Tuesday, 16 June 2009

The uncharted Route

Day 6 : 10 mei 2009


aku bgn dari tidur seperti hari² yg lalu. yg bezanya, inbox hp dipenuhi dgn sms. Sms keputusan piliharaya majlis tertinggi Masaf. terpisat aku membaca nama² yg dihantar. satu persatu aku baca.
kebanyakannya aku kenal dan pernah berjumpa, at least sekali. tahniah aku ucapkan.


sesungguhnya kita tak tahu kehidupan di hadapan kita. kita boleh merancang, tapi yg menentukannya adalah Allah swt. kenapa kita mesti mencari kesalahan atau kesilapan org lain bila apa yg kita rancang, apa yg kita usaha, tak dapat? harapan tinggal harapan... ada yg meraung² dan tak dapat menerima takdir yg telah ditetapkan sebelum dia lahir lagi


setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya. jadikan kejayaan sebagai penyuntik semangat, dan kegagalan sebagai penunjuk yg masih ada lagi ruang utk improve.


caya tak kalau aku cakap, sepanjang kita hidup sampai di saat korg sedang membaca entry ini, korg ditarbiyyah (dididik) oleh allah swt menerusi pelbagai suasana, org dan kejadian.


sebagai contoh, di dalam entry² sebelum ini, aku ada menceritakan yg housemate aku di Rouffiac ini jenis yg hoo-ha. alhamdulillah, pengalaman bersekolah bermasalah, menjadikan aku mudah membiasakan diri dalam suasana bermasalah tanpa menjadikan diri ini bermasalah




maka pada hari ini, aku lebih byk 'lost inside my mind', flash-backing memories. tapi memandangkan juga hari ini, merupakan hari pertama kami bebas di sektor kajian, aku tak boleh tenggelam dalam sejarah silam. sejarah memberi pengajaran utk kita, bukan tenggelam di dalamnya dan melupakan realiti.


2 group yg berjumlah 8 org dimanfaat sepenuhnya. kerja berkumpulan memudahkan kerja yg susah dan menjimatkan masa dan tenaga. kenapa mesti jadi 'lonewolf' sedangkan memburu memburu dalam kumpulan lebih efisyen? habuannya tetap sama..


aku bersama Mikael mengeksplore kawasan agak timur dari kawasan zone 2. dan aku dapat rasakan yg hampir semua group akan memulakan hari bebas mereka di kawasan ini. agakan aku tidak salah setelah van² dari promo kami mula memenuhi ruang parking yg ada.


hidup berpandukan firasat.. satu bende yg agak bahaya. tapi aku mengaku yg aku sendiri hidup dgn melakukan assumption. kemungkinan sepanjang aku dibesarkan, aku dibesarkan bersama chess yg perlu byk agakan dan assumption. aku tahu aku perlu hentikan sifat assumption ini, walaupun kebykkan gerak hati aku biasanya tepat...
dalam kes hari ini, membaca peta berdasarkan assumption dan instinct adalah satu benda yg tersgt² bahaya. ya btul, sebelum kita buat apa² conclusi mahupun keputusan, gunakan lah segala sumber yg kita ada. pakai sehabis mungkin (dgn betul). jgn baca hujung dan pangkal sahaja (macam aku). cuba fikir sejenak, cukup tak apa yg telah diberi pada kita

...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu...
(al-maidah : 3 )

aku, mikael dan anthony mula meng'eksplore kawasan yg kami pilih.. spertti biasa kami akan melakukan kerja² yg kami lakukan selama 5 hari lepas.. seperti biasa...

....



biasa.. perkataan yg mudah tapi selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari. kita makan, minum, hidup seperti biasa macam manusia biasa yg lain.. tapi adakah kita sedar yg kita kadang-kala melakukan perkara yg diluar kebiasaan tapi kita sudah menganggapnya biasa? aku tak perlu hurai panjang.

cuma satu soalan sahaja yg aku nk tny, kita hidup dalam kitar kebiasaan (study-kerja-kawen-dapat-anak-mati>anak meneruskan kitar). tidakkah anda rasa itu satu bende kebiasaan yg.. bukan biasa.. kita bagaikan terperangkap dalam kebiasaan yg bukan biasa itu. terperangkap seperti anjing² memburu yg terkurung di dalam sangkar yg begitu sempit, yg kami lalui sewaktu kami hendak ke sektor kami, menunggu utk melakukan tugasan seterusnya.

berdasarkan mikael, adalah tidak patut tuannya buat sebegitu pada anjing² ini. mmg sah la anjing² ini akan gila kerana terpaksa bersempit² tuk hidup.



apakah kebiasaan yg patut kita lakukan yg kini dianggap luar biasa? yg mana tak tau, simpan persoalan ini dalam pemikiran anda. insyaAllah, allah akan tunjukkan jawapannya.



yg benar, tidak semua persoalan akan diberikan jawapan di hadapan mata. ia seperti sebuah jalan yg kita tahu kewujudannya tapi tidak dicatat di atas peta, seperti mana yg kami alami semasa kami berada di sektor ini. kami yakin kami tidak sesat. kami yakin yg jalan yg kami lalui itu akan sampai ke destinasi walaupun, di atas peta, tidak ditunjukkan ke mana jalan itu akan membawa kami.

bukankah kehidupan itu seperti satu pengembaraan? ia bukan satu pengembaraan jika ia mudah, senang dan selesa. (kalau itu kesnya, ia di panggil promenade de santé -jalan² makan angin)

takut utk mengembara? lebih selesa utk tunggu jalan utk siap? satu kerugian.. ia seperti sebuah kereta yg tersadai sehingga karat, seperti yg kami jumpa dikala meredah semak samun mencari destinasi kami. kerana apa yg aku percaya, setiap diantara kita mempunyai jalan tersendiri, tiada sorg pun akan melalui jalan org. sbb itu jika hendak menunggu jalan utk siap, ia merugikan potensi dalam diri yg telah dianugerahkan allah swt.



keseronokan kami meredah semak berubah menjadi tensi apabila baru kami sedari, yg kami telah salah baca map.. dari awal sektor lagi..tapi apa yg aku katakan tadi, bukan satu pengembaraan jika semuanya terlalu mudah. ^^

sesat jalan, pulang ke pangkal jalan. peribahasa yg patut kita pegang seumur hidup (malu bertanya sesat jalan, juga penting, jika anda takde GPS dalam kereta).

kami sesat sehingga ke tempat pembuangan sampah. tapi kesesatan kami membuaatkan kami menjumpai jalan yg sebenar yg kami cari. kan ada hikmah?
yg peliknya.. takde busuk sgt.. cuma yg aku pelik... ada byk tulang² bersepah².. tulang lembu..
dan juga kawasan jerangkap samar..

sekadar hiasan

ya.. dalam pada kita mengembara, perlulah kita waspada dgn persekitaran yg berbahaya seperti perangkap.. naya kalau kita redah membabi-buta. jika tidak kita akan end-up seperti mereka walaupun tak buta, yg jatuh dalam perangkap yg khas disediakan utk meraka.

dan.. kematian.. itu adalah benda yg pasti. cuma time jer kita tak tau, bila masanya, pengawas di kanan dan kiri kita berhenti mencatat dan jantung kita berhenti berdetak. cukup sudah ke saham kita? tak perlu congak siang dan malam, cuma pasti anda tidak berhenti melakukan apa yg disuruh ke atas kita? no worries, semuanya dicatat dan direkod. sperti mana hidden kamera yg aku nmpk sepanjang kami mengexplore sektor satu, yg tidak berhenti merekod pergerakan binatang² lalu lalang.



akhirnya kami dapat juga beberapa informasi. walaupun tak sebyk mna tapi sudah cukup utk report yg perlu kami siapkan sebelum perjalanan pulang. kami berhenti rehat pada pukul 1230 tghri dan meneruskan explorasi sejam kemudian di kawasan air terjun yg kami pergi tempoh hari

ya, bunyi macam pendek sahaja rehat kami. sebenarnya rehat yg diperlukan adalah rehat yg berkualiti. rehat yg berkualiti membolehkan kita utk terus bekerja secara effisyen. tapi ada juga yg sanggup kerja tanpa rehat. perbuatan yg tidak sehat, dan biasanya kami student yg byk last minit selalu buat, hehehe...



ilmu, pengalaman dan kemahiran.. merupakan rezeki yg datang dari allah swt.. pernah nmpk jeram? perasan tak yg di kawasan jeram, ada yg mengalir lmbt dan ada yg mengalir laju? ada 2 cerita yg boleh kita dapat jika kita bebetul perhatikan mereka.

  • allah swt menciptakan jeram dgn pelbagai kelajuan sebagai penapis air semula jadi. cuba try compare mesin penapis air yg ada batu² kat dalam dan jeram sungai. apa persamaan diorg? - jeram menapis air yg datang dari atas. dgn kelajuan yg pelbagai, benda asing mengukit saiz akan mendak. yg tinggal cuma microorganisme
  • air yg tidak bergerak biasanya kotor berbanding dgn air yg bergerak - ilmu jika kita sentiasa manfaatkan pada org lain, akan sentiasa segar dan diperbaharui, berbanding dgn ilmu yg disimpan dan dibiarkan berkarat. bukankah ilmu yg bermanfaat merupakan salah satu amal yg tidak akan putus walau kita mati, seperti mana tidak terputusnya sungai yg mengalir?



kami akhiri explorasi kami agak cepat. dalam 430 sudah kami selesaikan. aku pulang dan sempat berehat lebih masa. selepas dinner yg lebih kurang, perbincangan diteruskan, sambil menyiapkan apa yg boleh supaya tidak menimbun kerja kami pada hari terakhir.

ada juga aku menerima sms mengucapkan selamat hari lahir.


oh hari ini hari lahir kamu??


yup, tanggal 10 mei, selepas subuh. aku sudah biasa melalui hari ini tanpa sambutan. sejak form 1 lagi. kenapa? tak perlu tau.... kesian? tak perlu..

aku lebih gembira jika aku lalui 10 mei seperti hari² yg lain. tapi hari iniaku actually lebih gembira dari hari² yg lain. kerana aku dihadiahkan tarbiyyah yg lebih sikit. bukan kah aku dah kata dari awal, allah mentarbiyyah kita melalui suasana, peristiwa dan org? alhamdulillah..



end of day 6

2 comments:

fanramli said...

salam

baca entri kau ni, rasa macam nak tabik spring.

u used almost everything yang kau nampak sepanjang eksplorasi dan kaitkan dgn islam.

oho.
macam entri chess dulu.

air yang mengalir memang lebih jernih dengan air yang bertakung, quoting ibnu batuttah.

jadi, mengembaralah kita di hamparan Allah ni sambil merenung dan mengambil pengajaran atas apa yang berlaku pada kaum² dahulu.

Katakanlah:'Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.' (An-Naml 27:69)

lorh. besday kau 10 mei ke.
aku kakak 9 hari la cenggini.

haha.

Simon Malik said...

wasalam

sebut pasal chess, aku dah lama tak tulis sbb aku baru reformat kom bulan lepas, habis data aku.
takper insyaAllah sebelum aku balik france, akan mula balik.. byk dateline nih!


haha, suka la ko ye? try tny bonda ko, ko lahir brapa ramadhan? hehe..