simon Malik said...

to hajar
wasalam.
alhamdulillah, sy masih diberi peluang utk mempunyai kampung sebegini.

to nadia-san
balik msia ogos nih, gi beli buah²an tempatan bebyk. jgn gi cari sushi plak? hehe.. ^^